Kriteria Cinta Si LELAKI

Assalamualaikum dan salam ceria semua.

Erm.. kali ni aku menjadi penulis jemputan untuk blog Kak Jie yang serba purple lagi menyerlah keayuan tuan empunye. Hehehe… ayat permulaan mestilah manis kan. Sapa tau sekejap lagi macam ade rase nak perang besar pasal isu ni. Untuk pengetahuan semua, penulis blog ni tak berapa nak sihat. Jadi kita doakan dia semoga cepat sembuh lantas kembali berentap Alexa Ranking daripada taiko kita, KNizam. Amin~

Bila bercakap tentang cinta, kesempurnaan dan perasaan, aku tak nafikan di sini, masing-masing punya pandangan yang berbeza. Mencari kesempurnaan untuk lekat dan dekat di hati memanglah satu tugas yang amat membebankan. Itu salah ini salah… itu tak kene ini tak kene. Bila kita ok.. tapi mak ayah pulak reject.. abis macam mane ni?

Kalau nak diikutkan, kehendak hati memenuhi kriteria amatlah banyak. Kalau nak disenaraikan dalam blog ni, aku yakin memang tak cukup. Ye lah… siapa yang tak mahu bahagia, siapa yang nak kepada porak-peranda…Β  Jadi sebagai seorang yang agak macho dan matured perwatakannya, di sini aku senaraikan lima perasaan LELAKI terhadap waninta yang diingininya, tetapi…

1. Mencintai dan menghargai dirinya sepenuh hati – malangnya yang ditemui adalah terlampau mengambil berat sampai nak pergi kenduri rumah Pak Karim blok sebelah pon dia jeles. Habis semua perkara di soal siasat daripada siapa yang kawin sampai la kamu pakai baju apa untuk ke sana.

2. Jujur dalam perhubungan – selalunya yang dapat adalah makwe-makwe yang dia ni adalah makwe yang banyak choice lelaki pilihan. Dannn…. kamu itu adalah salah seorang daripada lelaki pilihan tersebut. Erm… boleh ke?

3. Sopan dan taat – tak terlampau seksi, malah agak sopan dan sedap mata memandang. Tapi yang tak boleh blah apabila bertemu dengan kengkawan dia. Memang mulut tak kaver, sampai kamu pon naik segan. Bila dah sampai satu tahap…. kamu pula yang jadi bahan cerita mereka. *Uih… komfem ade yang pernah terkena kan???

4. Menghormati warga senoir *cakap tua kang.. sensitif plak* memang si Dia amat menghormati. Tapi sekarang baru kamu tahu yang dia ni berat tulang. Pinggan sebiji pon segan nak basuh. Hahaha.. baru cadang nak rekemen. Hadoi ai.. dah la tambang balik ke kampung sebelah Pantai Timur ni mahal… *dalam hati, sure kene reject*

5. Peramah dan berperwatakan ceria – dengan kamu memang peramah, baik hati dan sentiasa menceriakan suasana. Rupanya setelah lama berkawan… dengan orang lain pon dia peramah jugak. Silap-silap terlebih ceria. Argh… Ini membuatkan hati kamu berkata: “Dia ni syok kat sapa? Aku ke member aku??? Waaaa…. terbakar nih”

Opppsss… berhenti la setakat tuh. Mungkin ada yang terasa pulak kejap lagi. Hehehe.. sebenarnya entri ni adalah sekadar omong kosong. Aku hanya menjadi pengacara jemputan nona penulis jemputan. Jika ada diantara kamu tidak bersetuju sama sekali dengan pendapat tersebut… boleh saja luahkan di sini. Tiada sebarang masalah.

“Kita sepatutnya faham akan kelemahan sendiri. Sekiranya diri ini juga tidak sesempurna seperti yang diharapkan, jadi janganlah berharap kesempurnaan akan datang sendiri tanpa mengubah diri kita terlebih dahulu” – Azman Ishak-

Ok semua… renung-renungkan dan selamat beramal *tetiber~

About kreuger

Mr. Kreuger atau nama sebenar beliau adalah Muhamad Azman B. Ishak. Telah berumah tangga dan mempunyai dua orang putera. Ikuti kisah perjalanan hidup beliau di:- Amaran: Ini adalah blog orang dewasa

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Insyaallah..berusaha menjadi wanita yang baik.. πŸ˜‰
    Jom terjah post menarik dari Terbakor ..[Terbakor Hot] Lisa Surihani dan Yusry umum tarikh nikah esok, 24 Disember 2011?My Profile

  2. luna Q jimat says:

    ada betulnya jugak point2 kat atas tu kan…tp kan, x kira la lelaki atau prmpn, kalau kita nk org cintakan kita seadanya, kite pun kena cinta dan terima dia seadanya, mula 2 kenal mmg la perangai manis sume, tp bila da lame2 mesti ada kelemahannya yg kita x berkenan kan,
    ini lumrah, sebab kita ni cume manusia biasa je..
    yg penting dalam cinta, beri cinta seiklhas hati tanpa syarat, tanpa alasan dan memberi tanpa mengharapkan balasan..itu lah cinta yang sebenar.. πŸ™‚
    Jom terjah post menarik dari luna Q jimat ..Memegang gelaran guru bukan bererti anak murid itu hak anda!My Profile

  3. wah terer betul cakap pasal cinta. tak leh jadi ni kena lawan.

    tapi kalau tengok pada corak penulisan memang dapat tangkap siapa penulisnya. memang tak bley blah la man!!

    ada byk lagi kriteria sebenarnya. tapi cukuplah setakat tu kan. nanti penuh sampai beberapa muka pula he3.
    .-= megat´s last blog ..Yasmin Ahmad, Kehilangannya Dirasai Dan Diratapi =-.

  4. mustary_miss3 says:

    :roll: wahai lelaki2 sekalian..
    sblm kamu mengharapkn kesetiaan seorg Hawa..kamu sebagai Adam juga perlu megubah diri kamu agar sentiasa menjadi yg terbaik di mata suri hatimu..

  5. Kill-Vearn says:

    tabik ar man ko jadi penulis blog kak jie ni.. haha… jeles seh… dapat penghormatan tuh.. huhu… betol aje point2 ko tuh… huhu… bila nak kawen neh??? (bape puluh kali aku tanya ko)
    .-= Kill-Vearn´s last blog ..Grab Yahoo Messenger 10 Now! =-.

  6. Salam…
    Ermm… kak jie tak sihat? Selsema? Batuk? Demam…? Kena kuarantin…? Bermacam-manam melintas di fikiran. Tak bertanya tak tahu no tel. Lagipun kak jie macam tak nak di ganggu je. Apapun, semoga kesihatan kak jie kembali pulih seperti sediakala, secepat mungkin…. Sampaikan salam kak su pada kak jie…

    Pandangan dari kacamata lelaki ye? πŸ™‚
    Kesempurnaan kadangkala tak boleh dicari, tapi tak mustahil untuk dibentuk. Siapa yg perlu membentuk? Lelakilah… kaliankan punya sembilan rasional (akal) dan satu emosi (nafsu).

    Kalau yang tak setia, kawallah dia. Kalau yg tak tahu menghormati, ajari dia. Kalau yang berat tulang, suruhi dia. Kalau yang terlebih ramah, teguri dia. Tapi biarlah kena caranya…. πŸ˜€

  7. pengalaman seseorang akan membantu seseorang lelaki itu menjadi lebih matang dalam perhubungan….
    .-= hazman aka species1980´s last blog ..Semakan hanya sesaat =-.

  8. wahwah….
    azman ishak kini doktor jiwa…
    sbg penulis jemputan nona lak tuh…

    huhu…

    btw, tips ko nih byk betolnye…huhu
    .-= chekguBH´s last blog ..Senyumlah, Kenangan Itu Telah Tercoret… =-.

    • @chekguBH, keh keh keh… rilek beb.. rilek.
      sekdar mengisi mase jiwang yang terluang..
      hahaha.

      P/S: penulis jemputan nona? hahaha..
      ampeh jer~
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  9. jie… BD takut nak bercinta…. banyak sangat syarat untuk bercinta… lagipin tak ada orng nak bercinta dengan BD lagi… Cinta Otai….hihiii

  10. Kak jie tak sihat ke…rajin2 mkn obat n rehat secukupnya k. Pasni minta kak jie tulis artikel Kriteria Cinta si W.A.N.I T.A pulak ye πŸ˜‰
    .-= kenari´s last blog ..Nona jambu manis jentik rambutan di pasar tani =-.

    • @kenari, ye lah… kak jie tak berapa nak sihat.
      kesian dia.. memula aku suspek sumting…
      mane la tau kan… hehehe upenye pasal dua tiga
      pasal yang tak bleh nak elakkan..

      P/S: rasenye carangan pasal kriteria cinta wanita tuh
      macam best gak kan.. bile la kak jer nak buat agaknye?
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  11. setuju ngan kriteria yg disenaraikan..
    tp..apa yg penting,,kerjasama…ehehe..
    itu sbg tambahan,,jujur dan setia yg seringkali di dambakan dlm sesebuah perhubungan..2 elemen penting ni tade..agak susah gak ar
    .-= chii´s last blog ..Gadisku =-.

    • @chii, stuju.. timer kasih.. nampaknye makin banyak le
      kroni aku lepas ni.. hehehe..

      P/S: kerja sama? yes… itu kemestian.. kalau pakwe tadek duit…
      makwe jangan le plak kedekut nak keluar duit belanje makan.
      tak macam tuh? hehehe πŸ˜›
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  12. gonggok says:

    kalu kamu kawen sama dia, kamu kenak kawen sekali ngan family dia. terima seadanya…sopak, sompek, kurap…semua harus diterima dengan reda. setiap org mau cinta seindah dlm pilem atau novel…tp sumer tuh khayalan…sadis sunggoh!
    .-= gonggok´s last blog ..Dilema =-.

    • @gonggok, hahaha… so sebelum nak kawin.. kene tanye laa
      apa peta yang ade kat dia.. erm.. rase rase kalau GPS rosak
      atau tadek bateri.. boleh la buat rujukan. keh keh keh πŸ˜†
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  13. Saya setuju dengan semua kriteria yang dibentangkan. Haha πŸ˜€ Adalah penting untuk mencari pasangan yang benar-benar mencintai kami dengan sepenuh hati!

    • @tekkaus, yessaa…. we’re rule the world.. *tetibe bongkak.
      bukak ape.. best rasenye dapat penyokong kat sini beb.. hehe~

      sape tak mau orang sayangkan diri kita penuh menjiwai.. semua
      orang nak macam tuh kan… tapii…. jeng jeng jeng… πŸ˜›
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  14. uiks… den tertanyo2 ni ha.. sapolah ujang yg jadi penulis jemputan si kujie ni? huhuh

    namo pun tak nampak, jantina yo yg kelihatan! hmm

    wakakaka

    tapikan, isi eh memang den sokong abeh la.. huhuhu.

    psst: den pun peronah terkena gak lah….. huhuhu
    .-= maza´s last blog ..Perkumpulan Pelajar =-.

    • @maza, ha ekau jangan tak kona dengan den plak.
      muahaha…namo pon dah torang-torang kelelakian eh..
      takkan kau ingat den pompuan plak..

      Note: kalau ponah terkono… gasak la kau jang.. nak buek
      macam mana.. lelaki ni kengkadang selalu gak jadi
      mangso keadaan… memang memanjang la…

      P/S: tapi den bukanlah insan yang lomah patah mahupon
      lemah longlai… dan juga tak lemah tenaga muahahaha~
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  15. Hohoho!
    Bila plak kak Jie nak jemput sy menulis kat sini??
    Jeles tgk penulis undangan kak jie nih konker blog ni. :mrgreen:
    .-= Eriyza´s last blog ..Natrah Suatu Sejarah =-.

    • @Eriyza, tadak masalahnye… nanti Kreuger cakap
      kat kak jie eh.. suh dia approved kan eriy πŸ˜‰ za
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

  16. Semua point-point tu penting semuanya. Yang paling penting, jujur dalam perhubungan. Buat apa bercinta kalau depan cakap lain, belakang cakap lain kan ?
    .-= blinkky´s last blog ..Great Photo Effect With BeFunky.com =-.

    • @blinkky, yes… ade penyokong aku upenye..
      muahahaha ingatkan komen yang pertama.. macam
      nak kene “tembak” point.. sekali dapat geng..ngiahaha
      πŸ˜†
      .-= Kreuger´s last blog ..Manchester United datang Malaysia. =-.

Trackbacks

  1. […] Kriteria Cinta Si WANITA Assalamualaikum… sekarang tiba giliran penulis undangan ke tiga selepas saudara Kreuger dan Hakuna Matata . Saudara Kreuger telah membuka tirai sebagai penulis undangan pertama =^_^= dengan topik hangat, Β  Kriteria Cinta Si Lelaki […]