Manzil

ayat manzil
Ustazah saya Ustazah Norhayati sedang sakit tenat. Sejak Ramadan lepas Ustazah memang tak sihat. Sakit buah pinggang dan perlu buat dialysis setiap minggu.

Walaupun tak berapa sihat, tetapi kelas kami masih juga berjalan setiap Rabu.

Sebulan lepas penyakit ustazah semakin tenat. Beberapa kali dimasukkan ke wad untuk pemeriksaan lanjut. Kali terakhir minggu lepas tetapi doktor benarkan dibawa balik ke rumah kerana semua organ badan, jantung baik, buah pinggang dalam keadaan seperti biasa tetapi ustazah semakin teruk.

Ustazah tidak boleh bercakap. Terbaring seperti orang koma, tetapi dia masih sedar. Masih mendengar dan faham apa yang kita cakapkan, tetapi tidak dapat membalas.

Sedih sangat.

Hari Isnin 31/12/2012 kami melawat ustazah. Bacakan surah Yassin dan Manzil.

Semalam kami berkumpul lagi di masjid, bacakan surah Yassin dan Manzil. Mohon penyembuhan dan perlindungan dari Allah S.W.T

Manzil merupakan susunan beberapa ayat yang dipetik daripada al-Quran. Amalan membaca al-Manzil ini boleh memberikan pelindung daripada kejahatan jin, sihir, pukau atau bala musibah yang lain dengan izin Allah.

Rasulullah S.A.W telah mengajar kita doa untuk memenuhi segala hajat atau keperluan sama ada untuk urusan duniawi atau ukhrawi. Ayat-ayat Manzil ini merupakan amalan para ulama untuk memenuhi hajat mereka.

Memang elok untuk kita mengamalkan ayat-ayat Manzil dan membacanya dengan penuh tawajjuh ( sepenuh perhatian kepada Allah ) kerana semakin tinggi keyakinan kita terhadap Allah, selagi itulah amalan ini akan memberi manfaat.

Ustazah saya cakap, setiap kalimah-kalimah Allah mengandungi terlalu banyak kelebihan dan rahsia yang tersembunyi…. selagi kita yakin.

Ayat-ayat Manzil mengandungi :

  1. Surah al-Fatihah ( ayat 1 – 7 )
  2. Surah al-Baqarah ( ayat 1 – 5 )
  3. Surah al-Baqarah ( ayat 163 )
  4. Surah al-Baqarah ( ayat 255 – 257 )
  5. Surah al-Baqarah ( ayat 284 – 286 )
  6. Surah Ali’Imran ( ayat 18 )
  7. Surah Ali’Imran ( ayat 26 – 27 )
  8. Surah al-A’raf ( ayat 54 – 56 )
  9. Surah al-Isra’ ( ayat 110 – 111 )
  10. Surah al-Mu’minun ( ayat 115 – 118 )
  11. Surah al-Shaffat ( ayat  1 – 11 )
  12. Surah al-Rahman ( ayat 33 – 40 )
  13. Surah al-Hasyr ( ayat 21 – 24 )
  14. Surah al-Jinn ( ayat 1 – 4 )
  15. Surah al-Kafirun ( ayat 1 – 6 )
  16. Surah al-Ikhlas ( ayat 1 – 4 )
  17. Surah al-Falaq ( ayat 1 – 5 )
  18. Surah al-Nas ( ayat 1 – 6 )

Ya Allah, kau sembuhkan Ustazah Norhayati  andai ada kebaikan buatnya sebagaimana Kau sembuhkan penyakit Nabi Ayub `Alaihis Salam

Mohon kawan-kawan doakan ustazah saya cepat sembuh, kami  masih perlukan guru.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sakit merupakan salah satu cobaan dari Allah kepada hambanya dan semoga beliau bisa kuat menghadapinya dan semoga sakitnya lekas dapat tersembuhkan
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Cara Cek dan Pembayaran Tagihan Telepon Secara OnlineMy Profile

  2. sejak kecil sy dah diajar baca manzil, sampai dah hafal, tp dah besor2 ni asik terlalai je dari membaca manzil… astaghfirullah…

    semoga ustazah kembali sihat sprt sediakala…
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Temujanji dengan si gadis Palestin yang comelMy Profile

  3. ramia rasanya tak tahu ayat-ayat manzil ni..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Cabaran SEO Blog 3 Dalam 1 Happy New Year 2013My Profile

  4. Pertama kali baru tahu tentang Manzil. terima kasih dengan info ini.
    Jom terjah post menarik dari Een ..Pada 2012 Saya Belajar Beberapa Perkara Penting Dalam PerniagaanMy Profile

  5. Rasulullah SAW dah tujuk macam-macam pada kita tapi selalu je kita lalai ikut sedap kita .. tu belum lagi amalan doa pagi dan petang punyalah banyak kelebihannya.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Social Media Awards 2013 pengundian bermulaMy Profile

  6. hemm..banyak gak adpat belajar dari artikel ni..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Manipulasi dalam sesebuah ContestMy Profile

  7. semoga ustazah tu kembali sihat seperti biasa…amin…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Sebelum dan SelepasMy Profile

  8. Terima kasih perkongsian ini. Semoga ustazah selamat dan yang lain dapat berkat.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Kebijaksanaan Bawa Bahagia atau MeranaMy Profile

  9. moga Ustazah Norhayati diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus mengharungi liku2 kehidupan ini.. amin
    Jom terjah post menarik dari fariq ..Demba Ba Rasmi Menjadi Pemain ChelseaMy Profile

  10. lady gamer says:

    semoga Ustazah Norhayati cepat sembuh dan terima kasih kerana berkongsi ilmu…
    Jom terjah post menarik dari lady gamer ..Final Fantasy: A Short HistoryMy Profile

  11. Semoga ustazah norhayati disembuhkan Allah dan kembali cergas dan kuat menyumbang ilmu…ameen
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Edisi Ringkas Ambil Kesempatan 10 Blogger Terbaik Malaysia 2012My Profile

  12. Sedih mendengar guru yang mengajar didalam kesihatan yang tidak mengizinkan.

  13. syaifuddin alias says:

    ayat manzil ayat yang hebat ! terima kasih kerana berkongsi kak kujie 🙂
    Jom terjah post menarik dari syaifuddin alias ..Rebat RM200 Untuk Semua SmartphoneMy Profile

  14. Semoga Allah menyembuhkan Ustazah Norhayati amin……..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Mengaji Quran Dulu Dan KiniMy Profile

  15. semoga ustazah kak jie cepat sembuh. saya ambil ye surah manzil tuh utk amalan sendiri.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Mencarum KWSP di Kaunter BSNMy Profile

  16. Ya Allah berikanlah kemudahan ke atas ustazah norhayati dan para muridnya!

    ameennnn
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cara Berjimak Menurut IslamMy Profile

  17. Antara lain kelebihan ayat2 Al Quran yang diturunkan adalah sebagai penyembuh penyakit kecuali mati..

    mudah mudahan Allah melimpahkan rahmatNYA kepada ustazah Norhayati..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Minggu pertama persekolahanMy Profile

  18. tq sebab kongsi ayat2 manzil itu
    boleh buat rujukan

    dan doa semoga ustazah sembuh kembali
    Jom terjah post menarik dari irfa ..Mulakan HariMy Profile

    • cuba cari dalam buku kecil yang ada surah yassin & tahlil tu, kebanyakkannya ada ayat² Manzil ni…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..ManzilMy Profile

  19. Ibu Mifzal Arsyad says:

    ammin…semoga ustazah lekas sembuh.
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Hari Pertama Di TadikaMy Profile

  20. Syafahallah. Semoga cepat sembuh…
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..Hasrat Anak Untuk Memggembirakan Ibu Dan AyahMy Profile

Trackbacks

  1. […] saya yang pernah saya ceritakan di sini [ Manzil ], Ustazah Norhayati yang telah mengajar kelas tiap hari Rabu sejak tahun 2005 telah kembali ke […]