Minum Seperti Binatang

Semalam ternampak seseorang yang minum sekali teguk, terus teringat hadith ini.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:

“Jangan kamu minum sekaligus seperti binatang ternakan minum, tetapi minumlah dua kali atau tiga kali, membaca bismillah bila mula minum dan membaca alhamdulillah sesudah selesai”

– sumber JAKIM

Hadith ini untuk saya yang kadang-kadang lupa, terlupa untuk mengingatkan diri sendiri dan terlupa untuk mengingatkan anak-anak sendiri.

*kucing bukan binatang ternakan

Sebenarnya ada beberapa adap makan minum yang baik untuk diadaptasikan dalam kehidupan:

  • guna tangan kanan
  • jangan makan/minum berdiri
  • berdosa minum atau makan menggunakan bekas emas atau perak
  • jangan mencela makanan – contoh mengadu tidak sedap atau jijik . Kalau suka , makan dan kalau tidak berselera tinggalkan saja.
  • jangan makan sambil bersandar

sebenarnya saya nak bagi tau : kalau nampak sesuatu kekurangan/ kesalahan/ kecacatan orang lain, cepat² sedar diri kerana kita mungkin pernah berbuat seperti itu . Jangan cepat² on handphone , snap gambar dan kongsi di twitter dengan segala ayat kutuk dan maki.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

28 thoughts on “Minum Seperti Binatang”

  1. Assalam…
    Teringat kembali kata2 ustaz saya, macam tu la dia pesan…
    Tapi sebagai manusia, kita sering terlupa untuk amalkan sunnah Rasul..

    Bab minum tu, memang tak boleh sekali teguk, rasa macam nak pecah perut kalau boleh teguk sekali gus segelas air.
    Jom terjah post menarik dari iza ..Manfaat Berkongsi.My Profile

  2. pernah terbaca sebuah hadis yang maksudnya lebih kurang “kalau manusia tahu keburukan minum berdiri pasti yang sudah terminum secara tidak sengaja akan memuntahkan kembali” dan sunah Rasulullah untuk minum seteguk air sebelum makan untuk melancarkan penghadaman makanan.. wallahualam.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Rakan Twitter Paling MesraMy Profile

  3. Betul tu Kak Jie. Bila nampak kelemahan orang lain, selidik dulu diri sendiri dan kemudian anggaplah ianya sebagai petunjuk dari yang maha Esa.
    Jom terjah post menarik dari Sobri Mansor ..Wordless Wednesday #8My Profile

Comments are closed.