Musibah itu mengangkat darjat

Hi ! I’m back! Jangan pernah lupakan aku!

80 Musibah itu mengangkat darjat

memohon untuk tetap tinggal
dan jangan engkau pergi lagi
berselimut di tengah dingin dunia
berselimut dengan dia yang ku rindukan

would it be nice to hold you
would it be nice to take you home
would it be nice to kiss you

- Jangan Lupakan ( Nidji)

Sebenarnya saya tidak ke mana-mana pun , dalam atau pun luar liputan. Ada kat rumah cuma AFK! ( Away From Keyword ) Jadual harian agak padat dan sendat. ( macam ayat biasa je.. )

Kat rumah saya ada ramai tetamu. Ada mak, ada adik suami isteri dan adik ipar – anak saudara saya dan anak saudara suami. Sebelah saya panggilan Mak Long, sebelah suami panggilan Mak Uda. Saya yang pening kejap-kejap tersasul Mak Long, kejap-kejap jadi Mak Uda.

Anak jiran saya , Nurul Munirah pun masih lagi ada kat rumah saya. Bapa dia dimasukkan ke hospital dan ibunya terpaksa tinggal menjaga suami di hospital. Dah 3 malam dia bersama kami. Ini bukan kali pertama sebenarnya, sejak 2 tahun lalu dia memang sering ditinggalkan di rumah saya setiap kali bapa dan ibunya terpaksa ke hospital. Paling kurang sebulan sekali, dia datang bawa beg sekolah dan uniform. Tidur di rumah saya dan ke sekolah esoknya dengan anak-anak saya. Kadang-kadang sedih juga tengok dia tetapi Nurul seorang anak yang tabah walaupun usianya baru 10 tahun. Dia memahami keadaan bapa yang kerap sakit dan ibu yang berkorban untuk menjaga suami. Dia tak pernah merungut.

Kadang-kadang berlaku konflik juga. Maklumlah Intan dan Nurul kedua-duanya anak bongsu. Masing-masing sering menang dengan adik beradik dan sentiasa dimenangkan…he he he. Sedaya upaya saya berpesan dengan Intan untuk mengalah dan jaga percakapan. Takutlah juga budak-budak. Kadang-kadang cakap tak bertapis-tapis.

Kalau kita rasa kita dalam kesusahan, dalan kesempitan, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih susah, lebih menderita dari kita.

**************** kisah anak- anak lagi ******************

Pagi Jumaat lepas Along telefon, cermin mata dia skru tercabut. Alahai… nak balik sendiri naik komuter takut salah tren. Alasan…. tak bley blah! Dari Bangi tu mana ada tren ke tempat lain, semua tren komuter dari Seremban – Rawang. Itulah anak yang tak pernah susah mak layan berlebihan

Lepas balik dari kelas Jumaat saya terus ke Sepang. Singgah seksyen 6 Bukit Mahkota rumah kakak ipar sulung tapi Aki saja yang ada. Kakak saya masih di sekolah, dia mengajar petang.

Kalau dah sampai Bukit Mahkota tak singgah Nilai 3 tu macam hilang akal lah pula…hehehehe. Bawa mak ke Nilai 3. Sempat sms Iza dan dia mengular ikut kami merayap dari satu kedai ke satu kedai. Bukan cuti hujung minggu, orang tak ramai dan harga lebih murah. Nasib baik hujan lebat, aktiviti menjamu mata dan meraba kain itu kain ini berlangsung sekejap saja.

Cik Kiah sungguhlah saya , kan?

Perjalanan balik disimbah hujan petang dalam kesesakan jalanraya.

Post Lain Yang Berkaitan

22 Berkongsi Rasa

  • Pada 2009.11.23 23:07, beliamuda menulis:

    Along nak bermanja ke tu? hehe.. alasan yang menarik.

    Dia pernah naik tren ke?
    beliamuda´s last blog ..(Gambar) Perodua MPV Alza My ComLuv Profile

    • Pada 2009.11.23 23:10, Kujie menulis:

      @beliamuda, sebelum ini mmg tiap kali balik dari asrama naik komuter. Kak Jie siap bagi dia kad touch N go

      • Pada 2009.11.23 23:21, megat menulis:

        dok fikir perangai bebudak ni boleh pening kepala (ha3). yalah nama pun bebudak yang berfikir seusia mereka. kang fikir macam orang tua payah pula (kah3).

        lama akak gi jenjalan eh? mesti syok kan. saya dah lama tak pegi jenjalan (hu3)

        • Pada 2009.11.23 23:25, Kujie menulis:

          @megat, risau juga…Intan tu takut dia ckp lepas…nnt kecik hati pula budak tu
          dah le mak bapa si Nurul tu dlm kesusahan

          adalah bawa mak g sana sini…actually jln rumah sedara mara

          • Pada 2009.11.23 23:33, arin menulis:

            lama tak jejak nilai 3..dok ulang alik kl-melaka-kl..hi hi bye bye je kat lebuhraya…:)
            arin´s last blog ..Mengantuk sangat! My ComLuv Profile

            • Pada 2009.11.23 23:48, nadinezuharra menulis:

              assalamualaikum kak jie..
              ape khabar.. lame jg saye menghilangkan diri,mungkin kak jie tak perasan..heheh :mrgreen:
              tp selalu teringat ‘Ruang Rindu’ Kak Jie ni.. :grin:
              mm.. betul kate kak jie;Kalau kita rasa kita dalam kesusahan, dalam kesempitan, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih susah, lebih menderita dari kita.
              -same2lah kita berbuat baik sesame manusia,sbb kita takkan rugi sedikitpun.. ;-)
              nadinezuharra´s last blog ..:: Inginku kembali.. My ComLuv Profile

              • Pada 2009.11.23 23:58, Mr. Cuz menulis:

                nama Along..Tapi macam anak bongsu je..kih3..memang hidup ni kene mula dari susah dulu baru boleh rase senang baru la kiter tak lupa apa itu erti kesusahan..Betul ke kak??hehe

                • Pada 2009.11.24 00:28, beliamuda menulis:

                  @Kujie, ish Along ni… ptt la tak bley blah alasan dia.. :lol:
                  beliamuda´s last blog ..(Gambar) Perodua MPV Alza My ComLuv Profile

                  • Pada 2009.11.24 01:07, iza~de~bintang menulis:

                    Tak pernah lupa pun…
                    Sib baik dapat peluang mengulor hehe
                    Seronok dapat jumpa Kak Jie lagi :smile:

                    • Pada 2009.11.24 04:00, cik zatil menulis:

                      hahaha..teringat zaman dedulu spek mata cabot skru memang seksa tak leh idop tanpanye.. hehe

                      • Pada 2009.11.24 07:59, Zymazara menulis:

                        Kesian dgn kanak2 seperti Nurul tu….
                        tapi tabah org nya.

                        ;)
                        Zymazara´s last blog ..Antara Taksub Dan Memuja My ComLuv Profile

                        • Pada 2009.11.24 08:08, cheryna menulis:

                          cik kiah tuh ibu sha:P

                          nywayz, bongsu dengan bongsu adakalanya boleh berkawan baik, kak jie.
                          adik bongsu sha kawan baiknya bongsu jugak:)
                          cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: the fear of eating fried chicken My ComLuv Profile

                          • Pada 2009.11.24 08:51, tekkaus menulis:

                            Kesian kan Nurul. Tapi saya rasa kak pun sangat baik hati kan kerana sudi membenarkan dia bermalam. :)
                            tekkaus´s last blog ..Live Like We Are Dying-Kris Allen My ComLuv Profile

                            • Pada 2009.11.24 08:55, Kujie menulis:

                              @tekkaus, kalau tak tolong dia, siapa lagi…. lagi pun peribadi saya memang mudah belas. :razz:

                              • Pada 2009.11.24 08:58, Kujie menulis:

                                @cheryna, wahhhhhhhhh…lagi glemer ibu sha :lol:

                                sebenarnya kt rumah kak jie skrg ni ada 3 budak perempuan berumur 10thn anak bongsu.

                                Intan
                                Nurul – anak jiran
                                Wani – anak saudara

                                Setakat hari ini, alhamdulillah…tak de lah pula dia orang gaduh2

                                • Pada 2009.11.24 08:59, Kujie menulis:

                                  @Zymazara, semua hal akan jadi smooth kalau kita redha terima keadaan . Dia matang melebihi usianya

                                  • Pada 2009.11.24 09:02, Kujie menulis:

                                    @arin, kalau mmg ada benda nak beli, singgahlah
                                    kalau setakat nk jalan2…isshh…..pergi je jalan kat lain :lol:

                                    • Pada 2009.11.24 09:48, yonna menulis:

                                      wahh manja nya along sampai suruh mama ke Sepang! hahaha.kalau lah yonna suruh ayah yonna amek, mau nye dia pelangkung yonna :p skolah dia ke ktm bangi tu jauh x ma? err mcm jauh je.dulu time yonna duduk sepang, yonna naik kat stesen Nilai. hari2 lah masuk Negeri Sembilan! hahaha :mrgreen:
                                      yonna´s last blog ..Y573 : Over Excited :p My ComLuv Profile

                                      • Pada 2009.11.24 10:11, ratusalju menulis:

                                        lalalal~…jgn pernah pergi tetap tggal kat umah

                                        • Pada 2009.11.24 11:35, haritz menulis:

                                          bebudak begitulah
                                          haritz´s last blog ..Menjala Di Serendah My ComLuv Profile

                                          • Pada 2009.11.24 13:11, suara menulis:

                                            Anak bungsu selalu dimenangkan? Masa arwah mak ada dulu ye la… Sekarang ni, Su asyik mengalah je… huhu…
                                            Mengalah sbb sayang, bukan sebab ditindas dan menindas. :)
                                            suara´s last blog ..Doa Hati – Kisah 1 My ComLuv Profile

                                            • Pada 2009.11.24 14:59, ~mrs azmi~ menulis:

                                              sempat soping moping sebelum amik anak ye…. dah name pompuan :lol: sikit sebanyak jadi cik kiahle jugak :lol:
                                              ~mrs azmi~´s last blog ..tanduk iblis~ My ComLuv Profile

                                              (Diperlukan)
                                              (Tidak akan dipamerkan)
                                              CommentLuv Enabled
                                              Sekiranya anda ahli berdaftar CommenLuv, klik untuk memilih post yang ingin dipaparkan.

                                              Switch to our mobile site