Nilainya Tiada Tanda Harga!

Hidup kita tak lama, singkat saja jadi biarlah apa yang ditinggalkan benda² baik atau gambaran yang baik. Walaupun benda² kecil atau remeh bagi kita, mungkin bagi orang lain satu kesan yang begitu mendalam.

image : gettyimage

Hari raya kedua, kami anak beranak bersarapan memasuki satu premis makanan segara. Sebulan dah mengidam ni……….pujuk anak².:lol:

Seperti biasa, lepas selesai makan – kami akan kutip segala sisa dan angkat tray dan buang sisa makanan dalam tong dan letakkan tray di tempat yang disediakan. Saya memang ajar dan suruh anak² buat macam tu. Bukan berat pun.

Sewaktu berjalan untuk keluar, seorang staff menegur kami ” terimakasih kerana angkat tray, jarang orang nak buat macam tu…”

Bila ada peluang, buatlah kebaikan. Walaupun kecil dan sikit tetapi sekurang²nya kita mengembirakan hati seseorang.  Tiada harganya untuk sebuah senyuman.

Saya sebenarnya mengamalkan budaya ini selepas melihat sepasang warga asing ( dari eropah ) yang melakukan benda yang sama… hanya mereka yang bersihkan meja makan sendiri. Kemudian saya terfikir, kenapa tak boleh ikut benda² baik yang untuk diadaptasi dalam hidup seharian.  Saya kongsi kisah ini dan tabiat ini bersama anak².

Saya tanya anak² – kenapa mesti malu untuk berbuat baik?

©kujie – jadilah macam lebah…kat mana-mana pergi, dia akan mencari bunga untuk hasilkan madu… jangan jadi resmi lalat, kat mana² dia pergi, dia akan cari kekotoran… orang yang hatinya bersih, akan mencari kebaikan pada suasana di sekelilingnya… orang yang hatinya busuk, akan hanya nampak keburukan kat mana² dia berada…

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Allah itu Maha Kaya, sekecil-kecil amalan pasti di balas.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Persepsi KejayaanMy Profile

  2. Saya suka entri ini. Buat baik tidak rugi. Hidup di dunia ini sedap dilalui. Di akhirat nanti lebih sedap dikecapi
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Persepsi KejayaanMy Profile

  3. moscow hotel says:

    I have read so many content on the topic of
    the blogger lovers except this post is truly a pleasant
    post, keep it up.
    Jom terjah post menarik dari moscow hotel ..moscow hotelMy Profile

  4. norsaritanaini says:

    bagusnya kakjie ni…nk jdkan teladan la.. :smile:
    Jom terjah post menarik dari norsaritanaini ..Hidung Berdarah Semasa MengandungMy Profile

  5. betul tu… buat baik walaupun kecil…. bukankah da tertulis dalam Al-Quran, sebesar zarah pun Allah kira…

    p/s: kemas tray takdela, cuma lepas makan, bersihkan meja, kemaskan balik botol sos cili(letak balik tempat asal) dan bersihkan meja ngan tisu(lap air, buang kotoran sisa ayam yang terjatuh atas meja.) dan lagi satu masukkan kerusi semula dalam meja…heheheh hatta kalau meja orang lain pun masukkan juga… da terikut budaya 5s…heheheh
    Jom terjah post menarik dari zikri ..MyPC – Kad GrafikMy Profile

  6. terasa insaf baca entri kak jie nie..terima kasih kak jie :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari ishak ..Oh iphone 4g Pujaan Hati kuMy Profile

  7. ikut kak jie jugak…kak jie mama yang baik. Semoga anak saya pon displin mcm tu..
    Jom terjah post menarik dari Daleela ..Resepi – Mari memasak tempayakiMy Profile

  8. Salam,
    Nak ucap terima kasihpun berat mulut…angkat tray lagilah berat —–> ekceli, tak selalu jugak saya angkat tray macm ni.

    Bila habis baca entri ni…tetiba je termalu sendiri
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Mengapa Aku Tak Tulis Tentang Pembunuhan Kejam Arwah SosilawatiMy Profile

  9. Azham Zanal says:

    Kakjie, dulu saya pernah kerja cafe terkenal, selalunya memang mat susly yang rajin buat camni.. orang kita susah sikit. Nasib baik kawan2 lepak dorg jenis feeling american so, kami banyak ambil budaya yang baik, salah satunya macam kajie ajar anak-anak.. sentiasa amal lepas makan kumpul atas tray dan kemas. Yup.. rasa macam nak makan mcd lah.. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Azham Zanal ..Local SEO Dengan Google MapMy Profile

  10. totally agree dengan kak jie…. ;-)
    saya pun kalau ke fast food telah mengamalkan tabiat macam ni….lepas balik dari negara matahari terbit……di sana
    memang dah jadi budaya dn resam…..masyarakat setempat…
    kedaimakan boleh kurangkn manpower untuk buat kerja pembersihan disana.

  11. he he he..biasalah mak² – mesti nak mencubit je :lol:

    makan berkalori kalori.. tak kan tak ada tenaga nak angkat tray..hehehe :lol:

  12. kita bayar -dia dapat gaji

    itu adalah dari sudut apa yang dia dapat

    untuk kita?

    apa yg kita dapat selain kenyang? Bagilah Malaikat belah kanan tu kerja sikit..catit apa yg perlu…dah le Malaikat belah kiri tak pernah rest….dok catit je kerja kita :lol:

  13. Malang sungguh orang Melayu yg dikatakan beragama Islam tetapi berbudaya yg tidak baik. Lihat sahaja ketika memandu berbondong-bondong mengunakan line kecemasan ketika berlaku kesesakan. Orang barat sivik mereka lebih tinggi dari kita yang diajar akhlak yg baik dalam Islam. Sombong kita jadi tinggi hanya kita dikatakan pengguna yg dikatakan KING. Sedih sungguh melihat orang Melayu sekarang…entah apa yg mereka kejarkan???
    Jom terjah post menarik dari denaihati ..Sayangkan Suami OrangMy Profile

  14. insaff kanns..

  15. betul tu bro. hehe. kat kanada and Us pun sama rasnaya :D

  16. Salam akak.
    Sbnrnya kalau kt negara lain, mmg kena kemas sndri.
    Saya skg sdg belajar di Kanada, mmg kena kemas sndr. Tak kira lah McD ke, Burger King ke, mmg sume kemas sndr. Mungkin malaysia patut amalkan

  17. sebab tu negara eropah diorang bersih..hehe
    Jom terjah post menarik dari x-po ..SUSAH SANGAT KE UNTUK MENGUNCI MOTORMy Profile

  18. bagusnya entri ini! aduh.. terkesan di jiwa.. terim akasih kak kujie…
    lama tak jengah sini, sekali singgah memang sangat tidak menghampakan!
    Selamat HariRaya Kak Jie.. :)
    Jom terjah post menarik dari kella ..Rezeki Antik SyawalMy Profile

  19. dalam maksudnya tu..sy sendiri pown kekadang segan nk buat baik…
    Jom terjah post menarik dari mrs jamal ..Denyut denyut masih belum hilangMy Profile

  20. miahahha…sama la kita… :razz:

  21. perh.sentapp T___________T hahaha. baiklah.i’allah lepas ni nak buat mcm mama. *tu pun kalau ingat* -__-
    Jom terjah post menarik dari yonna ..AdaakukisahcomMy Profile

  22. itulah kita kan….
    terima kasih mengingatkan kujie…
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..beranganMy Profile

  23. ouh..kie-yu pun pernah nampak mat salleh wat gini mse kt outstation to KL

    staff kt situ senyumm je sbb dah tlg kemaskan table tu
    org kita selalu sgt guna dialog ‘kita bayar lah!’
    Jom terjah post menarik dari Kie-yu ..Laptop Baru ServisMy Profile

  24. Semasa dok kat jemen dulu, memang semua orang, lepas makan, hantar balik tray kat tempat letak tray yang memang dah disediakan, kira memang dah jadi budaya. Kalau tak letak tuh, nanti akan nampak sangat pelik. Mungkin budaya yang sama perlu di pupuk di kalangan orang kita di sini.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apa yang anda nampakMy Profile

  25. samanosuke_04 says:

    appreciate bende2 kecik camnie laa yang buat hidup bermakna.. takkan nak tunggu jadik millionaire dulu baru nak jadik baik kan? iman ade 70 lvl, level paling noob ialah alihkan benda menyakitkan kat tengah2 jalan tue.. ceewah!
    Jom terjah post menarik dari samanosuke_04 ..Same Apartment- Different Perabotsss!My Profile

  26. sometimes kebaikan yang kecik dipandang remeh itu, besar maknanya bagi mereka yang menerima.

    dulu time study ann keja part time kat mcd pun slalu nampak orang putih buat macam tu.. we feel appreciated. walau sometimes tak bersih sangat pun, better than those yang dah la makan bersepah-sepah cam tak makan berbulan-bulan, berlagak, pastu cara pandang staff yang keja sana tu umpama kuli dia plak.

    p/s: kakjie sayangggg.. thanks for the comment. ngah try cari other solution plak, tukar theme dah, upload opera baru dah.. kena usaha lagi ni. :(
    Jom terjah post menarik dari ann ..Announcement and I’m in trouble Please HELPPPPPP ME!!My Profile

  27. *sedih bila nilai islam lebih ramai yang orang bukan islam buat
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Kahwin Lambat versi kesimpulanMy Profile

  28. totally agree kak jie
    sini klu makan kat kedai mana-mana
    mesti dieorg cari bekas untuk buang sisa makanan
    klu tak dibuang
    memang rasa pelik

    kat malaysia sebab dah terbiasa dengan buang sisa makanan
    siap orang pandang pelik
    adusss
    buat kerja ‘mudah’ pun dianggap pelik

    sedih bila nilai islam orang kafir yang buat….
    Jom terjah post menarik dari joegrimjow ..Kahwin Lambat versi kesimpulanMy Profile

  29. “One good deed begets another, and another”
    Berbuat baik itu sebenarnya menyeronokkan, pastu ada orang ucap terimakasih lagilah seronok.
    Kalaulah satu hari kita buat satu kabaikan dan kurangkan satu keburukan, lambat laun seluruh dunia akan jadi baik…imagine that!
    Jom terjah post menarik dari GreenLava ..SEO Search engine optimization friendly Blogger page titleMy Profile

  30. amalan yang baik kita ikut, yang buruk kita tinggalkan.. dah jadi biasa bagi omputeh buat macam tu
    Jom terjah post menarik dari eiman ..Menerima Bungkusan Misteri Dari PosLaju MalaysiaMy Profile

  31. saya tak pernah sampai macam tu, kalau sekadar pas makan kemaskan balik sisa makanan dan sampah letak atas tray tu ada la
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Erti sebuah kebahagiaanMy Profile

  32. Kita boleh ajar apa yang baik, kadang2 diluar pengetahuan kita….lalai juga

    bukan orang lain…anak2 kak jie sendiri pun.
    sedar tapi itu terdaya kita buat..jangan tak didik langsung

  33. masalahnya………bila dengan kawan² dia MALU nak ikut pesanan penaja mak bapa :cry:

  34. untung anak2 kak jie dah di dedahkan dengan didikan macam ni… ;-)
    Jom terjah post menarik dari mrnamie ..Tengah buat terapi elektrik untuk abahMy Profile

  35. hehe… pernah tgk warga asing yg buat kerja tu depan mata zana juga. tapi… rasanya zana buat benda yg sama hari tu gak kot. lelepas tu lupa balik. hehehehe…

    masa kerja di restoran makanan segera satu ketika dahulu mmg begitulah keadaannya kak jie. kalau ada pun org tempatan bekemas dan buang sampah mmg leh kira ngan jari.
    Jom terjah post menarik dari zana ..Kesayangan kuMy Profile

  36. nice..akhlak yang baik suma orang suka..tak kira di mana kita berda..mesti orang akan respect jika akhlak kita baik…sangat hebat kak jie mendidik anak2 kak jie
    Jom terjah post menarik dari afiq aiman ..DiGi iPhone 4 PlayMy Profile

  37. Cayalah!Pesanan yang patut diingati semua
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Moga Rezeki Murah Lebih BerjayaMy Profile

  38. saya rasa saya tak pernah dengar lagi cerita mcm ni. ni lah first time sy tau yg ade org di fast food angkat tray mereka. tahniah kak jie..satu perbuatan yang sangat bagus!! :)

    betol ckp kak jie, buatlah kebaikan sementara masih ada masa. walaupun kecil, i.allah ianya akan diberi ganjaran olehNya… :)
    Jom terjah post menarik dari Lee ..Kuning Itu Bukan Sekadar WarnaMy Profile

  39. yela.. kadang-kadang tu bile ramai sangat orang kat fast food restaurant, pekerja tak cukup kaki tangan nak bersihkan meja. emm.. InsyaAllah akan amalkan gak. thanks sis.
    Jom terjah post menarik dari oshinz ..jawapan wangi dia &amp jawapan busuk sayaMy Profile

  40. memanglah benda2 ni tak boleh mengubah dunia menjadi lebih baik tetapi nilai moral , kepuasan hidup kita yg positif bukan perlu tunggu dunia berubah…. hal2 besar2 bermula dari kecil ;-)

  41. Betullah tu…. masa sekolah boleh beratur tertip naik bas…tapi dah tua2 ni…masing2 rasa malu nak berdisiplin :lol:

  42. tambah satu lagi perkata baik, tak membebankan…kan
    mgkn ada org lain yang pandang, dia pula yg tersentuh hati
    dan akan ikut… ;-)

  43. Terimakasih…tadi kak jie dok fikir perkataan yang tepat untuk tray :lol:

  44. ooo.. indahnya madah kak jie..

  45. ya allah! tetiba macam sentap :grin: … pasnih mulakan jugalah amalan tu.. thanx kak jie
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..BESARNYA makna DOA YANG KITA LUPAKAN semasa kita duduk antara dua sujudMy Profile

  46. aimannajmy says:

    wahh bgusnya… terigt time zamn kat asrama pulak..hehe dh besar2 ni susah plak nk buat
    Jom terjah post menarik dari aimannajmy ..Cerita Raya Aidilfitri 2010 Part 2My Profile

  47. lepas ni boleh bt gitu..slama ni just kemas2, kutip yg terabur…x salah kan…thaks mama..

  48. wow! insap jap :| saya sendiri tak pernah buat gitu. kalau letak tray kat tempat dia tu pernah gak buat. tapi nak buang sampah dalam tong tu… tak pernah lagi
    Jom terjah post menarik dari tmukmkd ..Sokongan Kepada Jaunty Jackalope DimansuhkanMy Profile

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam