cara meletak kenderaan

Orang Lain Jadi Mangsa, Orang Lain Lepas Geram

Semalam terdengar Hot Tips dari Hot.fm tentang tata susila di tempat meletak kenderaan.  Antara promo tersebut menyebut bertimbangrasa untuk memberi ruang kepada orang lain .

Ingatan saya terus terkenang kejadian yang baharu kami anak beranak alami hari Ahad lepas sewaktu di ruang parkir SACC Shah Alam.

Selepas bertawaf dua tiga round, terjumpa satu ruang letaknya sebuah Mecedis Hitam yang nampaknya sudah bersedia untuk keluar. Saya nampak keempat² pintu terbuka dan pemandu, penumpang tempat duduk depan dan di belakang telah melangkah masuk ke dalam badan kereta.

Saya bagi signal dan menunggu. Enjin Mesedis Hitam mewah tersebut sudah dihidupkan tetapi belum bergerak keluar.

Menunggu dan menunggu ……. Anak-anak dah mula bising. Kenapa mengapa. Saya cakap dengan anak-anak, kita dalam mood yang baik, keluar untuk bersantai bersama-sama, jadi bertenang. Jangan biarkan ‘dia’ merosakkan saat gembira kita bersama.

Saya tak pasti apa yang dia buat di dalam tetapi saya yakin dia nampak kami yang sudah memberi signal untuk masuk ke petak parkir sebelum mereka sekeluarga di dalam kereta.

Menunggu dan menunggu….. Syukur ada seorang lain ( Wira Putih ) di sebelah Mesedis Hitam tersebut yang juga akan bergerak keluar. Saya lihat lelaki ini dan ahli keluarganya bercakap² memberi isyarat supaya semuanya cepat² masuk kerana melihat kami yang sudah lama menunggu.

Belum sempat Wira Putih bergerak keluar memberi ruang kepada kami, meluncur keluar Mesedis Hitam meninggalkan petak parkir.

Sekarang kami ada 2 petak di depan mata.  Kesabaran telah terbalas.

Saya buat reverse parking dan berjaya dengan bangganya meletakkan Cik SAGA FL ( Saipul Gagah Fauziah Lawa ) di ruang parkir dengan cantik bergaya.. Agak berdebar juga untuk buat reverse parking di ruang terhad apalagi bila Wira Putih masih belum bergerak keluar dan seisi keluarga tersebut sedang memandang kami.

Janganlah reverse tak lepas…hihihi

cara meletak kenderaan

Buka pintu dan keluar.

Suami isteri Wira Putih juga keluar dan saya tahu mereka berniat untuk menegur dan memulakan komunikasi dari riak wajah senyum yang dilemparkan.

“Apa punya orang….dah tau ada orang tunggu, dia boleh baca buku dalam kereta, buat² tak nampak… dia ingat dia pakai kereta besar dia boleh…bla…bla…bla…..”

Tuuuuu dia! Orang lain buat salah, orang lain jadi mangsa dan orang lain pula yang lepas geram.

“Tak apalah, kami pun datang untuk jalan²…. saya percaya dia pun akan jumpa pemandu yang lebih keras kepala….ini putaran hidup”

Memang kami tidak tergugat atau merasa untuk ambil kisah dengan sikap orang yang sebegitu. Kita tak boleh mengawal perlakuan orang tetapi kita berkuasa untuk mengawal diri sendiri untuk menerima sesuatu dari sudut positif atau sebaliknya.

“Tadi kat mesin bayar parking pun dia memang berlagak….”

Owh..patutlah si Wira Putih melepaskan geram pada Mesedis Hitam melalui kami, rupa² mereka baharu alami pengalaman tidak menyenangkan sewaktu beratur membayar di mesin.

Telinga saya ni dah ‘berbulu’ dengar slogan indah tentang masyarakat Malaysia yang terkenal dengan budaya hidup serta nilai murni yang menghiaskan diri mereka dengan sifat terpuji. Malah agama Islam sendiri memerintahkan umatnya supaya menghiaskan diri dengan sifat belas kasihan yang turut menjadi bukti kepada kesempurnaan iman seseorang kepada Allah.

Dalam skop matapelajaran upsr Intan, ada satu bahagian tafsiran nilai murni iaitu baik hati termasuk juga belas kasihan seperti bersimpati terhadap kesesusahan orang lain dan bertimbang rasa dengan mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

32 thoughts on “Orang Lain Jadi Mangsa, Orang Lain Lepas Geram”

  1. Sama laaa… Nampaknya, saya pun terkena insiden yang sama mcm Kak Jie. Juga di SACC Mall, hahahaha…. tambahan pulak waktu tu waktu tghari. Panas menggelegak matahari atas kepala. Lastly cari parking lain.
    Jom terjah post menarik dari faizul ..Laptop Compaq CQ20 Rosak.My Profile

  2. kes yg lebih kurang sama terjadi pada saya gak..di Jusco Ipoh…dah dekat setengah jam mencari parking je..sekali dapat satu spot….tunggu siap bagi signal lagi, boleh plak sebijik kete Naza Ria dari arah depan, dgn selambernya masuk parking tu…tanpa menoleh, satu family tu tanpa rasa bersalah…kunci pintu dan terus je keluar kereta dari arah belakang…tak de rasa bersalah pun kat saya yang dah menunggu dekat setengah jam tu….

    susah betul org sekarang..bila dia rampas parking…takde plak rasa apa-apa..kalau parking dia kena rampas?
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Rancangan Cubaan Memang MenginsafkanMy Profile

  3. Pernah juga kena macam ni,tapi kalau boleh,sesekali kena jugak bertolak-ansur,apa-apa pun kita kena sentiasa sabar dalam menghadapi kerenah manusia
    Jom terjah post menarik dari wazy ..Hijjaz-Rahmat RamadhanMy Profile

  4. Kereta besar ke kereta kecik ke, semua tu xde makna. Yang penting kita sebagai pemandu/pemilik kenderaan kena ada kesedaran dan toleransi mengikut situasi sekeliling. Jgn pentingkan diri sendiri saje 😐
    Jom terjah post menarik dari Mekar ..Pandan-Pembekal Bakeri BumiputraMy Profile

  5. ..barangkali akalnya sudah menyempit dalam bidang etika, dan berubah menjadi sebesar tombol gear aje.. ahaks.. masuk D utk Drive, masuk P utk parking.. lain2 tak tau!..uhuk!>.

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Menangung dan MenjawabMy Profile

  6. orang itu barangkali terlupa ttg matapelajaran sivik mcm kak jie dan saya belajar dulu2.. hehehe

    atau memang di zamannya tak ada matapelajaran sedemikian kecuali dijelmakan semula di zaman intan melalui mata pelajaran moral! ahaks..

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Menangung dan MenjawabMy Profile

  7. Kekadang kan, maaf bercakap, kenderaan besar membawa bersamanya pemandu yang akalnya tidak sebesar kenderaannya. Hahahahaha. Selalu kan. Ingatkan bila kenderaan besor ni, akal pun besor. Rupanya tak. Hahah

  8. Terkena tempoh hari semasa nak pergi ke sebuah restoren makanan segera, pemandu boleh melepak di tepi kereta bercakap telefon… disebabkan kasihan dengan mereka yang sedang berbaris di belakang saya, saya berlalu pergi… payah bila tiada kesedaran macam ni.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..WordPress: Cara menukar table_prefixMy Profile

  9. haaa sama macam mak tyka ..
    orang lain buat , kta plak yang kene ..
    tak bersalah pon ..
    contoh kereta jugak.. kalau kereta tu lmbt keluar , haa mmg kita la kena ..
    kadang kadang kene cakap . mak turun mak marah dia ek..
    he he..
    kak jie .. baca entri tyka “kan best kalau kita …. ” eh ..
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Kan Best Kalau Kita ….My Profile

  10. Sebab itu entri Kak Jie banyak berkisar pada kehidupan keluarga dalam masyarakat. Mendidik anak² untuk menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawap. Being a Good Citizen.

    Entri Kak Jie amat jarang nak tulis pasal hukum hakam yg rumit yang berkelas tinggi, pasal tazkirah hebat bahasa berprofil tinggi…semua yang disampaikan berkisar pada kehidupan sehari yang kadang2 ramai dari kita memandang remeh, sedangkan dari hal sekecil2 itulah yang membentuk individu itu ( dlm kes kak jie – anak² ) menjadi seorang warga masyarakat yang bertanggungjawap.

    Bukan tugas sekolah 100% – pembawaan diri , pembentukan peribadi anak2 diasuh secara proses yang berterusan dari ibubapa.
    Jom terjah post menarik dari Kujie ..Membajai Cinta Dibumbui Kasih Sayang My Profile

  11. pocket suka ayat kak jie,
    Jangan biarkan ‘dia’ merosakkan saat gembira kita bersama.

    sebabkan dia semua tak der mood kang,
    best if we just smile and let him be.
    mamat wira puteh? dia nak cari tempat nak mengadu jer tu,
    dia ingatkan kak pung turut bersama bengangkan merce itu lah kot 😀
    Jom terjah post menarik dari Pocket ..362. WayangKuletMy Profile

  12. kalau mengajar pendidikan yang lagi satu daripada pendidikan agama islam tu kak jie.. jujurnya.. saya akui.. banyak yang kita gagal. Budaya hidup keluarga dan masyarakat tak sama seperti yang cikgu ajar. Siapa kata sekolah yang memberi pengaruh yang besar? Dah dari kecil terdidik hidup macam tu. Bila jawab soalan.. memang jawapan jujur yang diberi oleh anak kecil ini..
    Jom terjah post menarik dari isza ..Atasi bisulMy Profile

  13. Manusia ni dijadikan untuk menjadi ujian kepada yg lain hanya yg bersabar sahaja Allah tingkatkan iman …tulis memang senang nak buat mujahadah betul.

Comments are closed.