Perkara Positif Dalam Hidup

Dalam perjalanan menghantar Intan ke sekolah

kontraktor potong rumput majlis daerah
Perkara positif yang saya lihat , kontraktor pembersihan Majlis Daerah Hulu Selangor sapu dan kumpul semua daun-daun yang dipotong atau yang gugur di dalam beg plastik untuk di kutip. Dulu mereka hanya gunakan vacum angin dan sembur ke tepi.

i ♥ MDHS !  Saya boleh cakap MDHS memang terbaik.  Saya boleh buat perbandingan kerana 2 rumah yang lain berada di dalam 2 majlis berbeza yang perkhidmatannya ….. ( tak mau cakap perkara negatif)

bunga sakura
Sampai ke sekolah, disepanjang laluan boleh nampak pokok-pokok bunga yang cantik seperti Bunga Sakura. Saya tak tahu apa nama bunga yang kembang semusim ini, tetapi apabila deretan pokok-pokok ini mengeluarkan bunga serentak dengan warna putih , pink dan purple hari menjadi ceria.

bunga telipok kembang
Balik sampai ke depan gate rumah, ternampak bunga telipok saya juga berkembang.

Ini adalah perkara-perkara kecil yang menerbitkan aura positif di dalam kehidupan seharian sehingga mengatasi  aura negatif yang besar menjadi kecil.  Kalau kita fokus kepada nilai pemikiran positif, kehidupan seharian akan menjadi lebih senang dan tidak berserabut.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Emm cantiknya bunga sakura ni…tenang jiwa bila melihatnya..
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Adakah Ini Artikel Yang Santai?My Profile

  2. bunga bisa membawa hawa positif bagi kehidupan kita
    Jom terjah post menarik dari Rina ..List of Free Dofollow Blogs and Web 2.0 SitesMy Profile

  3. pernah pergi kursus penceramah tu bagi demo kesan pemikiran negatif dan kesan pemikiran positif terhadap kekuatan peserta
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Melayu BolehMy Profile

  4. berfikiran positif selalu..
    Jom terjah post menarik dari Wan Fauzi™ ..Fakta Menarik Mengenai Kabinet Baru MesirMy Profile

  5. Best best best!

    Aura positif macam ni yg nak kena kekalkan dalam hidup seharian. Betul kata kak jie, kalau asyik negatif, hidup mesti rasa serabut dan serba tak kena. Padahal takde orang pun yg kenakan atau sakitkan kita. Kita tak sedar, kita sendiri yg sedang menyakiti diri sendiri.

    thanks kak jie berkongsi gambor2 cantik camni =)
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Pesan Abah…My Profile

  6. sampah kat bilik tu gua kena buang la jawabnya nih..ohh..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Buat duit dengan menulisMy Profile

  7. konsep konsep macam ni yang kena ada di rumah kita supaya kita kekal positif.. tapi malangnya, ramai suka duduk di bandar2 sekarang ni, pokok pun tak setinggi banggunan, tu yang negative je diorang fikir
    Jom terjah post menarik dari zuan ..#KUM2013: Konvensyen Usahawan MuslimMy Profile

  8. Kebersihan sebahagian daripada Iman, hidup MDHS..

  9. suka minda positif…kalau minda positif di sekeliling kita akan ceria dan mudah……

  10. bunga teratai tu rasanya..life must be postive.

  11. cantik bunga tu kak…

    sembur angin banyak masalah akan timbul biasanya sampah akan berlonggok dalam longkang dan longkang akan tersumbat..

  12. Nak pergi petik laa bunga telipok tu..tunggu2, raya nanti saya datang ya..hehehe

  13. Harap semua kawasan di Hulu Selangor dapat diselanggara dengan baik. Ada sesetengah jalan ditampal tetapi kurang memuaskan dengan tidak rata dan juga pokok hiasan sepanjang jalan yang kurus kering tak cukup zat.

  14. Susah senang staf MDHS ni siapalah yang tahu. Bila cantik sekerat dua sahaja yang perasan dan menghargai, kalau kawasan jadim hodoh kecoh satu daerah diwar-warkan.

    Syabas MDHS.

  15. cantik bunga telapok tu akak teratai kan kak kujie…hehehe

    • telipok tu waterlily, teratai tu lotus
      telipok tu daun berada sama aras dgn air… bergenang kat permukaan air
      teratai tu daun dia naik dari permukaan air. biasanya warna pink
      teratai tu nama lain bagi seroja… dia ada bau.

  16. fikir positif nanti datanglah perkara-perkara yang positif. cantik pemandangan dan gambar di atas. tenang tengok.

  17. nazirul says:

    boleh jd terapi minda n mata kite……

  18. Sejuk mata memandang .. 😀

  19. betul setuju … saya semalam tersentuh dengan usaha pekerja yang berkerja membaiki tiang lampu isyarat di tengah panas , di tengah jalan .. memang rasa berterima kasih …

    walaupun hashtag saya waktu tu hanyalah #kerja

  20. Betul tu saya setuju 100%.. Kita perlu banyak merehatkan minda dengan melihat pemandangan-pemandangan yang menarik… 😉

  21. pokok ala sakura tu nama dia Tabebuaia pentaphylla @ Tecoma. dia akan mula bunga bila musim panas kering. dan selalunya dorang akan berbunga serentak , kalau pokok kat perlis mula bunga, sure kat johor pun akan mula bunga jugak

    jadi dapatla kita rasa ala2 spring gitew.. hihi

  22. Saya pun suka tengok bunga-bunga yang ceria. Apapun Thanks kepada MDHS kerana komited dengan persekitaran.

  23. Kehijauan pemandangan sepanjang jalan,
    Bunga menguntum kembang pagi,
    Apa yang dipandang hati berkenan,
    Suaasana tenang menceriakan hati.

Trackbacks

  1. […] selepas saya up entri mengenai pokok yang berbunga Musim Bunga Sakura di Malaysia, seorang blogger yang dah lama tak muncul, Qurinallisya telah memberi feedback mengenai bunga yang […]