Perkara Wajib Buat Di Pantai

pantaikutip sampah

Ini Pakcik Saipul, dia tak nampak pun makcik sedang mengambil gambar ini.

Suami saya ini ada satu tabiat tiap kali kami ke tempat rekreasi sama ada di pantai atau air terjun.  Sampai sana di tempat yang dipilih, dia akan kutip segala sampah yang ditinggalkan oleh pengunjung terdahulu disekitar tempat berdekatan.

Bila dah siap nak balik, dia akan kutip juga apa saja sampah yang tak sepatutnya ditinggalkan dan buang ditempat yang disediakan atau kalau tak jumpa tong sampah, dia sanggup bawa balik sehingga berjumpa tong sampah.

pantaikutip sampah dipantai

Ini adalah perkara-perkara kecil yang bagi orang lain tidak akan memberi kesan kepada perubahan dunia.

Ada orang akan gunakan ayat ” orang lain pun buat….” kalau dia membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya .  Kalau orang lain buat benda yang salah kita boleh ikut, kenapa ada juga orang lain yang buat benda yang betul kita tak nak ikut? Konsepnya sama juga, kan?

Adakah kita bersalah, sekadar bersalah , tak berdosa kalau kita buang sampah merata-rata sedangkan ada larangan tersebut.  Jawapannya kena baca entri saya yang lepas di sini – Bersalah Tu Berdosa Tak?

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

35 thoughts on “Perkara Wajib Buat Di Pantai”

  1. Mencintai kebersihan dan melaksanakan kebersihan adalah tanda keimanan.

    Perkara seperti ini perlu dicontohi dan jangan pula mengambil kesmepatan, mentang2 ada sukarelawan pengutip sampah menjadikan tiket untuk mereka kurang peka mengambil lewa dengan membuang sampah merata2 tanpa ada rasa integriti sebagai manusia.

    Huhuhu
    Jom terjah post menarik dari maza ..BCG Bukit Rakyat MalaysiaMy Profile

  2. Satu contoh yang baik.

    Sikap orang kita bukan di tempat rekreasi saja suka buang sampah.. Malah ketika memandu pun selalu jumpa mereka buang sampah dari kenderaan.

    Kadang-kadang terdetik di hati macam nak tegur jer pemandu tersebut.

Comments are closed.