Sibuk menCARI hingga terlupa menJADI…

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.

Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?


Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.

Sumber untuk dikongsi :Mahligai Yahoo Group – entri ini khas untuk adik² yang akan berkahwin tak lama lagi….musim cuti sekolah, kan?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Opah dah jumpa anney, so tak payah dah nak cari pasangan. Tapi kalau opah nak cari apa-apa maklumat, opah cari Jie dulu… ahak… 😆 😯 😳 😀 :mrgreen:

    ODs last blog post..Opah Mohon Jutaan Maaf

  2. Salam utk k’jie dan semua…

    Bila dah kawin, memanglah kena berusaha utk MENJADI pulak. MENCARI tak harus ada lagi, tapi MENGINGATKAN untuk memastikan kita MENJADI seseorang yang lebih baik amat perlu bila hidup berpasangan. Bukankah pasangan yang baik ialah saling MELENGKAPI?

    MENJADI sorang-sorang tak guna jugak, sebab hidup kita bukan setakat di dunia ni je. Teringat kata sorang kawan, “Kau nak masuk syurga sorang je ke? Ajaklah ahli keluarga dan kekawan sekali. Jangan tamak. Berpesan, menegur dan mengingatkan tu penting walaupun kadang tu ia menyakitkan dan membingitkan telinga orang yg mendengarnya… Bersuaralah sikit…”

  3. mencari, sumer org mencari … tak ramai yg suka menjadi …

  4. sipunat says:

    yang mana satu dulu ni… cari ke jadi, cari dulu baru jadi kot atau jadi pastu baru cari..sama jer kot

    Sebenarnya dua dua kena jadi barulah kita cari sama sama jalannya.. arrgh belasah jer la korang lama lama jumpa juga nanti

  5. setuju…utk mengekalkan apa yg ada..kita perlu istiqamah…jgn bila da dpt..sumer lupa..

    err…phm kn maksud chii tu :p

  6. cendawanintim says:

    Semoga kita sama2 menJADI…

    mekasih tuk info yang berpanjangan ni K. Jie…

  7. peringatan untuk arin gak nih..thanks kak jie!

  8. menarik!

    selamat hari ibu kakJie 🙂

  9. muadzlife says:

    tunding lah jari itu ke arah diri sendiri..pastikan x tercari..dan BYK diJUMPAi…

    hiks…

    p/s:tiap2 hari pun asik ‘jumpa’ jer nie..