Suka Duka Itu Rahmat Allah

pemandangan sawah padi

Abul Hassan Assyadzily ra. berkata ” Alqabdhu wal basthu ( risau hati dan riang hati ) selalu silih berganti”

Sebab qabdh ( risau hati )  kerana salah satu dari tiga.

  1. Kerana dosa
  2. Kehilangan dunia
  3. Dihina orang

Maka adab kita sebagai seorang hamba, jika merasa berdosa  harus segera bertaubat.  Jika kehilangan dunia, rela menyerah kepada hukum Allah dan bila dihina orang, banyakkan bersabar.

InsyaAllah, jika kita tenang menyerah, masa gelap ( risau hati ) akan berganti terang.

Manakala masa suka ( riang hati ) juga boleh disebabkan  salah satu dari tiga perkara:

  1. Kerana bertambahnya ilmu dan ibadat
  2. Kerana bertambahnya kekayaan dan kehormatan
  3. Kerana pujian dan sanjungan orang

Maka adab kita sebagai seorang hamba, jika  merasa bertambah taat ibadatnya dan ilmunya haruslah merasa bahawa itu semua kurniaan Allah dan berhati-hati jangan sampai merasa itu dari kerajinan dirinya sendiri.  Jika mendapat kelebihan dan kesenangan dunia, anggaplah itu kurniaan Allah dan jangan sampai melalaikan.

Jika kegembiraan itu kerana pujian dan sanjungan orang, bersyukurlah kepada Allah yang telah menutupi kejahatan yang ada sehingga orang hanya mengenali kebaikan semata-mata.

Sumber bacaan : Al-Hikam

disebalik kehidupan

Ya Allah… kat mana lah kedudukan kita ni. Terasa hati dengan teguran orang walau orang tu tak mention pun diri kita dah melenting tak dapat kawal diri. Rasa diri betul dan bagus saja.   Bersesak- sesak dalam tren komuter dah berjela-jela tweet lepaskan marah. Hujan gerimis dan siaran Astro ‘currently not available’ pun dah maki hamun sebab kita anggap kita dah  bayar perkhidmatan  sampai lupa yang sebenarnya Allah dok bagi peringatan secara paling lembut supaya kita sedar dan tidak leka. Kita tak nampak pun…. Ya Allah…. yang kita nampak rugi sebab terlepas babak penting drama Korea.

Ini baru seringan-ringan ujian.  Saya bukan nak kata orang lain,semua perkara ini  memang ada pada diri sendiri , batang hidung sendiri.

Bab mendapat kelebihan kesenangan dunia pun sering juga melalaikan. Kerana senang , kita selalu berbelanja membeli sesuatu kerana ‘ada duit’ bukan sebab barang tu perlu. Dah beli satu hal, nak canang seluruh alam nak bagitau orang pun satu hal. Berkias gigih menyusun ayat supaya orang nampak walaupun berusaha tidak terlalu ketara.

Orang puji blog kencang, trafik pecah panggung, earning ribu ribu lemon terus kita leka. Terbuai dengan pujian , tanpa sedar makin galak mencanang dengan bersebabkan ‘sharing is caring’.  Garis bersederhana yang dianjur Rasulullah s.a.w  tu makin nipis kita langgar.  Perkongsian untuk memberi manafaat kepada orang lain itu lama-lama menjadi jurang besar sehingga melebihi keperluan berkongsi.   Godaan orang yang nak buat baik lebih tercabar sebenarnya.  Makin kita rasa kita buat baik, makin kita terpesong dengan kemegahan kebaikan tersebut.

Pujian juga ujian… ujian hati mengelak ujub dan bangga diri. Tak ada anak selepas perkahwinan bertahun-tahun itu ujian, ada anak juga ujian.

Takutnya Ya Allah… takut perkongsian entri- entri saya menjurus kepada untuk mempamerkan kehebatan, kesenangan dan kelebihan. Sedaya upaya saya cuma berkongsi secara umum sebagai panduan dan berkongsian maklumat. Sebagai manusia lemah, sudah tentu saya tidak terlepas dari sifat berlebihan dalam kedukaan dan kegembiraan.

Awal pagi tadi selepas membaca satu bab dalam  Al-Hikam, termenung sendiri .. cuba muhasabah diri apa yang terlepas , apa yang terlanjur.  Takutnya kalau niat untuk mendapat pahala menjadi bala tanpa disedari.  Rasa itu membuak-buak dalam diri.

sent from my GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Ya rahmat yang diberikan pad kita selagi hidup, nikmati dan syukuri…
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Bogor Telp. 0816-183-9992 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. Baru-baru ni ada tengok kat youtube tentang Al-hikam, kalau tak silap selepas tengok cerita taubat nasuha seorang samseng ka selepas tengok video taubat dari ustaz Asri. Dari komen video tu ada kata tentang al-hikam tapi tak sempat nak tengok lagi. huhu.
    Jom terjah post menarik dari Naziman ..Gadget iPhone 5 ada tugasan baru yaMy Profile

  3. semoga dalam hidup ini kita bisa mencapai ketenangan hidup..
    Jom terjah post menarik dari Ramzi ..Cara Membuat Artikel Terkait / Related Post di BlogMy Profile

  4. susah nak capai hati tenang kadang2.
    duka itu pasti terlintas walaupun dalam suka..
    Jom terjah post menarik dari Izwan ..Mudahnya Menjemput Rezeki Allah, Kita Perlu Usaha!My Profile

  5. Suka adalah ujian…apatahlagi duka.. semua Ujian daripada Allah
    Jom terjah post menarik dari zack ..Wordless Wednesday #13My Profile

  6. saya hanyut baca artikel nih. banyak khilaf dalam diri. rahmat pun dugaan juga, kena sentiasa jaga hati dan iman. thanks kongsi kak.

  7. sebak bc n3 ni…sebab sebahagian isi terkenan tepat ke diri sndiri……
    terima kasih kakjee share N3 superb ni……

  8. Alhamdulillah , saya dah merasa…. Dugaan daruNya Terima kasih kerana berkongsi info ini.

  9. Subhanallah, cukup menyentuh hati. kadang kita bila berduka, baru ingat Allah, baru ingat nak bersyukur dgn nikmat2 sebelum ni. Bila gembira, langsung lupa Allah. Langsung lupa segalanya. terima kasih atas perkongsian 🙂
    Jom terjah post menarik dari Faris Al-Muhandisu ..Bertukar Telco Kepada U Mobile Secara Rasmi (MNP)My Profile

  10. kaya dan bahagia dengan SYUKUR
    nikmat bertambah, rezeki melimpah, hidup penuh berkah
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..memerangi hadirnya orang ke 3My Profile

  11. datang sini dr blog DH..

    memang patut pun DH memuji..
    entri yang berkualiti penuh dengan panduan dan peringatan…
    Jom terjah post menarik dari aimaniman ..Bila Tangkap Bola Ingat Leuniey…My Profile

  12. Tq kak jie untuk artikel ni. memang datang mase saat saye memerlukan dan memang kena batang hidung sendiri sesetengah isi nya. Semoga diampuni dosa-dosa saya selama ni dan semoga Allah permudahkan urusan saya minggu kritikal ni dan urusan kak jie & semua-semua orang (^_^)
    Jom terjah post menarik dari Nadot ..Kursus: Muka Pagi vs Muka PetangMy Profile

  13. Terima kasih diatas perkongsian yang wajib diyakini oleh setiap Muslim
    Jom terjah post menarik dari fmtt ..Sayangi AnakMy Profile

  14. Kitab Al Hikam Ibn Athaillah ye? Dulu pernah belajar sikit.
    Kitab yang baik utk hati, setiap peringatan dengan bahasa paling lembut.

    Moga kita diampunkan dan sentiasa diberi peringatan.
    Jom terjah post menarik dari Affan Ruslan ..37 Teknik Menjana Idea Menulis BlogMy Profile

  15. nasihat yang amat berguna…thanks kak
    Jom terjah post menarik dari Shahrul ..Bantu Harimau Malaya untuk Pertahan Piala AFFMy Profile

  16. Assalam..
    Terima kasih atas ingatan dan nasihat di atas..
    Jom terjah post menarik dari iza ..Cardigan DewasaMy Profile

  17. kita biasa mampu menangani cabaran dan kesabaran, tetapi cepat kalah bila berdepan dengan kesenangan dan perkara yang melibatkan rasa syukur. ramai yg mengeluh tetapi kurang yg bersyukur
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Seksa Sebelum AjalMy Profile

  18. Ramai yang hanyut kerana nikmat Allah dan ingat Allah apabila terkena musibah. Itulah hakikat manusia yang sering lupa kepadaNya.
    Jom terjah post menarik dari Arrazi ..7 Teknik Kekalkan Keterujaan Berblog (Part 2)My Profile

  19. emm biasa la tu kan..susah kalau mereka tu jenis ego lebih..memang sukar nak terima nasihat org..emm sama-sama muhasabah diri..semoga menuju jalan yang benar…
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Sinopsis Cerita Kisahnya Secebis HatiMy Profile

  20. 🙂

    suka baca nasihat dan ingatan akak.. santai..tapi masuk dalam otak dayah nih ..
    Jom terjah post menarik dari dayah ..Nuffnang Event with Baskin Robbins & Party EH! bersama 20 artis yang anggun dan disenangi 2012My Profile

  21. huh..ambil gambar apa ituuu..
    Jom terjah post menarik dari ohcikgu ..Tonton online Adam dan Hawa – Episode 52-56My Profile

  22. kesenangan dan kejayaan sbnrnya juga adalah ujian daripada Allah dlm menguji iman hambaNya.
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Hiasan Dalaman Rumah: Petua, Tips & Perkara Perlu ElakMy Profile

  23. Bila didalam kesusahan baru hendak ingat kepadaNya ada yang pula menyalahkan takdir. Harap saya bukan golongan tersebut.

    Pst..cantik gambar bendang. Siapa pula ambil snap shot tahap yang dahsyat tuh? 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Misi hack blog AkubiomedMy Profile

  24. peringatan buat yang sering lupa..

    memang berat ujian bila nak ke arah kebaikan ni..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Jangan jadi ketamMy Profile

  25. bersyukur saat diuji…Tqvm kak sebab berkongsi..
    patutlah orang-orang dulu selalu berpesan “buat baik berpada-pada.. buat jahat jangan sekali…” tqvm…
    Jom terjah post menarik dari hisham ..Awasi Kemunculan Snouck HurgronjeMy Profile

  26. alhamdulillah..artikel yg sgt memberi ilmu..sesungguhnya setiap dugaan atau ujian yg Allah berikan pada hambaNya ada hikmah.

    gambar pertama itu mesti dekat gunung keriang kedah kan kak jie hehe…
    Jom terjah post menarik dari Norizwan ..3 blog pilihan terbaikMy Profile

  27. Tempoh hari ada membaca berkaitan dengan pujian ini, bagaimana cara untuk memberi pujian dan menerima pujian, semoga kita semua terlindung dari sifat-sifat yang tidak baik.

    terima kasih atas perkongsian yang baik ini.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Apabila iPhone 5 menjadi Gadget Impian para blogger.My Profile

  28. Kekadang kita lupa nak bersyukur setiap saat ALLAH bagi berbagai kemudahan .. nafas yg keluar masuk … walaupun kita selalu lupa nak bersyukur tapi bila diuji sikit terus maki hamun … siapa yg kita maki tu tak lain ALLAH yg menguji kita melalui manusia, alam, gadget dan sebagainya … Ya ALLAH ampuni lah aku yg banyak dosa ini.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Taubat Ku Taubat Nasuha – Episod 1My Profile

Trackbacks

  1. […] di ruang mata. Ya Tuhan, kejamnya diri nih. Rasanya ini sahaja kisah hidup yang ingin dikongsi. Suka dan duka itu rahmat Allah. Saya tahu kita sebagai manusia tidak boleh terlalu hidup dengan kenangan sebab ia merugikan dan […]

  2. […] di ruang mata. Ya Tuhan, kejamnya diri nih. Rasanya ini sahaja kisah hidup yang ingin dikongsi. Suka dan duka itu rahmat Allah. Saya tahu kita sebagai manusia tidak boleh terlalu hidup dengan kenangan sebab ia merugikan dan […]

  3. […] di ruang mata. Ya Tuhan, kejamnya diri nih. Rasanya ini sahaja kisah hidup yang ingin dikongsi. Suka dan duka itu rahmat Allah. Saya tahu kita sebagai manusia tidak boleh terlalu hidup dengan kenangan sebab ia merugikan dan […]

  4. […] ) selalu silih bergant; Sebab qabdh ( risau hati )  kerana salah satu dari tiga. Kerana dosa…Abul Hassan Assyadzily ra. berkata Alqabdhu wal basthu ( risau hati dan riang hati ) selalu silih be…Abul Hassan Assyadzily ra. berkata Alqabdhu wal basthu ( risau hati dan riang hati ) selalu silih […]