Miss Innity yang rela bermadu

By Kujie, 14/12/2009 2:30 am
Yes… i’m moving now.    Saya manusia biasa yang sentiasa alami perubahan pemikiran, citarasa dan keinginan.

Hidup Berani Untuk Gagal!

Ramai yang bertanya, kenapa saya menggunakan Innity sekarang, kenapa saya meninggalkan status  Glitterati Nuffnang?

Kenapa saya sanggup lepaskan status tersebut dan bermula dari ZERO semula?

Saya tiada masalah dengan Nuffnang dan mereka juga tidak pernah memberi masalah kepada saya. Mungkin ini adalah masa yang tepat untuk saya membuat pilihan mencuba sesuatu yang baru dan terhangat di pasaran?   Saya ada banyak kenangan manis dengan Nuffnang sejak tahun 2007 – antara kumpulan blogger yang terawal bersama Nuffnang.

innity 443x250 Miss Innity yang rela bermadu

Saya sukakan cabaran – saya menyabut cabaran yang mempunyai kepentingan kepada diri sendiri kerana cabaran dapat memberi satu kepuasan dan juga pencapaian.

Hidup Berani Untuk Gagal! Saya adalah wanita yang fleksibel dan gemar mencuba perkara baru dalam hidup. Seorang yang sangat komited dan akan melakukan yang terbaik dalam apa saja pilihan yang telah saya buat.

Kenapa saya suka Innity?

Kerana Innity tidak  cemburu dan rela bermadu!

Bolehkah saya menyertai Innity Performance Network jika saya sudah menjadi sebahagian daripada rangkaian iklan lain?

Yes. We do welcome ! Kami membenarkan anda untuk memaparkan iklan daripada rangkaian iklan lain bersama dengan Innity Performance Network . Namun, anda bertanggungjawab atas masalah-masalah kontrak yang mungkin timbul dengan rangkaian iklan lain. – cool kan syarat ni?

Untuk menjadi sebagai publisher dengan Innity, anda perlu memohon dan memenuhi beberapa syarat seperti  :

  1. Website harus memiliki purata minima 15.000 Pageviews sebulan.
  2. Website harus memiliki purata minima Unique Visitors 3.000 sebulan.
  3. Website harus memiliki Quality Content dan dikemaskini selalu.

Lihat syarat-syarat lain di sini >  [link] , isikan permohonan  di [sini] jika anda berminat.

©Kujie – saya masih mempunyai 6 kempen ( 2-LR, 2-SS & 2-LB) dengan Nuffnang dan mungkin inilah kempen yang terakhir.

Post Lain Yang Berkaitan

61 Responses to “Miss Innity yang rela bermadu”

  1. jun says:

    jie..dah beralih angin ye? baguslah…angin tuk tahun baru…mcm tips saham tu ler…melabur masa semua tgh down tu elok…start from beginning….ekekeke
    jun´s last blog ..Moist banana bread My ComLuv Profile

  2. blogresipi says:

    Seronoknya kak kujie dapat Innity. moga lebih sukses berblog. rezeki anak-anak tu. :)
    blogresipi´s last blog ..Ayam Masak Kicap My ComLuv Profile

  3. ChekguBH says:

    panjang juagk ads kat sidebar ni ek??
    akak suke jadi pioneer ek??
    nnti adela yg ngikut tuuu…
    ChekguBH´s last blog ..Kemaruk FB tak pudar lagi… My ComLuv Profile

  4. abrablog says:

    hehe..innity diterima. Baru try dan memang, aku terpaksa letak bini aku yg nama nuffnang tu kat tempat lain. Tak leh serumah. Nanti nuffnang tak nak layan aku plak. hehe..
    abrablog´s last blog ..Make Money Online with Clickbank My ComLuv Profile

  5. topo says:

    masih tak puas hati lagi pinanganku ditolak innity.. hohoho
    saya sedang usahakan sesuatu untuk balas dendam pada innity.. :D
    topo´s last blog ..Jusco baru meletup.. My ComLuv Profile

  6. ariff says:

    tahniah la kak.
    semoga berjaya ngan innity.

    tapi mesti berjaya punya kan?? nnti kongsi pengalaman tau
    n kalau ade lebih2 tu buat la contest untuk kami blogger2 lain ni. hehe..
    ariff´s last blog ..Obama & Facebook My ComLuv Profile

  7. zool says:

    Hm… tunggulah kalau blog ohpemandu blh meletup baru apply…
    zool´s last blog ..Dividen ASB 2009 My ComLuv Profile

  8. Innity is good as you can control the type of ads you want to display on your website. Welcome to the Innity club. :razz:
    Lee | Money4Invest´s last blog ..Watch Star Wars Movie Using Command Prompt My ComLuv Profile

  9. nuaeman says:

    Mungkin belum layak lagi nak menyertai innity…
    nuaeman´s last blog ..Hadiah dari contest di Bluedianthus.com My ComLuv Profile

  10. x-po says:

    camne ek iklan dia kak? xpenah nmpk lg kat mana2 blog

  11. samdaddycool says:

    Wah… ada benda baru yang nampak menarik! Saya baru je mengagih-agihkan nuffnang dengan advertlets supaya satu ads satu blog.. ni ada benda baru plak.. Kena riki dulu neh.. :shock:
    samdaddycool´s last blog ..Christmas Gift Idea? My ComLuv Profile

  12. Fuyyooo syarat…sah sah tak layak…
    Seronok dengan semangat Kak Jie yg komited dengan benda2 macam ni :cool:
    selamat berjaya
    iza~de~bintang´s last blog ..Pertama Kasih, Kedua Budi… My ComLuv Profile

  13. wuhuu.. ni salah satu kelebihan innity.. dia tak pernah kisah bab madu2 ni dan earning memang masyuk sprt yg depa nyatakan.. thats mean, tak perlu nk fikir pasal status bagai. huhu..

    cuma aku je tak layak nk pasang innity ni kat blog sbb apa sangat la blog aku tu ~sigh
    azizwan(dot)com´s last blog ..Terima kasih Nuffnang.. Sayang korang My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @azizwan(dot)com, tak perlu nak klik2
      cuma usaha utk tambah trafik

      tapi ada juga beberapa syarat untuk trafik – :lol:

  14. aidi-safuan says:

    huhu..page view sebulan tak sampai seriban pon.sedih2
    aidi-safuan´s last blog ..Finally, I’d won RM 2 billion through 3D jackpot! My ComLuv Profile

  15. Eriyza says:

    Errrr, tak layak nk memohon kot.
    Huhuhu!!! :( (

  16. eyriqazz says:

    wah2,salute la akak kerana berani mencuba sesuatu yg baru dan tidak takutkan kegagalan…For me,syarat Innity pun mungkin blom layak dan I masih baru dengan blogging n I trust Nuffnang…Hehehe…
    eyriqazz´s last blog ..Curious Kids Need to be Tough Inside My ComLuv Profile

  17. Aykay says:

    kak,

    jangan blog ni jadi macam billboard iklan udah la… nanti ada ramai pengadu
    Aykay´s last blog ..Pukau tepuk bahu My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Aykay, 3 iklan nuffnang tu mgkn akan hilang seminggu lagi, sbb ada 6 buffered yang masih berjalan.. kena habiskan kempen dulu.,

      seminggu lagi – tak de lagi.

  18. ~mrs azmi~ says:

    cubalah ape saje… pasti menambahkan pengalaman hidup kanns ;-)
    ~mrs azmi~´s last blog ..Selamat Pengantin Baru~ My ComLuv Profile

  19. luth textile says:

    baru sembang dengan bat semalam pasal ni.. huhu..
    akak kan blogger yg berkualiti
    luth textile´s last blog ..5 Kesalahan yang kerap dilakukan di Jalan Raya My ComLuv Profile

  20. mrkay says:

    tahniah kak jie.. saya apply ari tu, tak sampai sejam dah kena reject.. tak cukup layak lagi :p
    mrkay´s last blog ..Musuh atau kawan baik? My ComLuv Profile

  21. zati says:

    3000??gulp..x layak la sy..
    zati´s last blog ..Perlu ke? My ComLuv Profile

  22. Khai says:

    Dua2 pun ok.. tp secara peribada, prefer Innity… :grin:
    Khai´s last blog ..Memilih Blogging sebagai Kerjaya – Part 1 My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @Khai, betul… selama ini pun tiada masalah dgn nuffnang

      secara jujur, ada lah juga — hehehehe..tapi bukan major problem pun

      bila ada pilihan – kak jie cuba membuat pilihan yang dirasakan lebih baik

      itu saja

      • Khai says:

        @Kujie, ya kak… dah sampai masanya Nuffnang menerima kedatangnan Rival dia yang benar-benar rival.. Hehehe. Salute dengan keberanian akak! Org kata belum cuba belum tahu.. tak gitu? hehehe

  23. jaws says:

    hahaha..
    semua dah ramai masuk innity..
    tp aku nak setia ng nuffnang..
    biarlah ape org nak kata..
    stay jer dulu..
    hehe..
    resist to change..

    • Kujie says:

      @jaws, jgn salah faham

      kak jie masih gunakan nuffnang kerana innity tidak ada masalah dgn syarikat lain
      cuma nuffnang je ada masalah, dia tak suka bermadu

      jadi – kak jie cuma bukan Glitterati je
      itu je bezanya

      dah bukan Glitterati tu, faham2 sajalah – earning/ kempen tak mungkin dapat mcm Glitterati lagi
      :mrgreen:

  24. maza says:

    wahhh.. menarik ni…
    tapi pengunjung di gubuk maza itu rasanya masih jauhhhh dari mencapai syarat2 tersebut.. huhuhu

    kena kerja keras ni….. heheheh

  25. kenari says:

    kujie, sy bleh baca aje lah entry ni tapi tahap kefahaman adalah zero :roll:
    kenari´s last blog ..Jejak Kasih 12.12.2009 10.00pm My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @kenari, he he he… innity mcm nuffnang juga sebenarnya
      cuma yg ni kena mohon dan ada beberapa syarat perlu dipenuhi sebelum di luluskan

      ada tapisanlah… bukan semua blog diterima – kena berani utk direjet :lol:

  26. beliamuda says:

    nnt boleh la berkongsi macam mana innity ni perform..
    beliamuda´s last blog ..MicroSD write-protected: Big Problem, Simple Solution My ComLuv Profile

    • Kujie says:

      @beliamuda, betul tu, sebab innity belum ada rekod yang boleh dirujuk
      carian di internet pun belum ada orang yang membincangkan secara meluas

  27. blinkky says:

    Tak pe sesekali nak cuba angin baru =)
    blinkky´s last blog ..How To Enable Gravatar On Your Wordpress Blog ? My ComLuv Profile

  28. Anarm says:

    dah penah kene reject.. huhuu

  29. nesca says:

    fuh upgrade dah kak jie. canggih² ☺
    nesca´s last blog ..I hate partial feeds! My ComLuv Profile

  30. tekkaus says:

    Saya rasa Innity lebih baik daripada Nuffnang. Setidak-tidaknya mereka tidak menghadkan ruang kami kan?
    tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! My ComLuv Profile

  31. tekkaus says:

    Saya telah apply kak! Tapi mereka belum reply. Entah mereka akan luluskan atau tidak kan? :p
    tekkaus´s last blog ..I Am Studying Again! My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy