Amalkan Tips Pekerja Jepun Sebelum Tinggalkan Rumah

borang cuti balik kampung di balai polis

Awal pagi tadi, saya dah ambil borang notis meninggalkan kediaman  di Pondok Rukun Tetangga  yang disediakan oleh SRS ( Skim Rondaan Sukarela ) di kejiranan kami.  Terimakasih kerana sentiasa prihatin demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.

Sejak tahun lepas, sebelum balik bercuti hari raya ke kampung, saya Isi Borang Notis Meninggalkan Kediaman.  Ini adalah salah satu perkara yang perlu dirancang sebelum pulang bercuti ke kampung sempena hari perayaan.

Ada satu tips menarik yang dikongsi dari seorang sahabat blogger akubiomed,

“Setiap kali tinggal rumah untuk jangka masa panjang saya akan buat laporan di balai polis berdekatan.

Biasanya saya akan gambil gambar mengunakan telefon bimbit untuk barangan besar yang ditinggalkan seperti motorsikal dan barangan elektrik. Saya snap gambar no plate. chasis, no siri dan model. Gambar mangga pun diambil.

Boleh diamalkan dengan menyebut “rumah telah dikunci” sebanyak 5 kali dengan memandang ke arah mangga sebelum bertolak supaya memastikan rumah ditinggalkan berkunci. Walaupun caranya agak gila itulah dipraktik oleh pekerja Jepun sebelum meninggalkan mesin dengan memastikan mesin telah di offkan dengan menyebutnya. “

Setelah berusaha dan merancang dengan dapatkan rehat yang cukup , kenderaan yang disenggara baik , barulah bertawakal dan berserah pada Allah.  Semoga percutian kita kali ini dilindungiNya.

 

No Tel  :
PLUSLine : 1800 88 0000
Toll Free GCE – 1 300 88 0035
Hotline GCE – 03 6038 5052

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya akan langsung intip tips2nya
    terima kasih
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  2. seskema mana pon org jepun, diorang buat ikut aturan dan sistem. sepatutnya itulah yg kita perlu contohi supaya tiada kerja yg jd dua kali kerja ataupon tertinggal terus
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Teater Rumah RM6.25 Juta Bertemakan Filem Dark Knight Rekaan Elite HTSMy Profile

  3. Zarul Umbrella says:

    bagus tips ni tq kak jie
    Jom terjah post menarik dari Zarul Umbrella ..Wordless Wednesday – Payung!My Profile

  4. Yaaa tips yang bagus dari akubiomed…pastikan segala harta benda selamat di musim perayaan ini..musim orang jahat buat duit..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Lara Cinta RayaMy Profile

  5. boleh diamalkan……………

  6. risau dengan motor yang telah ditinggalkan kejapp..
    Jom terjah post menarik dari titan ..Kenapa aku suka Cik Tom?My Profile

  7. senang je no tel plusline tu .. pasni Insyaallah tak lupa..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Baju Kurung Bermanik Untuk AidilfitriMy Profile

  8. Bismillahhi tawakkaltu ‘Alallah.. (sambil memeriksa apa patut).
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Kisah kasih yang menyentuh hatiMy Profile

  9. orang jepun memang mempunyai dan mengamalkan disiplin yang cukup tinggi.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Komisen pertama dari nuffnangMy Profile

  10. btul2..org jepun maju sbb disiplin tinggi
    Jom terjah post menarik dari cikgu azim ..Toyota FT-86 the New AE86My Profile

  11. Memang amalan yang wajar dicontohi. Kalau dah 5 kali sebut dan pandang, hati mesti tenang dan tak was-was, betul ke dah kunci?
    Jom terjah post menarik dari Kak Long Mawar Merah ..Suami isteri mangsa demam denggiMy Profile

  12. Assalamualaikum,
    Saya memang akan ke balai polis tiap kali cuti panjang dan tinggalkan rumah lama. Sebahagian drpd usaha untuk keselamatan musim perayaan.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Suami dituduh bunuh Eksekutif Pentadbiran TV9My Profile

  13. Memang kena report pada pihak polis jika tinggalkan rumah yg agak lama.
    Sekarang rakan cop pun sudah boleh daftar jika mahu pulang kekampung..
    Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..Top link referral Ogos 2012 Raya kongsibersamanoraMy Profile

  14. Selamat bercuti bersama sanak saudara untuk menyambut ketibaan Hari Lebaran…
    Jom terjah post menarik dari azlanlin ..CINCIN : Berbingkai syiling emas seringgit yang dilebur dan diukirMy Profile

  15. saya balik raya juga kak jie…bagus ada kejiranan yang baik
    Jom terjah post menarik dari azura ..Aiskrim Vanilla OreoMy Profile

  16. Tahun ni kami tidak pulang berhari raya di kampung. Malah, seluruh kaum keluarga yang akan datang ke rumah sebab sekarang emak yang menjaga nyai (nenek) sejak nyai diserang angin ahmar separuh badan.

    Jangkakan sesuatu yang sangat meriah pada raya kali ini. 🙂
    Jom terjah post menarik dari HAdira Kifly ..KADAR ZAKAT FITRAH 2012My Profile

  17. terkadang kita terlalu ambik mudah sebab menyangka takkan berlaku apa apa..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Gadis untuk dijualMy Profile

  18. wahh bagusnya..kat sini takde pun SRS..tapi insyallah selamat..
    Jom terjah post menarik dari wanmus ..Ada Apa Dengan Hari Internet Blackout?My Profile

  19. wandisini says:

    anggota SRS tu tak balik kampung ke?
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Speed Trap di PutrajayaMy Profile

    • Dia membantu menguruskan borang, sediakan borang dan kutip borang pendudup… bagi kat polis.

      sekurang² dia orang tau rumah mana ada orang rumah mana tak ada orang, untuk rekod sendiri.

      Tempat tinggal kami , bukan semua balik ke kampung, ramai juga yang memang penduduk sini, kampung dekat² sini.

  20. Tips yang bagus ini..Hehe..boleh lah saya amalkan..
    Jom terjah post menarik dari Blog Asyraf ..Johari Pain Lebih Popular Daripada Pandelela RinongMy Profile

  21. Semakin Maju and Moden semakin susah nk berjalan tinggalkan rumah.
    Jom terjah post menarik dari faizfakhirin ..#WarStrategy Serangan Yang Akan Dilancarkan Israel Ke atas IranMy Profile

  22. Saya tinggal di kawasan flat lain sikit aturannya , kunci , semak pintu , selak tinggkap ,dan beritahu jiran2 yang saya balik kampung ..

    tp jiran yg boleh di percayai lah …
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Iklan raya petronas 2012 – Jika kita adalah “Strangers”My Profile

  23. Alhamdulillah, kejiranan saya pun ada menjalankan skim rondaan sukarela. Hidup saling bergantungan. Moga selamat hendaknya.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Bertemu pengendali akubiomed.comMy Profile

  24. Terima kasih. Terkejut apabila kak Jie sudi kongsi tips yang dikongsikan didalam ruang komen tahun lepas.

  25. persediaan yang perlu di bandar2….:) terutama bab report polis tu..
    Jom terjah post menarik dari budakfelda ..Syukur Itu PerluMy Profile

Trackbacks

  1. Berbuka puasa di kampung - AkuBiomed says:

    […] beberapa tempat yang perlu singgah diantaranya membeli kuih untuk juadah berbuka didalam kereta dan melapor balai polis mengenai tempoh meninggal […]

  2. Hasil projek hujung minggu persiapan Raya. - AkuBiomed says:

    […] Bagaimana persiapan Raya sahabat blogger? Kak Jie ada pesanan keselamatan sebelum bercuti balik […]