Bayar RM99 Beralih Ke NJOI
Panduan

Bayar RM99 Beralih Ke NJOI

Mulai bulan April ni, saya dah tak perlu bayar bil bulanan Astro. Saya dah bertukar ke NJOI. NJOI ni perkhidmatan televisyen satelit prabayar  yang mempunyai 22 saluran TV dan 20 saluran radio. Kalau kita nak tengok saluran TV lain, boleh top up macam  telefon prepaid. Bayar dan tonton apabila perlu sahaja.

Antara saluran TV yang terdapat dalam pakej NJOI  ialah semua saluran Media Prima (TV3, TV9, 8TV dan NTV7) TV1, TV2, TVi, Astro Awani, Astro Oasis, Astro Prima atau Tv AlHijrah dan beberapa saluran lain.

Katakan kita nak tengok Astro Warna,  kita top up  RM3 untuk 2 hari atau RM 20 untuk 30 hari. Cara nak  langgan saluran  NJOI lain yang tidak terdapat dalam pakej  ialah dengan beli kad prabayar dan Taip: 111 No IC Nombor PIN 16 Digit Kod Saluran dan SMS ke 33310. Boleh juga pergi ke Saluran 200 dan beli disitu.

Banyak sebab kenapa saya bertukar, antaranya kerana bil hampir RM 100 yang dibayar setiap bulan itu tidak berbaloi untuk kami berdua.  Saya cuma perlukan saluran TV yang minimum sahaja.  Bukan tengok sangat pun.

astro Njoi prepaid

Cara Bertukar ke NJOI

  • Masih ada akaun Astro yang aktif, dekoder Astro  dan piring antena berfungsi dengan baik.
  • Telefon Nombor NJOI 03-9543 8100 (8:00 pagi – 12:00 tengah malam) dan semak baki terkini yang perlu dijelaskan. Bayar semua baki  jika ada.
  • Bayar upah beralih ke NJOI sebanyak  RM99

Saya diminta untuk telefon NJOI semula selepas 2 hari  untuk mengaktifkan akaun.

Sekarang sehingga 30 April 2013 ada promosi Astro FreeSat untuk akaun yang tidak aktif ( sebelum 31/12/2013) untuk bertukar ke Njoi dengan percuma.

Kalau sebelum ini tak ada akaun Astro, tak ada dekoder Astro atau tak ada piring antena dan nak pasang Njoi, kena bayar RM328 untuk kotak DMT dan RM228 untuk kotak DMT yang dibaik pulih. Tidak termasuk caj pemasangan RM100.

Kalau korang ada soalan atau pertanyaan lain pergi saja ke laman web NJOI atau telefon NJOI, saya cuma bercerita pengalaman sendiri sahaja.  Mungkin kes kita berbeza, sudah tentu jalan dan cara penyelesaian pun berbeza.

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

42 thoughts on “Bayar RM99 Beralih Ke NJOI

  1. kenapa sub untuk kbs punya cerita tiada bahasa malaysia . dan bila nak keluarkan HD 393 punya channel .?

  2. ayah yeop memang nk tukar Njoi sejak yeop pakai di rumah sewa, cuma mak yeop taknak tukar sbb takde cerita korea.

    dah nasib deme kan… apapun memang jimat sejimat-jimatnya.

    nanti yeop halo kat ayah yeop baca entri makcik.
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Impian Jadi Kenyataan?!My Profile

  3. Asaallamualaikum kak jie….jimat jgk ea Njoi ni,Dulu lau tak salah saya tahun2012 ada org astro datang umah dia ofer Njoi ni la.Tp masa tu lum ada TV Prima tu yg sy x join…..coz nk tgk tv3 dia kata blh tp tukar antena biasa.tp sekrg dh ada ok la…cam nk join je.sekrg bulanan sy bayar rm80…tu pun mlm je tgk dlm 2 jam.rasa rugi….tq kak jie kongsi pengalaman.
    Jom terjah post menarik dari liza ..Ostematrix Pilihan Terbaik Tulang AndaMy Profile

    1. Waalaikumsalam

      katanya harga akan naik lagi…entah betul atau tidak
      kami bertukar sebab tak tengok sangat
      rasa tak berbaloi bayar tapi tak guna
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjaring AnginMy Profile

    1. Waalaikumsalam

      dah lama ada, cuma tertangguh tangguh saja nak berbertukar
      skrg dah…..lega tak perlu nak bayar benda yg kita tak perlu sgt pun
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjaring AnginMy Profile

    1. channel sukan tu..channel mahal
      kat rumah kami ni tak ada org lelaki nak tengok
      kalau anak2 balik hujung minggu, dia lebih suka keluar tengok kat kedai dgn kawan2
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjaring AnginMy Profile

    1. kalau belum ada akaun astro, maksudnya belum ada piring antena belum ada dekoder, mahal lah sikit
      kak jie sebab dah ada….. jimatlah
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Menjaring AnginMy Profile

    1. betul tu..saya dah tukar ke njoi dari astro yg dah kena potong tu…1/9/2014 saya mula menonton melalui njoi ..FREE je..cuma bayar bil tertunggak dulu je..

    1. yup… cuma kita kena semak baki astro tu kena bayar berapa, kena jelaskan semua bil
      kak jie plan tukar masa hujung bulang, jadi sebelum dia charge bil bulan baru, kak jie potong

      rm 99 je kalau kita ada akaun aktif, dekoder dan piring antena
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Bayar RM99 Beralih Ke NJOIMy Profile

  4. wah bolehlah tukar kepada njoi untuk akaun astro di rumah abah juga nanti, sebelum ini adik yang bayar bil bulanan lepas dia dah pindah kesian plak kat abah kena bayar bil bulanan.

    RM99 sekali bayar lebih baik dari tiap2 bulan bayar saja2 tengoknya takde mana.
    abah tgk berita jer pun.
    Jom terjah post menarik dari ejam ..Abang Di Belakang Adik Di Depan.My Profile

Comments are closed.