Cara Isi Borang UPU Online 2015
Panduan

Cara Isi Borang UPU Online 2015

Saya dapat panggilan dari adik ipar yang anak pertamanya baru lepas SPM, jadi ini pengalaman pertama dia berurusan dengan UPU.  Saya dah ada 2 kali ada pengalaman mengisi borang UPU, bolehlah berkongsi dengan adik beradik.

2 orang anak, 2 cara berbeza dan nampaknya tahun ini tak banyak perubahan cuma perubahan paling penting – boleh kemaskini tanpa had.  Dulu kemaskini cuma 3 kali sahaja dan inilah yang banyak memberi masalah.

Payah nak terang melalui telefon , maklum adik saya di Pulau Pinang.  Dia minta saya update blog dan tulis mengenai cara membuat permohonan UPU .  nanti dia baca blog untuk panduan, katanya.  Kalau nak diikutkan, saya ni dah berzaman tak udpate blog…macam dah menopause pun.

Entri ini khas untuk anak saudara saya Ku Mira – moga berjaya dalam permohonan…juga untuk anak-anak yang singgah mencari maklumat di blog ini.

Sistem Permohonan Kemasukan ke IPTA/Politeknik Premier/Politeknik Konvensional/METrO/Kolej Komuniti dan ILKA bagi program pengajian lepasan SPM/setaraf dan STPM/Matrikulasi KPM/Asasi/setaraf dibuka dari 19 Januari 2015 hingga 6 April 2015 jam 4.00 petang

Permohonan online UPU boleh dibuat bila-bila masa dari tarikh 19 Januari 2015 hingga  jam 4 petang 6 April 2015.

Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia yang mempunyai No.KP/MyKad sahaja.

Beli No Unik ID ( No Pin UPU ) di kaunter Bank Simpanan Nasional ( BSN ), ATM BSN atau perkhidmatan SMS Banking (bagi pemegang akaun GIRO sahaja) sehari selepas iklan disiarkan.

Kategori pembelian nombor unik ID adalah seperti berikut :

  • Kategori A RM15.60 : Lepasan SPM/ Lepasan SKM/ILKA ,
  • Kategori B RM15.60 : Lepasan STPM/Setaraf, Lepasan Diploma/Setaraf,Lepasan STAM, Asasi dan Matrikulasi

Dah dapat No Unik ID UPU tu, klik ke Permohonan Online UPU , baca maklumat penting sebelum mengisi borang. Baca syarat permohonan, panduan memohon dan soalan lazim yang terdapat di situ.

Cara Isi Borang UPU Online SPM 2014

Klik sini -> Permohonan Kemasukan ke IPTA/ Politeknik Primier Sesi Akademik 2015/2016

borang mohon online UPU

Masukkan butiran berikut (muka depan):

  • Nombor Kad Pengenalan/ MyKad;
  • Nombor Kad Pengenalan/MyKad semasa pendaftaran peperiksaan;
  • Nombor Unik ID; yang dibeli awal-awal tadi di BSN
  • Nama Ibu
  • Kategori Permohonan; dan
  • Kod Imej.

Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang SETERUSNYA

Kategori permohonan

  1. Kategori A – Pemohon menggunakan SPM 2014
  2. Kategori B – Pemohon Lepasan SPM tahun 2013 atau 2012
  3. Kategori C – Pemohon Lepasan SPM tahun 2011 atau sebelumnya atau sijil setaraf yang diiktiraf oleh IPTA
  4. Kategori D
    Pemohon menggunakan keputusan
    SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2013 atau,
    SPM 2012 dengan sijil ulangan SPM 2014 atau,
    SPM 2013 dengan sijil ulangan SPM 2014

Isilah maklumat yang dikehendaki. Setelah selesai masukkan semua maklumat di atas tekan butang PENGESAHAN MAKLUMAT

  • Klik pada butang Sah & Hantar untuk mengesahkan permohonan telah diterima oleh sistem
  • Cetak pengesahan maklumat diterima oleh sistem dan maklumat keseluruhan permohonan untuk simpanan dan rujukan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan satu (1) permohonan dan TIADA HAD bagi proses pengemaskinian sehingga tarikh tutup permohonan.

Pmohon tidak perlu sertakan salinan sijil sebagai bukti mengesahkan penglibatan dalam Kokurikulum kerana maklumat Kokurikulum akan diselaraskan dengan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kecuali bagi pemohon lepasan Diploma/Setaraf dan Lepasan SPM bagi kategori C.

kemaskini permohonan upu

 

Kalau ada apa-apa pertanyaa, sila hubungi UPU di 03-88706767/6777

Nota :  Baca manual yang disediakan dengan jelas – Panduan Isi Borang UPU Online

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

78 thoughts on “Cara Isi Borang UPU Online 2015

  1. Blh beri no tel
    Cuba call hotline x dpt.
    .nak tulis masalah isi maklum
    .pjg sgt ni..pls

  2. sy telah mengambil peperiksaan ulangan bg kertas bahasa inggeris.. Dekat bahagian mana sy perlu kemaskini markah yg sy baru dapat tu? Sblm ni sy dapat gred D..sy nk ubah kepada gred B.. Tq

Comments are closed.