Cara Mohon Visa Ke China

Akhir bulan lepas, saya ada buat permohonan visa untuk memasuki China. Pertama kali nak berurusan, berdebar jugalah. Tapi bila dah selesai, rasa macam..eh senangnya.

Mudah je sebebarnya, tak sampai 10 minit pun proses menghantar borang siap.  Tiga hari lepas dah boleh pergi ambil visa yang dah siap.

Sebelum ke Pusat Permohonan Visa China di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, siapkan semua dokumen yang dikehendaki.

1. Isi borang. Boleh download borang di sini – Borang Visa China, kat page Quick Access tu klik Application Form kemudian pilih

A : Isi online dan submit
B : Pernah isi borang sebelum ini dan belum selesai dan ingin menyelesaikan permohonan
C : Download borang, isi dan print.

mohon visa chinaborang visa china

Kalau pilih untuk download borang, macam ni lah borang permohonan Visa ke China. Lengkapkan borang dan print.  Last Name tu isi nama bapa dan First Name tu nama kita.  Middle Name tak ada tak perlu isi.  Bahagian tak perlu di isi kena tulis N/A atau None.

2. Paspot yang masih tempuh sah paling kurang 6 bulan. Untuk keselamatan, saya renew passport Intan walaupun dia ada baki genap 6 bulan.

3. Salinan muka depan paspot

4. Sekeping gambar latar belakang cerah bersaiz 48mm x 33mm

5. Salinan tempahan tiket kapal terbang.

6. Salinan tempahan hotel ( dokumen sokongan )

 

mohon visa chinawaktu pejabat visa china

Dah siap semua dokumen, pergi awal ke Pusat Permohonan Visa China di Jalan Ampang.  Kalau dari Jalan Ampang, masuk tepi bangunan Bank of China dan lokasinya berada di sebelah kiri bangunan warna hijau. Parking dalam bangunan Hampshire tu, naik tingkat 5.  Kalau dari Jalan Tun Razak, sebelum simpang masuk ke Jalan Yap Kwang Seng ada simpang masuk dan jumpa Megan Avenue 1 di sebelan kiri, lokasi tujuan di sebelah kanan.

Naik ke tingkat 5.  Kalau dah siap isi borang, beratur untuk ambil nombor.  Kalau belum isi borang, ambil borang dahulu dan isi di situ .

Waktu permohonan visa ialah dari jam 9 pagi hingga 3 petang dan waktu mengambil visa yang dah siap dari jam 9 pagi hingga 4 petang.  Sabtu, Ahad dan Cuti Umum ditutup.

Bila nombor dipanggil, serahkan dokumen dan staff akan buat semakan.  Dia bagi resit untuk datang kutip visa.   Biasanya permohonan visa akan siap dalam tempuh 4 hari.  Kalau nak visa siap segera, bayaran berbeza dikenakan.  Saya hantar pada hari Selasa dan ambil Visa pada hari Jumaat.

Tak sampai 10 minit pun saya berada di dalam bangunan tersebut 🙂

mohon visa chinaharga visa china

Bayaran Visa ke China.

  • Sekali Masuk ( sah laku 30 hari ) RM 88.30
  • Dua Kali Masuk ( sah laku 60 hari ) RM 108.30
  • Lebih Dua Kali ( sah laku 6 bulan ) RM 178.30

visa ke china

Saya merancang untuk pergi sekali sahaja, saya mohon visa single entry dengan bayaran RM 88.30.  Masa nak kutip visa baru buat bayaran.

Kalau nak buat untuk ramai, tak perlu semua orang pergi, cukup seorang saja pergi dengan semua borang siap di isi.

sunrise from an airplane

Dah ada visa, senanglah hati……tunggu hari nak terbang.  Bye bye Kuala Lumpur.  Pemandangan matahari terbit dari tingkap kapalterbang.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

11 thoughts on “Cara Mohon Visa Ke China”

Comments are closed.