Hampir Tertipu Di Tesco Rawang

Kisahnya bermula seperti ini.

Saya nak beli food compartment bulat yang selalu penjual isi tau fu fa.  Dekat rak barangan tersebut ditulis ” Buy One Get One Free “.   RM 5.90 untuk satu.  Kalau 2 dah RM 11.80.  Kalau tanpa promosi pun itulah harganya.

harga tipu di tesco

Mestilah belikan, sapa tak nak.  Lagi pun memang saya perlukan barang tersebut bukan nak beli kerana ada promosi.

Untuk pastikan tawaran yang dipamerkan adalan benar sebenar benarnya dan tiada yang lain melainkan kebenaran, saya bertanya staff lelaki yang bertugas di tempat tersebut.  Dia mengesahkan  food compartment bulat tersebut memang ada tawaran seperti yang dinyatakan.

Sampai di kaunter bayaran , saya memang berniat untuk buat double check .  Bila  pekerja kaunter scan harga barang tersebut, saya tanya sama ada barang tersebut adalah percuma . Memang saya dah duga, macam tergerak hati .  Food compartment tersebut di scan dua kali tanpa ada potongan.

Staff di kaunter panggil supervisor untuk menyelesaikan masalah ini.  Sementara supervisor buat semakan di rak, dia  tolak harga dua barang tersebut dan saya cuma bayar harga barangan lain.

harga barang di tesco

Saya menanti di kaunter.

Kemudian supervisor datang dan beritahu staff di kaunter untuk scan satu sahaja!

harga sebenar barangan tesco
Ini buktinya, saya dapat ‘ Buy One Get One Free’

Untuk puan puan dan tuan tuan, sila semak sewaktu pekerja di kaunter scan barang yang kita beli.  Dia tak salah, tetapi sistem yang tidak diupdate.  Buat promosi tetapi tidak dilakukan dengan betul.  Keadaan ini menyebabkan satu bentuk penipuan berlaku.

Sila perhati papan harga di komputer setiap kali barangan discan dan semak resit selepas diterima.

Selalunya barang macam ni saya beli di kedai perkakasan dapur, lebih murah tetapi kalau dah malam, kedai pun dah tutup. Esok pagi dah nak guna, terpaksalah beli.

 

p/s – saya bawa ‘green bag kaler biru’ bukan saja hari Sabtu!

Nota : Nasiblah Tesco,  saya blogger, mesti update !

 

  1. Satu tabiat yg wajib kita buat macam yg kak jie cakap. Bila barang discan, tgk elok2, sama ke tak harganya dgn yg dipapar di rak…

    Dapat resit, check lagi sekali..biar puas hati..

    p.s. pernah jugak ‘tertipu’ diri sendiri masa beli barang kat Jusco, tak perasan diskaun hanya utk ahli j-card…hohohoho
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Seloka Petua Kurangkan Berat BadanMy Profile

  2. bukan setakat kat pasaraya besar. dekat kedai buku pun sama kalau beli buku banyak2. Sebab pernah terjadi harga beratus. Bila suruh dia cek balik baru dapat harga betul. Kadang2 bukan lah saja staff tu buat camtu tapi sebab banyak pelanggan kan. Jadi deme kadang2 leh tersilap.. hehe
    Jom terjah post menarik dari Bidadari ..Suami Curang? 5 Langkah Yang Perlu Isteri LakukanMy Profile

  3. perkhh ini pesanan yg amat berguna..

    lazimnya maza kalau berbelanja banyak di pusat beli belah, selalunya resit itu direndam ke dlm tong sampah aje..

    lepas ini perlu berhati2.. setiap sen punyai makna dan nilai tersendiri… jhehhee
    Jom terjah post menarik dari maza ..Gwiyomi Malaysia Bikin PanasMy Profile

  4. pernah kena harga barang barcode tak sama dengan sistem di kaunter dan sistem TESCO kekadang tak agresif untuk update nie….so kita sebagai pengguna kena alert bila cashier scan barcode barangan……
    Jom terjah post menarik dari sukma ..WORDLESS WEDNESDAY #09My Profile

  5. RM 1 pun saya tuntut! 🙂
    perkara yg berlaku dekat tesco rawang juga…suami cakap tak payahlah… memenglah kalau dikira setakat rm 1 apalah sangat….tapi kalau tambah lagi RM1 dah boleh bagi belanja anak sekolah tau 🙂
    saya fikir itu adalah hak kita sebagai pengguna..lagi satu jika dikira kalau dalam sehari tu 10 pelanggan kena macam saya..10 org dah RM10…kalau 3 hari RM 30..kalaulah mereka(pelanggan) ni tak tuntut….kan kita juga yang rugi! 😉

  6. kat Econsave Alam Jaya pun selalu macam ni. Kat price tag di rak harga lain, bila scan harga lain. Saya memang aware about harga ni. Pernah beli buaian, harga di rak RM98.00, bila scan di kaunter jadi RM110.00, beza RM12. Last2 dia bagi juga price RM98.00 sebab kalau kita report kepada KPDNKK, surely dorang kena warning letter.
    Apa-apapun, kita kena aware. Paling mudah scan terlebih dahulu di tiang2 yang disediakan pemeriksa harga.
    Jom terjah post menarik dari mfadhlan ..Dividen AHB 2013 3.25%My Profile

  7. adeyh pasaraya besar macam ni pun sistem fail..payah jugak nak perasan kadang2 bila belanja banyak2,sampai kaunter da lupa mna satu yang diskaun..
    Jom terjah post menarik dari afif ..Klon BeautifulnaraMy Profile

  8. Pernah berlaku pada diri sendiri walaupun cuba memberi tahu dikaunter khidmat pelanggan. Saya tidak kisah kalau ia adalah kesilapan sistem yang tidak di kemas kini. Cuma agak sedih ketika menunggu kakitangan Supermarket XXXX buat semakan sempat tukar tak harga dengan harga sebenar dan menuduh saya yang silap. 🙁

  9. sy pernah jadi cashier tesco, sebenarnya bukan salah cashier tu, tapi system dia. Sy penah hadapi ni, bila brang beli satu percuma satu kena scan 2-2 tp die akan automatik tolak penghujung total belian kita sebb nak kira product sold, tp bila sistem tak betul ginilah jadi cam kak kujie. Tesco “Customer is always right” sebb tu supervisor mrah/tegur cashier tu
    Jom terjah post menarik dari Khairul Zamri ..Glitterati di tarikMy Profile

  10. biasa sangat ni.. masa kijer super market. kalau sistem tu tak override… pengguna ade hak untuk komplen. dan harga yang kita patut dapat as per advertise. kalau tarikh promosi dia dah abis.. tapi masih tak cabut advertise.. pengguna patut dapat harga promosi gak. sebab kebanyakkan retail, pay as you’ve seen its cheap.

    ni mesti IT tesco tak update sistem ni.. haaayoookkkk… kene warning letter. tak tauu…
    Jom terjah post menarik dari kreuger ..BigPicture: Tugu NegaraMy Profile

  11. saya pernah berlaku di Giant. Dia scan barang sama 2 kali. Lepas saya sampai rumah baru perasan dalam resit. Memang tak boleh buat apa la. Lain kali kena perhatikan betul-betul apa yang discan. Kalau silap, habis la kena bayar apa yang kita tak beli
    Jom terjah post menarik dari amirnawawi ..I Am The Unstoppable ExplorerMy Profile