Kad Hijau CIDB dan Pasport Keselamatan NIOSH-TNB

Bila suami saya balik dari Hulu Terengganu, kami banyak habiskan masa didalam kereta. Ke hulu uruskan ini, ke hilir uruskan itu. Samada urusan peribadi yang formal atau urusan kerja yang dibawa balik dah perlu disiapkan di Kuala Lumpur.

Minggu ini kami ke Topcon untuk service alat-alat juruukur. Selain daripada hal anak-anak, minggu ini tiba-tiba suami berkata kalau terjadi apa-apa kat dia, buatlah tuntutan kat CIDB dan NIOSH sambil tunjukkan kad pekerja miliknya.

safety passport niosh tnb

Agak suspenkan kalau suami berkata macam tu.  Sepatutnya tak perlu rasa pelik sangat sebab memang sepatutnya pun isteri perlu tahu.  Suami perlu beritahu isteri maklumat maklumat penting seperti ini supaya isteri tahu apa yang dia perlu lakukan bila waktunya.

Selain daripada insuran peribadi dan insuran berkelompok yang disediakan syarikat tempat bekerja, suami saya yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan mempunyai tuntutan rawatan atau  insuran lain yang saya perlu tahu. Banyak kes isteri tak tahu apa-apa mengenai hal ini. Ramai yang tidak tahu mengenai keperluan membuat tuntutan dengan pihak CIDB dan NIOSH. Selalunya kita tahu mengenai tuntutan dengan pihak PERKESO sahaja.

Pampasan pekerja yang melindungi suami saya :  ( selain insuran peribadi dan insuran syarikat )

Pertubuhan Keselamatan Sosial ( PERKESO )

Pekerja sementara atau tidak tetap adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO. Kalau ditimpa kemalangan berkaitan pekerjaan, perjalanan atau menghidap penyakit khidmat, pekerja layak menerima rawatan perubatan percuma di klinik panel PERKESO atau klinik/hospital kerajaan.

Sekiranya pekerja mengalami hilangupaya kekal, dia akan mendapat faedah harian minimum RM 10.00 untuk pekerja yang bergaji dibawah RM 10.00 sehari atau maksimum RM 78.67 sehari untuk pekerja gaji melebihi RM 2900.00 sebulan.

Kalau Hilang upaya Kekal sebanyak 100% dan perlukan penjaga yang menjaga , bayaran maksimum sebanyak RM500 sebulan layak disyorkan oleh Jemaah Doktor untuk penjaga.

Construction Industry Development Board Malaysia ( CIDB )

Semua pekerja dalam sektor pembinaan sepatutnya mempunyai Kad Hijau CIDB. Kad Hijau CIDB ini seperti lesen untuk membolehkan pekerja memasuki mana-mana tapak pembinaan. Kad Hijau  dikeluarkan selepas pekerja mengambil kursus mengenai aspek keselamatan di tapak binaan yang dipanggil Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan.

Bila dah ada Kad Hijau, secara automatik pemegangnya dilindungi di bawah Skim Takaful CIDB mengikut konsep hibah tertakluk kepada terma dan syarat perlindungan.

National Institute for Occupational Safety and Health (NIOSH)

Sekarang suami saya bekerja di tapak projek dimiliki oleh TNB ( Tenaga Nasional Berhad ) dan  dia perlu mempunyai lesen dari Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dipanggil Pasport Keselamatan NIOSH – TNB .

Pasport Keselamatan NIOSH – TNB ini adalah satu program latihan khusus untuk pekerja-pekerja kontraktor TNB bagi meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja supaya dapat meminimakan kemalangan di tempat kerja.

Selepas lulus penilaian kursus,barulah pekerja mendapat Pasport Keselamatan NIOSH- TNB yang secara automatik juga dilindungi di bawah pelan Takaful Keluarga Berkelompok.

Pasport Keselamatan NIOSH ini ada banyak kategori mengikut jenis pekerjaan , seperti Minyak & Gas, TM , Genting, Syabas, Maybank dan UiTM.

 

Seorang isteri kena tahu status program yang melindungi suami masing-masing kerana ini adalah perkara penting untuk dirinya dan keluarga sekiranya sesuatu berlaku kepada suami yang menjadi sumber nafkah keluarga.

Mesti ada yang akan komen, sebab itulah perempuan perlu bekerja supaya dia ada sumber pendapatan kalau suami dah tak ada.  Saya tak ada komen bab ni.  Rumahtangga masing-masing, keperluan dan keutamaan masing-masing menguruskan.  Kalau suami cukup menyediakan sara hidup, cukuplah kalau saya tak berkerja.   Perlu tahu keperluan sara hidup atau memenuhi  gaya hidup.

Sepert soalan  Pakdi – Kita tertekan dengan kos sara hidup atau kos gaya hidup?

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. knp ya perasaan saya agak berbeda dengan pasportnya kak jie,,,

  2. biasanya kita lebih tahu mengenai tuntuan PERKESO, tetapi kurang kepada NIOSH dan CIDB….
    Jom terjah post menarik dari sukma ..ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAYMy Profile

  3. ada kad hijau juga tapi yang biasa punya
    Jom terjah post menarik dari faizalpj ..Tips Mengenali Virus Malware,Worm,Trojan dan SpywareMy Profile

  4. Saya ada kad CIDB ini. Tidak rugi memohon kerana ada perlindungan insurans.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Malaysian Traveler Blogger Meetup di The School Jaya OneMy Profile

  5. Kalau jadi apa-apa, tabah ye kak Jie.
    Jom terjah post menarik dari Man ..Ada Apa Dengan Sepang Gold Coast Resort & SpaMy Profile

  6. Kad CIDB baru je buat sebab baru je kerja…hehe
    Jom terjah post menarik dari fendy ..Tips Berhenti MerokokMy Profile

  7. Hebatlah Kak Jie nie.. Hehe.. Saya punya NIOSH dan berzaman pupus.. Huhu..

  8. Rasanya para suami pun perlu tahu jugak semua hal di atas tu. Mungkin ada para suami yang tak ambil tahu perkara tersebut.
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Kenapa kedai mamak buat kenduri hari pembukaan restoranMy Profile

  9. syarat wajib masuk tender TNB , lampiran copy kad NIOSH 2 orang pekerja wajib disertakan. Tinggal kenangan je Kak Jie. Rindu pada huyan Terengganu dan Kelantan ;(

  10. Kak jie dah boleh baca komen yang akan masuk, pasal tu letak perenggan isteri bekerja itu. Bagi saya, kalau dah berkahwin ambil takaful yang patuh syariah, dan masukkan terus nama pasangan kita sebagai waris. Akhir sekali, kita ditekan oleh gaya hidup yang tidak selari dengan sara hidup.

    • Perkeso, CIDB dan NIOSH tu bukan pilihan…. satu pakej dengan jenis pekerjaan. Ada yang bidang kerja tak perlukan CIDB dan NIOSH tetapi cuma ada Perkeso sahaja.

      Bidang kerja yang berisiko tinggi, perlukan kursus keselamatan dan pampasan ini juga termasuk dalam pakej untuk melindungi.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kad Hijau CIDB dan Pasport Keselamatan NIOSH-TNBMy Profile

  11. Pertama kali angah dengar pasal kad hijau CIDB dan passport keselamatan NIOSH-TNB..sebelum ni tahu PERKESO je..
    Setuju tu..suami perlu beritahu isteri perkara-perkara macam ni dan isteri pun kena ambik tahu juga..jangan nanti menimbulkan kerumitan di kemudian hari..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Banjir Di Kuantan – Ada Yang Anggap Ia LakonanMy Profile

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Kad Hijau CIDB dan Pasport Keselamatan NIOSH-TNB | kujie2.com […]