Akademi Binaan Malaysia

Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja

Saya terima beberapa email bertanyakan pelbagai soalan ‘masa depan’. Anak-anak yang baru mendapat keputusan SPM mencari maklumat mengenai hala tuju selepas SPM.

Yang dapat keputusan cemerlang, dia ada banyak pilihan untuk melanjutkan pelajaran. Nasihat saya mohon kos yang anda minat dan anda mempunyai kebolehan di bidang tersebut. Dua perkara ini perlu seiring.

Yang sederhana, boleh memohon bidang yang sesuai dengan keputusan.

Keputusan saya SPM saya tak cukup syarat untuk memohon melanjutkan pelajaran, saya tidak minat untuk belajar lagi, saya dari keluarga susah tidak mahu melanjutkan pelajaran, saya ingin bekerja selepas SPM dan beberapa keadaan lagi.

Saya terima email dari seorang anak muda yang bercerita dia mendapat keputusan yang tidak begitu baik dalam SPM dan ingin bekerja tetapi dia tidak tahu nak mulakan dari mana.

Bagi yang tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran selepas SPM dan ingin bekerja, saya sangat mengesorkan anda mengambil latihan kemahiran supaya anda mendapat kemahiran  kursus yang terancang.  Tiap orang ada jalan hidup dan bidang kerja masing-masing.  Kalau pun tidak cemerlang di bidang akademik, tetapi biarlah memasuki dunia pekerjaan dengan kemahiran yang tertentu.

Salah satu tempat yang boleh anda cuba adalah di Akademi Binaan Malaysia ( ABM)

Akademi Binaan Malaysia

Akademi Binaan Malaysia

Terbuka kepada golongan belia berusia 16 tahun ke atas yang telah tamat belajar. Program kemahiran belia disediakan untuk melengkapkan golongan belia tempatan dengan kemahiran dalam berbagai bidang pembinaan. Mereka diberikan latihan yang dibiayai sepenuhnya oleh CIDB disalah sebuah daripada 6 Akademi Binaan Malaysia (ABM) yang terletak diseluruh Malaysia.

ABM menyediakan kelengkapan kepada pelatih secara percuma, antaranya (kasut,baju dan topi keselamatan) untuk digunakan dalam kerja-kerja bengkel dan di bilik kuliah.

Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran sebanyak RM 80
Deposit asrama = RM50
Urin test = RM30 .

Senarai Kursus

  1. Building
  2. Crane Operation
  3. Plant Operation
  4. Industrilised Building System
  5. Civil
  6. Blasting & Painting
  7. Mechanical & Electrical
  8. Non Destructive Testing
  9. Drafting

Tempoh Kursus

1-3 bulan- bergantung kepada kursus yang diambil.

Cara memohon

Walaupun permohonan boleh dibuat secara online, saya cadangkan telefon ABM yang berkenaan untuk menyemak kekosongan tempat.

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Tengah
Tel: +603 9200 2008
Fax: +603 9200 2009
Pegawai Untuk Dihubungi:
Hasmawati Hasnan / Aswat Ahmad

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Sabah
Tel: +6088 430 615/614
Fax: +6088 431 359

Pegawai Untuk Dihubungi:
Sabdani Manjidi / Razalee Dulaip

Akademi Binaan Malaysia Sarawak
Tel: +6082 446 700
Fax: +6082 442 700
Pegawai Untuk Dihubungi:
Abg Mohd Annaafi Abg Ibrahim / Faezah Sabil

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Timur
Tel: +609 681 8327
Fax: +609 681 8329
Pegawai Untuk Dihubungi:
Mohd Zaki Ismail / Che Nor Fadzilah Che Mahmud

Akademi Binaan Malaysia Wilayah Utara
Tel: +604 924 2200
Fax: +604 924 1100
Pegawai Untuk Dihubungi:
Siti Zaiton Abu Bakar / Lariza Sharif

Akademi Binaan Malaysia Selatan
Tel: +607 238 8152
Fax: +607 234 5808
Pegawai Untuk Dihubungi:
Shahid Nansok / Mohd Zaidi Rahmat

Boleh klik dapatkan maklumat lebih lengkap di laman web Akademi Binaan Malaysia

Satu lagi pilihan yang ada ialah memasuki Kursus di Kolej Komuniti.  Boleh ambil Sijil Kolej Komuniti ( SKK ) atau Diploma Kolej Komuniti .

  • Tempuh pengajian untuk sijil antara 16 -24 bulan bergantung  kursus yang diambil.
  • Selain memohon secara online, pemohon boleh datang sendiri ke Kolej Komuniti yang dikehendaki.
  • Pelajar yang layak  akan menerima elaun setiap bulan.
  • Kursus yang ditawarkan seperti  Sijil Landskap, Sijil Kulinari, Sijil Pelukis Pelan Senibina, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan dan banyak lagi. Semak kursus yang ditawarkan di Kolej Komuniti di laman web Jabatan Pengajian Kolej Komuniti

Ini adalah 2 contoh pusat yang menawarkan kursus pendek peringkat sijil yang membolehkan anda mempunyai kemahiran untuk terlibat di dunia pekerjaan.

Nota : ada yang email dan panggil saya cikgu… saya bukan cikgu ye anak-anak, saya makcik suri rumah yang ada anak remaja seperti korang .

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

22 thoughts on “Keputusan SPM Teruk, Saya Nak Kerja”

  1. Orang rumah saya bekerja sebagai pensyarah di Kolej komuniti. Kat kolej komuniti memang banyak kekosongan lebih-lebih lagi kat tempat saya ni di area Jelebu. Kalau mohon memang on the sport diterima. Kalau sekarang ni rasanya kemasukkan dah ditutup. mungkin next intake boleh mohon.Kolej komuniti ni yuran murah, dapat elaun tiap-tiap bulan dan dapat duduk kat hostel lagi.
    Jom terjah post menarik dari Faizul Ali ..Jika bisnes sudah ada sistem,semuanya mudah dan lancar!My Profile

  2. Terima kasih kepada Kak Jie kerana berkongsi info.
    Banyak sebenarnya peluang untuk berjaya dalam hidup ini.
    Kita kena sentiasa peka dan menggali peluang yang ada

  3. Kurang cemerlang dalam SPM bukan pengakhiran segala-galanya.. Bagus cadangan kak jie ni.. Sekarang banyak syarikat yang mencari-cari skilled staff (company saya salah satu) hihii..

    Jangan cepat putus asa ya adik-adik.. Banyak jalan untuk berjaya, yang penting ada kemahuan.. Chaiyok!!!
    Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..38 Pengguna Berkongsi Manfaat ESP ShakleeMy Profile

  4. Padat dgn maklumatlah entri ni, kak jie. Saya share! Terima kasih kerana berkongsi.. 🙂
    Sebenarnya, ada yg ingat bila “buruk” keputusan SPM, maka “buruk”lah masa depan mereka. Sedangkan realitinya tak begitu. Banyak lagi peluang2 lain yg terbuka diluar sana. Bukan semata2 bergantung kpd keputusan spm je..
    Jom terjah post menarik dari ctfand ..Bayi Tak Mahu Menyusu BotolMy Profile

  5. Assalamualaikum,
    Kolej kemahiran sebegini sangat berguna untuk dapatkan kemahiran. Mungkin awalnya timba pengalaman kerja dengan orang, tetapi untuk jangka panjang boleh buat sendiri. Pasaran kerja sangat luas…
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Sidang Akhbar Tergempar MH370My Profile

  6. Setuju sangat dengan cadangan kak Jie. Saya pun sudah mula merancang untuk hantar anak program kemahiran jika kurang cemerlang didalam peperiksaan. Saya ada seorang kawan yang sekarang ini sudah menjadi pensyarah disebuah institusi pendidikan. Beliau tidak cemerlang didalam pencapaian SPM mengambil jalan jauh dengan masuk IKM, Kolej, sambung pengajian peringkat ijazah di UK, Master di Perancis dan sekarang ini persediaan untuk peringkat Phd.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Merehatkan minda dengan percutian Hari Keluarga di AnCasa Residences Port DicksonMy Profile

    1. Satu lagi syor saya adalah mengambil program yang kompeten seperti dianjurkan oleh CIDB seperti memyelenggara hawa dingin, pendawaian elektrik dan sebagainya.

  7. Kak Jie Giat Mara pun boleh. Adik Aina habis Politeknik jurusan Kejuruteraan Mekanikal akhirnya masuk Kolej Komuniti kerana minat dengan frozen food.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Biru JarinyaMy Profile

Comments are closed.