pemeriksaan di klia

Pemeriksaan E-Gate Di KLIA Untuk Keluar Negara

Saya terima soalan yang comel ” saya nak pergi luar negara pertama kali, takutlah nak lalu KLIA, selalu tengok TV airport tu macam tempat yang serius”

hahahaha.. selalu sangat tengok drama. Tak boleh nak salahkan dia, bukan semua orang ada pengalaman untuk melalui pemeriksaan di lapangan terbang. Kalau kita kali pertama nak lalu pun cuak juga.

pemeriksaan di klia

Sebelum sampai hari untuk berlepas, boleh check in melalui laman web atau kiosk yang terdapat di lapangan terbang (Self-service check-in).  Cetak bording pass.

Untuk menaiki pesawat ke luar negara , ada beberapa lapisan pemeriksaan yang kita perlu lalu.

1. Beratur di kaunter syarikat penerbangan untuk check-in bagasi.  Beg yang boleh dibawa naik  ke pesawat hanya 1 dan tak lebih daripada 7kg.

2. Masuk ke Balai Berlepas – kena tunjukkan tiket dan pasport.  Tak ada tiket tak boleh masuk. Kalau nak berpeluk ucap selamat tinggal, bolehlah berpeluk kat sini. hahaha

3. Pemeriksaan pasport – beratur mengikut kaunter yang betul. Ada 2 kategori iaitu Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara.

pemeriksaan e-gate klia

Sekarang di KLIA menggunakan perkhidmatan auto-gate yang dipanggil E-Gate. Bila pintu kotak kaunter di buka, masuk dan letakkan pasport pada tempat yang disediakan. Data akan dibaca melalui skrin di depan.  Selepas data siap dibaca, letakkan ibu jari pada tempatnya untuk pengesahan identiti.

Bila semuanya selesai, pintu sebelah kiri akan terbuka dan melangkahlah dengan yakin dan kelegaan…hihi

4. Pemeriksaan badan. Letakkan semua barang yang dibawa termasuk telefon bimbit, gadjet, laptop, kamera atau tali pinggang  yang dipakai di dalam bakul dan lalukan melalui conveyer yang bergerak. Sementara barang-barang kita melalui mesin pengimbas, kita pun lalu melalui pintu pemeriksaan. Pegawai imigresen akan membuat pemeriksaan badan. Kadang-kadang dia tak buat pun. Tengok muka suci murni bukan macam muka orang yang disyaki. Kalau bergerak dalam kumpulan pun boleh buat pemeriksaan berkumpulan.

5. Bolehlah terus keluar melalui gate yang betul untuk ke pesawat.

pemandangan dari kapalterbang

Senang aje kan.  Kalau penerbangan domestik, tak perlu lalu e-gate.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

10 thoughts on “Pemeriksaan E-Gate Di KLIA Untuk Keluar Negara”

  1. Assalamualaikum,
    pengalaman pertama memang cuak…serba tak kena. Jantung pun laju je…tapi lebih cuak bila dah sampai ke tempat tuju sebab muka imigresen kat sana lagilah tak senyumnya. kenalah kita yang senyum lebar2 dan ceria mcm kanak2 ribena 😉
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bapa Kelar AnakMy Profile

Comments are closed.