Perbezaan Samsung Galaxy S3 Selepas Upgrade Android 4.1.1 Jelly Bean

Secara rasminya saya telah upgrade Samsung Galaxy S3 Jelly Bean ( Android 4.1.1 )  semalam. Selamat tinggal ais krim dan sandwich, menu sekarang ialah jeli kacang.

Senang saja nak update official Jelly Bean sebenarnya. Saya tak gunakan Samsung KIES pun. Semua proses menaiktaraf tersebut selesai dalam masa tak sampai pun sejam bergantung kepada kelajuan capaian internet.

Cara upgrade Samsung Galaxy S3 Jelly Bean.

Setting -> About Device -> Software Update -> check for update.

Pastikan ada talian internet yang stabil.

Bila dah upgrade ke Andoroid 4.1.1 Jelly Bean , apa beza Android 4.0.1 Ice Cream Sandwich ( ICS ) sebelum ni?

upgrade s3 jellybean

Hai…. En Jeli Kacang

1. Perkara pertama yang saya perasan adalah untuk delete email, message atau image. Kalau dulu akan ditanya YES or NO, sekarang kalau klik Delete, terus hilang. Tak tanya-tanya lagi.

Android 4.1 Jelly Bean

Layout Android 4.1 Jelly Bean

2. Dengan Android 4.1.1 Jelly Bean , email akan memaparkan ringkasan (summary)   dan boleh melihat image  MMS pada notifications display .

upgrade s3 jelly bean

Quick Message – Reject Call With Message

3. . Satu perubahan dalam Jelly Bean adalah Quick Message. Kalau ada panggilan yang tidak dapat dijawap, kita boleh pilih untuk membalas panggilan tidak berjawap itu dengan menghantar pesanan segera dengan sekali sentuh. Boleh create pesanan baru selain dari default yang sedia ada.

s3 android 4.1.1

Quick Message – SMS atau Whatsapp

Boleh pilih nak hantar pesanan ‘reject call ‘ melalui WhatsApp atau SMS.

 

Spam Message
cara upgrade s3

Spam Messages

4. Boleh tick spam messages yang tidak dikehendaki.

s3 home screen mode

S3 Home Screen Mode

5. Display home screen mode yang mudah. Pilih yang basic atau yang easy

blocking mode

Blocking Mode

6. Blocking Mode – Boleh sekat panggilan yang tidak dikehendaki.

setting account

Settings Accounts

7.  Semua akaun yang ada berada pada primary setting.

8. . Untuk keluarkan aplikasi atau widget dari skrin cuma perlu flinging / swipe   atau kuis keluar di mana-mana penjuru skrin.

9.  Icon akan bergerak  ke tempat lain secara automatik sekiranya bertindih pada homescreen.

10.  Lebih laju, ringan dan menarik. Pergerakkan pada UI  ( User Interface ) sangat licin dan ringan sewaktu men-drag sesuatu widget atau aplikasi

 

Cukuplah 10 perubahan  mudah saya temui untuk hari pertama menaiktaraf S3 Jelly Bean.  Ada banyak lagi fungsi lain yang perlu diterokai.  Bab-bab teknikal tu kena tunggu Angah yang terangkan.  Dia lebih advance dari saya dalam sudut ini.

Saya dah mencuba Google Now , search dengan bantuan suara tetapi dia macam tak berapa nak faham bahasa inggeris kampung saya…hiks!

Wah… Samsung S-Voice dah bertukar jantina. Dulu lelaki sekarang suara awek!

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    salam kak..saya nak tnye macam mane saya nak tukar aplikasi messaging?
    yang sekarang saya perlu menulis pada skirn utuk taip msg kepada aplikasi penggunaan keyboard..
    masalah nye tk tahu mcm mane ank kecik saya main phone nie…
    saya guna samsung galaxy s3

  2. anwar says

    as salam..sya ada soalan..sape2 yg blh jwb mohon pertolongan..sya guna samsung note 2..baru2 ni ada upgrade software ke android 3..lps upgrade je bateri sya cepat je abis..sblm ni x mcm tu pun..apa puncanya dan cara nk setelkan mslh ini

  3. insan x tau says

    saya nak ty..kalo s3 tu dah upgrade ke jelly bean tp bila dah root..kenapa logo samsung x keluar bila kita on yer?plzz help me..

  4. nexus says

    samsung galaxy ni masih lg ketinggalan zaman la, version 4.0.4 dan 4.1.1 dh lama aku tgglkan, aku pakai samsung nexus skrg ni version yg aku guna 4.1.2….terbaeeeikkk

  5. says

    saya dah lama pakai JB since Samsung keluarkan beta firmware untuk negara UK. Rasanya dah 2 bulan.

    mmg banyak terasa perbezaannya.

    Kak Jie tak ROOTED S3 ke? …

    S3 saya dah kira bukan ‘ORI’ lagi. Rooted, CustomROM.
    kamera+gallery ambil dari Note2.
    smart rotation juga dari Note2.
    keyboard ambil android 4.2.

    touchwiz juga upgrade sikit. notis board ada 15 toogle berbanding 10 utk yg normal.

    • says

      bab bateri tak reti nak beza sebab kegunaan tiap hari berbeza.
      kalau dok rumah…. biasa je. tak guna sgt sbb lebih suka online kt pc
      kalau keluar , baru guna hp

      jadi tak pandai nak guna garis pengukur bab ni. orang yang rutin dia tetap, keguaan dia tetap.. surf internet secara rutin yg tetap dpt kot nak bagi data lengkap dan penuh.

      kalau kak jie ckp agak2 je..mcm tak best nak buat perbandingan.
      Jom terjah post menarik dari Kujie .. Kota Kuala Kedah – Pelabuhan Jadi Saksi, Dermaga Tua MenantiMy Profile

    • says

      1. Tak boleh lawan revie Amanz.my yang guna Bahasa Malaysia berprofil tinggi

      2. Jgn terkejut kalau Pengerusi AJK KIAH PROPA tu encik Azman Ishak ( harap dia tak baca komen ni…tgh sibuk bini nak bersalin tuuuu )

      3. Suka wall paper ni sebab bunga dandelion betul² berada pada kotak search

      4. Berdebar juga nak upgrade 4.1.1 ni sebab kalau gagal tak tau nak rujuk kat sapa.. :p
      Jom terjah post menarik dari Kujie .. Kota Kuala Kedah – Pelabuhan Jadi Saksi, Dermaga Tua MenantiMy Profile

Trackbacks

  1. [...] PINGBACK NEGARAKU.MY: Perbezaan Samsung Galaxy S3 Selepas Upgrade Android 4.1.1 Jelly Bean| Hidup Bi… [...]

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge