Tukar Brake Pad Proton Saga FL
Panduan

Tukar Brake Pad Proton Saga FL

Minggu lepas, sementara nak tunggu waktu berbuka saya singgah ke workshop untuk tukar minyak hitam Proton  FairLady saya.  Saya dah biasa uruskan kereta bertahun-tahun memandangkan suami kerap kerja luar daerah.  Ini adalah workshop tetap sejak 5-6 tahun lepas.  Mudah kalau ada workshop tetap, kalau ada kecemasan boleh  buat panggilan telefon.

Cuma kadang-kadang perempuan ni kalau lelaki ada dia buat-buat tak pandai…bukan apa, saja nak biar lelaki rasa diri diperlukan.  Rasa kebergantungan hidup…kehkeh

brek pad saga FL

 

Hari ni pula saya ke workshop nak tukar Brake Pad.  Kali terakhir saya ke workshop pomen dah bagi warning…brake pad ni kena tukar dalam 2-3 bulan akan datang.  Saya ni dah tua, memori pun lost sana sini, agaknya dah lebih 6 bulan terlewat.

Bila kita brek kereta, keluar bunyi berdesing mencicit-cicit bunyi eeeeiiinnkkk  , itulah tanda-tanda nazak brake pad  dan perlu ditukar.  Satu lagi tanda-tanda nak tahu bila brake pad perlu ditukar  ialah selepas keluar dari car wash, cuba brek.  Kalau ada bunyik besi berlaga besi, memang “brake pads linings” dah haus.

brek pad proton saga FL

Yang tebal tu brake pad baru, yang nipis tu brake pad yang dah haus. Memang dah teruk sangat dah ni. Sebenarnya kita tak boleh biarkan brake pad tu haus sehingga dia “makan’ brake disc. Kalau brake disc yang perlu diganti, kos lebih mahal.

Brake Pad Proton Saga FL saya tadi berharga RM65.

Ada seorang pelanggan di workshop tegur saya ..” pandai puan uruskan kereta kat workshop, orang rumah saya langsung tak tau “

Keperluan , keadaan hidup tiap orang berbeza.

Bagi saya yang kerja suami kerap ke luar daerah, kalau tak pandai uruskan benda-benda macam ni, bukan saja susahkan diri sendiri malah susahkan suami.  Kalau suami pun ‘serabut perut’ nak memikirkan isteri dan keluarga yang ditanggalkan…macam mana dia nak kekerja dengan tenang.  Kalau dah tak dapat kerja dengan elok, prestasi tak bagus tentu saja menjejaskan kestabilan ekonomi keluarga juga, masalah akan meleret-leret.

Keperluan dan jalan hidup tiap kita tak sama.  Masing-masing ada bahgian masing-masing.  Ada lebih ada kurang, tak mungkin kita akan dapat kehidupan yang sempurna kerana sebagai manusia,  tiada sesuatu pun yang sempurna di dunia.  Kesempurnaan hanya ada di akhirat.

Nota : Jalan raya nampaknya dah mula sesak, teman-teman yang akan memulakan perjalanan balik ke kampung, berhati-hatilah.  Tak perlu tergesa-gesa nak ikut rentak orang lain.  Moga selamat sampai dan selamat kembali nanti.

 

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

20 thoughts on “Tukar Brake Pad Proton Saga FL

    1. dulu suami ada pun , kereta² yang ada diguna sendiri, diguna pekerja memang kak jie yang urus…dari urusan roadtax , insuran sampai bawa ke workshop.

      dah ada workshop yang kita berurusan bertahun-tahun, agak senang bagi isteri yang suaminya kerap kerja kat luar. Kecemasan boleh kita hubungi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Tepus Tanah BalingMy Profile

  1. Lazimnya wanita akan lebih mementingkan aspek kecantikan kereta daripada bahagian parts kereta. Respect & tabik spring satu!

  2. Kak Jie pengalaman mengajar kita untuk cekal menghadapi hidup tanpa suami di sisi. Aina pernah juga mengalami masalah break Saga Biru kesayangan. Bila bagitau suami dia kata tak dengar padahal kita denganr bila tekan bunyi breake tu tapi cakap isteri tak nak dengar..ahahhaa… Last sekali pi Tesco tekan breake kena besi ja, masa tu dengan anak2 dan mak, pedo bawak balik sampai rumah. Esoknya hantar workshop terbang Rm560 tukar sekali breake drum. Haiihhh…kekadang lelaki ego jugakan tak nak dengar cakap isteri…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Salam Aidilfitri Rider SejatiMy Profile

  3. Salah satu tanda brake pad haus ada berbunyi. Betullah apa yang ditulis oleh kak Jie. Bagi yang memandu kereta auto menjaga brake adalah sangat penting.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Salam AidilfitriMy Profile

Comments are closed.