6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi

Ini info penting bukan saja untuk Angah, sebenarnya lebih penting untuk mama Angah ( sayalah tu…. )

Bayangkan saja kalau isi borang UPU pun saya yang beli pin bsn, kemudian isi , pilih sendiri jurusan kemudian suruh dia buat semakan dan kemaskini jurusan pilihan dia boleh cakap ” nantilah result SPM keluar, Angah masuk dan buat semakan”

Nak tak nak,  mama jugakkkkkkkkkkk yang kalut sana sini.

Dari sumber laman web KPM Bahagian matrikulasi, ada informasi mengenai pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang telah mengisi borang permohonan online diminta untuk mengemaskini maklumat tambahan.

Borang Permohonan Matrikulasi bagi sesi 2012/2013 akan dibuka selama 15 hari bermula 6 Feb hingga 20 Feb 2012 untuk tujuan tersebut.

Ambil perhatian ye mak-mak!

Maklumat lanjut klik : Laman web rasmi Bahagian Matrikulasi Kementerian PelajaranMalaysia – http://www.moe.gov.my/bmkpm

6/2/2012 ( Isnin ) nanti bolehlah klik http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/kemaskini/login_kemaskini.cfm

 

tatau nak cakap anak bertuah ke mak bertuah

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

14 thoughts on “6 Feb hingga 20 Feb 2012 Tarikh Untuk Kemaskini Borang Permohonan Matrikulasi”

  1. wah! petanda tak lama lagi kemasukan sessi pelajar baru di U..hehehe

    tetiba terkenangkan 15 tahun lampau tatkala pertama kali nak menjejakan kaki ke U…
    masa tu tak ada internet lagi…masing2 bergantung harap pada suratkhabar dan pejabat pos besar…

    nak beli borang UPU kena turun JB di Pejabat Bos Besar di sana.. tu lah kali pertama menjejakkan kaki ke JB sendirian..ahaks..kalut sungguh,….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!My Profile

Comments are closed.