Banci Penduduk Tu Apa Mama?

Pagi tadi waktu dalam perjalanan ke sekolah Intan tanya “Katakan dia mengandung, semalam orang dah datang tanya-tanya …kemudian hari ini dia bersalin, nak kira macam mana ye?”

Tanpa mukadimah tanpa permulaan tiba-tiba itu yang keluar dari mulutnya. Apa yang terlintas dalan fikiran, terus  mohon jawapan. Nasib baik saya cepat tangkap. Ini mesti kes semalam. Topik perbincangan kami sepanjang balik dari sekolah.

Sekarang di kawasan perumahan saya digantung bunting “Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 “. Bagi budak yang perihatin dengan persekitaran tempat, dia nampak saja sesuatu benda baru, naluri ingin tahu membuatkan berbagai soalan dia tanya mengenai banci.  Siapa, kenapa, apa dan bagaimana.

Saya bagitahu dia, zaman saya dulu ada orang datang ke rumah dan tanya beberapa soalan tentang berapa orang tinggal dalam rumah, berapa orang kanak-kanak yang ada, berapa ramai orang dewasa , berapa orang yang kerja, ada air atau elektrik dan beberapa soalan lagi yang saya pun dah lupa.

Kemudian orang tu akan lekat satu kertas sebesar buku 555 ( dia ada buku ini, buat conteng-conteng ) pada dinding depan rumah. Saya anggap kertas tersebut sebagai tanda, rumah ini telah dibanci. Kadang-kadang kertas tersebut bertukar warna dan pudar tak boleh dibaca tetapi masih lagi tersemat di dinding rumah sehingga bertahun-tahun.

Saya bagi tahu dia, data-data yang dikumpulkan ini membolehkan kerajaan tahu secara purata jumlah penduduk negara, pekerjaan penduduk , pendapatan isi rumah dan kemudahan asas.   Bila dah tahu, senang untuk buat perbelanjaan negara dan perancangan penyediaan kemudahan penduduk.  Data tentang kanak-kanak membolehkan kerajaan merancang pembinaan sekolah baru untuk sesuatu tempat.

Tak sangka pula dia boleh terfikir hingga soalan ibu mengandung.. anak dan mak bersembang isu negara.

INFO Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

Banci kelima yang akan dijalankan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. ( 1970, 1980, 1991 dan 2000 ) akan meliputi semua jenis tempat kediaman dan penduduk (termasuk bukan warganegara) yang tinggal/akan tinggal di tempat kediaman mereka bagi tempoh enam bulan atau lebih dalam tahun 2010 pada Hari Banci.

Tempoh pembancian akan mengambil masa selama dua bulan iaitu bermula dari 6 Julai hingga 22 Ogos 2010. Hari Banci 2010 telah ditetapkan pada 6 Julai 2010 yang jatuh pada hari Selasa iaitu satu hari yang dianggap mempunyai mobiliti penduduk yang minimum.

* mobiliti – perihal mudah bergerak dr satu tempat ke tempat lain, berpindah tempat tinggal, bertukar pekerjaan dsb. ( Kamus Dewan )

Objektif Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010

  • Mengumpul maklumat perangkaan yang menyeluruh berkaitan penduduk dan perumahan negara.
  • Menyediakan maklumat yang meluas tentang:
  • – Bilangan penduduk dan isi rumah serta ciri-ciri demografi, sosial dan ekonomi;
    – Bilangan tempat kediaman mengikut jenis, ciri dan kemudahan asas yang sedia ada.

  • Menyediakan data asas penduduk dan perumahan di pelbagai peringkat geografi sehingga kekawasan yang kecil;
  • Mendapatkan maklumat terperinci berkaitan migrasi dalaman dan antarabangsa untuk melihat pola migrasi;
  • Asas kepada penyediaan geran daripada Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri; dan
  • Input kepada anggaran dan unjuran penduduk semasa

Ada 3 jenis kaedah pengumpulan data bancian

  • Temu ramah bersemuka
  • Drop-off and pick-up (DOPU) – Pembanci akan meninggalkan (drop-off) Kit Banci untuk responden mengisi sendiri dokumen dan mengambil semula (pick-up) dokumen yang telah lengkap diisi pada tarikh yang dipersetujui .
  • e-Census – Buat pertama kali, bancian memperkenalkan kaji selidik secara online di kawasan bandar  dengan mengisi soal selidik melalui laman web jabatan www.statistics.gov.my
  • Sumber : Laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.

    ©kujie – teringin nak cuba e-census , tapi saya tinggal kat hulu…

    About Kujie

    Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

    Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

    Mereka Yang Berkongsi Rasa

    1. Tahniah Kak Jie.. betul lah tu.. soklan pasal mengandung ni cuma di tanya kepada penduduk Sabah dan Sarawak sahaja. kat semenanjung rekod kelahiran dah lengkap. so sbb tu bayi yg lahir selepas 6 Julai 2010 tak perlu dibanci.. begitulah al-kisahnya..
      Jom terjah post menarik dari Benci ah ..EventsMy Profile

    2. baru je isi borang banci tu semalam.hehe

    3. salam..banci, org dtg nak tgk lesen tv …. saya pernah rasa zaman tu waktu sekolah rendah …
      Jom terjah post menarik dari lifeofaku ..Menilai Dengan AdilMy Profile

    4. Saya dah tak ingat dah bila first time benda banci banci ni . Yang saya tahu , bila balik sekolah je , dah ada kertas tu dekat pintu .

      Pergi ambil kerusi , panjat nak tengok apa yang tulis kat kertas tu .
      Jom terjah post menarik dari farah ..Hati Kecil Berbicara Mulut Itu Riuh Bertanya My Profile

    5. kertas dulu2 selalunya warna kuning.. ingat lagi.. tampal kat diding guna paku payung tu (rumah papan).. skg, tak tau lagi.. tertunggu2 gak, sbb duduk dgn suami jer..
      Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Fiezaradzicom BerpindahMy Profile

    6. teringat masa banci tahun 2000 tu. saya baru darjah 5… excited je time banci2 tu. sebab 1st time masa tu tau psl banci2 ni…
      Jom terjah post menarik dari Amir ..Mangga Ad- Review Oh Malaysia Selepas 3 MingguMy Profile

    7. agak2 penduduk msia da sampai 50juta x? last time i check dkt 30juta.
      Jom terjah post menarik dari jack ..Andropause- Menopause LelakiMy Profile

    8. mcm best keja pembanci kan..boleh jalan2 umah org..
      Jom terjah post menarik dari anis ..FuTHeR STuDyMy Profile

    9. kena peka bab-bab ini , ada juga rakan yang tak tahu
      Jom terjah post menarik dari klcitizen ..AnakMy Profile

    10. advance intan nih.. sampai ke situ di fikirkannya.. tapi apa jawapannya?
      Jom terjah post menarik dari eiman ..Keletah dan Telatah Anak Perempuan Bernama KhalisahMy Profile

      • kak jie bagitau lah…baby tu msk dlm banci akan dtg
        entah betul ke tidak

        tak pasti la juga dlm soalan tu ada tanya pasal due date, pasal mengandung, pasal lahirkan anak..hehe

    11. maza pernah dioffer jadi pembanci..
      tapi akhirnya maza kena tolaik..

      sbb katanya terlalu muda.. huhuhu
      (umur 19thn masa tu – agaknya pegawai tu takut maza kena mengurat kot?..hehehhe)
      :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
      Jom terjah post menarik dari maza ..Ketuk dulu dan Perempuan Tua diringankanMy Profile

    12. owhhh..
      anak anak akak yg dah besar pun masih tak paham dgn
      banci penduduk…
      terpaksalah akak terkial kial menjawabnya..
      Jom terjah post menarik dari kakzaa ..ujub dalam berblogMy Profile

      • banci ni bukan urusan dgn anak – biasanya mak bapa yang jawap..jadi dia kurang faham
        tapi kita mak bapa pun bkn faham sgt pun… sesekali

        org tanya – kita bagi kerjasama sudahlah..itu bahagian kita

    13. Dulu pernah dibanci masa kecil-kecil dulu…dia tanya mak ayah…macam2 soalan..kerja apa,gaji apa,siap sokong politik mana pun ditanya…pelik juga,politik mana sokong pun kena banci ke?
      Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..PTPTN Oh PTPTN Mana Janji ManismuMy Profile

    14. donnyien says:

      Salam,
      Baca betul2 ya banci bukan benci!..hehe

      Nice info ni bro…tq
      Jom terjah post menarik dari donnyien ..Monthly Bandwidth Transfer Red alert-My Profile

    15. owhh, skang dorang dah guna banci online gak erk… 😀 baru tahu… huhuhu… bagus tul anak kak jie tu erk… berfikir mendalam betul…
      Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kesihatan- Ceri membantu mengurangkan berat badanMy Profile

      • itulah…rasa xcited nak cuba banci online
        baguskan…

        itulah budak2…kadang2 apa yg dia fikir sukar dijangkau..

    16. kalau ikutkan sy pun tinggal kat pinggir juga kak jie
      Jom terjah post menarik dari mijie ..Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpressMy Profile

    17. rasa nak apply keje jadi pembanci plak.. hehe 😆
      Jom terjah post menarik dari Anarm ..Peraduan Copy dan Menang MP3 PlayerMy Profile

      • akan datang..hehe
        kalau dtg banci kt rumah kak jie, bagitau awal
        leh lah wat puding sagu gula merah ke 😆

    18. banci kalau tak manalah tahu kan

    19. hehe..bijak bijak…
      Jom terjah post menarik dari ben ashaari ..Nape la lembab sangat ni My Profile

    Trackbacks

    1. […] dia tanya , banci itu apa mama dan kemudiannya menanti dengan sabar dan penuh keterujaan pembanci  tak juga muncul di depan pintu […]

    2. […] kepada entri Banci Penduduk tu apa mama ( kena klik untuk faham cerita awalnya […]