Bina Rumah Mengikut Sistem RTA

Tanpa pengalaman seorang tukang rumah – setiap dari kita mampu membina rumah sendiri dengan menggunakan sistem sistem RTA (ready-to-assemble). Lihat dan faham pelan panduan yang disediakan dan pembinaan boleh dimulakan. Macam pasang permainan Lego, mungkin.

Mungkin sistem RTA perabut sudah lama kita ketahui tetapi untuk sistem RTA rumah, penyelidik dari Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai idea baru  menghasilkan rumah pasang siap yang mudah dibina dikenali sebagai sistem RTA (ready-to-assemble).

Sistem ini dibangunkan berdasarkan konsep pembinaan rumah tradisional Melayu tetapi diubah suai mengikut prinsip Walter Segal.

* Walter Segal (1907 – 1985) was an architect who developed a system of self-build housing. – wikipedia.

  • Bahan Tempatan – menggunakan 100 peratus bahan mudah diperolehi dari pasaran tempatan.
  • Berpanel – Direkabentuk secara berpanel dalam berbagai bentuk dengan pilihan ukuran standard seperti untuk dinding 0.6 x 2.4 meter atau 1.2 x 2.4 meter, Manakala panek lantai berukuran 0.6 x 1.8 meter.
  • Bermodular – Struktur utama dan semua panel rumah RTA direka mengikut sistem modular untuk memudahkan pemilihan dan pemasangan walaupun tanpa pengelaman.
  • Pelan Rujukan – Lukisan disediakan untuk memudahkan kerja dan disokong dengan jadual penggunaan bahan bagi penyediaan rancangan kewangan sebelum projek RTA dijalankan.
  • Mudah Alih – Komponen modular yang kecil memudahkan proses perpindahan sekiranya diperlukan tanpa menggunakan jentera berat seperti kren.

Sistem rumah RTA ini hanya menggunakan nat dan skru untuk menyambungkan semua bahagian jika hendak dibanding dengan rumah tradisional Melayu yang banyak menggunakan kaedah tebukan.

Antara kelebihan  dan kebaikan membina rumah dengan sitem RTA adalah

  • Penjimatan kos buruh dan anggaran penjimatannya kira-kira 30%.
  • Pembinaan yang pantas – Rekabentuk bermodula dan panel yang telah disiapkan di kilang, proses pemasangan di tapak lebih pantas.
  • Kualiti Terjamin – semua elemen rumah RTA di buat di bengkel atau kilang dan kualitinya mudah dipantau.
  • Pilihan Pelbagai Panel dinding – terdapat berpuluh jenis reka bentuk
    dihasilkan untuk memenuhi citarasa pengguna dan keperluan.
  • Rakabentuk Fleksibel – pengguna bebas mereka cipta rumah mereka
    sendiri .

Bantuan keluarga, jiran dan masyarakat boleh menyuburkan semangat gotong-royong yang semakin terhakis.

Jumpa keratan akhbar dalam  Library UM

©kujie – Kumpul duit untuk beli tanah……kemudian bina rumah sendiri!

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. mohd sheh says:

    ada no telefon ke nak hubungi berapa kos dan bleh ke pasang di negeri Terengganu sbb sy nak buat rumah nak bajet rendah la ckit.

  2. tanah sendiri kat kampung dah ada. tapi ada bajet 50ribu je. cukup tak nak wat umah RTA ni?

  3. masrinarosli says:

    kujie tau x contact no diaorang. Kita minat nak buat rumah tu. Call telecom nama syarikat Zayana Enterprise tu x wujud. Macam mana ni….

    • Zakaria bin Hj. Ahmad says:

      Tuan, saya adalah pengurus Zayana Enterprise yang membina rumah RTA yang dicetuskan oleh Universiti Malaya tu.

  4. salam,
    memang berminat sangat rumah konsep mcm ni.
    sebab lebih freedon untuk tentukan design dan luas sesuatu ruang mengikut keperluan.
    lebih kos efektif dan kalau betul2 boleh bantu selamatkan alam sekitar.
    gunakan kepakaran design engineer tempatan untuk kembangkan lagi kemajuan teknologi ni (in terms of material dll) khas untuk iklim tropika ni..memang harap sangat2.
    tapi kan sebenarnya…senario sektor perumahan negara ni yang x berapa nak benarkan benda mcm ni..sebab x bagi profit maksimum pada diorang..typical malaysian mindset..profit first everthing else come later…
    harapan saya agar majoriti rakyat malaysia terbuka minda dan tolak konsep rumah teres yang x menguntungkan kita.

  5. ermm sy nk tnya nie adakah rta merupakan salah satu ibs di negara kita???ataupon rta nie hanya brand kepada sesuatu pembinaan

  6. ucu laden says:

    bina rumah sistem RTA .
    boleh bagi contact no@hp laman web nak ricki dan berminat nak mencuba dan membina sendiri ikut bajet yang ada…
    harap boleh email saya ruzi366@yahoo.com

    best regards.

  7. Abg otromeng says:

    Nak beli, nak beli mana contact number untuk supply rumah rtanya. Tapi org hati kering PBT, Majlis Perbandaran atau majlis daerah bolehke guna helah atau apa-apa undang-undang/ peraturan pelik-pelik nak runtuhkan ataupun nak tarik/rampas aje rumah mirip cara DBKL tarik kereta atau saman orang membeli belah pasar ramadan (pengalaman sendiri, kita serik datang KL shopping naik kereta especially masa lihat kelibat DBKL)

  8. memang sekarang semua nak pasang siap….tapi apa2 pun keselamatan adalah perkara no 1
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Cara memasang plugin Akismet untuk pengguna blog wordpressMy Profile

  9. adamfaiz says:

    Bagus ni, boleh tolong org yg kena taufan, puting beliung, banjir..
    Jom terjah post menarik dari adamfaiz ..Park Ji Sung Mungkin Bersara AwalMy Profile

  10. wah…memang lego…tapi kalau saya ler…buat rak buku DIY pun berpeluh ketiak…buat rumah ni
    hish…tak mau la amik risiko.

  11. :mrgreen: errr…pasang siap? mudah, tapi mcm rasa tak konfiden pulak ;)
    Jom terjah post menarik dari ch@ ..Dua tahunMy Profile

    • kemampuan tiap org berbeza
      kalau pergi kampung2 di pendalaman
      biasa nampak rumah mcm nak roboh dah
      tapi itu kemampuan dia

      kalau kt bandar2 kita akan nampak rumah tiang roman sebesar pokok balak
      mcm rumah tak boleh roboh walau gempa bumi 8 skala richter
      :lol:

  12. Waaa okay arrr tu … tapi tandas cam mana ?
    Jom terjah post menarik dari touya ..Welcome to the world of Self HostingMy Profile

  13. cambest je..leh design sendiri lak tu
    Jom terjah post menarik dari millo ..Semua Orang Dah TahuMy Profile

  14. ni pasang siap kan..lagi mudah kot.
    Jom terjah post menarik dari yoy ..Tutorial Facebook Comment In Your BlogMy Profile

  15. sangat mudah dan banyak perkara boleh jimat ni..
    Jom terjah post menarik dari Thoha ..Melahirkan Keikhlasan Dalam DiriMy Profile

    • yang pasti jimat kos buruh…hari kita gotong royong buat rumah Encik Ali, minggu depan kita ramai2 gotong royong buat rumah Encik Samad….

      lepas habis sekampung rumah fesyen sama…macam rumah kat felda :lol:

  16. wah…senang tu…bagus..bagus
    Jom terjah post menarik dari princeduyong ..KECHEWAMy Profile

  17. tengah pening nak cari rumah kat mana ni

    kang tak pasal² buat rumah sistem RTA jugak..hehe

  18. bagus gak ni…
    firta time tahu tentang ini
    Jom terjah post menarik dari klcitizen ..Pengadilan yang pastiMy Profile

    • tengah godek2 web UM, jumpa keratan akhbar tentang berita ini…rasanya ramai yg tak tahu lagi sebab tu rajin2kan diri taip semula entri ni :lol:

      manalah tau tiba2, tergerak hati nak pindah balik duduk kat kampung nak buat rumah kayu…macam dulu2

  19. Oh, errr…

    Dalam gambar tu macam dia buat rumah pakai kayu ya?

    Sebab yang saya faham, ada juga konsep seperti mold and dough. Kayu as a mold, konkrit as a dough.

    Kalau guna panel mcm ni mmg sebijik macam lego. hehe.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Yuda di Padang Maya Dapatkan di Pesta buku PKNS Shah AlamMy Profile

    • prototaip ni dicuba di Kg. Tanjung Luar,Kuala Nerang Kedah memang menggunakan kayu…mungkin akan datang ada berbagai2 jenis mengikut keperluan dan kehendak pasaran.

  20. intankuterpilih says:

    ada juga org bina rumah mcm nie ek…bestnyer kalau ada tanah sendiri, pastu wat umah mcm nie..
    Jom terjah post menarik dari intankuterpilih ..Ibu desak jual tubuhMy Profile

    • sesuai untuk kawasan kampung rasanya… kat bandar ni susah dah nak dapat tanah. kalau ada tanah pusaka, dan berhajat nak berpindah balik menetap kat kampung, mungkin sistem RTA ini sesuai..bergantung pada bajet masing2lah

  21. Dulu masa buat rumah kat kg kayu mahal. Kalau sekarang lagi mahal rasanya.
    Jom terjah post menarik dari Dr House ..Penjara Pudu dirobohkan untuk memberi laluan kepada pembangunanMy Profile

    • yup betul tu, buat rumah kayu lagi mahal sekarang ni…tapi untuk RTA guna panel2… jenis kayu agak sesuai

  22. salam…

    sekadar berkongsi info, dalam industri pembinaan, sistem ini rasanya sama dengan IBS (Industrialized Building system). Cuma dalam industri pembinaan, bahan yang digunakan mungkin berbeza-beza, ada yang guna concrete, timber or steel structure. Tapi secara asas, konsep ini telah lama ada diamalkan di Malaysia, cuma untuk skop yang lebih kecil seperti pengguna domestik, mungkin belum ada syarikat yang mahu mengeluarkan panel2 ni

    ^____^
    Jom terjah post menarik dari HURULAINI ..myELF jersey- tvxq hoodie and other kpop goodiesMy Profile

  23. kak kuji.. singgap jap nak bagi komen, sempat lalu di empangan itu.. sangat luas dan cantik.. terutama di belah pagi dan lewat petang! :D

    • he he he.. kak jie tengok projek empangan tu dari mula2 dia org buat…dari mula2 kering kontang sampailah dah isi air penuh cantik mcm tu…tapi seram tengok kuasa air

  24. TMUkmkd says:

    RTA ni banyak tengok di amerika (dalam tv)

    buat dalam kilang sampai tapak hanya pasang.
    kalau boleh buat macam ni di malaysia mudah dan cepat jadinya :D
    Jom terjah post menarik dari TMUkmkd ..Kartun Yang Paling Aku Suka Dalam Cartoon NetworkMy Profile

    • itulah, selalu tengok dokumentari
      ini prototaip lagi…mungkin akan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut iklim cuaca negara kita

  25. memang best kalau buat rumah sendiri..

  26. dulu2 masa belajar civil kat sekolah, cikgu selalu cakap kelebihan rumah macam ni. tak sangka dah ada kat malaysia…
    Jom terjah post menarik dari Kancilbiru ..Tekanan- Tekanan-My Profile

  27. Wan Perlis says:

    bila la nak ada rumah sendr ni
    Jom terjah post menarik dari Wan Perlis ..5 website popular diduniaMy Profile

  28. macam tak praktical. mana masuk air n letrik?
    Jom terjah post menarik dari matjoe ..Jelitawan HartanahMy Profile