pokok getah tanam semula

Blogger Pekebun Kecil Getah

Tidak seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Rebat Telefon Pintar Belia 1Malaysia atau bantuan Tayar Rakyat 1Malaysia (TR1MA) yang dibincangkan secara meluas di seluruh laman sosial ( web, facebook atau twitter ) Bantuan Khas Pekebun Kecil Getah yang diagihkan sejak 24 April hingga 2 Mei, tak ramai yang sedar,

Saya boleh faham kerana saya sendiri pun tak tahu… hihihi sehinggalah adik telefon dari kampung minta nombor akaun bank.  Bab getah, pekebun atau pertanian bukan isu mainstream di laman sosial.

Atau mungin bantuan ini tidak diumumkan oleh PM.  Ini adalah kali pertama bantuan khas  ini diberikan oleh RISDA sejak 40 tahun penubuhan Risda.  Pengerusi Risda, Tan Sri Dr Rahim Tamby Chik kata bantuan khas ini adalah salah satu program di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri.

Tanpa didedahkan dalam perbentangan belanjawan baru-baru ini, tetiba saja ada peruntukan yang diberi nama  Pemberian Bantuan Khas Kerana Kejatuhan Harga Getah  . Pemilik kebun kecil getah berkeluasan 2.5 hektar diberikan RM 500 sebagai bantuan sara hidup.

Sebanyak RM160 juta telah diperuntukkan kepada 320,000 pekebun kecil getah seluruh negara dan sebagai pemilik kebuh kecil getah, kebun kami pun layak mendapat RM 500 tersebut.

 

pokok getah tanam semula
Ini anak-anak getah kebun sekangkang kera kami – gambar tahun 2011.

pokok rambutan
Sebelum tanam semula getah, kebun kami ditanam rambutan, dokong, cempedak, durian, langsat, manggis, petai dan pelbagai jenis buah dan sayuran. Ini gambar tahun 2008 sebelum ditebang untuk ditanam getah. Beberapa pokok durian, langsat, dokong dan manggi masih dikekalkan.  Untuk makan sendiri anak beranak cucu cicit.

Ramai rakan-rakan blogger bercerita tentang kejayaan mereka dalam pelaburan hartanah, pelaburan emas tetapi kami masih konservatif.  Palaburan kami masih kepada tanah.

 

NOTA :  Tahukah anda…. Harga getah telah merosot teruk? Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan … tak ada siapa pun nak datang interview penoreh getah tak macam masa harga tengah mahal.

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

31 thoughts on “Blogger Pekebun Kecil Getah”

  1. Salam, tertarik dengan usaha anda. saya baru berjinak2 dgn penanaman getah. Alhamdulillah RISDA beri kelulusan bantuan untuk bantuan tanaman baru termasuk bekalan anak pokok getah. Tapi ade yang bagi nasihat anak pokok getah dari RISDA kurang kualiti. Boleh beri nasihat dan pendapat tak dalam hal ni.

  2. saya ada tanam getah baru .. bukan daripada RISDA atau tajaan mana2 cuma ada modal sikit, ratakan tanah 6 ekar tu, lepas tu tanam semula pokok getah tinggalan arwah atuk .. banyak berjasa
    Jom terjah post menarik dari BeritaKaki ..Kelainan Nasi Lemak UjangMy Profile

  3. Pelaburan pada tanah, nilainya pasti meningkat, cuma ambil masa yang agak lama. Saya kagum dengan datuk nenek moyang kita yang berpandangan jauh ~ tanah ini untuk anak cucu nanti. 🙂
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Obses terhadap stering.My Profile

  4. maza dapat panggilan dari adik di kampung… disuruhnya maza balik juga hari Khamis ini untuk dapatkan boucer itu.

    Namun, maza punyai kekangan waktu dan terhalang untuk pulang. Harap2 bantuan pekebun kecil ini (yg adik maza usahakan di atas tanah pusaka maza sekangkang kera itu) bisa merasa. Barulah kami anak beranak mengerti nikmat mendapat bantuan GTP yang satu ini..

    Jika mereka memaksa maza pulang juga dan perlu menghadiri perhimpunan beramai2 di balai raya itu, maza sekadar menelan liur dari jauh sahajalah.
    Jom terjah post menarik dari maza ..Nikmat tidak terkataMy Profile

  5. teringat citer ayah aku yang mana kena bangun awal2 pagi dalam pukul 4 lebih utk menoreh demi mencari sesuap nasi…bila teringat je mesti rasa semangat je nak buat apa2
    Jom terjah post menarik dari anip ..Find Vacation CouponsMy Profile

  6. Harga getah merosot dan sebelah Borneo sana pekebun getah dapat bantuan tetapi tidak tahu kalau pekebun getah di Semenanjung pun dapat juga.

  7. minggu lepas ada keluar dalam buletin utama pasal bantuan rm500 untuk pekebun getah ni..cuma mungkin ramai yang tak sedar sebab tak meluas hebahannya..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Buli lagi ?My Profile

  8. getah kalau naik, naik tinggi. kalau jatuh..memang jatuh betul.

    memang kena berjimat cermat jika jadi penoreh ni. tapi harta pada ‘tanah’ menjadikan pekebun dan penoreh ni jauh lebih kaya sebenarnya
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Aku Tidak Pandai, TapiMy Profile

  9. atok dan wan kt kpg penoreh getah dr mula kahwin smpi skrg umor dh 70lebih..time getah mahal seronok tgk dpt hasil lumayan.slrg getah trun rsa kesian plk tgk atok wan menoreh.diorg tkleh tggl menoreh sbb menoreh pokok getah dh sebati dlm jiwa kot.

Comments are closed.