Boleh Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun Depan

boleh bawa telefon ke sekolah

Inilah isu  paling hangat yang sedang dibincangkan  – patutkah murid diberarkan membawa telefon bimbit ke sekolah ?  Timbalan Menteri Pelajaran menyatakan di dalam Draft PeraturanPendidikan Disiplin Murid 2012,  kemungkinan murid dibenarkan membawa telefon bimbit ke sekolah pada tahun 2013.

Sebagai ibubapa, jawapan saya tidak patut.

Saya tanya anak remaja saya yang berumur 18 tahun yang sedang melanjutkan pelajaran di kolej – Tidak patut, jawapannya.  Semua perkara mempunyai kebaikan dan keburukan, tetapi dalam kes ini keburukannya melebihi kebaikan secara purata.

Masalah sedia ada yang perlu ditanggani oleh pihak sekolah pun sudah cukup membebankan,  kes kehilangan telefon bimbit akan menambahkan sakit kepala pihak sekolah untuk mengawalnya.

Jika faktor keselamatan menyebabkan peraturan ini dibenarkan , ianya menimbulkan satu tanda tanya adakah sekolah kita sudah tidak selamat.    Dari maklumat dan cerita cikgu  yang saya kenal, ada kes murid bergaduh di dalam kawasan sekolah.  Sekelip mata dia menghubungi pihak luar dan kekecohan berlaku di luar pagar sekolah bila tiba waktu pulang.

Salah satu alasan yang sering digunakan adalah untuk kes kecemasan.  Apakah kes kecemasan yang dimaksudkan?  Ibubapa cuma perlu menghubungi sekolah.  Simpan nombor telefon sekolah atau nombor telefon guru kelas anak masing-masing.

Saya sebagai ibubapa mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan nombor telefon sekolah, guru tingkatan malah dua orang pengawal keselamatan sekolah untuk keperluan waktu kecemasan.

Untuk keselamatan, saya TIDAK BENARKAN  anak saya keluar dari kawasan sekolah selagi saya tidak sampai untuk menjemputnya.  Dia akan duduk di tepi pondok pengawal sehingga saya sampai.

Saya datang 5 minit selepas bas, kereta, motorsikal , basikal dan murid beredar.  Saya ada ruang dan masa untuk bertegur sapa dengan pengawal keselamatan sekolah dan mereka mengenali kami anak beranak.  Saya ucapkan terimakasih dan sesekali saya bawakan kuih atau buah tangan.

Saya juga kenal makcik kantin yang jual air jambu.  Bertegur sapa diluar waktu sekolah, jadi dia mengenali anak saya di sekolah.

Inilah caranya saya membina hubungan yang baik supaya anak saya selamat.  Ramai orang mengharap orang lain bertolak ansur, berbuat baik kepada mereka tetapi tidak memulakan langkah terlebih dahulu.

Bagi sekolah gred A, sekolah cemerlang atau sekolah bestari, masalah mungkin tidak serumit sekolah harian biasa.  Pelajar, ibubapa dan tenaga pengajar di sekolah ini sememanglah yang terpilih, jadi masalah-masalah disiplin, moral, keyakinan diri atau kesempitan hidup tidak berlaku.  Murid berada di dalam level yang sama.

Bagi sekolah harian biasa yang kelompok bagus dan kurang bagus berada di dalam jurang yang besar, masalah yang perlu ditangani juga berbagai ragam.  Disinilah berlakunya keburukan melebihi kebaikan dengan membawa telefon bimbit ke sekolah.

Saya tanya Intan yang berumur 13 tahun, perlu ke nak bawa telefon ke sekolah.  Tidak jawapannya.

Mungkin kehidupan kami berbeza dengan keluarga lain.  Telefon bukan satu keperluan yang mendesak.  Mungkin sebab sebelum membuat sesuatu keputusan, saya akan memikirkan ianya keperluan atau keinginan.

Bila kita faham konsep keperluan dan keinginan, kita tidak akan terbeban untuk mengejar kecanggihan teknologi yang tidak pernah berhenti.  Boleh hidup tenang tanpa tekanan.  Ramai yang terperangkap dalam pertarungan antara keperluan dan keinginan.

Ini pendapat dari kehidupan saya,  orang lain yang mempunyai kehidupan berbeza mempunyai keperluan yang berbeza.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sy stuju jika hp dibenarkan ke skolah. Dulu sy susah gile nk call mkayh suh amik. Smpai tpksa bratur kt public phone nk tlfon diorang. Hmm.

  2. saya rasa patut

  3. Najiha Najwa says:

    sye stuju bb diowang leh tepon mak bapak diowang bile diowang sakit,pas2,law semasa sesi pembelajaran,senang cita,suwoh cikgu kutip npon,pas2 suwoh cikgu simpan,lpz abz jek pembelajaran,cikgu ue mesti pulang kan balek npon ue…and then,law pelajar nk sngt ingt pembelajaran pe yg cikgu ajar,rekod kan suara cikgu ue,tp,law peperiksaan tngh d’jlnkan,npon mesti kene kutip,mane lh tao,pljr2 skrng suke meniru,so diowang leh amek gambo jwpn,bb ue lh kene kutip npon semasa peperiksaan…kan3..law slh jngn marah yek

  4. Handphone ni sekarang bukan lagi kehendak tapi satu keperluan. Pelajar sekolah pada saya tak perlu bawa handphone pun. Klau nak dikira aspek keselamatan, rasanya bawa handphone lagi bahaya, kena pulak yang bawa handphone mahal-mahal, kalau tak kena curi silap-silap ‘dicuri’ amik gambar..tak ke naya tu.
    Jom terjah post menarik dari brokencircuit ..RANKING HANDPHONE APRIL 2012My Profile

  5. depa sengaja mencari isu. Nak tunjuk perihatin kat mak bapak.

    dari dulu lagi isu ni memang ditentang. tak boleh benarkan.

    -elak isu kecurian, privasi guru, tidak fokus belajar, meniru masa periksa
    Jom terjah post menarik dari Paklong ..Si ComelMy Profile

  6. hasrulhassan says:

    As-Salam.
    Saya sebagai ibu bapa kepada 3 anak, seorang daripadanya bersekolah .. memang tak setuju, dan ini sepakat juga dengan isteri saya … kerana bagi saya, ia tidak relevan dan boleh ganggu pembelajaran. Tak ada telefon bimbit pun anak-anak di sekolah dah buat hal macam-macam, apatah lagi dengan lampu hijau yang diberikan oleh kementerian pelajaran ….

    Dah macam gajet ada … semuanya ini pengaruhi anak-anak kita, cara mereka berfikir, cara mereka bertindak, cara mereka akan jalani kehidupan dewasa mereka kelak.

    Sekali lagi, saya kurang setuju dan bantah.
    Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Apabila Blogger Lokek Dengan Pendapatan Online MerekaMy Profile

  7. salam.
    sekarang nipun budak sekolah memang dah lama dah bawak hp kat sekolah(curi bawak)..budak sekarang ni bukannya semuanya bijak2 belaka..aku rasa undang2 ni dah basi dah tak ada gunanya lagi sedangkan benda ni dah lama dah berlaku….Bagi aku tak sesuai budak2 sekolah bawak HP ke sekolah muktamat!!.

  8. Tak setuju sebenarnya cadangan boleh bawa hp ke sekolah.
    Jom terjah post menarik dari dennis ..TIPS JIMAT DI BULAN RAMADHANMy Profile

  9. Ummi Hanie says:

    mak sy komen, zaman dulu2 tak payah ade henfon pun boleh je survive… lagi selamat dr zmn skrg ni..

    hmm, ada betulnye juge…
    Jom terjah post menarik dari Ummi Hanie ..Gambar baby Hanie – 8 bulanMy Profile

  10. ApplePurple says:

    Rasanya tak perlu pelajar sekolah bawa handphone ke sekolah.Bukan lama pun waktu belajar.Dari pagi sampai tengahari je.Mungkin kadang2 akan sampai ke petang.Dalam tempoh tu sepatutnya kena tumpukan perhatian penuh dalam pembelajaran.Kalau dah ada telefon di tangan,macam2 benda yang ada dalam kepala akan keluar,sentiasa fikir nak buat apa dgn handphone tu.Rasanya lebih banyak keburukan daripada kebaikan.Tapi mungkin bagi sesetengah keadaan,ia dibolehkan.So,harap pihak yang berwajib,kaji betul2.

  11. saya tak setujulah bawa hp ke sekolah, habislah budak-budak nih nanti. time tak bawa hp pun tak nak dengar cakap cikgu apatah lagi dah bawa hp, confirm hanyut habis. setakat nak call ibu bapa sediakan public phone je takpun sediakan satu telefon dalam pejabat khas utk pelajar guna dan kenakan charge siapa nak guna kena bayar ikut style public itu lebih bagus dan kerangkalian dirosakkan agak rendah berbanding public phone biasa tuh. lagipun kerani sekolah bleh pantau diorang kan kerja sampai petang. saya rasa lebih banyak keburukan dari kebaikan bila bawa hp kat sekolah nih, lagipun hp budak2 skrg lagi canggih daripada hp cikgu diorg.
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Pucuk Ubi Punca Kambing Sakit PerutMy Profile

    • hasrulhassan says:

      Lagi satu … nanti anak-anak yang mak pak tak berkemampuan … dok mintak pula pada mak pak … dah satu hal .. lalu tak dapat, buat benda lain .. aiyokkk seperti jenayah dan sebagainya … adehh ..
      Jom terjah post menarik dari hasrulhassan ..Nuffnang Sekat Cek Kepada BloggerMy Profile

  12. mohd firhan jasni says:

    bagi saya, kalau telefon boleh dibawa ke sekolah untuk tujuan nak call ibubapa, baik pihak sekolah sediakan satu telefon (bukan public phone) untuk tujuan ni. takkanlah sekolah takde peruntukan untuk tu? kalau pelajar dibenarkan bawa telefon ke sekolah, saya risau pelajar tak fokus pada belajar dan exam nanti habislah budak2 ni. bagi saya, tak perlu lah telefon ni. 7 pagi sampai 1 petang tu fokus lah kat belajar. itu lagi bagus.

  13. Agak agak makin banyaklah video 3gp beredar kat luar sana

  14. bukanke dulu isu ni dah pernah dibangkitkan? dan dorang memang tak setuju.. kalau tak silap masa tu menteri Hishamuddin Tun Hussein. waktu tu kita dah bahas macam2 dan dah tahu lagi banyak buruk dari baiknya bawak telefon ke sekolah.

    sekarang nak jugak buat?

    alahai….
    Jom terjah post menarik dari mrs azmi ..Sunflower blooms at Setia Eco ParkMy Profile

  15. ada pro & cons

  16. Jika telefon ini disalah gunakan dan bahkan mengganggu konsentrasi belajar saya beranggapan juga tidak perlu dibawa, bila ingin menelefon yang penting bisa pakai telefon sekolah
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Depok Telp. 021-9311-8787 | Sedot WC Jakarta DepokMy Profile

  17. MahyuddinMAA says:

    Hancuslah anak bangsa kalau macam tuu…dah laa susak nak kawal.

    Saya pernah terserempak dengan pelajar sekolah rendah yang bawa tel bimbit curi curi yang sedang menonton video lucah bersama rakannya….rosak rosak. Jika dilaksanakan tahun depan bahan menimpa la gamaknya…mintak tak jadi. kalu pelajar universiti ok lah jugak ….
    Jom terjah post menarik dari MahyuddinMAA ..Program HibahMy Profile

  18. Assalamualaikum,
    Kalau telefon pintar memang byk gunanya dlm pembelajaran tapi bukan semua pelajar ada. Bukan semua guru tahu aplikasikan pembelajaran pintar bersandarkan IT juga. Kalaupun nak beri kelonggaran bwk telefon pintar ke sekolah, pelajar tahap tinggi bolehlah kot walaupun mereka sebenarnya lebih banyak terdorong untuk chat di Fb berbanding dlm pembelajaran.

    kalau telefon biasa yg lain, saya setuju ada pro dan kontra seperti dinyatakan rakan2 lain. budak2 sekolah sekarang mana nak guna telefon harga RM50, cikgu jugak yang susah nak kendalikan kes kecurian dan kehilangan.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Bonus dan Imbuhan Aidilfitri Penjawat AwamMy Profile

  19. memang tak patut.. siapalah yang kata patut tu..tak patut betul dia kata patut, sepatutnya tak patut.. baru betul-betul patut..
    Jom terjah post menarik dari Azydy ..Pembelajaran Online Percuma Untuk Si KecilMy Profile

  20. Banyak keburukan dari kebaikan. Pernah keluarkan pekeliling melarang pada 2009 kini ingin membenarkan pula? Atas muslihat apa agaknya ye..
    Jom terjah post menarik dari Azwan ..Murid sekolah dengan telefon bimbitMy Profile

  21. kat mane kebaikan untuk membenarkan pelajar sekolah bawak telefon bimbit sy tak nampak lansung..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Persediaan awal menghadapi masa depanMy Profile

  22. Sebagai seorang pendidik .Sensei tak setuju .Di dalam kelas mungkin boleh dikawal tetapi di luar waktu kelas agak sukar .Antara keburukannya ialah :
    1. Gmbar yang tidak sepatutnya disiarkan akan disiarkan tanpa halangan。
    2. Pelajar akan lewat tidur di asrama . Hp tak ada pun curi2 tidur lewat .Inikan bila hp dibenarkan bawa .Akan terus leka .
    3. Kes kecurian akan meningkat .
    4. Ibubapa akan terus meletakkan kesalahan kepada guru2 kalau ada masalah yg akan timbul. BErbalik pada no 1 , no 2 dan no 3 .
    5. Menambahkan beban cikgu pula kena jaga hp pelajar . Skrg ni pun dah banyak kerja yg dibebankan . Tambahan bidang pendidikan Penjaga hp . HIsh hIsh …
    TEtapi sebagai penjawat awam sensei akan mematuhinya kalau diluluskan .TApi Tolonglah kepada mereka2 yang mengubal akta 2012 ni .Kajilah dengan mendalam . Anda yang menentukan hala tuju bangsa kita …
    Jom terjah post menarik dari Zanaa Sensei ..Bara and RoseMy Profile

  23. setuju dengan entry kak Kujie nih…pasti akan timbul pelbagai masalah kelak…dulu kita xde handphone pun time sekolah…alhamdulillah selamat jer…
    Jom terjah post menarik dari papa mifz ..Kali Ini Menjadi Penaja Untuk 2 GiveAway Blogger HebatMy Profile

    • ada org perlu , ada org tak perlu – dalam semua keadaan ada keadaan ini
      tapi bila membabitkan kepentingan orang ramai – kita kena tengok keperluan secara menyeluruh.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Maafkan Mak Ye Nak….My Profile

      • Betul kak, kena lihat secara menyeluruh. dari dulu ada yang sorok2 bawa dah untuk pantauan ada untuk menunjuk pun ada. terpulang pada kepentingan ramai, lihat banyak baik ke buruknya 🙂

  24. Assalamualaikum
    Saya sebagai pelajar,saya rasa tidak payah pun bawa telefon bimbit kes sekolah.Sebab takut menggangu sesi pelajaran.belajar tak fokus.
    Jom terjah post menarik dari Akif ..Gambar-gambar Yang Aku Tangkap Masa Kat Kampung dan Di RumahMy Profile

    • bawa boleh bawa….tetapi disiplin diri untuk mengawal diri dari tidak menggunakan diwaktu yang dibenarkan tu boleh ke buat.

      saya kerap ke sekolah, kerap memantau2 kelas dari jauh kerap melihat suasana dalam kelas….. cikgu suruh diam pun punyalah susah nak ikut….apa lagi kalau cikgu cakap ‘jangan ‘ bab telefon ni.

      anak kita sorang diri depan mata , baik sopan santun
      bila dah bercampur…. dia lain, percayalah

      pergilah intai anak2 secara diam-diam dan lihat macam mana dia dengan kawan2
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Sesi Bertemu Jiran Tetangga Di SekolahMy Profile

  25. Zaman kita belajar pun tidak ada telefon bimbit. Saya bimbang pengunaan telefon bimbit akan menganggu tumpuan pelajar dan guru kerana diringan ton telefon.

    Itu belum lagi pengunaan Smartphone yang diketahui canggih kerana banyak aplikasi boleh memancing pelajar.

    Masalah jenayah boleh berlaku seperti kehilangan telefon, gaduh dan bermacam-macam lagi.

    • kita tak boleh guna alasan ‘ zaman mama dulu tak ada pun benda² tu…’ sebab kita kena terima realiti memang zaman kita berbeza.

      hidup dalam zaman apa sekali pun, menguruskan anak-anak masih menggunakan prinsip yang sama. ada give and take. anak2 kak jie pun masing2 ada telefon selepas tingkatan 5, selepas masing2 ke kolej, cuma intan…sebab zaman intan semua ada telefon…tetapi masih dalam kawalan ketat.

      dia sendiri kurang terikat dgn telefon…
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Ujian Allah Kifarah Untuk SayaMy Profile

  26. mohd hafiz says:

    saya rse kalau kite nk bwk fon pegi skolah boleh. tpi time blajar plajar diharamkan menggunakan fon. saya x rse bwk fon pegi skolah boleh menimbulkan hal2 yg sewajarnye.

    • masalah mengawal keinginan waktu belajar tu… boleh ke tahan diri nak tengok apa kawan2 lain post kt facebook…. keinginan remaja yang tak sabar2 berkongsi sms, gambar atau gossip terkini.

      adakah telefon itu betul2 membantu dalam proses pembelajaran?

      ada baiknya, betul

      juga ada buruknya….cuba fikir baik dan buruk mana yang lebih?
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Senarai Kedai Yang Menerima Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ( KDS1M)My Profile

  27. Toon Army says:

    haiz dah mcm2 undang2 keluar waakaka

  28. Saya cuba berfikir sepositif yang mungkin tentang perkara ni. Habis berfikir, terlalu sikit kebaikkan yang ada. Dengar cerita di sebaliknya ada businessman nak masukkan mesin topup ke sekolah-sekolah. Tahun sudah dibantah oleh NUTP. Entah macam mana boleh lepas.
    Jom terjah post menarik dari Cikgu Hairul ..Apa Agenda Disebaliknya?My Profile

  29. kadang2 tak faham, tapi ada ketikanya kena ikut jugak walaupun terpaksa tapi saya memang tak benarkan anak bawa hp ke sekolah tapi budak2 sekarang ni pun boleh tahan jugak bijaknya, senyap2 dia bawa jika ditakdirkan kantoi…emmm idok ler teman nak tolong settlekan, biar dia rasa
    Jom terjah post menarik dari sweetkurma ..kembara media kemboja : menyusuri sungai mekongMy Profile

  30. Saya sokong….. bagi anak-anak telefon yg harganya RM99… camera pun takde 🙂

  31. inilah perubahan dunia yang suka tak suka kita kena terima. Boleh bawa hp tapi tetapkan syarat hanya basic hp yg hanya boleh call dan sms sahaja bukan smartphone.
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Kelajuan Mengorbankan Orang LainMy Profile

    • mohd firhan jasni says:

      setuju. kalau smartphone, memang pelajar leka je lah berfacebook dengan bertwitter. belajar? hurmm jangan harap lah

  32. Arus kepesatan teknologi begitu deras menderu, hingga menenggelamkan kita semua. Institusi pendidikan juga tenggelam dengan arus yang deras ini hingga terpaksa bertoleransi membenarkan murid membawa telefon bimbit. Dari sudut negatif, pelbagai masalah boleh timbul andai jiwa murid-murid ini nakal dan berfikiran singkat. Rekod, rakam, upload, tersebar satu dunia. Hmm,
    Dari sudut yang positif.. hmmm, macam payah nak fikir dari sudut positif. Harapnya murid-murid berjiwa murni, menggunakan kemudahan dengan sebaiknya. *masih ada ragu*.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..$10juta USD untuk GM cropMy Profile

  33. tak patut…. nanti budak2 banyak abiskan masa kat telepon jer

  34. ada pro & cons. Kena diperhalusi dulu sebaik mungkin sebelum amik apa2 keputusan
    Jom terjah post menarik dari KesumaAngsana ..Petua Kenyang Lama Di Bulan Puasa, Cuba Makan AiskrimMy Profile

  35. saya lagi prefer kalau telefon bimbit diharamkan kat sekolah.. kalau budak-budak nak bawak tu lantak diorang la pandai2 la cover line guna sorok-sorok taknak kantoi hahaha. kalau dah dibernarkan nanti memang banyak masalah yang akan jadi -.-

    • kat sekolah sini, memang kalau kantoi, cikgu simpan sampai akhir tahun
      bawalah datuk nenek mak bapa pun datang claim, memang cikgu tak bagi balik

      ini kes betul berlaku….. segala mak nenek datang, cikgu tak layan..hiks!

      • muhammad says:

        memang bagus la yg camtu… mengarut je nk bawak hp ke sekolah. nk bawak fon tu nk wat ape pun? contact BF/GF ke nk belajar?

  36. Masalahnya bila bawak handphone ni, dengan perangai tak matang, diorang bukannya tengok depan… diorang bukannya nak belajar… diorang: 1) berlagak fon dorang (kalau yang ada canggih punyaaa) 2) main game (tak pe, cikgu tak nampak) 3) lagi satu gangguan semasa sesi pembelajaran…. Hmm….
    Jom terjah post menarik dari Man2 ..Lajukan Internet: 3 Cara Untuk MelajukannyaMy Profile

    • Semua benda dalam dunia ada dua sisi berbeza – baik dan buruk

      sesuatu keputusan yg membabitkan ramai org , kita kena timbang mana lebih baik atau buruk.

      Sebagai ibubapa yang mempunyai anak² di sekolah biasa dan sekolah berasrama dan kedua-dua keadaan ini berlainan keperluannya.

      Sekolah asrama, sekolah pilihan, sekolah bestari sekolah cemerlang, majoriti muridnya berada di dalam kategori pelajar yang tiada masalah disiplin untuk menggunakan telefon pada waktu yang DIBENARKAN.

      tetapi bagi sekolah harian biasa – tahap pendidikan dan sosiol ekonomi yang berbagai, untuk mendisiplinkan mereka supaya MENGIKUT PERATURAN menggunakan telefoh pada waktu yang DIBENARKAN memang payah.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Boleh Bawa Telefon Bimbit Ke Sekolah Tahun DepanMy Profile

      • Saya pernah sekolah harian biasa, asrama penuh & universiti.

        1. Sekolah harian biasa (rendah & menengah) – zaman darah panas, takleh tengok orang lebih sikit (jeles). tengok kawan ada telefon dalam hati memberontak nak juga. kawan2 yang berada pulak suka menunjuk. tapi mak bapak tak mampu nak belikan. makan pun catu. nak belajar memang tak tenang.

        2. Asrama penuh – pelajar memang behave tapi kadang2 alpa juga. boleh bawak tapi pandai2 la cover. cikgu sekolah cemerlang ni lagi pantang kalau pelajar tak tumpu perhatian. pelajar tak score silap2 cikgu yg kena marah dgn pengetua.

        3. Universiti – dah matang tapi kadang2 leka jugak. masuk kelas lupa nak silent la apa la. macam2 bunyi keluar masa dlm kelas. memang mengganggu orang lain nak belajar. pernah ada pensyarah saya halau pelajar yg henfon bunyi dalam kelas.

        “Awak tak hormat saya sebagai orang yang nak bagi awak ilmu” katanya.
        (Setuju sangat. Dalam islam pun suruh hormati guru kan. Adab menuntut ilmu.)

        *Kat universiti pun kadang2 pelajar lupa silent. ni kan pulak sekolah rendah & menengah. lagi2 sekolah biasa. sekolah rendah apetah lagi.

        *Asrama penuh dan sekolah agama pun banyak juga kes buli. hilang charger je pun belasah orang separuh mati. yg mati pun ada. ni kan pula sekolah biasa yg level pemikiran mmg beza jauh.

        *Kadang2 budak ni bukan reti jaga barang. dia bukan tau susah payah cari duit nak beli barang tu. dah la potensi henfon hilang kat sekolah memang tinggi. lagi2 yg tak mampu tapi nak jugak ada. sanggup je curi kawan punya. nanti CIKGU & SEKOLAH JUGA YG SALAH.

        *Kalau cikgu rampas sekolah simpan memang la ok. kalau ibubapa org biasa tuntut sekolah tak layan takpe. tapi bila ibubapa yg datang tuntut dari golongan high class katanya, bisnes juta2, anak diorang pegi sekolah dgn BMW 7series lagi siap pemandu. kalau tak layan mau report balai atau naik mahkamah je. SEE U IN COURT katanya. anak org ada-ada ni lagi susah nak jaga. marah sikit pun tak boleh inikan pula nak rotan ke nak rampas barang dia.

        ***saya masuk u baru ada henfon. tu pun tak tunjuk org. sbb ada kawan perli dah la takde kaler, tak polifonik! (masa tu true tone ke android ke takde lagi).

        ***takut juga anak2 kecik dah ego bila dia ada benda yg lebih canggih daripada org. kesian org yg tak mampu.

        #speechless – mmg ada buruk baik
        #sekolah larang bawa bagus juga – tapi kalau nak juga bawak risau keselamatan anak katanya (pandai2 la kamu cover duhai anak….)