Buah Belingai Atau Buah Kawis

buah kawis

Ini adalah sejenis buah. Bukan batu granit atau batu akik. Ini adalah buah kawis atau kawista atau bahasa latin disebut sebagai Limonia acidissima. Mak mertua saya orang Jawa, sebutannya kawes. Mesti ramai tak pernah kenal buah ni,  Kalau ada pun mesti dah lama tak pernah nampak atau makan.

Baru-baru ni balik kampung, ternampak ‘batu’ tergolek atas meja kopi. Saya jangka kan untuk menindih surat-surat yang ada atas meja daripada ditiup angin. Punyalah hairan dan pelik bila mak cakap itu adalah buah. Namanya Buah Kawis ( mak sebut kawes )

buah kawista

Dengan perasaan ingin tahu yang memuncak, saya paksa adik ipar untuk belah buah kawis ni… hahah..kulit dah keras, bukan senang nak belah.

Isi buah kawis macam asam jawa dan memang masam pun. Di Indonesia, buah kawista dibuat jeruk atau jus. Kalau nak makan ,  kena campur dengan gula.  Isi dalamnya bertempurung  bersabut dan berbiji halus.  Isi buah kawis berbau yang agak kuat.  Kata orang wangi tapi deria hidung saya bau sebaliknya.

Di Malaysia, buah kawis dikenali sebagai Buah Belingai atau dikenali sebagai Wood Apple, Elephant Apple, Monkey Fruit atau Curd Fruit

buah kawis atas pokok

Inilah rupanya pokok Buah Belingai. Buah yang cukup masak akan jatuh dengan sendirinya.  Sebab kulit yang keras macam tempurung, isinya tidak mudah rosak.

pokok belingai

Sebelum balik dari kampung, saya jenguk pokok ni, untuk puaskan hati.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Wah, nostalgia. Duku kecik2 suke makan, makan dgn gula.emm, memang sedap. Kg mertua kt mane kak? Leh minx benih.. hehe
    Jom terjah post menarik dari ibnmasir ..Lirik Putih-putih MelatiMy Profile

  2. aldrinabalqis says:

    Terima kasih puan kerana membawa saya kembali mengimbau pada zaman sekolah. Pernah makan tapi hampir lupa rasa buah ni. Pokok rumah kawan saya tu sangat tinggi dan besar. Macam pokok balak. Kuasa Allah kan, daun pokok yang kecil kecil, pokok tinggi dan diberi kulit buah yang keras supaya isi tidak rosak semasa jatuh.

  3. Ramai first time dengar..saya pun sama. hehehe
    Jom terjah post menarik dari Hafiz Rahim ..Bagaimana Ingin Menyemak Jumlah Like, Share Dan Tweet Sesuatu URLMy Profile

  4. wow…x pernah dngr

  5. owh ni buah kawis

  6. Pernah makan. Masam dia luar biasa betul.
    Jom terjah post menarik dari Pendekar Berkuda ..Keputusan Pilihanraya Kecil PRK Kajang N25My Profile

  7. Assalam,

    Menarik dan agak pelik rupa dia. Kalo tgk gambar mcm tk lalu nk mkn…tp kena gak cuba baru tau kan..hehe
    Jom terjah post menarik dari Nozi ..Tips Merawat Demam: Kaedah yang betul dan praktikalMy Profile

  8. Boleh buat substitute asam jawa nih 🙂
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Ranking Top 20 SBP-MRSM Terbaik SPM 2013My Profile

  9. Menarik. First time tengok & dengar buah ni..pelik jugakkan..
    Jom terjah post menarik dari Raudzah ..10 Perkara Yang Merosakkan OtakMy Profile

  10. Err.. kulitnya keras macam tempurung? Sakit nih kalau jatuh atas kepala.
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Minta hujan, solat sunat istisqa’My Profile

  11. first time tahu buah2 ni kak…thanks..
    Jom terjah post menarik dari nabila biela ..Entry Yang Ke 1000My Profile

  12. tgk macam buah asam jawa plak dlmnye…kat shah alam ni xtau ada ke tak
    Jom terjah post menarik dari Farid Laham ..Hosting Terbaik 2014My Profile

  13. Pertama kali mendengarnya. Masalah negara kalau ada yang mengidam untuk mendapatkan buah yang boleh dikatakan rare. Kalau buah pelam boleh gagahkan lagi. 🙂

  14. Apa pula kegunaannya? Untuk dimakan atau dimasak?
    Jom terjah post menarik dari Stuwie ..Resipi Eggplant Split Belly. My All Time Favorite Food!My Profile

  15. Tak pernah jumpa buah ni..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Perlawanan JDT vs ATM Liga Super 2014My Profile

  16. Fuh!..memang rare..tak pernah langsung dengar nama buah ni..tengok live depan mata memang tak la..apatah lagi nak rasa..
    Info yang bagus..yakin sangat kalau si pencari info taip nama buah belingai,buah kawis,buah kawes,wood apple, elephant apple, monkey fruit atau curd fruit, confirm entri ni antara yang duduk di front page..hehe..
    Jom terjah post menarik dari Hairul Azni ..Isu MH370 Hilang : Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Beri AmaranMy Profile

  17. Assalamualaikum,
    First time tengok, dengar dan tahu tentang buah ni…ohhhh perak jugak daku ni rupanya hu hu huhu
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Yuran Langganan Jalur Lebar Dah Tak Ada Rebat Cukai Pendapatan?My Profile

  18. Err. . . boleh ganti asam gelugor masak gulai ikan pedas kan kak kan?

    hehehehe
    Jom terjah post menarik dari maza ..Keputusan SPM dan STPM bukanlah yang terbaikMy Profile

  19. x pernah dengar lg..rare buah nie..hehe
    Jom terjah post menarik dari Car Rental Kuala Lumpur ..Car Rental Kuala Lumpur (KL), MalaysiaMy Profile

  20. Sekali tengok macam batu sungai. Buah rupa nya.
    Jom terjah post menarik dari Khadeejah Hasmad ..Menu Berpantang SihatMy Profile

  21. First time tengok dan dengar nama buat kawis.
    Satu ilmu baru untuk saya la ni…
    Thanks for sharring.

    Ada jual kat mana2 ke?
    Jom terjah post menarik dari cyza ..Cyza Sector Performances So FarMy Profile

  22. saya suka baca blog akak sebab akak suka bgtau benda yang saya memang langsung tak tau..terima kasih kak..
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Kek BuahMy Profile

  23. Dah lama tak makan buah ni Kak Jie, zaman sekolah dulu2 ada la tapi sekarang tak ada lagi. Pokok dia 1st time tengok…
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Kisah Kembar EnamMy Profile

  24. tak pernah tau & tengok buah ni.huhu….tp nama buah belingai tu mcm pernah dengar.
    Jom terjah post menarik dari Nazlin Arde ..Blouse Muslimah Combo SaleMy Profile

  25. banyak benda atau sesuatu yang kak jie post dalam blog ni saya x tau, termasuk buah ni saya x pernah tgk, hehehe
    Jom terjah post menarik dari myrujukan ..Dakwah Kreatif Era Baru Dari The Muslim Show ComicMy Profile

  26. First time tengok buah ni.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Jom Outing bersama Tarmizi Syukri dan AiMediaMy Profile

  27. Tak pernah makan buah Belingai atau buah Kawis ni… Sedap ke rasanya?
    Jom terjah post menarik dari Anuar ..Hobi Terbaru Isteri saya Cantik tak? (Bahagian 37)My Profile