Buah Nam Nam Buah Katak Puru

buah namnam

Ini adalah buah Nam Nam yang tumbuh tepi dapur rumah mak mertua saya. Buahnya kelat tetapi masam-masam manis apabila dah matang. Kulitnya berkedut atau menggerutu dengan biji yang leper.

Walaupun nama dan bentuknya agak pelik, buah ini sering dicari wanita yang mengandung untuk dicicah sambal kicap, kuah rojak atau pun dicicah garam.

pokok buah namnam

Nama saintifik buah Nam Nam ialah Cynometra Cauliflora kerana bunga dan buahnya berada di batang (cauliflory)

Bila saya berkongsi gambar buah Nam Nam ini di Facebook dan Instagram, ramai rakan-rakan yang memberi maklum balas .  Kata mereka buah namnam ini juga dikenali sebagai buah Katak Puru di tempat mereka.   Betul jugakan kenapa buah namnam ini digelar dengan nama buah katak puru, lihat saja bentuk buahnya yang berkedut dan menggerutu sama seperti katak puru.

Budak-budak sekarang ni mungkin tak pernah makan atau tak pernah nampak buah Nam Nam lagi.  Anak-anak saya pun, kalau  tak diletak depan mata tak nak dia mencari untuk makan.  Bagi dia, kalau ada makan, kalau tak ada tak payah makan.

Zaman saya kanak-kanak dulu, sanggup meredah hutan cari buah sentul , buah rotan , buah keriang dot atau biji buah terap.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Anonymous says:

    Kak kujie,dekat rumah mak mertua akak ada lagi tak buahnya?perlukan untuk kajian.

  2. Anonymous says:

    assalamualaikum….kak jie.teringin sangat nak buah katak tu….tgh preknen ni….boleh pohon jasa baik kak jie untuk pos buah tu?saya nak beli….ni numb fon sy 013-2213235.

  3. Kagum betul bila pertama kali tengok buah ni dulu, kalau tak silap batang pokok buah ni orang buat gasing dulu
    Jom terjah post menarik dari internship malaysia ..2014 Internship Opportunities Staffing AnalystMy Profile

  4. Baru menjumpai buah semacam itu, tentu sudah sangat jarang saat sekarang ini ya..
    Jom terjah post menarik dari estri ..Perbedaan Cokelat Hitam Dan Cokelat PutihMy Profile

  5. Pertama kali nampak. Kalau rasa lagilah belum pernah.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Tips menghadapi cuaca panas terik yang mengigitMy Profile

  6. kat kampung saya dipanggil buah nenam..lepas basuh..cicah ngan garam..pehhhhhh…makan plak tepi sungai sambil mandi..memang feeeling ohsem masa tuh..:)
    Jom terjah post menarik dari reezluv ..Komisen Ke 44-55 Dari KlikjerMy Profile

  7. sekarang pokok nam2 ni susah nak ketemu…zaman remaja kat kampung dulu mmg ada tapi skrg dah kena tebang…
    Jom terjah post menarik dari zakiah hj suboh ..Mengapa Perlu Ambil Asid FolicMy Profile

  8. hohoho..tak pernah lagi saye jumpe buah ni..
    thanks kak jie berkongsi
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Temuduga PPTM F29 Penolong Pegawai Teknologi MaklumatMy Profile

  9. memang suka buah ni tapi bukan senang nak dapat. selalu beli bila balik sabak bernam,
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..10 individu terkaya di Malaysia 2014My Profile

  10. kali pertama dengar dan lihat buah ne. Menarik jugak ne
    Jom terjah post menarik dari Fizon ..Bagaimana Nak Lulus Peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi MaklumatMy Profile

  11. Cantik layout baru.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Moms Avenue ..Contest SEO momsavenues.comMy Profile

  12. Buah mengidam rupanya. Cicah rojak mesti best. Kali pertama sebenarnya tengok buah ni. Mungkin sebelum ni ada nampak tapi tak perasan.
    Jom terjah post menarik dari Akmal Aizat ..Promosi Jimat Februari 2014My Profile

  13. Pokok Katak Puru ni ada di belakang rumah kakak saya. Sayalah satu-satunya tukang makan buahnya. Budak-budak (anak-anak sedara dan anak-anak saya) tak makan. Rasanya kalau potong elok-elok lepas tu goreng celup tepung macam nugget, mungkin mereka makan kot 🙂
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Cara Mencegah Aedes Dan DenggiMy Profile

    • Anonymous says:

      Salam,nak tanya..ada lagi tak buah katak puru ni dekat rumah kakak awak?saya perlukan untuk kajian.

  14. aihhh…dah tukar tema blog ke kak??hehe..btw xpernah lagi makan buah kat atas…sedap ye kak??

  15. Farisya pernah makan.memang sedap la jugak.hehehehe
    Jom terjah post menarik dari Farisya Anastasyia ..Supplemen Kesihatan Ephyra PilihankuMy Profile

  16. 1st time tgk buah nie..huhu
    Jom terjah post menarik dari Homestay di Melaka ..Homestay Melaka oleh AS HomestayMy Profile

  17. hehe masa kecik dulu selalu makan nih
    Jom terjah post menarik dari onlajer ..MUSLIM NIAGA DARI PANDANGAN AKUMy Profile

  18. rumah Alynn pun ada pokok katak puru…sedap di makan..rasa masam masam manis….lama dah tak makan..tak berbuahhhh…heeheh
    Jom terjah post menarik dari Alynn ..YB Nak Datang Rumah? Biar Betul??My Profile

  19. saya yang bukan budak pun x tau pasal buah ni, maybe persekitaran saya xder benda ni so memang x tau kewujudan buah nam nam kap kun kap nih, hehehe
    Jom terjah post menarik dari Juan ..5 Sebab Mengapa Perlu Media Sosial Untuk Setiap PerniagaanMy Profile

  20. tak pernah tau pulaa tentang kewudujan buah nam-nam ni. Ingat macam pokok duit-duit.
    Jom terjah post menarik dari Bahrain ..Pengalaman Pertama Kali DibedahMy Profile

  21. first time nampak buah ni kak jie..
    anyway dah tukar theme ya..
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Majlis Pra Pelancaran dan Pendaftaran Rumah Mampu Milik di NusajayaMy Profile

    • aishhh…awat ramai tak pernah jumpa buah ni?

      kalau teringin, pergi je rumah mak mertua kak jie ye…

      manalah tau mengidam ke
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Buah Nam Nam Buah Katak PuruMy Profile

      • Adakah populasi buah namnam ni tertumpu di Sabak Bernam sahaja?
        Macam payah nak jumpa di tempat lain
        Pokok ni ada di tepi rumah di kampung tapi sekarang dah tak berbuah dengan lebat lagi

  22. buah ini tak pernah jumpa…tapi kalau buah sentul depan rumah jer…..
    Jom terjah post menarik dari sukma ..Berjoging Di Stadium Tun FatimahMy Profile

  23. Masa kecik bawa garam dekat pokok..petik dari pokok terus makan, tak basuh dah heheheh..kelat2 masam rasanya.
    Jom terjah post menarik dari Azman Ismail ..Orang Malaysia marah bila kena hon!My Profile

  24. saya pun panggil buah katak puru.. suka buah ni.. tetiba terasa ngences air liur.. haha..
    Jom terjah post menarik dari kesoma.rai ..Menurunkan berat badan atau mengurus berat badan?My Profile

  25. Betul tu Kak Jie sanggup panjat pokok demi kutip keriang yang masak, kait janggus makan buah kumpul biji bila dah masak bakar terpercik getah yg tengah bakar pun sanggup demi nak merasa lemaknya biji janggus tu.

    Pantai timur memang panggil buah katak puru tapi tempat saya memang panggil buah namnam.
    Jom terjah post menarik dari JunAina ..Handmade HandbagMy Profile

  26. kecur air liur bila teringat rasa buah katak puru ni
    Jom terjah post menarik dari cikgu naman ..Muslim NiagaMy Profile

  27. Belakang rumah saya kat kampung pun ada jugak buah katak puru.. Tapi sekarang dah kena tebang.. huhu.. tak sempat nak merasanya lagi..