Bunga Purple Showers Ruellia Brittoniana

Saya baru tanam pokok bunga berwarna purple ini sebulan. Ambil dari rumah mak saudara ( mak blogger Hairul Azni )sewaktu bercuti ke Gambang.

Masa tu tak tau apa nama pokok renek ini.ย  Panggil lavender saja sebab berwarna purple atau blue-violet.

image

Pagi tadi sesambil berkemas-kemas taman sebelum bercuti seminggu, nampak bunga-bunga purple ini meriah berkembang.

Carian di internet menemui nama sebenar bunga dalam jenis petunia ini adalah Ruellia brittoniana atau Mexican Purple Showers.ย  Bunga-bunga dalam spesis petunia dianggap eksotik kerana selain menghasilkan bunga dalam warna yang menarik, ianya bukan tumbuhan asal negara kita.ย 

image

Ruellia Brittoniana berasal dari Mexico dan barat daya Amerika Syarikat.

Bunga purple ini tumbuh renek kira-kira 3 kaki dan amat mudah untuk hidup.ย  Bunganya seperti tiub dan kekal kembang hanya sehari.

image

Pokok saya baru ada 6 batang, bila dah berkembang biak nanti elok untuk border dinding pagar kerana dengan ketinggian tersebut ianya sesuai sebagai pokok sempadan.

sent from my GT-i9300

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. sepertinya bunga ini mudah dipelihara dari pada tanaman kaktus ..
    Jom terjah post menarik dari Jefry ..Jasa Sedot WC Jawa Barat dan Banten Telp. 021-9311-8787My Profile

  2. cantiknya bunga ni.. bau harum ke kak jie?
    Jom terjah post menarik dari Aya ..Kenapa Doktor Tu Sombong Sangat?My Profile

  3. Cantik, color purple..macam bunga raya…kalau semuanya berbunga mesti meriahkan…
    Jom terjah post menarik dari raudzah ..Susuk & Botox … Apa Yang Tak KenaMy Profile

  4. cantik bunga tu..ada bau tak?
    Jom terjah post menarik dari Ladfe Amir ..Wordless Wednesday (Si Comel Mimi Diyana)My Profile

  5. Cantek!
    Ini kalau dapat singgah taman kak jie, bolehlah mintak sikit =)

  6. nampak macam adik beradik bunga raya..

  7. bunga yg berwarna ungu memang cantik ๐Ÿ™‚ suka purple ๐Ÿ™‚

  8. rupa ala-ala bunga raya, tapi tak de tangkai tengah tu.. panggil apa tah, lupa dah.. tapi warna purple, cantik.. suka suka..

  9. zaatboy says:

    Cantik-2 .

  10. Terima kasih atas sharing gambar bunga kat atas. sangat-sangat cantik, izinkan saya untuk copy gambar bunga tersebut buat koleksi.

  11. bunga tu cantik kak jie, bagaimana dengan baunya, ada bau harum atau takda bau apa apa

  12. Ya Allah cantiknyer… Jarang jumpa bunga yg warna seceria macam ni..

  13. Cantik jugak bunga ni.. Nampak macam bunga raya pun ada bila kembang.

  14. ohh..inilah bunga levendar tuuu..

  15. mana nak dapat anak bunga nie? comey tuuu…

  16. cantik. bunganya ala bunga raya.

  17. tenang je tengok bunga tue. ^_^ suka. senang tumbuh ye sis? penjagaannya macam mana?

  18. bunga tulip ungu ada tak? nama bagi seorang penulis novel.

  19. cantik plak bunga ni.. rasa cam nak makan pula. huhu

  20. cantik sungguh bungi ini.. boleh ianya di petih, hehe

  21. wah sempat buat kajian tu kak jie … boleh jadi pakar bunga pasni … ๐Ÿ˜‰

    • susah juga nak cari info pasal bunga ni, sebab tak tau nak mula dari mana
      yang kita tau, bunga purple…nasib juga pengalaman mencari informasi maklumat membantu

  22. dah nak masuk musim bunga…

  23. Sekali pandang, macam bunga raya….cantik..Nanti2 saya singgah rumah kak jie ye memetik bunga di taman…

    • ayat nak masuk meminang ni
      intan tu masih sekolah, tanak nasi pun tak pandai
      jerang air pun main petik suiz je..masak kari je dia pandai………….. mee megi kari!

      hehehe

  24. Oh inilah laman bunga yang disebut-sebut. ๐Ÿ™‚

  25. bunga kembang setaman nih.. cantik!

  26. ingatkan morning glory.. hihi

  27. lawanya bunga ni..dah jatuh hati pulak dengan bunga ni..haha

    • baru je tanam, belum membiak rimbun lagi tu
      nanti boleh bagi kat kawanยฒ
      mudah sgt nak hidupnya
      potong batang, cucuk je kat tanah.. boleh hidup

  28. memang cantik laman ruamah dihiasi bunga-bungaan

  29. Bunga ni transit dari kuantan ke serendah..mungkin lepas ni akan tumbuh di baling pulak.. ๐Ÿ™‚
    * Terima kasih backlink..

  30. cantik bunga ni..
    saya tak boleh jaga bunga-bunga ni kak jie.. kucing saya buat macam taman permainan dorang je.. tahu tahu pokok dah senget la, pasu pecah la…

  31. purple, fave color! seronok kan bile pkok bunga yg ditanam menjadi. mmg nampak ala2 seri pagi ngan bunga raya ๐Ÿ™‚

  32. Sekali tengok pada gambar bunga yang close-up tu, macam bunga raya, tanpa stigma (bahagian yang ada debunga tu). Menarik warnanya.

    • maca seri pagi, hanya kekal sehari
      mudah nak tanam. patahkan batang dan cucuk
      tak sampai 2 bulan tanam, dah meriah berbunga…

Trackbacks

  1. […] (kalau dari Rawang). Sebelah kanan. Lepas tu nak balik KL, boleh roger kakak blogger yang duduk kat Kuala Kubu Bharu ini. Ni map kalau korang […]