Cara Semak Arah Kiblat 16 Julai 2013 (Esok)

Saya pernah keluarkan entri tahun 2008 mengenai panduan menentukan arah kiblat.    Hari ini saya keluarkan lagi entri tersebut kerana esok 16 Julai 2013 adalah hari yang tepat untuk menentukan arah kiblat.

Kaabah yang berada di Mekah  adalah titik arah sembahyang bagi orang Islam di bumi dan arah berdoa bagi orang Islam adalah langit. Ustazah saya pesan kalau berdoa , pastikan tangan kita betul-betul mengarah ke langit. Kalau nak minta dengan Allah biarlah bersungguh-sungguh dan betul adab tertibnya.

 

kaabah dari udara

Pemandangan Kaabah dari Google Earth

Istiwa utama matahari atau istiwa A’zam di Kaabah merupakan fenomena di mana matahari akan berada tepat di titik zenit (ghayah) ketika istiwa. Peristiwa ini akan berlaku dua kali dalam setahun, apabila nilai sudut istiwa matahari (mel syams) akan bersamaan dengan nilai latitud Mekah, di mana Kaabah terletak.

Kejadian yang berlaku tepat pada jam 5.16 PM waktu Malaysia untuk 28 Mei dan pada jam 5.28 PM untuk 16 Julai  iaitu esok. Bolehlah kita menyemak kembali arah kiblat sama ada masih tepat atau terpesong arahnya.  Pada waktu ini, semua  bayang objek tegak akan menunjukkan arah ke Kaabah.

Fenomena ini merupakan kaedah tradisional falak untuk menyemak dan menentukan arah kiblat dari tempat-tempat lain di muka bumi.

cara semak arah kiblat

Panduan Membuat Semakan Arah Kiblat

  1. Dirikan satu objek lurus seperti tiang sebaik-baiknya di tanah lapang.
  2. Pastikan tiang tersebut tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakkannya boleh diletak tali yang diikat pemberat dihujung tiang berkenaan.
  3. Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung dari sinar matahari.
  4. Penyemakan arah kiblat perlu dibuat tepat mengikut waktunya. Sila rujuk waktu SIRIM

 

Coordinate Kaabah – 21.4225° N, 39.8261° E

Bagi yang baru berpindah rumah, esok adalah hari yang tepat untuk membuat semakan arah kiblat.

Sumber : Majlis Agama Islam Selangor dan www.islam.gov.my

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Saya dah buatnya..dah betulkan balik arah kiblat kat rumah tu..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Adakah Ini Artikel Yang Santai?My Profile

  2. Macam susah jer nie. Rse nyer ada cara yang lebih senang.. Tapi tak ingat.. Huhuhuh.. Tak salah saya, kena guna bayang2. Tapi boleh check bila2 masa sahaja..
    Jom terjah post menarik dari Zainol Rashid ..A New Idea To The Health Insurance Crisis In AmericaMy Profile

    • apa yang saya beritahu adalah peristiwa istiwa matahari , iaitu pada hari dan tarik tersebut, matahari betul betul tepat atas kaabah.
      peristiwa ini hanya berlaku 2 kali setahun yang akan memberi kesan bahawa semua bayang tegak akan tepat ke arah kaabah

      cari arah kiblat dan semak arah adalah 2 perkara berbeza
      semak adalah ketika kita dah tahu arah

  3. Betapa ceteknya pengetahuan saya sebab ini baru pertama kali saya baca info ini. Terima kasih kak kerana sudi kongsi entry ini. .. 🙂

  4. kat sini mendung xleh semak arah kiblat ni huhu

  5. terima kasih kak atas makluman kat entry ini

  6. nazirul says:

    kak kujie-trima kasih diatas info yg sgt berguna ini…..mohon copy paste ye….nk share by email dgn ofismate…

    ur silent reader.
    nazirul

  7. ramai yang tak tahu nih. hoho..

  8. tak sabar nak tunggu besok utk tentukan arah kiblat….

  9. info berguna kak , tq sebab ingatkan…

  10. Alhamdulillah, moga banyak pahala kak jie bagi info arah kiblat ni.

    Tapi kalau hujan takde harapan la ek.

  11. Terima kasih ingatkan. Insyallah akan semak esok

  12. Kalau ada kat kg ni,boleh lah test arah kiblat.

  13. insyaAllah akan re-check esok..

    thanks kak jie..

  14. entry yang sangat berguna kak. waktu tu kena rujuk betul2 kat sirim la ek.. hurm, rasanya kalau automatic time dekat nset mesti ikut sirim kan..^^

Trackbacks

  1. […] Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online dan “Cara Semak Arah Kiblat“. […]

  2. […] saya tertarik satu entry di Apesal.com mengenai Cara Semak Arah Kiblat, saya klik rupanya entry Kak Jie, Subhanallah saya tidak tahu atau terlepas pandang ada cara semak arah Kiblat. Melalui pembacaan […]

  3. […] saya tertarik satu entry di Apesal.com mengenai Cara Semak Arah Kiblat, saya klik rupanya entry Kak Jie, Subhanallah saya tidak tahu atau terlepas pandang ada cara semak arah Kiblat. Melalui pembacaan […]

  4. […] Menjelang tarikh dan masa tersebut, kita hanya perlu bersedia dengan peralatan yang paling ringkas – tongkat atau tiang tegak yang disinari cahaya matahari, dan jam yang telah diselaraskan dengan waktu piawai Malaysia (hubungi talian 1051 untuk membetulkan jam anda). Anda juga boleh menggunakan sisi dinding, tingkap atau pintu yang tegak dan boleh menghasilkan bayang yang lurus. Cara yang lebih lengkap boleh diperolehi di Falak Online dan ”Cara Semak Arah Kiblat“. […]