Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb Ogos

Rujuk entri sebelum ini –  Jadual Persekolah  2012 dan Cuti Ganti Hari raya .

cuti ganti raya 17hb ogos

Takwin asal yang dikeluarkan , tiada cuti berganti kerana Hari Raya AidilFitri 2012 dijangka pada 19 & 20hb Ogos sewaktu Cuti Pertengahan Penggal Ke 2.

Cuti Pertenggahan Penggal ke 2 bermula pada 17hb Ogos 2012 bagi sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu ( Kumpulan A ) .

18hb ogos 2012  pula bagi sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya ( Kumpulan B )

Atas permintaan sekolah-sekolah Kumpulan B yang hujung minggunya pada Sabtu dan Ahad, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan perkeliling bertarikh 31 Julai 2012 dengan membenarkan sekolah-sekolah dalam Kumpulan B diberi cuti berganti pada 17hb Ogos 2012 ( Jumaat ).

Tapi jangan lupa makcik-makcik ye, anak kita perlu ke sekolah pada hari Sabtu 22hb September 2012 untuk mengantikannya.

Tahun lepas saya ada anak yang belajar di sekolah dalam Kumpulan A dan B. Tahun ini hanya Intan yang dalam Kumpulan B.   Saya dah beli tiket balik  ke KL untuk Angah  ( 16 Ogos ) dan tiket kembali semula ke Kolej Kuala Nerang pada 24 Ogos .  Bila dah beli tiket awal-awal, senanglah kita nak merancang ke mana di mana masa berhari raya nanti.

tiket bas raya balik kampung

 

Selamat merancang percutian – jangan nak gaduh² nak balik beraya ke rumah siapa dulu.  Tu drama zaman dulu , orang sekarang dah tak guna skrip macam tu lagi.   Tak perlu nak menyambut Syawal dengan bermasam muka laki bini.

 

Nota : 06-08-2012  ialah  hari Nuzul Quran hanya negeri Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor & Trengganu sahaja yang bercuti

 

EDIT :  10/08/201216 dan 17 Ogos ditetapkan sebagai cuti berganti persekolahan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri . Cuti berganti persekolahan 16 Ogos diganti pada Sabtu, 8 September manakala cuti berganti 17 Ogos diganti pada Sabtu, 22 September.  Pekeliling bertarikh 31 Julai terbatal di ganti pekeliling baru.

Nota mak bapa yang dah beli tiket bas tiket keretapi tiket balik asrama anak-anak –  diajar dididik suruh merancang, bila kita merancang macam ini pula jadinya..   Tiket bas tak boleh nak ubah lagi dah.   Kena redha sebab   “Kita merancang Allah yang menentukan”

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. dulu saya selalu beli tiket last minit…padahnya naik la bas tambahan…
    Jom terjah post menarik dari daddydee ..Wordless Wednesday : Kemalangan LamborginiMy Profile

  2. Yaaa betul tu..hati-hati semasa memandu..ingtlah orang tersayang..hehe..selamat bercuta untuk keluarga kak jie..tak pe kan nk ucap selamat hari raya..rasanya elok dah diberi ucapan skarang ni..hehe
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Pondok Kecil @ Projek Amal EQQMy Profile

  3. Tak Sabar Nak Beraya…Hoho..

    Harap Dapat La Duit Raya Banyak2 Walaupon Dah Berumur Nie..

    hehehe~~
    Jom terjah post menarik dari AKU LOLA KE? ..Hot..!! Video Pemain Ditampar Jurulatih Di Olimpik London 2012My Profile

  4. wah. dah beli tiket siap2 dah. hehe
    Jom terjah post menarik dari Oh! budu ..tutorial nak cantikkan blockquote untuk wordpressMy Profile

  5. Boleh la balik kampung awal sikit lepas nie dan tak perlu tergopoh gapah.
    Jom terjah post menarik dari hatiputera ..Cuti Umum 17 Ogos 2012My Profile

  6. Tok ketua kami dah tanya, kami nak mohon tak. Tambahan pelajar asrama, jd kami setuju aje walaupun ganti.
    Kalau tak pun tiap saptu ada je aktiviti di sekolah.

  7. nasib baik la masa saya sekolah dulu raya masa cuti akhir tahun.. lama betul dapat raya hohoho
    Jom terjah post menarik dari topo ..Sebab Kenapa Squash Tiada dalam Sukan OlimpikMy Profile

  8. cuti raya kali ini mungkin skjp je sbb di perlis ni sdg rancak menuai padi 🙂
    Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..Lotus House: Kediaman Mewah Oleh 29 Design Di KajangMy Profile

  9. memang patut pun bagi awal sikit cuti tu..sian kat orang yang nak balik kampung terpaksa tunggu anak abis sekolah..atau yang tak kesah pelajaran sangat tu mungkin kasi anak ponteng je terus..
    Jom terjah post menarik dari pipoq ..Rakyat Malaysia terkaya di dunia ?My Profile

  10. Tak penah gaduh sejak 11 tahun kawin pasal nak balik raya. Sbb jarak kampung ‘sepelaung’ kata orang jawa 😀
    Jom terjah post menarik dari Azwan Muhamad ..Murid sekolah bawa telefon bimbit diluluskan?My Profile

  11. wandisini says:

    saya jumaat masih lagi kerja sampai 11.30pm. sabtu baru balik raya. akak balik sabak bernam raya ke berapa?
    Jom terjah post menarik dari wandisini ..Berbuka Di Puteri Park HotelMy Profile

  12. salam kakjie,
    tahun ni giliran beraya dekat kelantan, jadi ambil cuti awal, rabu 15hb dah cuti..mula2 igt nak ambil cuti 17 je tapi risau jalan jem tu yang ambil 15, berbaloi juga ambil awal
    at least hari rabu dah boleh balik untuk elak jalan jem
    Jom terjah post menarik dari mijie ..Wordless Wednesday – Kemalangan di jalan yang lurusMy Profile

    • anak belum sekolah, kan…………. cutilah sesedap rasa sebelum sampai masanya…hehehe

      pernah dok Bentong 3 tahun, time raya mmg kami tersepit..itu laluan utama ke pantai timur terutamanya Kelantan, skrg ada dua tiga pilihan
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Post Pertama Dengan Samsung Galaxy S3My Profile

  13. Anak-anak sudah bersorak untuk menyambut Hari Raya. Hari-hari tanya bila hendak Raya. 🙂
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 ShakiddoDotComMy Profile

  14. Ibu Mifzal Arsyad says:

    bila tgk tiket bas tu teringat la kenangan zaman2 naik bas n ketapi balik raya..
    Jom terjah post menarik dari Ibu Mifzal Arsyad ..Awstat (Statistik Blog) @KMA Bagi Bulan April – Jun 2012My Profile

  15. nasib baik kampung bini dekat je kat N9..xdela nk bgaduh..leh balik hari kalau balik kampung..hehehe..
    Jom terjah post menarik dari wanabe ..iPhone 5 Dan iPad Mini Dijangka Akan Diumumkan Pada 12 September?My Profile

    • rasanya cerita bergaduh laki bini tu ada, tapi peratusnya sikit sajalah

      kadang2 mcm terlalu diheboh2kan …. zaman dulu ye lah…. jalanraya utk kesesuatu tempat tu payah..skrg ni kedah -johor senang je nak sampai.

      masalah lain… time raya jalan jem teruk! hihihi
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Blogger Pun Boleh Mencarum Di KWSPMy Profile

  16. tak gaduh punya hikss
    Jom terjah post menarik dari puanbee ..Cat Rumah Ku Syurga Ku …My Profile

  17. Saya boleh merancang cuti kalau macam ni,ingat nak balik kg hari sabtu sebab anak masih sekolah,kalau macam nih boleh balik awal lah sikit,tapii……..dalam mesti jam hari tu..
    Jom terjah post menarik dari azman ..Novel : Biar Cinta Bertaburan – Yusnida TajudinMy Profile

    • bagi negeri yang cuti penggal bermula hari jumaat tak apa, sebab ptg khamis tu anak2 dah balik dari asrama… kalau tempat kita, sabtu baru nak cuti…. murid2 kat asrama tu nak berebut2 dgn org lain nak dptkan tiket lah…

      adalah masa utk merancang balik awal….sesak tak sesak
      itulah yg kita akan tempuh tiap tahun, bayar tol kemudian bawa je 20k/h kat highway :p
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb OgosMy Profile

  18. Mulai tahun ini maza mulai concern ttg cuti sekolah anak2..
    udah sampai masa gamaknya.. huhuhu
    Jom terjah post menarik dari maza ..Bila maza masuk dapur Ikan Pelaling jadi taucu berlada.My Profile

    • hahahaha…. selagi anak tak habis sekolah, kalender kuda tu kena ada
      senang nak tengok bahagian yang kaler kuning….

      orang kerja lain, cuti bergantung dengan boss…anak² sekolah ni, kita kena ejas cuti bergantung pada jadual dia orang
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Cuti Ganti Aidilfitri 2012 Pada 17hb OgosMy Profile

  19. huk3..tapi saya jumaat masih bekerja
    Jom terjah post menarik dari eyriqazz ..Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia HaryanieMy Profile

Trackbacks

  1. […] EDIT 10/8/2012 –  Cuti ganti hari raya 2012 – baca di sini >   16 & 17 ogos 2012 Cuti Ganti Hari raya […]