Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014

Cuti Ganti Sekolah Tahun Baru Cina 2014

pekeliling cuti ganti tahun baru cina 2014

Cuti Tahun Baru Cina 2014 – Jumaat & Sabtu ( 31/1/2014 & 1/2/2014 )

Bagi sekolah Kumpulan A – Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor ( cuti hujung minggu hari Jumaat dan Sabtu )

Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.

  • 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
  • 2 Februari 2014 ( Ahad ) perlu diganti pada 25 Januari 2014 ( *tak perlu ganti sebab Jumaat adalah cuti umum)
  • 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 15 Februari 2014
  • 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 8 Mac 2014

Nota :  bagi negeri  yang cuti umumnya jatuh pada hari Jumaat dan dibawa ke hari Ahad, maka tidak perlu Cuti Berganti pada hari Ahad 2/2/2014

Bagi sekolah Kumpulan B – Perlis, Pulau Pinang, Perak , Pahang, Johor, Melaka,  Negeri Sembilan,Selangor, Wilayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak

Sekolah akan mula bercuti mulai hari Khamis 30/1/2014 hingga Selasa 4/2/2014 selama 6 hari.

  • 30 Januari 2014 ( Khamis ) Cuti Peristiwa ( tidak perlu diganti )
  • 3 Februari 2014 ( Isnin ) perlu diganti pada 25 Januari 2014
  • 4 Februari 2014 ( Selasa ) perlu diganti pada 15 Februari 2014

Nota : Rujukan lengkap cuti klik – Pekeliling KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld.5 (27) bertarikh  31 Disember 2013

Nota : Mungkin ada sekolah yang mengambil cuti kurang daripada ini – bergantung kepada sekolah tersebut kerana ianya adalah Cuti Berganti.

 

Santuari Ikan Sungai Chiling - Boleh mandi dan berenang dengan dikelilingi ribuan ikan kelah

Santuari Ikan Sungai Chiling – Boleh mandi dan berenang dengan dikelilingi ribuan ikan kelah

Nota :  Sepatutnya dalam perancangan kami sekeluarga akan berkhemah di Santuari Ikan Sungai Chiling, tetapi pada saat akhir suami  tidak boleh tinggalkan site – tak dapat balik KL, jadi saya yang ubah jadual akan ke Hulu Terengganu!  Perkahwinan jarak jauh memang macam inilah..

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Sebentar lagi mau tahun baru Cina, nggak nyangka cepat sekali hari berlalu
    Jom terjah post menarik dari fauzie ..How To Install WordPress On Localhost Server ComputerMy Profile

  2. terima kasih kak, informasi berguna ni
    boleh cuti panjang sempena majlis kahwin adik
    Jom terjah post menarik dari zakiah hj suboh ..Apa Itu Penyakit Gout?My Profile

  3. terima kasih kak.. info berguna untuk ibu bapa yang baru ada anak bersekolah ni..

  4. Nanti 15hb singgah le ke Jasin Melaka ye..hehehe

  5. saya pun nak balik kampung gakss…x sabar rasanya 🙂

  6. Sambutan Tahun Baru Cina sudah rancang balik kampung sebab sepupu bertunang.

Trackbacks

  1. […] Sekolah akan bercuti selama 6 hari bermula dari hari Khamis 30/1 hingga 4/2 ( Selasa ) Rujuk -> Cuti Ganti Tahun Baru Cina 2014 […]