Email Spam Dari Royal Malaysia Police

Saya tak pernah buka email spam. Bussiness proposal ke, bank alert ke sebab sah² nampak penipu kalau saya tak ada akaun bank tersebut tetapi boleh menerima email notification.

Lagi double menyampah kalau email viagra atau penis enlarge .  Guna photoshop pun dah boleh nak enlarge saiz ni…hikhik  .  Sehingga kadang² terfikir, Orang Malaysia Gila Seks Atau Mempunyai Masalah Seks?

Hari ni ternampak satu email dalam inbox spammer.  Memang boleh jangka itu email spam.  Tetapi bila tengok alamat emailnya rmp.gov.my , teringin juga nak buka.

RMP merujuk kepada Royal Malaysia Police dengan laman web rasmi Polis Diraja Malaysia – www.rmp.gov.my

Bila buka, memang sah email spam.  Canggih spammer ni, guna alamat rasmi Polis Diraja Malaysia.

Saya sangat ‘cam’ dengan rmp sebab biasa nampak hostname RMP datang ke blog ini.

Korang kalau dapat email macam ni janganlah cuba² nak klik dan respond walau menggunakan alamat gov.my .  Alamat email yang sangat kukuh dan menyakinkan.

Tak ada sebab polis nak hantar email peribadi.:lol:

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

23 thoughts on “Email Spam Dari Royal Malaysia Police”

  1. Sama la kita kak jie..Saya tak pernah bukak pun bahagian spam tu..
    Macam² iklan tapi tak pernah la pulak terima email tentang viagra atau penis enlarge tu..

    ‘Tak cukup umur’ lagi agaknya 😀
    Jom terjah post menarik dari Nadya ..Semuanya Bermula Dengan KitaMy Profile

  2. saya pernah dapat email dari Maybank jugak…spam jugak tu…dia tulis saya punya password dah tak boleh guna..kena tukar baru…nasib saya cek betul2 email tu…dan tengok url tu tak sama dengan url maybank
    Jom terjah post menarik dari yusri ..Kebaikan berfikir negatifMy Profile

  3. Lagi canggih teknologi, seiring pula canggih dengan cubaan-cubaan sebegitu. Spam-spaman sebegitu hanya meletihkan aje. Mungkin adatlah juga jadi ‘hobby’ segelintir orang. Bak kata seorang kenalan, nak spam spamlah biar sampai lebammm…

  4. Penis enlarge! hahaha

    guna ratu anai2 aje sudah.. hehehe

    psst: hari ini menjadi amalan maza ketika menjenguk2 kotak spam, terus pilih dan tekan button ‘delete’ tanpa banyak bicara dan fikir lagi..
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Ummu Fatt- Hari IbuMy Profile

Comments are closed.