EURO 2012 – Belanda Adalah Netherlands Bukan Holland

Sekarang musim Euro 2012 yang bermula pada 8hb Jun 2012 . Ramai orang bercakap tentang pesta bolasepak yang berlangsung 4 tahun sekali sejak 1960 itu. Masing² bersiap dengan team masing². Ada yang biasa-biasa saja ada yang terlebih fanatik macam negaraku…. tanah tumpahnya di England…hik!

Walaupun saya mengikuti EURO2012 ( saya ada jadual dan keputusan perlawanan yang dilekatkan di dinding rumah ) tetapi saya bukan pakar teknikal untuk mengulas mengenai permainan bolasepak keseluruhannya. Saya suka bercakap diluar kebiasaan….. mencari sesuatu yang menarik di sebalik pesta berjaga malam ini.

Salah satu isu yang menarik yang perlu dibetulkan adalah mengenai nama rasmi sesebuah negara yang bertanding. Kita merujuk negara tersebut dengan berbagai campuran bahasa. Tak kisahlah nak paggil Germany sebagai Jerman , France sebagai Perancis atau Spain sebagai Sepanyol Semua ini betul dan benar merujuk kepada sebuah negara dalam bahasa yang berbeza.

Tetapi, memanggil Netherlands sebagai Holland adalah salah. Netherlands adalah Belanda bukan Holland.

Netherlands ( Belanda ) adalah nama rasmi bagi negara yang betul, Holland adalah wilayah di dalam Netherlands (Belanda ) .  Holland Utara dan Holland Selatan adalah 2 wilayah daripada 12 wilayah yang membentuk Netherlands ( Belanda) .  Wilayah-wilayah lain adalah Drenthe, Flevoland, Friesland, Gelderland, Groningen, Limburg, North Brabant, Overijssel, Utrecht dan Zeeland.

Kalau nak sebut negara ini di dalam Bahasa Melayu ,namanya Belanda dan kalau nak menyebutnya di dalam bahasa antarabangsa namanya Netherlands bukannya Holland.

Bola bola juga, sejarah pun penting apalagi bila ianya membabitkan nama rasmi sesebuah negara.

Atas faktor sejarah pembentukkan negara, kekeliruan sering berlaku seperti kes Great Britain dan England. Kenapa dalam bolasepak ( Piala Dunia dan EURO) pasukannya menjadi England tetapi untuk sukan Olimpik menjadi Great Britain. Baca Apa Beza England Dan Great Britain?

 

Adakah ‘Hol’ dan ‘Nether’ mempunyai makna yang sama?

‘Nether’ bermaksud ‘rendah’. kerana kebanyakan dataran terletak di bawah permukaan laut.   ”Hol’ asalnya dirujuk kepada ‘holt’, perkataan lama untuk ‘wood’ ( kayu ). Dordrecht, bandar tertua di Belanda, dikenali sebagai Holtland, kerana kawasan ini mempunyai banyak hutan.

Mungkin ada yang akan menjawap – sebut Holland pun orang faham ianya merujuk kepada Belanda.

Cuba bayangkan kalau pasukan negara, Malaysia bermain bolasepak di Piala Dunia atau EURO2012 ( ada orang cakap Brazil pun bermain dalam Euro, tak kan Malaysia tak boleh kan… kan….hehehe ) dan pengulas pertandingan, penulis blog, pembahas di forum atau pencicit di Twitter memanggil pasukan kita Kelantan atau Selangor atau Negeri Sembilan.

Atau mungkin anda tak kisah dengan apa-apa pun nama rasmi negara tersebut tetapi kebiasaan yang salah perlu dibetulkan supaya hari ini kita menjadi lebih ‘bijak’ dari hari semalam. Itukan doa tiap orang setiap hari…..menjadi lebih baik dari semalam.

Hello Jay HotFM – kenyataan ” EURO 2000 menyaksikan gabungan dua negara menjadi tuan rumah buat pertama kali, iaitu Belgium dan Holland dan berlangsung dari 10 Jun hingga 2 Julai.” perlu dibetulkan. Tuan rumah EURO 2000 ialah Belgium dan Belanda atau kalau nak sebut dalam bahasa inggeris menjadi Belgium dan Netherlands.

Kalau salah, kita betulkan sama-sama tau. Buat carian di Google, ada banyak isu ini yang dibincangkan.

……………….kriiiinnnggg……. loceng dah berbunyi tu.  Kelas sejarah Geografi dah habis!

*kelas sunyi sepi…. zzzZZZZZZzzz….. masing² buat peta Netherlands  dengan air liur*

34 Replies to “EURO 2012 – Belanda Adalah Netherlands Bukan Holland”

  1. Terima kasih kak jie harap selepas ini tiada lagi orang2 seperti kami yang minat bola tapi tak tahu sejarah dan geografi negara tersebut. Hariz memula memang sebut belanda dan netherlands. Xpenah sebut holland. Tp tgk EURO2012 smpai ke dlm radio tv semua pakat2 sebut holland jd apa lagi hariz pn ikut melulu tanpa research dulu apa itu holland. Hahaha.

    P/s ; tapi apa2 pun belanda sudah tak layak ke peringkat seterusnya. Kalah semua game.

  2. Mungkin orang Netherland kalau diorang tahu siapa sebenar disebut “orang belanda”oleh orang melayu tentunya mereka marah!!…disabah atau sarawak orang belandanya lain!!.

  3. Smti. Info yang berguna. cuma mungkin kita selalu keliru dek media arus semasa yang menyamakan holland dan netherland. Mungkin betul holland di kaitkan dengan pasukan bola sepak, mungkin kita boleh sebut ‘oranje’. Lebih tepat untuk pasukan Netherland nie..Tak kisah sukan apa pun, mereka menyorak ‘oranje’ tanda sokongan untuk pasukan mereka.. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Bobby Pian ..DSLR – Model Apa yang sesuai ? Canon? Nikon? Sony?My Profile

  4. Assalam Kak Kujie,

    Topik dan fakta yg menarik utk difikirkan.. Terpanggil utk buat sedikit penambahan. Penggunaan ‘Holland’ utk Belanda tidaklah salah dan masih boleh diterima-pakai terutama sekali bagi merujuk kepada pasukan bolasepak mereka. Cuma isu perkataan ‘Holland’ ini yg agak sensitif bagi org Belanda yg tidak tinggal di ‘Holland-Randstad’ dan tidak tepat digunakan utk merujuk kepada negara mereka (urusan rasmi).

    Rujukan :-
    1. Wikipedia – Netherland, Holland, (disambiguation & terminology) & ‘pars pro toto’ etc.
    2. Holland.com – the official website of the Netherlands Board of Tourism and Conventions.
    3. The Netherland – Ministry of Foreign Affairs official website.

    p/s: teringat kat ‘dutch-lady vs dutch-baby’, flying dutchman, lembu frisian, ayam belanda & belanda dapat tanah hehehe.

    1. Piee – Waalaikumsalam dan terimakasih

      Kak Jie pun ada baca beberapa info itu dan ini, tajuk entri ini adalah asas,
      kalau perlu kena baca lagi benda2 sejarah negara tu yang berkait. Dalam web dan forum mereka sendiri ada yang tak kisah ada yg kisah ada yang tak peduli.

      Secara asas, kak jie cuma nak bagi tau Holland di dalam Netherland. INi fakta yang penting….yang lalain kena membaca….membaca….membaca. dan berkongsi info.

      Bila Kak Jie cuit sesuatu isu baru seperti ini, Kak Jie harap ianya pembuka jalan kepada orang yang ingin mengetahui supaya terus mencari bermacam-macam teori dan fakta mengenai isu tersebut sebab Kak Jie tak mampu…hihi

      apa-apa pun terimakasih kerana ambil bahagian dan berkongsi bersama kami…ramai yang mendapat manfaat ni
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ( Puah Dam )My Profile

  5. saya tunggu subjek kemahiran hidup bersepadu plak lepas ni. keh keh keh. mane tau.. kot kot tetibe terjah post keluar semua soldering iron bersama fluxs.

    p/s: mujur tak amik port pasal bola.

  6. Salam Alaiyka.

    OhhhGeografiKU!!!

    Hehe, terima kasih Kak Jie buat penerangan serba ringkas. Ringkas tapi perlu.

    Rasanya, ramai juga yang keliru tentang Belanda dan Holland ni. Rizal dulu (masa zaman-zaman jahiliah ilmu) terkeliru gak. Siap tanya dengan adik, “ehhh Kalau Holland tu Belanda? Netherlands tu apa?” Cuma gaya tanya tuu ada gaya macam professor sikit la. Haha.

    Lepas ni, ada kelas apa pula? Dulu bukan Kak Jie selalu buat tuisyen tambahan kelas SEO? Hehe.

    p/s : sesambil intai rumah kak jie, nak gi ziarah anjung ruang “Britain dengan Great Britain kejap” : )

    Selamat Hari Isnin yang baik. : )
    Jom terjah post menarik dari Incik RestNrilekS ..Berubah Itu BagusMy Profile

  7. cikgu……………… subjek geografi ni, cikgu sejarah dah masuk dalam silibus geografi dah.

    terimakasiiiih cikgu.

  8. baik cikgu! hehe.. kelas sejarah dah habis.. yay! 😛
    ade bagusnye jugak kalau kite ambil tahu sikit2 pasal sejarah, nama negara ni sempena Euro kan. Tak de lah org kata membuta tuli menyokong team fave memasing je 😀
    Jom terjah post menarik dari fara ..Nur Leia ArissaMy Profile

  9. hahahaha cayalah kak jie! saya pun baru nak tau ceitt selalu sebut holland sebagai belanda hahahahaha nah bukak sekolah terus sejarahhh zzzzzzzzzzzzzzzz

Comments are closed.