Gambar Dan Harga Perodua Myvi Baru 2011

Malam tadi ke Tesco Rawang. Dalam perjalanan balik, terserempak kereta Perodua Myvi Baru 2011 di ruang pameran.  Ramainya orang membelek , membuka, menyentuh, membelai…ok ini tipu! Betul sampai susah nak ambil gambar.  Datuk nenek pakcik makcik sampai cucu semua ambil peluang merasa nak duduk dalam kereta  baru.


Perodua Myvi D54T 2011 dikeluarkan dengan 3 variasi Standard, Premium dan Elegance yang dilengkapi beg udara berkembar untuk pemandu dan penumpang depan, namun variasi Standard tidak dilengkapi ABS.

Untuk model Myvi Elegance ada built in GPS Touch Skrin dan kusyen kulit.

Perodua Myvi 1.3 liter ini menggunakan enjin K3-VE, DOHC 16 Valve dengan DVVT.


Harga Myvi Baru-manual

  • 1.3 SX Standard – RM 44,426 – RM 45,326
  • 1.3 SXi Premium – RM 47,226 – RM 48,126
  • 1.3SXE Elegance – RM 54,408 – RM 54,908


Harga  Myvi Baru – automatik

  • 1.3 EZ Standard – RM 47,426 – RM 48,326
  • 1.3 EZi Premium – RM 50,226 – RM 51,126
  • 1.3 EZE Elegance – RM 57,388 – RM 57,908

Warna yang ditawarkan : Ivory White,Ebony Black , Mystical Purple, Glittering Silver, Medellion Grey dan Pearl White

 

 

 

Pendapat anda?

Engin lama tapi mahal?  Kalau suka, ada duit – selera masing² kan.  Ada yang kata , ini Myvi FL ( facelift)

Dalam perjalanan balik, terserempak 2 traler keluar dari Kawasan kilang Perodua membawa kereta baru berkilau².  Malam ni kalau duduk kat lampu isyarat Sg Choh bolehlah lawan membilang agaknya.   Belum lagi yang terus masuk lebuhraya melalui Bukit Beruntung.

saya bukan peminat kereta kompak

 

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

29 thoughts on “Gambar Dan Harga Perodua Myvi Baru 2011”

  1. la….ingatkan 1.5..sekali 1.3
    ye ye aje cakap nak wat 1.5..
    model baru ni part die boleh install kat
    myvi lama x..

  2. Pingback: Perodua Myvi Baru D54T Mystical Purple pasti jadi rebutan | Denaihati
  3. Dah ada Myvi merah cili…1st edition, tu lah lepas beli macam2 pulak kaler yg cun2 keluar ya….yg mystical purple tu lawa nyaaa… sukaaaa…

    Memang Myvi ni sgt sesuai dimiliki..
    Jom terjah post menarik dari kakza ..New NawarMy Profile

Comments are closed.