Gambar Persekitaran UniKL BMI Gombak

Saya paling kerap ditanya kenapa anak-anak saya belajar di IPTS tidak di IPTA walaupun mendapat tawaran ke IPTA. Susah sungguh nak menjawap kerana sukar memilih jawapan utama dari beberapa jawapan yang ada.

Apa yang saya boleh jawap – mereka memilih bidang barulah universiti. Kedua-dua kategori ini penting tetapi saya letakkan bidang yang pertama.

Kalau nak ukur dari segi kemampuan, ramai yang lebih mampu kalau diukur darinya.  Ramai yang mempunyai gaya lebih mewah berbanding saya.

Satu jawapan yang penting – ini adalah bahagian hidup masing-masing. Kita hidup dengan pelbagai perkara yang membezakan tiap individu dari segi pandangan, pendapat atau pilihan jalan hidup.

Semalam sewaktu menghantar Angah ke UniKL BMI mendaftar latihan teknikal 8 minggu untuk program FIST ( Foundation in Science and Technology ) , saya ambil beberapa gambar suasana persekitaran UniKL BMI yang hijau dan damai.

kampus UniKl BMI Gombak
Lokasi UniKL BMI terletak di Batu 8 Jalan Sungai Pusu, 53100 Gombak, Selangor.  Berdekatan UIA (International Islamic University Malaysia ) dan Sekolah Menengah Teknik Gombak (SMTG)

lokasi UniKL BMI GombakBangunan utama UniKL BMI yang menempatkan bahagian pentadbiran dan akademik.

lokasi UniKL MBILayout kampus UniKL BMI. Bangunan utama Pentadbiran dan Akademik  ( merah ), Dewan Gemilang yang berwarna biru , asrama perempuan UniKL BMI berwarna oren,  asrama lelaki berwarna biru , komplek pelajar yang menempatkan cafe dan surau berwarna purple dan apartmen kakitangan berwarna hijau.

Nak Lulus Cemerlang Dalam Exam MUET? Klik Sini!

Angah tinggal di tingkat paling atas apartment kakitangan.

asrama unikl bmiIni apartment kakitangan yang sebahagiannya menempatkan pelajar.

Cantik, kan kawasan ni.  Hijau dan rimbun berlatar belakangkan dataran tinggi.  Boleh nampak Sekolah  Menengah Teknik Gombak dari tingkat paling atas.

suasana di UniKL MBISebelah kiri adalah asrama pelajar perempuan UniKL BMI dan ditengah adalah bangunan utama.  Gambar diambil dari apartment kakitangan.

cara ke UniKl BMI

Cara Untuk Ke UniKL BMI

  1. Dari Timur melalui Lebuhraya Karak, selepas Plaza Tol, ambil jalan ke MRR2 arah Ampang. Buat pusingan di susur keluar pertama ( Taman Melati ) dan ambil lorong paling kiri untuk ke UniKL BMI
  2. Dari Selatan melalui MRR2 , keluar  di susur ke Kuantan ( Lebuhraya Karak ) , selepas tu ambil lorong paling kiri mengikut papan tanda UniKL BMI atau UIA
  3. Dari Utara melalui MRR2 dari Batu Caves atau Kepong, terus ambil lorong paling kiri mengikut papan tanda UniKL BMI atau UIA

 

Nota :

UniKL mempunyai  11 institut dengan 12 kampus dan antara universiti yang menerima taraf “Tier-5″ iaitu Cemerlang :

  1. Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) – Bandar Baru Bangi, Selangor
  2. Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI) – Gombak, Selangor.
  3. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Spanish Institute (UniKL MSI) -  Kulim, Kedah
  4. Malaysian Institute of Information Technology, City Campus (MIIT, UniKL) – Kuala Lumpur
  5. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL MIAT) -Dengkil, Selangor.
  6. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Chemical and Bioengineering Technology (UniKL MICET) -Alor Gajah, Melaka
  7. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (UniKL MIMET) – Lumut, Perak.
  8. Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) – Ipoh, Perak
  9. Universiti Kuala Lumpur Institute of Product Design and Manufacturing (UniKL IPROM) -Cheras, Kuala Lumpur
  10. Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) – Masai, Johor
  11. Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology (UniKL MESTECH) – Kajang, Selangor
  12. Universiti Kuala Lumpur Business School (UniKL Business School,  City Campus) – Kuala Lumpur
About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. Mohd.Ghazazali Abdullah says:

    Saya akan menghadiri Kursus Sistem Solar Fotovolta tersambung Grid di BMI batu 8 Gombak pada 11- 15 ogos 2014 dan ingin mencari hotel atau pengenapan yang berhampiran tolong bantu saya. emil kan saya no tpon dan nama hotel tersebut Tel: 0198221470 Mohd. Ghazali Abdullah

    Terima kasih

    • cuba
      Gombak Star Hotel – 03-6189 9869
      My Home Hotel @ Batu Caves – 03-6187 7055
      Smart Hotel R Prima Gombak –
      Vision Park Hotel (Sri Gombak, Batu Caves) – 03-6185 1752, 6185 1772
      Avatarr Hotel, Sri Gombak – 03-61773844
      Homestay Sri Hanis Gombak – 0192241453 Hanisah, 016200024 Fathi

  2. Assalammualaikaum , Anak Saya Akan Temuduga Di UniKL Miat Esok 15/05/2014. Dimana penginapan Murah yang Paling Hampir Dengan UniKL Miat .

    • Waalaikumsalam

      cuba encik telefon Hma Guesthous Sepang – 0192797339 en Mus
      atau Murni Delights Homestay, Taman Ixora, Bandar Baru Salak Tinggi ( 7 KM dari Miat ) tel no 0196527563 ( Ahmad ) 0196527564 ( Murni)

  3. mohd idros says:

    Nak tanya pendapat admin. anak saya ditawarkan UniKL MIIT bidang Computer & nerworking, dan juga tawaran dari GMI Networking & Security. Kedua2 course tu dia kira ok bg dia. Apa yg jadi tumpuan saya sekarang adalah berkenaan penginapan, suasana dan persekitaran.

    Jika di GMI ada kampus yg lengkap dan student tinggal diasrama yg selesa sehingga tamat diploma. Berbanding di UniKL MIIT kena sewa rumah lepas sem 1……

    Bleh bagi advise sikit…?

    • Anak saya di UniKL BMI jadi tak adil bagi saya utk memberi pendapat mengenai UniKL MIIT atau GMI kerana saya tak tahu keadaan kedua-duanya.

      Encik buat senarai baik dan buruk, lihat manakah institusi yang mempunyai peratus yang lebih baik

  4. PERSEKITARAN MMG BEST…ANAK SETHN DI SINI SEBELUM KE AUSTALIA..TAJAAN MARA….ALAHAMDULILLAH…CEMERLANG

  5. Norliza Hussin says:

    Anak saya dpt GMI dan UniKL BMI..mana satu lebih baik..

    • Bila dah sampai level ini, kena balik kepada diri anak puan
      dia minat apa?
      kecenderungan dia di bidang apa?
      ini adalah peringkat sebelum memulakan kerjaya – biar minat dan kebolehan dia menyokong sesama utk memilih bidang.
      bagi saya – semua tempat utk belajar dan semua kos adalah baik kerana nanti setiap orang akan berkerjaya di bidang masing-masing.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Simpan Tudung Awning Dengan Beg Tudung KhasadinnaMy Profile

  6. nak mintak pendapat..
    anak kedua pompuan dah dihtr ke utp – buat asasi civil engine.
    tetiba sms arini kata dapat offer mara mfi – engineering technology..
    skrg dah pening…nak buat camana..apa pendapat saudara/i semua…

  7. Saya tidak sempat merasai kampus di Gombak ini kerana kami menumpang bangunan German Malaysian Institute(GMI) ketika itu beroperasi di Taman Shamelin Perkasa. GMI pun sudah mempunyai kampus sendiri di Bangi dan peninggalan bangunan tersebut telah diambil oleh KPTM.

    Saya anak didikan MARA juga. :-)
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Wordless Wednesday – 3 budak CanonMy Profile

  8. cantik suasana di UNIKL…dekat dengan UIA Gombak ker…? nanti nak hantar anak continued study kat UIA …
    Jom terjah post menarik dari sukma ..SHELL RIMULA DI PETANG SABTUMy Profile

  9. Pemandangan yang menarik memberikan impak yang besar pada otak kita..hehe..mahal tak yuran kat sini?
    Jom terjah post menarik dari Hafizul ..Aku Bukan PromoterMy Profile

  10. setuju dgn akak….antara bidang yg diminati dgn lokasi/tempat belajar,kita utamakan bidang sebab ia untuk masa depan anak2.nak belajar ni bukan boleh main terjah ja.kalau tak minat mmg tak seronok & susah nak berjaya.
    Jom terjah post menarik dari ieda ..ASSALAMUALAIKUM…My Profile

  11. Sy produk UniKL kampus list ke-6 dalm entri ini. UniKL di taja oleh mara. Statusnya bukan penuh swasta tapi separa swasta-kerajaan kerana aplikasi pembelajaran lebih kepada hands on.
    Jom terjah post menarik dari Khairul Zamri ..Last final examMy Profile

  12. Adik ipar saya UniKL MFI sebelum bertukar ker kampus utama di KL (kg Baru), tp dia dah graduate dah lama. Diantara batch awal UniKL. Batch dia ni dia kata mcm kaum badwi berpindah randah sbb masa tu kampus di bangi baru siap
    Jom terjah post menarik dari haritzer ..Android GangnamMy Profile

Trackbacks

  1. […] untuk program FIST ( semester akhir ) Mei lepas. Baca entri dan gambar UniKL BMI Gombak di sini Gambar Persekitaran UniKL BMI Gombak.  Kemasukan 1 September nanti tak banyak perkara yang perlu diuruskan, dia dah pun ada asrama di […]

Speak Your Mind

CommentLuv badge
Protected by WP Anti Spam