Ganti MyKad Online

Hari ini saya nak cerita bab Kad Pengenalan Bermutu Tinggi atau lebih dikenali dengan nama MyKad. Ini pengalaman saya.

Tahun 2008 waktu usia Along 16 tahun saya buka akaun Maybank untuk dia. Akaun yang hanya mempunyai kad ATM tanpa buku. Mudah untuk anak² yang akan tinggal di asrama.

Sewaktu berurusan di kaunter Maybank, MyKad Along disahkan rosak. Cip rosak tak boleh baca data. Hari yang sama terus ke JPN untuk buat MyKad ganti. Kena bayar RM10.

Tahun 2011, sekali lagi saya menguruskan urusan yang sama untuk Angah. Kali ini kes agak berbeza. Kali pertama memohon, tiada masalah tetapi tak sampai setahun menggunakan kad ATM Maybank ( yang urusannya tak sampai pun 10 kali ) cip kad ATM juga rosak. Tak boleh berurusan MEPS. Hanya boleh digunakan pada ATM Maybank saja. Ini menimbulkan masalah kerana ATM Maybank jauh dari maktab dan asrama.

Minggu lepas sebelum balik ke asrama, sekali lagi kami ke Maybank untuk buat kad baru. Kali ini  cip MyKad Angah pula rosak.

Keesokkannya pergi JPN untuk memohon penukaran MyKad baru dan kena bayar RM10. Kembali ke Maybank semula untuk proses membuat kad ATM baru dan kena bayar RM 13.

Anak saya tanya ” kenapa kena bayar, bukan salah kita pun… bukan kita sengaja bakar, rendam, koyakkan dengan niat merosakkan”

“Mama tatau nak jawaplah Angah… setahun kena tukar kad bank baru, 3 tahun kena tukar MyKad baru….barulah sebelum close account boleh canangkan keuntungan sebelum cukai meningkat”

Pengalaman saya, setiap usia anak 16 tahun juga tempoh luput MyKad dan bersedialah untuk permohonan baru.

Dalam perjalanan ke kereta selepas selesai urusan, bertembung dengan Cikgu Rose, guru Mathematik Along dan Angah dulu ( sekolah lama ), Saya memang kenal baik dan bersembanglah kami dari kisah anak masing² yang akan menduduki SPM tahun ini hingga kepada kes Kad Pengenalan Bermutu Tinggi.

“Nasib baik tahu dah rosak sekarang… anak saya yang sulung dulu masa proses mohon ke universiti… lagi susah. Kalut nak selesaikan macam² hal….”

Itu pengalaman kami yang ingin dikongsi. Kalau boleh kesan awal kerosakkan MyKad anak².

Sekarang dah boleh mohon gantian MyKad secara online di http://mykadganti.jpn.gov.my .  Saya tak gunakan cara online , jadi tak dapatlah nak berkongsi info lanjut cara bagaimana proses ini berlaku.  Sesiapa yang pernah berurusan dengan cara ini, boleh tak berkongsi pengalaman anda bersama kami?

Kenapa Kad Pengenalan Bermutu Tinggi mudah rosak sekarang ?  MyKad saya dan suami dah bertahun² guna masih elok tetapi semua MyKad anak², tak sampai 3 tahun dah rosak.

Kalau tengok MyKad Along lagi sedih. Gambar kelabu , sampai pernah kena tanya dengan pihak universiti sewaktu buat salinan. Dia cakap gambar tak terang. Malas nak pergi buat baru sebab kad itu dikeluarkan secara sah oleh JPN, kiranya sah untuk digunakan. Kalau pergi tukar, kena bayar lagi.

RM 10 tu kita boleh bayar tapi kalau bayar bukan kerana kesalahan kita, memang terasa hati juga.

Saya ada pengalaman menarik juga untuk dikongsi..maklum kali pertama, mesti terujakan.

Waktu check in kat First World Hotel , Genting baru²,  cuma perlu guna kiosk dan masukkan MyKad.  Saya dah buat tempahan online dan pembayaran, tak perlu nak isi form apa lagi.

Dua kali mencuba, MyKad tak boleh dibaca.  Saya gosok² kat bahagian cip baru boleh.  Senangnya check in macam tu,  Kalau nak kunci lebih, gunakan MyKad orang lain, contoh anak² atau MyKad suami.

Bila nak check out, guna kiosk juga.  Masukkan saja kad kunci, selesai.  Tak perlu berurusan dengan kaunter dan isi borang segala bagai.  Apa² masalah kemudian hari, mereka boleh contact melalui maklumat dari MyKad.

check purse…. ada berapa kad?

 

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Comments

  1. memang wajib tukar ke, saya tak ingat ada upgrade ke tidak. anyway lesen memandu la yg wajib tukar ya tak.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Set Kesuburan ShakleeMy Profile

  2. Ryan: Yeah we worked really hard to get where we are now so we’re just working on
    enjoying it too instead of just focusing on what’s next.
    We’re doing the Morgan Page tour up until then and then
    after that we’re doing a couple more weekend shows and then we’re going
    to take two weeks off in December and hit the ski slopes and just relax
    and hit some studio time and then we’ll be back at in January for
    touring and stuff. You interact with people, make good friends, change ideas and at last earn money while chatting with them.
    Jom terjah post menarik dari chatpoint ..chatpointMy Profile

  3. Hey There. I discovered your weblog the use of msn. That is an extremely well written article.
    I’ll be sure to bookmark it and return to learn more of your helpful information. Thank you
    for the post. I’ll certainly comeback.
    Jom terjah post menarik dari tôi làm báo ..tôi làm báoMy Profile

  4. nampaknya, nyata mykad lama lebih tahan dan berkualiti…

    agaknya pembekal dah bertukar kot? =)

    thanks kak jie berkongsi pengalaman
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Kakak Bersedia untuk Hari Sukan Sekolah!My Profile

  5. kad bank pun macamtu gak. pelikkan? selalu problemnya mesti pada cip
    Jom terjah post menarik dari ieta mat sa’ad ..MATLAMAT SAYA MENULIS BLOGMy Profile

  6. Baguslah, semakin mudah. Moga-moga kurang kesesakan di Pejabat Pendaftaran Negara.
    Jom terjah post menarik dari faizal ..Mantan MB Kedah Tan Sri Azizan Abd Razak Meninggal Dunia.My Profile

  7. Baru sekali tukat MyKad sendiri sebab chip tak boleh dibaca dsan menyusahkan kehidupan bila berurusan dengan bank dan lain-lain. Sekarang dah ok tak ada masalah lagi.

Trackbacks

  1. MyKad ganti dan semak online dan SMS | Denaihati says:

    […] dan salam 1Dunia, tertarik baca entri “Ganti MyKad Online” di blog Kak Jie membuatkan aku teringat kepada seorang. Kawan aku ni entah dah berapa kali […]