Harga Perkhidmatan Dan Ubat Untuk Kucing Di Klinik Haiwan
Pengetahuan Am

Harga Perkhidmatan Dan Ubat Untuk Kucing Di Klinik Haiwan

Semalam saya bawa Stokin ke klinik haiwan. Ini kali pertama bawa kucing ke veterinar. Walaupun saya selalu bercerita tentang Stokin di sini, sebenarnya Stokin bukanlah kucing belaan manja-manja yang pernah diusap atau dipegang. Menang susah juga nak masukkan dia dalam cage. Saya pinjam case  ( atau apa nama tempat yang orang letakkan kucing tu ) dari jiran.

Kami ke klinik haiwan kerajaan Rawang di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah Gombak, Rawang. Kalau nak cari senarai klinik haiwan yang berdaftar di Selangor, klik sini – Klinik-klinik Haiwan Berdaftar Selangor , tapi itu update tahun 2008, sebagai rujukan, bolehlah kot.

harga klinik haiwan
Bagi yang pertama kali bawa kucing ke klinik haiwan, mesti nak tahu harga perkhidmatan atau harga ubat.

Ini ialah senarai kos merawat di vaterina kerajaan termasuk harga perkhidmatan dan ubat  untuk rawatan kucing di Pusat Veterinar Selangor. ( Saya salin semula, sebab dalam gambar tu tak jelas ).  Harga ubat untuk kucing dan anjing berbeza.

Panduan Menjaga Kucing! Klik Sini!

KADAR BAYARAN PERKHIDMATAN DI PUSAT VETERINAR SELANGOR

PERKARA KUCING (RM) PERKARA KUCING (RM)
Khidmat Perundingan dan Pemeriksaan Kninikal 10 – 15 Suntikan Kurap 15
Ubat Bius Umum 35 – 45 Ubat Kutu 15
Pembedahan Bius Setempat 30 – 60 Suntikan Perancang Kebuntingan 20
Pemvaksinan 30 – 50 Antibiotic ( biji) 1.50
Castration 80 Betamox (biji) 1
Telinga Bengkak(hematoma) 150 Ubat Selesema (biji) 2.50
Ubat Cacing 5 Ubat Demam (botol) 5
Ubat Mata (botol) 8 Ubat Tahan Sakit (biji) 2
Ubat Keracunan (biji) 0.80 Ubat Sakit Kuning (biji) 1
Oribiotic -Ubat telinga (tiub) 36 Surolan -ubat telinga (botol) 23
Ubat Berak Cair (botol) 8 Sirap Vitamin (botol) 5
Nagusunt Powder 18 Krim Luka 8
Woundsarex ( spray biru) 38 Maggot Wound ( Luka Berubat ) 50
Cuci Luka 10 – 30 Setiap Jenis Suntikan 10

*pertama kali buat html table code secara manual tak guna table code generator 

Harga ini bolehlah dijadikan rujukan atau panduan sebelum ke klinik haiwan. Tiap kninik harganya berbeza, sekurang-kurangnya kita bolah agak-agak bajet yang diperlukan.

Dalam kes Stokin, tiada apa yang boleh dilakukan. Stokin bukan kucing yang mendapat suntikan pelalian sejak awal, Stokin kucing liar.

cara merawat kucing sakit
Kesian Stokin… nampak dia lesu dan tak bermaya berbaring di wakaf tepi rumah.   Dah banyak hari tak makan , air liur meleleh dan mulut berbau.

 

Nota :  Selepas sebulan, kesihatan stokin semakin baik.  Alhamdulillah………… lega rasanya. Kalau perlukan panduan untuk menjaga kucing – boleh baca buku ini Panduan Menjaga Kucing!

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

57 thoughts on “Harga Perkhidmatan Dan Ubat Untuk Kucing Di Klinik Haiwan

  1. Saya Ada mslah…kucing saya nama dia syiro..sejak bbrape arie…syiro batuk2 mcm nk muntah….bla batuk msti terberak2…..skrang syiro berak cair …..saya bg mkn syiro mkn….knape JD mcm Tue…..blh tlg apa prlu saya buat.

  2. klau ada kucing patah kaki n bawa pergi klinik haiwan rasanya berapa harga yang kena?

  3. Salam..kak..kucing sy ni rasanye baru lepas bergaduh kot..muka dia bengkak smpai berubah dengan rupa asal. mulut dia ada koyak sket, air liur meleleh and berbau busuk. dia langsung xmakan n xminum. mcm2 dah sy kasi. saya risau. patut ke saya bawak jumpa vet or sy let him recover sendiri?

  4. Saya ada bela ank kucing baru lahir,yg ibu nya mati.saya bingung bagaimana saya nk bagi susu?kt mna nk bli botol susu utk ank kucing?skrg ni saya bagi pakai sudu,tp saya bimbang takut dia tersedak susu..ank kucing ni lain skit sbb dia ada 20 jari..saya menetap kt gua musang kelantan,pls help!

  5. salam…nk tnya..klinik haiwan kerajaan yg awak pergi tu dekat area gombak kn? boleh bgtau detail tak?

  6. Sy ada mslh skrg,kucing sy chika sakit..mula2 gatal kat telinga,pastu gatal stu badan,bhagian perutnya smpi atas kmerahan,bulu bnyk gugur,kat leher bila garu bulu tggal luka n brdarah..pe harus sy buat..kesian die mngamuk n murung jer.

  7. salam…
    sye dapati di bahagia perut kucing sye terdapt satu bonjolan yg tajam dan saiznye agak besar..
    apakah kucing sye ini mengalami ketumbuhan di dalam perutnye..???
    dan adakah die akan dibedah..???
    sye takut smua itu jika berlaku…
    ape yg hrus sye lakukan…??

  8. At the moment saya sedang “menghidupkan”anak kucing tanpa induk yg tetiba sakit n lesu. Hari ini adalah hari ke20 saya menjaganya selepas ibunya tertinggal yg seekor ni ketika membawa kesemua anaknya pindah lepas bersalin di luar rumah saya. Sblm ni saya x pernah bela kucing..so mmg xde pgalaman. Berbekalkan panduan daripada maklumat di internet sedikit sebyk dpt membantu. Namun hari ni Kittycat saya tetiba sakit. Panic sgt2 tgk dia x bergerak. .x bernafas. Mmg ingat dia dah mati. Apa lagi..meraung la saya sampai bengkak mata. Tak tau apa nk buat..panic, sedih semua ada. Nk bawa gi clinic vet mmg mustahil utk saya cari clinic 3 pagi mcmni. Akhirnya saya usahakan dgb doa..saya baca al fatihah n surah al ikhlas byk2(sambil menangis sedu2. Seriously ini pertama kali saya menangis akan haiwan yg seakan dah mati). Ok balik pd usaha doa saya td. Selepas hampir 3 jam saya baca ayat suci.alhamdullila..kittycat saya mula bagi response..badan x mgeras lg..mata pun dah berkelip n start buat bunyi mengiau dlm keadaan lemah. Lepas tu saya simpan masuk bakul tenpat tinggal kittycat..then dia start guling2 n mengiau. Walaupun x active tp at least dia ada response n mampu mbuat saya tersenyum n berasa lega. Semoga esok saya sempat membawa dia ke clinic vet. Semoga pjg umur kittycat ku sayang. Mummy sayang awak. Tq Allah for this miracle. Amin.

  9. sy tgh sdih..kucing parsi sy skit..sy da bwak kucing sy g klinik tp doc ckp die dmam je. sy bg mkn ubt da yg dr klnik tp x ok gak.die da x mcm dlu..da x aktif lg..xnk mkn, bdn die kurus, bulu x terurus lg,mulut selalu keluar air liur dan berbau..sejak sakit die ske dok dlm bilik air je..sy rndu dgn keletah die dlu2..sy tkut khilgan die.. pe agknye skit die..nak g klinik swsta tkut mahal lak..rsaunye sy..

  10. JOM SAMA-SAMA KITA SAYANGI KUCING KUCING KUCING MAKHLUK ALLAH YANG SANGAAAAAAAAT COMEL, NAKAL, MANJA, NGADA-NGADA – SUMA ADA PADANYA

  11. alahai… cian nyer Stokin… saya dah ler PENCINTA KUCING.. isk..isk..
    Kak Kujie, Stokin sakit apa? biasa kalau kucing mulut dia berair dan bau busuk tuh, biasanya ada tulang ikan atau apa-apa yg terlekat dekat gigi kucing tuh. Itu yg jadi bengkak, kucing tak nak makan dan jadikan mulut kucing tuh bau busuk.. kalau dpt keluarkan tulang ikan yg tersekat kat gigi kucing tuh, Insya’Allah, kucing tuh akan nak makan dan sihat semula..

    Tapi kalau kucing tuh kena VIRUS sakit telinga, biasanya sakit tuh tak der ubat. memang tunggu ajal sajer lah.. kucing saya dah pernah mati sampai 2 ekor sbb dijangkiti virus sakit telinga.. mcm mana nak tahu kucing tuh kena virus? effect dia, kucing tuh sentiasa nampak mcm kesejukan (demam). pastuh telinga dia kotor sangat.. tak der selera makan.. bila dah lama tak makan, kucing tuh akan jadi lemah..

    mcm kes kucing saya, saya ada bawa ke Pusat Vaterinar Tangkak. Org kat Pusat Vaterinar tuh kata, kucing saya tuh dah tak boleh buat apa-apa… dia cuma bagi ubat vitamin biasa jer.. injek pun dia tak beri.. kucing saya sakit apa pun, dia tak beritahu.. last nya, kucing saya tuh mati.. sampai 2 ekor jadi cam tuh.. memang frust giler waktu tuh.. lebih sedih bila ada org beritahu, Pusat Vaterinar kerajaan nih dia lebih utamakan rawatan haiwan ternakan. Kalau haiwan perliharaan, dia tak ambil kisah sangat.. Wallahua’lam.. tak tahu ler betul ker tak..

    Lepas kejadian tuh, bila ada lagi kucing saya yg sakit, saya akan cari Klinik Haiwan Swasta.. mujur ada 1 klinik haiwan swasta di Tanjung Agas, Muar.. Di klinik itulah saya diberitahu mengenai virus sakit telinga yg boleh dijangkiti kucing dan boleh membawa maut pd si kucing… syukur kucing yg saya bawa tuh, cuma masalah cacing saja..
    Jom terjah post menarik dari Akuro San ..Resepi Cream Puff MudahMy Profile

  12. Kesian stokin. Tyka selalu hantar di seksyen 13. Harga pun tak berapa nak mahal. Pernah kucing sakit leukimia. Tu je yang paling mahal kena bayar. Dalam RM 700 jugak.
    Jom terjah post menarik dari Datin Tyka ..Takut Pakcik TuMy Profile

Comments are closed.