Harga Setem Pos Kad Raya

setem kad raya

Hari ini saya dah pos beberapa keping kad raya. Walaupun tak banyak, masih kekalkan juga tradisi ini. Saya mahu anak-anak tahu dan merasai pengalaman menghantar atau menerima kad raya.

Rasa sangat rare sebab beli setem untuk pos kad raya. Benda kirim mengirim kad raya ni, orang dah tak buat. Perkara hampir lupus. Saya masih kirim kad raya walaupun tak semeriah zaman dulu sebagai salah satu cara untuk dicontohi oleh anak-anak. Supaya mereka masih ingat kenangan dan pengalaman seperti ini.

Zaman saya remaja dulu setem kad raya berharga 20 sen atau 30 sen. Hari ini di tahun 2014, harga setem untuk pos kad raya ialah 50 sen. Hantar 10 keping, harga setem dah RM 5.

Awal pagi saya dah berdiri depan pintu pejabat pos. Maklumlah dah jarang sangat ke pejabat pos, tak ingat waktu pejabat pos di buka. Sepanjang bulan Ramadan, pejabat pos dibuka dari :

  • Isnin – Jumaat : 8.30 pagi hingga 6.30 ptg
  • Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:00 ptg

( kecuali Sabtu pertama setiap bulan atau Cuti Umum )

 

Published by

Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan. Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

27 thoughts on “Harga Setem Pos Kad Raya”

  1. harga setem sekarang berbeza.. tak silap saya, untuk surat yang bergam dengan tidak bergam pun berbeza harga setem.. paling tidak boleh terima secara logik, kos setem untuk alamat yang ditulis dengan tangan dan dengan alamat yang ditaip guna komputer kemudian ditampal pun berbeza..
    Jom terjah post menarik dari tutyrahiza ..Ramadhan 2014 : Seronoknya menjadi SurirumahMy Profile

  2. Aah memang lama dah tak pos kad raya…maklumla dunia serba canggih sekarang ni…tapi lagi best dulu-dulu bila terima kad raya…sekarang dah tak de feel dah bila hantar by whatsup or fb…

Comments are closed.