HPV Juga Menyerang Lelaki

Semalam saya ke klinik, bukan demam, bukan batuk bukan selesema.   Buat semua prosuder pemeriksaan untuk wanita – papsmear, pemeriksaan payudara, scan tengok rahim, paru-paru kiri dan kanan, pundi kencing dan hempedu.

Teruja pula – dah lama tak mengandung dan merasa krim sejuk kat perut bila doktor scan dan tengok skrin organ dalaman sendiri.

Ini semua prosuder perubatan untuk wanita untuk mengesan barah pangkal rahim. Barah pangkal rahim adalah jenis barah kedua paling lazim dihidapi wanita Malaysia.

Kebahagiaan bergantung juga pada kesejahteraan kesihatan, jadi buatlah ujian papsmear 3 tahun sekali.

Waktu yang paling sesuai melakukan ujian papsmear adalah 10 hari selepas haid atau 48 jam selepas melakukan hubungan suami isteri.

Ada beberapa faktor yang menghalang wanita melakukan ujian pap smear selain dari kurangnya kesedaran seperti budaya, ekonomi atau tidak mendapat sokongan dari suami. Mereka yang tidak menjalani ujian itu berisiko lima kali ganda lebih tinggi untuk diserang barah pangkal rahim.

Selesai segala urusan , pembantu perubatan bagi satu flyer mengenai Pelalian HPV (Human Papilloma Virus )

Virus HPV boleh bertukar kepada barah selepas dijangkiti dalam tempoh lima hingga 10 tahun jika tidak dirawat. Petanda awal tidak memberikan sebarang rasa sakit mahupun gejala.

Penyakit ini berada pada tahap yang teruk apabila pesakit mengalami satu atau lebih gejala seperti pendarahan vagina yang tidak normal, peningkatan pengeluaran cecair vagina, sakit pada pelvik dan sakit ketika melakukan hubungan seks.

Apakah pelalian HPV ?
Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser pangkal rahim akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Jadi, kita kita yang melepasi 13 tahun ini bagaimana? Perlu ke ambil suntikan HPV?

Jawapannya – saya telefon Hotline HPV : 1 – 800 – 88 – 1478

Gadis 13 tahun diberikan suntikan pelalian HPV kerana pada umur mereka hormon sedang membentuk dan berkembang, pelalian ini pencegahan peringkat awal untuk masa depan selepas berkahwin.

Untuk wanita seusia saya – tak perlu ambil pelalian HPV sekiranya membuat ujian papsmear mengikut jadual – 3 tahun sekali.

Harga yang disyorkan kerajaan untuk satu suntikkan HPV adalah RM 480 ( 480 x 3 = 1340 ) dan klinik tempat saya kunjungi semalam memberikan harga untuk kesemua suntikan ( 3 kali ) RM 600.

Saya tak ambil suntikkan HPV bila saya telefon Hotline HPV untuk mendapatkan nasihat. Maklumat diinternet hanyalah pengetahuan tetapi rujuklah dengan pihak yang bertauliah untuk sebarang keputusan yang perlu dibuat.

HPV juga menyerang lelaki – kerana HPV adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat/ kutil. Ada lebih 180 HPV yang setiap satunya terbahagi kepada beberapa jenis misalnya HPV 16 dan HPV 18 yang dikenalpasti menyebabkan barah pangkal rahim.

HPV ketuat saja – tak perlu pelalian ye lelaki..jangan risau!

rujukan : http://www.myhealth.gov.my

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. muhammad fakhruddin says:

    Semoga Allah menyembuhkan bro. Banyak dosa bro yang gugur tu 😀

  2. takut dengar bunyi organ dalaman bila discan. especially jantung, macam bunyi kuda berlari..
    Jom terjah post menarik dari eiela ..Pemakanan Punca PenyakitMy Profile

  3. Tapikan admin,ada sesetengah isteri tu bila suami bagi dorongan untuk buat pemeriksaan sebagai langkah keselamatan,lain pula anggapan mereka.

    Dikatanya sisuami tu mendoakan dan suka tengok isterinya sakit.Susah juga kalau ada isteri yang berfikiran sebegini.

  4. kita belum buat lagi ujian pap smear untuk kali kedua… tak tahu bila nak pergi, teringat nak tambah seorang lagi, tapi masih berkira2 bila masa yang sesuai… :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari shay ..Tinggal SepiMy Profile

  5. tajuk gempak je.cuak gak tgk tajuk tadi.hehehe
    Jom terjah post menarik dari slimdiet2 ..Pelalian HPV – Lindungi anak gadis andaMy Profile

  6. Banyak yang saya tak tahu berbandung tahu. nasib baik kat lelaki ketuat je bendanya.. fuhhh.. lega sikit.
    Jom terjah post menarik dari samdaddycool ..Topangnya patah duaMy Profile

  7. macam2 penyakit skang ni…terutamanya pompuan…siannnn

  8. Adakah penyakit ini yang dikhabarkan boleh membunuh?..saya ada adik perempuan sorang, hmm, nanti nak suro dia buat la..thanks kasi info ye kak jie..thanks ye kak jie..he2
    Jom terjah post menarik dari rashid ..Fenomena Aku Ada Impian oleh Master ArsyadMy Profile

  9. Fitrihadi says:

    ouh ingatkan kitorang pun kena ambik suntikan macam perempuan tu…hehehe okay dah faham
    Jom terjah post menarik dari Fitrihadi ..Rahsia Kenapa Remaja Melakukan Seks Dalam TandasMy Profile

  10. Kesian perempuan. Kena inject jer. lepas dah kawin ni kenalah teman isteri bawa pergi klinik tuk check macam kak jie buat. tapi lama lagi saya nak kawin. :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari Master Pak Pandir ..Bila blog guna tulisan JAWIMy Profile

  11. awal² persekolahan ni, murid² tingkatan 1 sibuk kena inject..hehe

    PK HEM tawarkan jugak kepada budak lelaki :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari chekgu naman ..Jawapan Nuffnang Mengenai Iklan Arak ☻ Apa Itu CPA Ads☻My Profile

  12. lain macm jer bunyi komen en-maza nie.. 👿
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Perhatian Buat Pemilik Penapis AirMy Profile

  13. tak sangka ketuat itu bahaya…org lelaki juga blh kena kanser payudara…zaman skrg semuanya blh terjadi…
    Jom terjah post menarik dari Nadri ..Perhatian Buat Pemilik Penapis AirMy Profile

  14. Takutnye penyakit…huhu

  15. ketuat..orang dulu2 cakap kena darah ayam leh jadi ketuat

    eh..kak jie dah tukar frontpage

  16. fuh~ walaupun ketuat, still penyakit ooo.. taknak2….!
    Jom terjah post menarik dari kaizen ..NuFFNaNG TeRLePaS PaNDaNG iKLaN aRaK Di BloG!!!My Profile

  17. aishhh bt cemas jer, ingat hpv pon ade untuk lelaki, hpv ketuat upenyer, nasib ak xde ketuat.
    Jom terjah post menarik dari anip ..Batu Terapung Selidik Dulu Kebenarannya Sebelum Disebarkan!My Profile

  18. banyak betul org pompuan kena inject kan..
    HPV, RUBELLA, BCG.. dan bila dah kawen pun kena inject lagi..

    huhuhu….
    Jom terjah post menarik dari maza ..Mesej Elee Mardiana – Oshin MuhammadMy Profile

  19. Ada jugak ke pd lelaki..?
    Mekaseh atas info yg dberikn, sy pn bru tau…huhu~

    Suntikan pelalian HPV pnting utk wanita brumur 13 tahun.
    Namun, isu brkenaan pelalian HPV ni dicampurkan dgn bahan dr khinzir, masih hebat diperdebatkan.
    Kita tunggu keputusan JAKIM. ^_^
    Jom terjah post menarik dari Iklil ..TB bukan kawan!My Profile

  20. tau. selalunya tang kaki, lutut, kalau tempat daging lembut2 tak naik dia kan kan kan.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Korang tahu tak kenapa pencuri getah sekerap itu dipukul sampai matiMy Profile

  21. Ya, anak dara saya yg Form 1, baru 2,3 hari lepas soh sign surat nak injection HPV ni..

  22. salam,
    Kalaulah “penyakit hati” senang diubat, kan mudah. Heret je sesape yang ada penyakit ni pi jumpa doktor…dapat panadol sepapan dua, baik jadinya hati dia. Dunia bebas daripada penyakit hati yang membunuh ramai jiwa —-> maaf, terpesong dari tajuk, tapi saya memang serius maksudkan begitu.
    Jom terjah post menarik dari Anyss ..Kontes Cerita Paling Lawak SeduniaMy Profile

  23. call Hotline HPV : 1 – 800 – 88 – 1478 , tanya pendapat dari mereka sebab papsmear hanya boleh dilakukan pada perempuan yang dah kahwin.

  24. ieQa sWetLuv says:

    rasa-rasanya kan kak kalo umur 22 macam saya ini amik suntikan HPV cam dah terlambat x??

    macam-macam penyakit yang berkaitan kaum perempuan sekarang ini, takut lak harap dijauhkan la~

  25. Salam Kak Jie,
    Sekarang ni macam-macam penyakit timbul. Puncanya pemakanan. Makanan segera, banyak sangat penambah perisa dan makan berlebihan.
    Apapun penyakit-penyakit yg Allah turunkan adalah ingatan akhir zaman buat kita semua yg menerima banyak nikmat tapi payah sekali mengucapkan syukur padaNya. Huhu…
    Jom terjah post menarik dari suara ..Jom Kejar Bonus Berganda!!!My Profile

  26. Ujian pap smear boleh buat secara percuma di poliklinik kerajaan kerana isteri saya pernah menjalani ujian pap smear 2 tahun lepas di poliklinik kerajaan.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Ops Ulat buku di RawangMy Profile

  27. kat farmasi ada ubat ketuat – mcm seletip je… 😆

    tapi tau ke ketuat tu kat mana patut tumbuh kat mana tak patut tumbuh…hehe

  28. kalau dah takut2 nak pergi…memang sakit
    kalau relex dan doktor yang pro..rasa selesa
    doktor semalam best sgt..dia ajak kita bersembang hal2 lain..hal anak..kampung…macam…alih2 dah siap..dia tak de lah nak jengok buat kita tak selesa

  29. macam²kan penyakit orang perempuan – kadang² tak dak penyakit cari penyakit pun banyak… 😆

  30. fuh! risau sekejap tadi.. huhu

    tapi apa2 hal pun harus memujuk darling ke hospital berdekatan utk buat pemeriksaan kesihatan ni.. huhuhu

    terima kasih Kujie…
    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    Jom terjah post menarik dari maza ..Mesej Elee Mardiana – Oshin MuhammadMy Profile

  31. Owhh baru tahu pasal pemeriksaan tiga tahun sekali tuh, pasni nak kena tanya isteri, bila last dia buat pemeriksaan. Terima kasih kak jie sbb kongsi artikel ni. 🙂
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Ping ke twitter secara berkesanMy Profile

  32. penyakit yang saya alami sekarang pun sudah menganggu hidup suami isteri. mungkin bagi orang lain tidak menggambarkan keadaan sebenar.

    yang merasai kesakitan, amat memedihkan.

    dah banyak kali cek bahagian production. huhu.
    Jom terjah post menarik dari megat ..Allah kan ada – Tauhid seorang anak!My Profile

  33. Baru je sibongsu tu bawa balik pamplet dan surat kebenaran untuk mendapatkan suntikan HPV. Mula-mula rasa sangsi, tapi lepas bersembang dengan seorang sahabat (misi hospital di sini), barulah rasa lega. :mrgreen:

  34. Kalau ketuat buang tebiat tumbuh di tempat tak sepatutnya masalah juga huhu.
    Jom terjah post menarik dari Khairi ..Korang tahu tak kenapa pencuri getah sekerap itu dipukul sampai matiMy Profile

  35. ieda al-habsyi says:

    adus..baru sembang ngan bebdk opis ni pasai papsmear ni, kalo leh nak pergi buat dlm masa terdekat ni, risauu..
    Jom terjah post menarik dari ieda al-habsyi ..KAD KAWIN MACAM COKLATMy Profile

  36. last check setahun setengah yang lalu.. memang gerun kalau baca artikel pasal penyakit ni..
    Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..PELAJAR HISTERIA JILAT DARAH SENDIRIMy Profile

Trackbacks

  1. […] HPV juga menyerang lelaki – kerana HPV adalah salah satu daripada keluarga virus yang menyebabkan ketuat/ kutil. Ada lebih 180 HPV yang setiap satunya terbahagi kepada beberapa jenis misalnya HPV 16 dan HPV 18 yang dikenalpasti menyebabkan barah pangkal rahim. […]

  2. Mawar Merah » Hanya untuk wanita : Pembunuh Wanita Berkeliaran says:

    […] tanpa disedari dan hanya menunjukkan simptom pada peringkat serius.  Beberapa hari lepas, Kujie pun ada tulis tentang suntikan HPV yang kini diberikan secara percuma kepada gadis berusia 13 […]