Intipati Bajet 2014 – GST Dan Gula

Perdana Menteri hari ini telah membentangkan Bajet 2014 bertemakan ‘Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji’ di Dewan Rakyat, PM pakai baju melayu oren, berseri je sebab jarang nampak orang pakai warna oren. Serasi dengan warna kulit.

Ok, kita terus kupas intipati Bajet 2014 yang disenaraikan lebih mudah supaya kita faham. Bukan senang nak faham bahasa ekonomi tetapi apa yang saya senaraikan ini adalah yang membabitkan kesan terus kepada kehidupan saya, mungkin kita berbeza keperluan.

 

bajet 2014

Internet

Ini penting kerana lokasi tempat kerja suami berada di tengah hutan belantara dan kami kerap terputus hubungan.

  • Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps
  • 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tiga tahun dengan kos RM1.5 bln bagi tingkat liputan internet luar bandar
  • Pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang 2012 – Laporan Ekonomi 2013/2014

 

GST dan Cukai – baca entri Apa Itu GST ( link )

Ini isu penting kerana setiap kali mengisi borang e-filing, setiap kali itu juga agak terbeban melihat “cukai kena bayar ” yang tertera

  • Cukai jualan dan cukai perkhidmatan ( SST)  akan dihapuskan dan menggantikannya dengan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 pada kadar 6%
  • GST tidak akan dikenakan ke atas bekalan makanan asas seperti beras, gula, tepung minyak
  • GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik
  • Perkhidmatan pengangkutan  seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecuali GST
  • Jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih juga dikecualikan dari GST
  • Perkhidmatan Kerajaan seperti pengeluaran pasport, lesen, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah, tidak dikenakan GST

Cukai

  • Cukai  Pendapatan isi rumah  yang kurang RM4,000  tidak akan dikenakan cukai.
  • Pelepasan cukai khas RM2,000 untuk pembayar cukai pendapatan tahun 2013  dengan pendapatan bulanan sehingga RM8,000 ke atas
  • Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak satu hingga tiga mata peratusan bagi semua pembayar cukai
  • Kadar cukai maksimum semasa pada 26 peratus akan dikurangkan kepada 24 peratus, 24.5 peratus dan 25 peratus
  • Pendapatan bercukai pada kadar maksimum dinaikkan daripada melebihi RM100,000 kepada melebihi RM400,000

Perkara yang membabitkan anak-anak

  • Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Program Baucar Buku 1Malaysia RM250 kepada pelajar IPT diteruskan

BRIM

  • BRIM RM 300 untuk individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas berpendapatan tidak melebihi RN 2000
  • BRIM RM 450 untuk isi rumah berpendapatan antara RM 3000 – RM 4000
  • BRIM RM 650 untuk isi rumah berpendapatan bulanan RM 3000  kebawah

 

Perkara-perkara lain

  • Susbidi gula sebanyak 34 sen dimansuhkan berkuatkuasa esok (26 Oktober) – harga gula akan naik dalam masa terdekat
  • Pemberian bantuan yuran taska RM250 sebulan kepada ibu bapa berpendapatan bulanan tidak lebih RM900 yang hantar anak ke taska swasta
  • Bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500 kepada penjawat awam, dibayar mulai Januari 2014
  • Tahun 2015 diumum sebagai Year of Festival sebagai usaha berterusan galak kemasukan pelancong ke negara ini
  • Kerajaan akan laksanakan projek Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316 kilometer
  • Kerajaan akan laksana projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

 

Selepas bajet 2014 selesai diumumkan, apa yang melibatkan korang secara langsung?

Nota : aknh dikemaskini dari masa ke semasa

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. ya berdyukur saja berapapun itu bugetnya…

  2. Alhamdulillah. InsyaAllah, teruskan hidup mcm biasa. Bajet manusia pasti ada kurang tang mana2 pun.

    Harap pelaksaan bajet 2014 ni lebih baik berbanding tahun2 lepas. Lebih telus dan amanah.
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Siri Kesihatan 1:Oh! KolesterolMy Profile

  3. Sedang mencari kesan keatas saya 🙂
    Jom terjah post menarik dari azman ..Buat Duit Dengan AffiliateTemplate Foto BesarMy Profile

  4. terima seadanya. Kena belajar terima hakikat.
    Jom terjah post menarik dari titan ..SEDA Malaysia Open Day Blogger Workshop 2013My Profile

  5. Dapat juga br1m alhamdulillah
    Jom terjah post menarik dari hafiz ..Stiker lagiMy Profile

  6. naisb baik bonus dan BR1m masih ada..
    Jom terjah post menarik dari blogger lelaki ..Apa Itu Hak Asasi Manusia?My Profile

  7. kelantan memerlukan lbuhraya…xde lg dlm bajet…huhuhu…
    Jom terjah post menarik dari chekmud ..Kuih Bahulu Untuk TempahanMy Profile

  8. Saya tidak ada masalah kelajuan internet cuma pembekal telekomunikasi memperkenalkan kuota nama unlimited tetapi dibahagi 2 iaitu peak hours dan off peak. Masa penggunaan off peak diantar jam 2pagi hingga 6 pagi.
    Harap mereka dapat menyemak semula pembahagia kuota ini memandangkan kelajuan sudah bertambah.

    Bantuan pinjaman bagi perniaga kecil adalah sesuatu yang menarik kerana mengharapkan makan gaji agak sukar untuk menampun kos sara hidup yang tinggal di Lembah Kelang.

    • Tu betul tu. Lagi satu berkenaan bandwidth yang akan jadi perlahan mengalahkan kura-kura kalau dah habis bandwidth. Sudahlah harga internet mahal, ada bandwidth pula tu. 10 tahun dulu di Korea, seratus kali lebih laju berbanding di Malaysia hari ni. Kita jauh ketinggalan.
      Jom terjah post menarik dari HipMommy ..New York Skin Solutions ScamMy Profile

  9. hmmm…..x tau nak komen apa….bajet 2014 ni mcm………x perlah…ehehe

  10. salam
    terima kasih kakjie 🙂 ( kes malas nak dengar )
    *notes*
    link GST 404

Trackbacks

  1. […] yang diumumkan dalam Bajet 2014, bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah akan diteruskan pada tahun […]