Jadual Dan Harga Tiket ERL

Rancangnya nak ke Gathering Geng Blogger dengan komuter dari Rawang sampai Bandar Tasik Selatan. Kemudian ambil ERL ke Putrajaya. Kenapa tak transit kat KL Sentral saja? Tak gemar transit di KL Sentral, sesak.

Saya tak pernah naik ERL (Express Rail Link Sdn Bhd ) jadi mesti bersedia cari info di internet tentang jadual ERL dan tambang. ERL ada 5 stesen termasuk 3 stesen hentian.

  • Stesen Sentral Kuala Lumpur
  • Stesen Bandar Tasik Selatan
  • Stesen Putrajaya & Cyberjaya
  • Stesen Salak Tinggi
  • Stesen KLIA

Tren ERL pertama dari Stesen Sentral Kuala Lumpur ke KLIA berlepas pada pukul 5.00 pagi dan tren terakhir bertolak pada pukul 12.30 pagi dari KL Sentral dan 1.00 pagi dari KLIA.

Jadual ERL

  • Setiap 15 minit waktu puncak
  • Setiap 30 minit waktu biasa

Waktu Puncak – Isnin – Jumaat

  • 6.00 pagi – 9.00 pagi
  • 4.00 petang – 10.00 malam

Bukan Waktu Puncak

  • Selepas tengah malam – setiap 30 minit
  • Keseluruhan Sabtu & Ahad – setiap 20 minit

Semak Jadual ERL klik sini – Jadual ERL 

Tambang dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya – RM 5.30 ( dewasa ) dan RM 2.50 ( kanak-kanak )

*maklumat ini diperolehi pada 10 Julai 2010.

Rakaman suara pengumuman yang digunakan di dalam tren dan stesen-stesen perhentian KLIA Transit adalah rakaman suara personaliti berita terkenal Malaysia, Yusanani Yushak.

Sumber : wikipedia

Trivia :

Student Group Travel Package – discount up to 60% – hubungi Sales Team di nombor +603 2267 8888 (Mon-Fri 8:30am – 6:00pm )

©kujie – post berjadual – saya entah di mana2 antara puluhan blogger yang keluar pagi ini.

Apesal Tak Klik?

Comments

  1. says

    dah habis dah ni gathering tu…ni dah pukul 10.29pm, tentu dah sampai di rumah dengan kenangan manis berjumpa blogger yang lain
    teringin juga mendengar pengalaman yang kujie kongsikan bersama blogger yang lain tu… tapi tak de rezeki saya lagi
    dan teringin juga membaca pandang sisi kujie tentang gathering tersebut… mesti bagus dan banyak manafaatnya

  2. says

    Sebut ERL, teringat masa belajar dulu, berpeluang ke bengkel ERL ni dan merasa berjalan di bawah gerabak ERL tu. Semoga perjalanan kak jie dipermudahkan.
    Jom terjah post menarik dari Eizil ..Kenali Eizil -My Profile

Trackbacks

Leave a Reply

Your email address will not be published.

CommentLuv badge