Jangan pertikaikan saiz payudara isteri yang menyusui anak anda

Petang semalam saya melawat Kak Mas yang baru selamat jalani pembedahan di HKL . Dia adalah pesakit tahap 4 Barah Payudara. Pesakit dan orang yang melawat pesakit, kedua-duanya menangis.

” akak lebih putih, cantik, maklumlah tak keluar kena panas”

Dia ketawa walau di tubir matanya masih bergenang.

Bukan mudah untuk melihat walau segaris senyum di wad ICU, HKL. Hargailah senyuman itu dan semat kejap-kejap dalam memori.

Bercakap soal payudara , saya merayau mencari maklumat dan terjumpa tulisan Doktor Sakit Tuan Dr.Ismail Thamby yang popular di kalangan lelaki.

Seorang suami mengadu tentang saiz payudara isterinya yang tidak memenuhi kehendak selepas berkahwin sebulan.

Cara yang sangat berkesan ialah melalui pembedahan pembesaran payudara atau pembedahan ‘mammoplasty’ tetapi ramai berpendapat ia tidak ‘natural’ kerana payudara besar dan terjojol macam plastik.

Jika itu yang anda mahu, buat pembedahan itu kepada diri sendiri! Jangan dera isteri anda lagi sedangkan anda memilihnya sebagai isteri dalam keadaannya sebegitu sebelum ini.

Tidakkah anda tahu, Tuhan beri payudara kepada wanita untuk penyusuan bayi. Bukan untuk tayangan dan diramas.

Memang tak dinafikan tindakan meramas itu memberi perasaan ghairah kepada lelaki yang minat kepadanya, tapi jangan sampai mendera atau menyakitkan hati isteri dengan mempertikaikan saiz dan bentuk payudaranya.

Anda mungkin jahil mengenai payudara. Saiz dan bentuknya mengikut keturunan dan baka dan selain itu saiz dan bentuk payudara boleh berubah apabila wanita itu hamil dan memberi susu badan atau apabila badan wanita itu mula berisi.

Apabila badan susut dan pengeluaran susu juga berkurangan, payudara itu akan mengecil kembali dan boleh menjadi leper jika badan yang gempal itu susut ketara.

Paling mustahak ialah wanita itu menggunakan baju dalam yang sesuai untuk menampung payudara. Jadi hentikan tekanan kepada pasangan anda dan terimanya sebagai teman hidup dan ibu kepada anak anda.

Brovo …bravo doktor… Terima isteri anda seadanya selepas anda melafazkan akad nikah. Seks penting dalam perkahwinan tetapi saiz buah dada bukanlah satu-satunya perkara yang perlu difikirkan untuk membina rumahtangga bahagia. Ingat buah dada ada jual di kedai dan anda perlu pilih saiz yang dikehendaki?

Tetapi wanita pun patut dipersalahkan kerana menggunakan ciptaan Tuhan untuk jalan yang salah. Tuhan cipta payudara bukan untuk ditayang-tayang segala lurah dendam.
EA0894-004

Kepada ibu-ibu juga, kembali kepada fitrah, anak itu anugerah Tuhan yang tidak ternilai, mereka berhak mendapat makanan terbaik. Sewaktu proses menyusui, sejenis hormon dipanggil prolaktin terhasil dalam badan ibu. Hormon ini dapat mempengaruhi dan merangsangkan perasaan keibuan. Naluri keibuan lebih menyerlah, ikatan kasih antara anak dan ibu terjalin.

©Kujie – dilarang membaca entri ini dalam keadaan anda bernafsu.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. la sedih la bace ni…

  2. Sy ada sorang kawan yg susah nk dpt baby..lepas dh tunggu lebih kurang 5 thn Allah anugerahkan dia seorg bayi lelaki yg comel. Malangnya kwn itu enggan menyusui bayinya tp sibuk membeli krim itu ini utk cantikkan punggung n payudara. Mmm..
    Jom terjah post menarik dari Rina ..Tip Mudah Untuk DietMy Profile

  3. suke entri ni..hehehe

  4. waahh.. baca entri neh membuatku ukur buah dada sendiri. he he he
    Jom terjah post menarik dari Jard ..Dulu berkawan rapat- kini telah renggangMy Profile

  5. yang baik itu datang nya dari Allah…dan yang buruk itu datang nya dari diri kita sendiri…bersyukurlah dengan apa yang telah Allah anugerahkan kepada kita dengan seadanya….. jadilah isteri, ibu dan wanita yang cantik, murni, ikhlas dan jujur di mata hati suami, anak2 dan saudara2 lain….
    Jom terjah post menarik dari zulman ..Jahit Manik Baju Raya Anak DaraMy Profile

  6. hai…
    sy tgh sedih.suami sy pun ckp mcm tu..payu dara sy tak cantik..kecewa betul..sy mmg tembam sblm kawin..dah kawin lagila..ni dah ade anak lebih lagi…kdg2x tu berhari2x dia ejak sy dan bandingkan dgn memane perempuan yg dia tengok..kdg2x sy jwp jugak..tp selalu sy diam..masuk bilik nangis sorang..

  7. sy br lg nih…

  8. 😉 kak jiey…saya ibu yg menyusukan….suami tajk komen pun…hehehhee

  9. Masa sekolah dulu ada seorang kawan tanya ” kalau ko nak kawin, ko nak pompuan yang buah dada kecik kee buah dada besar”
    saya tanya balik “kalo ko..?”
    “aku pilih yang kecik sebab nanti bila dah kawin ada anak semua akan jadi besar jugak, ko?” dia jawab selamba.
    “err.. entah yek aku tak kaji dan tak penah terfikir pulak pasal ni..”

    Tapi sekarang kak jie dah buat saya berfikirlah.. heh!
    .-= nuaeman´s last blog ..Saya kini ‘expert author’ di Ezinearticles.com =-.

  10. setujunya gua > mungkin gua x bernafsu sgt ketika melayan entri ni 😈

    hahahaha ~
    .-= eldy´s last blog ..Download Mp3 & lirik Juara – Generasi Hebat =-.

  11. Bila cakap pasal payudara ni, aku teringat kat sorang pompuan kat tempat kerja aku, dia baru berumur lebih kurang 30 tahun tapi yang kesiannya dah kena kanser payudara.aku takut jugak kalau-kalau penyakit tu serang anak bini aku. tak pening kepala dibuatnya. Jadi aku pun cepat-cepat ambik kad hospital untuk anak bini aku tu…jadi aku syor la sapa-sapa yang tak dak kad tu lagi, ambik cepat-cepat.

  12. Kahwin kerana nafsu.bukan nak ikut sunnah Nabi.kahwinkan dapat pahala.
    boleh pula perli isteri saiz payudara yang tak menonjol.

    pembedahan payudara ada bahayanya.mana boleh tiada bahaya.
    seperti pembedahan muka.katakan plastik itu sudah lembik .muka tentu jadi hodoh.
    begitu juga payudara.takkan nak bedah sekali lagi kot.
    .-= mesticun´s last blog ..Disini disana suami isteri tanggungjawab =-.

  13. Sweet Hubby says:

    😆 ngueh ngueh ngueh! hehhe!
    .-= Sweet Hubby´s last blog ..Perempuan Nampak Tua Diusia Remaja Tapi… =-.

  14. Ade kawan saya sorang tu sangat mementingkan saiz payudara bila nak cari awek.
    kadang-kadang tu kalau muka perempuan tu cantik giler tapi saiz payudaranya kecik,dia tetap rejek..
    Tapi tu semua atas dasar nafsu je.Saya rasa kalau nak cari bini nanti mestilah dia nak yang solehah jugak akhirnye..
    Bagi saya yang paling penting biarlah pintar akalnya agar sedap mata menatap 😀
    .-= mario´s last blog ..Taylor Swift Berbikini Di Pantai =-.

    • @mario, macam mana cara dia ukur… 😆

      firtah manusia memilih yang cantik tetapi jika sudah menjadi isteri – tanggungjawap suami pula untuk mencantikkan isteri. :mrgreen:

  15. salam kak..

    nice entry..memule sy pk pon ingtkan entry breast cancer..
    Case breast cancer di radiotherapy dept HUSM pon cukup banyak..bukan tkde cancer lain,,tp kebanyakkannya breast cancer,almost 80-90% of everyday case.. ade yg dah buat surgery,chemo dan sebagainya.. sgt sayu bila melihat wajah mereka.. yang kental jiwanya masih mampu tersenyum dan ketawa.. yang dah smpai stage 4,treatment yang dilakukan sebenarnya hanya lebih kepada melambatkan proses cancer tersebut..
    Sebaiknya kepada akak2 dan makcik2 yg berumur 45thun ke atas,buat mammography..perlu buat screening test di hospital berdekatan..dan perlu jaga pemakanan..kesedaran yg lebih awal diperlukan.. 🙂

    • @ery, dah ada beberapa entri bab cancer – sejarah keluarga sebelah suami ada rekod cancer. Kawan baik suami juga baru meninggal kerana kanser prostat.

      Betul tu, stage 4 bukan mengubati lagi, kebiasaannya pesakit sudah bersedia dari segi emosi mengenai penyakit mereka.

      2-3 thn lagi kak jie pun 45thn. nak kena buat mammography.

      Terimakasih berkongsi maklumat

  16. kepada suami yg beristeri yg berpayudara tidak menepati piawaian, silalah amalkan makan sebarang ‘ubat kuat’, spt yg Dr Ismail laporkan, akibat makan ubat kuat, suami dapat payudara bersaiz luar biasa, lepas tu boleh lah ramas sendiri, tiap2 waktu teruja…. tak de lagi alasan sakit kepala atau bau badan isteri busuk,,, ramas sendiri je

    • @Aykay, sebenarnya semuanya bermula dari niat awal membina rumahtangga. kena ada ilmu untuk mencapai matlamat yang sepatutnya.

  17. Hahahaha entri yang bermafaat!

    Alhamdullilah tiada sebarang pandangan negatif dari suami ketika melihat bedendeng ku yang montoks !

    (siap announce to the wolrd ni kak jie berdendeng kita montoks!)

    Suami ni kalo banyak sangat komplen, jangan kedekut keluar belanja kalo isteri nak lotion laa krim laaa kasi kembang semangkuk balik! Ni komplen je isteri tak lawa, baju sehelai pon tak pernah beli.
    .-= jiji´s last blog ..BLOG MAKEOVER : LOVE IN IN THE AIR http://fozalin.blogspot.com/ =-.

  18. tersembur air nescafe maza sebaik membaca tajuk entry.. hehehehhe

    brovo doc. .thanks kujie..

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:
    .-= maza´s last blog ..Penampar Shoebox Selipar Jepun =-.

  19. Ada terbaca dalam suratkhabar tak ingat bila salah satu punca kanser ialah bahan kimia dalam makanan seperti ayam yang kita makan telah disuntik dengan tah apa-apa bahan kimia dan hormon. Sekarang ditempat saya terutama orang cina suka makan ayam kampung.
    .-= ebor´s last blog ..TARIKH REUNION =-.

  20. salam kak kujie..
    nice topic..
    patut di baca oleh lelaki2 yg bergelar suami n belajar2 la menghargai isteri..terutamanya yg menyusukan anak sepenuhnya…

    isteri cuba untuk berikan yg terbaik untuk zuriat dia juga..dan sekaligus dapat mengurangkan belanja..at least boleh jimat sehingga RM400 sebulan yg hanya dibelanjakan untuk Susu Formula..

    cubala untuk berfikiran positif. kecantikan tidak akan kekal. Hanya Allah yg kekal…

    fikir2kanla… 💡
    .-= rose´s last blog ..Camne nak cakap ek?? =-.

  21. CypherHackz says:

    Apa da Kak Kujie… Bagi warning di akhir artikel. Orang lain kali bagi warning tu di awal2 artikel. :mrgreen:
    .-= CypherHackz´s last blog ..Wajib Tonton – Senario The Movie 2 (Beach Boys) =-.

  22. kalau dah cinta, saiz tak penting…yang penting keikhlasan
    .-= Lan Bingka´s last blog ..Berkenalan dengan bius =-.

  23. salam kak kujie. saya sgt dh follow blog akak selama 3 bulan & saya sgt tertarik dgn gaya tulisan kak kujie yg sgt berkesan disertai dgn humour tersendiri. boleh saya link blog kak kujie dlm blog saya? 😉
    .-= khairul azri jamaluddin´s last blog ..abes dah.. =-.

  24. Teringat kat satu makcik yang sound aku time aku kerja kilang zaman muda remaja dulu bila sesekali menjeling kat operator pompuan kat depan aku yg pakai tshirt dengan round neck yg terbuka lebar dan menampakkan tali bra berwarna. Katanya “Uishh… buat apa mung nak gerang gerang dengan makanang budak tu”. Sejak itu ada satu persepsi baru bagi aku terhadap payudara yang boleh didapati hanya pada kaum hawa jer ni.
    .-= mazudi´s last blog ..Kawan kawan Facebooknya adalah perempuan perempuan seksi Indonesia =-.

  25. Kak jie,
    Entry yang menarik..thanks 4 sharing..
    .-= Madam Kerch´s last blog ..Fahrin Ahmad yang GANTENG..?? =-.

  26. ouh…thanx for sharing diz!
    .-= aidi-safuan´s last blog ..Appreciation Dinner MPP Uniten 08/09. Is it worth it? =-.

  27. syinrayafa says:

    ada terbaca keratan akhbar tu… dh nk separuh buang baru terbaca….soal jawab apa ntah dgn dr thamby…hehe…

    bkn ke laki ada gak kes kanser payudara…?
    .-= syinrayafa´s last blog ..Contest JerungPerkasa.Com : 10 Hosting Percuma Untuk Anda!! =-.

    • @syinrayafa, betul tu, lelaki pun ada kanser payudara

    • Anonymous says:

      @syinrayafa, aaa..btul tuh..lelaki pun leh dpt kenser..salah 1 yg dr ismail thamby sebut dlm paper baru2 ni..psl lelaki yg suke amik ubat utk kuat tenaga batin..ubat ni kebkykan leh sebbkan lelaki seakan2 ade payudara..@ mgkin juge ketulan kanser..so hati2la sape yg suke tibai ubat kuat tuh..kang xpasal2 jadik teratai layu ditasik madu… :mrgreen:

  28. sokong sgt2 dgn artikel ni.. saiz x penting sume tu.. (asalkn ade ckup laa..hehe..)
    saya pn pelik gak kadang2 laki ni nk yg besar2.. pastu bile besar sgt ckp buruk plk..
    pelik btol la jenis yg berfikir cmtu..

  29. ……”hati yg suci, sukar dicari”……
    .-= hafizmd´s last blog ..Aku Cukup Pelik! =-.

  30. bentuk fizikal takkan selamanya menarik..tapi..cinta yang ikhlas dari hati itu tetap akan kekal sampailah ke akhir hayat..

    maka lebih baik kita jaga dan semai kasih sayang dengan menjaga & membelai hati pasangan dari lebih mementingkan sifat fizikal yang sifatnya sementara.
    .-= nadinezuharra´s last blog ..:: Selamat Pengantin Baru.. =-.

    • @nadinezuharra, bentuk fizikal bukanlah sebabnya rumahtangga bahagia – tgok ramai wanita yang cantik-cantik masih gagal juga mempertahankan rumahtangga.

      perlu pada niat yang betul

  31. Salam hormat wahai kujie.

    Bacalah dengan santai, berfikiran terbuka, kalau terasa bernafsu pun tidak dilarang, dan yang terpenting, kena ingat KITA SEMUA MAKHLUK CIPTAAN ALLAH !

    Jangan pembohong dan jangan temberang. Orang lelaki memang suka melihat bahagian tubuh anggota wanita. Samada payudara, punggung khususnya. Apatah lagi andainya bahagian itu terbuka sedikit, lagi geram.

    Seandainya sudah geram. Kembalikan hati dan perasaan gelora itu kerumah. Isteri adalah tempat paling sesuai dan halal.

    Ada wanita yang memiliki bentuk payudara dan punggung yang bisa membuatkan kaum lelaki tidak keruan. Memang kelihatan seksi. Maka, naluri lelaki akan terseksa.

    Seandainya sudah geram. Kembalikan hati dan perasaan gelora itu kerumah. Isteri adalah tempat paling sesuai dan halal.

    Kujie dan sekalian pembaca. Orang lelaki yang kurang dalam urusan agama, bukan sahaja tidak berpuas hati dan sering komplen tentang payu dara. Malah, kalau boleh mereka sentiasa mahukan isteri mereka mempunyai payudara yang cantik, menggunung, mengkal. Kalau boleh mereka juga mahukan isteri mereka memiliki punggung yang bulat, montok dan menonggek. Dan lebih dari itu, kalau boleh, suami mahuan isteri yang mempunyai faraj yang sentiasa ketat dan mencengkam.

    Aduhai lelaki yang bergelar SUAMI. Ya, aku juga seorang suami. TOLONGLAH. Lelaki terlalu memikirkan segala kesempurnaan dari isteri. Perlu diingat. Apabila sudah bertahun berkahwin dan segala Khazanah isteri telah dimiliki dan DIRASAI SEPUAS – PUASNYA oleh suami. Maka hendaklah diingat. Bentuk asal tidak akan bertahan lagi.

    Terimalah seadanya. Jagalah isteri sebaik – baiknya. Kalau buah dada isteri mengecut atau tidak seksi. Itu bukan kehendak isteri, tapi itu juga adalah hasil ‘sentuhan’ suami. Kalau punggung isteri tidak menarik, juga bukan kehendak isteri, tetapi adalah hasik ‘kerja’ seorang suami. Dan kalau faraj isteri tidak ‘se-ketat’ dahulu, itu bukanlah kehendak isteri, tetapi adalah hasil ‘dikerjakan’ oleh suami.

    Yang penting. Bawalah isteri yang tidak ‘cantik’ itu untuk tunduk dan patuh kepada Allah. Bawalah ‘amalan’ yang CANTIK kehadapan Allah.

    Kalau ada sesiapa yang masih bernafsu. Maka, bawalah isteri ….. dan ‘sentuhlah, belailah, kerjakanlah semahu – mahunya … kerana itulah HAK anda, walau tidak cantik.
    .-= Abang Long´s last blog ..BOMOH. Bijak Wang. =-.

  32. cik zatil says:

    kak jie nice info.. hargailah ape yang ada sewajarnya.. kebahagian bukan terletak pada kecantikan tubuh badan..errmm..am i rite? cintailah seseorang kerna hati & budi..

    • @cik zatil, kita org perempuan pun ada tugas, utk menyedarkan mitos buah dada hanya utk seks.

      kena pelihara, jgn nak tayang2 kt org yg tak sepatutnya…skrg ni risau dgn ‘baby shirt’ yg berlambak2 kat pasaran..kalau tiada permintaan, tak mungkin pengeluarkan sediakan baju seperti itu, kan

      • @Kujie, btul tuh kak jie..skrg lau kuar p mane2 pun..my wife mesti de ckp camni “pelik btul pompuan nie..napela asyik dok tayang ajer..”…atau “tudung dah cantekk..tang dada plak bon*** …”…adusla…

        moge kite sentiasa dlm lindungan rahmat Allah jue..ameen..
        .-= hafizmd´s last blog ..Aku Cukup Pelik! =-.

  33. stuju dgn entri kak jie ni..thanks utk entri yg sgt bgus utk same2 difahami oleh setiap suami mahupun yg blum kawen..

    isteri saye alhamdulillah sgt sabar dan passion dlm menyusu bayi..tp dah hampir 3 minggu my wife xdpt susukan anak sbb kene outstation..wife mmg rase sedey smpai nangis..saye hanye mampu tenangkan die..

    pada saye n suami2 lain..jgn kite pk sedap sendiri ajer..kene jugak pk pengorbanan isteri dlm nyusukan baby..bukan 1 perkare yg mudah tuh…

    saye sgt kagum dgn wife2 yg nyusukan baby dgn penuh sabar..
    .-= hafizmd´s last blog ..Aku Cukup Pelik! =-.

    • @hafizmd, ramai yang gunakan berbagai alasan kenapa gagal menyusukan anak – kena tekun dan jgn takut kehilangan bentuk badan kerana itu… apa yg kita dpt dari proses penyusuan lebih banyak dari badan yang bergetah…. nilai tu bukan kita dpt hari ini, esok atau lusa tetapi 5, 10, 15 thn lagi..sewaktu anak2 kita menjadi remaja.

      zaman skrg ni tak sama dgn zaman kak jie, kami tiada kemudahan /panduan/ kumpulan sokongan/maklumat – mencuba sekali, gagal dan luapakan..skrg ada ramai sokongan dari kawan2 diinternet…ada group yang saling membantu

  34. beza akhlak anak yang diberi susu ibu dan susu lembu memanglah lain. pengorbanan untuk mendapat faedah yang ghaib ini memang perlukan mujahadah. tak kurang ramai ibu yang tidak menyusukan anak kerana nak menjaga bentuk badan tapi mak mertua saya mempunyai 12 anak yang semua diberi susu badan dan bentuk badan nya sekarang bagus dan awek muda.
    .-= denaihati´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.

    • @denaihati, betul tu…wahhh..tiba-tiba teringat mak mertua yang ada 11 orang anak..masih kuat dan cantik

      perempuan kena betulkan pemahaman untuk menjaga kecantikan buah dada dan mengabaikan anak.

      aset tersebut dicipta khas untuk menyusukan anak – nanti di soal apa yg telah kita gunakan utk tujuan itu.

      kebaikan sgtlah banyak dan satu2nya berkaitan emosi antara anak dan ibu, itu tak akan dapat mencari dimana-mana….hanya ada pada dada ibu yang menyusukan anak.

    • @denaihati, setuju sangat yang ini. bukan nak kata apa..tapi dah banyak contoh. dalam family pun ada contohnya. yang diberi susu ibu semua alhamdulilah lain sikit n degil sikit2 lah..tp, yang susu lembu..adoi. susah nak cakap :roll:
      .-= Lizz´s last blog ..KB Mall runtuh =-.

  35. oh, ingatkan kak jie nak cerita pasal kanser payudara td~ hehe~
    btw, mak saya juga salah seorang pengidap kanser payudara juga. dah buat pembedahan lebih kurang 6 tahun yg lepas. sampai sekarang masih lagi ulang-alik ke HKL sebulan sekali untuk buat check doktor~ 🙂
    .-= Akuro San´s last blog ..Do You Hate Me? =-.

    • @Akuro San, dah banyak entri kat blog pasal kanser – ramai org tersayang di sekeliling kak jie pengidap kanser…jadi tak perlu nak sayu – sayuan

  36. sepatutnya memilih pasangan itu satu hal. tetapi setelah dipilih dan mencapai piawaian pula satu hal. jika sudah dipilih dan dirasakan ianya jodoh, maka isu seperti ini tak perlu timbul kan kak?

    terima seadanya. yang peling penting payudara bukanlah satu jaminan untuk kebahagian selamanya. dan pula berdirinya masjid biarlah beserta niat yakni kerana allah ta’ala.

    ps – berjaya merempuh entri ini tanpa nafsu. kejap lagi cari orang umah nak test (kah3)
    .-= megat´s last blog ..Sekatan Mental, Sungguh Tersekat Dan Melekat =-.

  37. Kalau yang dah kawen baca entry ni ketika bernafsu tak salahkan? 😀

    erm, buat apa nak dibesar-besarkan dengan plastik tu.. sangat buruk ah!
    .-= mrkay´s last blog ..Senarai Pemenang Anugerah Skrin 2009 =-.

    • @mrkay, nota amaran tu letak kat bawah…maksudnya dah baca pun.. 😆
      harap2 pencari bab2 macam ini akan insaf lepas baca entri ini… 😆
      jgn fikir utk diri sendiri saja, jgn fikir sebab nafsu saja

    • erm.. tumpang mencelah kat sini lah kak jie eh.
      haha.. malu seh kak jie cakap nak tunggu komen aku.
      xceli pada dasarnya memang itu yang jadi perhatian.
      tapi sekarang ni baru aku paham kenapa keadaan dan bentuknya
      macam tuh.

      kepada lelaki lain (suami).. terimalah seadanya.. jangan jadikan ianya satu tekanan
      untuk isteri. sesungguhnya ia satu penzaliman.