Jangan tenung, hati saya mudah cair

LogoKomuter Jangan tenung, hati saya mudah cair

Komuter mula² beroperasi di laluan Kuala Lumpur -Rawang pada 3 Ogos 1995 secara percuma sehingga 11 Ogos 1995. Pada 14 ogos 1995 barulah komuter beroperasi secara komersial. Saya adalah antara ribuan penumpang yang mencuba secara percuma untuk pertama kalinya perkhidmatan ini. Sanggup berasak-asak anak beranak untuk menjadi salah seorang rakyat yang mencipta sejarah menaiki sistem pengangkutan paling canggih waktu itu.

Sedar tak sedar sudah lebih 10 tahun komuter KTM ini beroperasi. Dari membeli tiket di kaunter sehingga di mesin dan sejak 1 July 2005 telah menerima electronic payment system (EPS) – Touch ‘n Go.

Walaupun sudah lebih 10 tahun saya menaiki komuter, perasaan saya yang satu ini tidak pernah berubah. Saya tak pasti kenapa saya merasai sebegitu tetapi perasaan ini kadang² buat saya gelisah dan tidak selesa tiap kali menaiki komuter. Pelik sangat kan?

Tiap kali menaiki komuter, saya tidak selesa untuk duduk, saya lebih suka berdiri. Bila duduk, saya tak sanggup nak bertentang mata dengan penumpang lain yang berdiri, saya rasa kasihan dan saya rasa sepatutnya saya yang berdiri, bukan mereka.  Mudah sangat berasa belas kasihan.

Kalau naik dari Rawang, sebagai stesen pertama tentunya banyak tempat kosong yang boleh dipilih. Saya akan mencari tempat duduk yang belakang sekali , bukan dekat dengan pintu supaya penumpang yang akan naik di stesen kemudian seperti Segambut, Kepong tidak berdiri berdekatan dengan saya.

Sering kali saya berdiri memberi tempat duduk kepada orang lain, jadi notis kepada kawan² dan pengunjung blog ini………. kalau nampak muka macam makcik cun melecun di dalam tren, janganlah berhenti berkedip…terus pandang ..nescaya cairlah hati saya dan anda mendapat tempat duduk sebagai tukarannya.

ngeh….ngeh….

©Kujie ~ Kayuhlah biduk anda tetapi jangan halangi biduk orang yang lain….

Post Lain Yang Berkaitan

29 Responses to “Jangan tenung, hati saya mudah cair”

  1. anuarkarimz says:

    salam kak jie…saya kalu naik kl memang naik komuter dari nilai, park kete kat sana, senang psl tak nak tempuh kesesakan jlnraya kat KL :grin:
    anuarkarimz´s last blog ..Petua Murah Rezeki Dan Dijauhkan Kesulitan My ComLuv Profile

    [Balas]

  2. ohmerah says:

    kalau tempat yg nak dipegi tu jauh, cari gak la tempat duduk. Tapi kalau dekat, berdiri ajela..Eksersise.. :mrgreen:
    ohmerah´s last blog ..The Elegant of Nokia 5530 XpressMusic phone My ComLuv Profile

    [Balas]

  3. Hafizd says:

    hihi,,saya naek LRT kelana jaya~ ade ke makcik cun melecun tuh~

    salam lebaran~

    [Balas]

  4. takumi (@PHEA ) says:

    klau tempa duduk kat meja computer mak uda tu pulak macam maner erk…serba salah dibuatnyer nnt..~_~

    [Balas]

  5. kalau saya, tenung lama2 utk ngorat. tobat tak bagi seat.. haha

    [Balas]

  6. Eriyza says:

    Jrg bekesempatan naik benda alah ni sbb tak
    dok di hutan batu ttp dolu penah naik skali tp
    tak pasti lrt atau komuter. Pejalanannya agak
    jauh dan dia berenti byk stesen. :lol:
    Eriyza´s last blog ..Jam Berserta Tarikh My ComLuv Profile

    [Balas]

  7. Pocket says:

    the trick for being mean is..
    to sit down and close your eye like u’re having a nap.
    nobody would care anyway:D

    tp kalau ada nam makcik warga emas berhampiran.
    tak kisah la kemana jua destinasi… anda tetap salah
    kerana tidak memberi tpt duduk:D
    hahahahaha
    Pocket´s last blog ..233. Maaf yer pocketeers, My ComLuv Profile

    [Balas]

  8. tapi kan kak.
    komuter sekarang macam tin sardin~
    sesak dan sgt lmbat~
    oh malaysia tanah air terchenta!
    ♥chentatiku♥´s last blog ..::my dear cute adorable darling:: My ComLuv Profile

    [Balas]

  9. denaihati says:

    memang suka naik public transport sebab boleh jumpa macam-macam manusia tetapi kalau dah hari-hari maka kita tahu bahawa yang naik tu hampir semua orang yang sama… kena pulak kalau tahu jadual awek cun naik jam berapa maka ramailah pengikutnya…tak gitu

    [Balas]

  10. megat says:

    wah pasti seronok dapat tengok akak yang cun melecun cair sebab direnung. kalau lah ada ramai seperti akak, takdelah saya asyik berdiri bila naik komuter tu dulu (hu3).

    nanti bila akak nak naik komuter tu, bagi tau saya eh (kah3)
    megat´s last blog ..Gadis Cun, Tiada Beza Dengan Gadis Seksi!? My ComLuv Profile

    [Balas]

  11. mrs azmi says:

    mari tenung dan tenung lagi sampai kak jie bangun dari tempat duduknya! hehe

    lame sangat dah tak bersesak2 dalam tren… tak laratla dah.. lagi klu petang macam2 bauuuu ada!

    [Balas]

  12. Kak Long says:

    Dulu masa masih belajar, selalu jugalah naik komuter. Sekarang ni dah tak pernah lagi.
    Rindu gak nak naik komuter, untung2 ada makcik cun melecun tu bagi tempat duduk….
    Kak Long´s last blog ..Cinta Strawberi My ComLuv Profile

    [Balas]

  13. maza says:

    hmm..

    terasa takut pula hendak merenung…
    takut maza pula yang cair, tergamam melihatkan mokcik2 itew..

    terutama mokcik yg gigi tinggal tunggul gitew..

    hehehehhe

    psst: masa mula2 komuter ini diperkenalkan, thn 1995 itu juga.., maza pernah naikinya secara percuma..

    hehehe.. dari KL ke Rawang. membawa ke N.9 dan kandas di stesen besar keretapi KL.. aduhaii.. tak pasal2 kena naik teksi utk pulang ke kampus.. hehehhe

    psst: teringat lak ler mcm naik express rakyat.. kanzz? hehhee

    [Balas]

  14. tekkaus says:

    Takpe kalau cair, cepat tambah ais untuk bekukan diri. :p
    tekkaus´s last blog ..Jim Carrey Will Be A Grandpa My ComLuv Profile

    [Balas]

  15. Abang Long says:

    Salam hormat wahai kujie.

    Ada orang kata, kenapa Abang long pergi balik KL tunggang motor ? Dan bila ada duit lebih sikit satu ketika dahulu, Abang long naik teksi ?

    Jawapannya mudah sangat. Abang long ada MIGRAIN. Dan kerap kena migrain. Cuba bayangkan kalau duduk dalam komuter dalam keadaan ada migrain. Sudah pasti tidak mampu berdiri. Jadi, yang pasti, ramai yang menjeling pada Abang long. Mungkin mereka berkata dalam hati. Ini menjadi masalah terbesar.
    Abang Long´s last blog ..KERJA PERCUMA. 5 HARI SAHAJA !!! My ComLuv Profile

    [Balas]

  16. Melz says:

    cettt akak kujie mudah cair rupanya :P hahaha ok la tuh .
    Melz´s last blog ..Tinggal Kenangan Terindah My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Melz, jadi…korang jgn buat baik sgt… :mrgreen:

    [Balas]

  17. hihihihi….. macam aiskrim.. cepat cair… hidup biar sedap :D
    kutaksempurna´s last blog ..솔직하게 얘기 My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @kutaksempurna, kelemahan juga sebenarnya ni

    [Balas]

  18. Azfarul says:

    kalau nampak muka macam makcik cun melecun di dalam tren, janganlah berhenti berkedip…terus pandang ”
    huhu…baiknyer hati :D
    Azfarul´s last blog ..Lady GaGa’s AMAs Performance My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @Azfarul, tapi….setahun kak jie naik komuter adalah 3-4 kali

    so kebarangkalian nak jumpa tu tipis lah sgt

    [Balas]

  19. arin says:

    wah, lama gile arin tak naik komuter..takde chance rasa nya nak kelip2 mata ngn kakjie..:)
    arin´s last blog ..Daughters..Part 14 My ComLuv Profile

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @arin, tunggu anak2 dah pandai jalan, umur 4-5 tahun
    bawalah dia org arin
    pengalaman menarik tau naik tren dgn anak2

    [Balas]

  20. wahh… sebegitu sahaja? nanti boleh pratis lah… wakakakaka

    [Balas]

    Kujie (@kujie ) Reply:

    @ahmadsufi6177, moga dpt bertentang mata dgn kak jie dlm tren
    baru boleh praktis :lol: :lol:

    [Balas]

  21. cheryna says:

    thanks sebab menceriakan hari sha nieh:)

    kak jie mmg baik. jarang2 sekali org dpt tpt duduk dalam komuter.
    kadang2 tersentuh hati bila tgk budak2 sibuk bermadu asmara dan biarkan makcik tua berdiri. ntahlah.

    thanks kak jie sebab masih melawat blog sha.
    cheryna´s last blog ..orkid’s cafe: chick digs scars My ComLuv Profile

    [Balas]

  22. Mak Su says:

    haaaaa? pandangan makrifat tu… :)
    Mak Su´s last blog ..Lelaki dari marikh? Perempuan dari venus? My ComLuv Profile

    [Balas]

  23. waaa kena pandang2 jeling2 lah ni hik hik hik
    jarang dah naik la ni sebab laluan nilai- KL ya ampun padat kalah sardin dalam tin
    sangat mencabar.

    Pesan moral yang akhir tu sangat lah bagus

    petang2 ujan turun :)
    Syahdu lak rasa ;-)
    iza~de~bintang´s last blog ..Lambaian Adha… My ComLuv Profile

    [Balas]

  24. kruel74 says:

    Cepat cair ya… :mrgreen:
    kruel74´s last blog ..They don’t make them like they used to… My ComLuv Profile

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled