Kenal Bell Palsy?

By Jie, 29/06/2009 8:04 am
Hujung minggu lepas saya balik kampung. Macam biasalah kalau dah berkumpul saudara mara ipar duai banyak topik  sensasi yang disembangkan dari kes MJ, Selesema Babi atau tema baju raya keluarga masing-masing untuk tahun ini.

Tiba-tiba sampai kepada satu topik baru bagi saya – Bell Palsy bila kakak ipar bercerita tentang anaknya yang pernah mengalami, biras saya bercerita tentang kawan sepejabatnya yang sedang menderitai penyakit ini.

- Google Image

- Google Image


Bell Palsy adalah Lumpuh Otot Muka.
Bell Palsy bukanlah sejenis penyakit stroke tetapi kelumpuhan pada sebelah wajah. Seperti contoh kelumpuhan mata yang tidak boleh mengenyit, pipi yang tidak boleh bergerak, hidung, telinga mulut, muka yang herot dan lain-lain lagi yang melibatkan wajah. Bell Palsy hanya menyerang syaraf wajah tetapi fungsi tubuh lain berjalan normal dan kebanyakkannya berpunca daripada jangkitan virus seperti herpes atau influenza.

Saraf pada muka membolehkan seseorang itu tersenyum, masam dan melahirkan ekspresi wajah. Namun, gangguan pada saraf muka menyebabkan saraf muka lumpuh. Perkara paling serius apabila berlakunya Bell Palsy adalah penjagaan mata kerana ia tidak boleh ditutup sekali gus memudahkan kornea tercedera. Bell Palsy bukan satu penyakit sebaliknya gangguan yang disebabkan oleh banyak penyakit.

Bagaimanapun, Bell Palsy adalah masalah sementara kerana ia boleh dirawat. Namun, masalah itu masih boleh berulang.

Perlu dapatkan rawatan dengan segera dan ikuti beberapa siri terapi dan hindari dari wajah terkena hembusan angin secara terus ke wajah. Antara penyebab lain adalah terlalu lama berada di dalam ruang berhawa dingin atau pun mendapat semburan penghawa dingin atau kipas yang secara langsung tepat ke wajah

Cegahlah penyakit ini dengan menggunakan helmet penutup wajah untuk mencegah angin mengenai wajah jika menaiki motor dan jika tidur menggunakan kipas angin, jangan biarkan kipas angin menerpa wajah secara langsung. Jika kipas angin terpasang di siling, jangan tidur tepat di bawahnya.

Selepas bersenam dan berpeluh, JANGAN mandi atau mencuci wajah dengan air yang sejuk. Sekiranya mendaki gunung, gunakan penutup wajah / masker dan pelindung mata kerana suhu rendah, angin kencang, dan tekanan atmosfera yang rendah berpotensi tinggi menyebabkan Bell Palsy.

Post Lain Yang Berkaitan

40 Responses to “Kenal Bell Palsy?”

  1. honey says:

    tgh kena la ni…mula2 sedih gila ingat stroke…mcm2 terbayang…dh jmpa DR baru tau…tolong doakan cepat baik yer…TK atas info ni……

  2. chokilala says:

    oh, baru tahu tentang penyakit ni. aiyoo bahaya ye. kalau kipas tala ke muka waktu panas, oh syoknya. tapi sekarang ni dah tau, xleh la buat macam tu kan? :???:
    chokilala´s last blog ..Ryehanna di Chokilala.com! My ComLuv Profile

  3. Zana says:

    baru dgr cerita pesakit nie last 2 months.

    dia amik produk dr german namanya fitline. skang nie wajah kembali normal. badan pun fit. se fit harga barangnya. hueheuheuehue…

    but.. produk tu sgt bagus utk org yg kena penyakit nie.

    (er… org yg amik produk nie kalau tgk muka tak sangka umurnya 50++. muda you… :) )
    Zana´s last blog ..Sejarah Berulang My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @Zana, mcm salegirl je zana nie…hehehehe
      anak saudara kak jie buat terapi kt hospital swasta kt Klang, dlm 2-3 bulan dah baik…kos perubatan hampir rm 1 K tapi yg paling tak best insuran tak cover. :|

      • Zana says:

        @Jie,

        uish… sabar je la. rasa zana kalau amik yg insurans utk wanita pun rasanya tak cover. masaelah nie kerap gak melanda kat org sekarang nie. byk pikir! :D

        terapi tuh lebih kurang rega mknn tu gak ka jie. :) asal sihat, alhamdulillah…
        Zana´s last blog ..Bengang! My ComLuv Profile

  4. [...] Wife aku pun dah tido, penat agaknya maklum la orang tengah berbadan dua.Aku tertarik baca artikel Kak Jie berkenaan Bell Palsy, menarik entri Kak Jie kali ni. Kak [...]

  5. Kak Long says:

    baca N3 ni ghisau pulak dibuatnya..
    Nasib baik bilik darjah, lum lagi ada aircon, kipas lak kekadang rosak…
    selamat!
    Kak Long´s last blog ..Sebilah pisau dan sebaris kata-kata My ComLuv Profile

  6. iza says:

    oo nama penyakit tu encik bell… teringat masa sekolah, ada cikgu sorang kena penyakit ni. kesian dia. ada budak2 nakal gelak kat dia bila tengok dia bercakap :sad: .
    rasa nak luku ja kalau tengok perangai cenggitu :evil: huhu cam berani
    iza´s last blog ..Cerita Saya dan Putu… My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @iza, dia dpt nama dr Scottish anatomist Charles Bell. Ramai yg tatau , Kak Jie pun..tapi kalau kita tgok muka org mcm tu, mmg kurang ajar lah kita dok gelak2 pada ciptaan Allah….bukan diminta jadi mcm tu , kan..nak2 bila kita tau itu sejenis penyakit

  7. shay says:

    menakutkan macam ni punya penyakit pun ada ke… :???:
    shay´s last blog ..SIAP JUGA… My ComLuv Profile

  8. tekkaus says:

    Kena penghawa dingin pun akan dapat bell palsy? War…bahayanya! =( Macam ni kena jual hawa dingin dan jangan guna kipas angin lar! ha :P

    • Jie says:

      @tekkaus, kalau hembusan dia direct tepat ke muka..kalau boleh biar dia swing

      kalau tak mau…bagi le kat kak jie…tgh panas membahang ni :grin:

  9. suara says:

    Salam kak jie…
    Su ada senior nasa belajar dulu yg hadapi masalah ni. Tak perasanpun yg dia tak boleh kelipkan mata sehingga diperhati betul-betul.

    Tapi masa kali terakhir jumpa, su perasan yg dia susah nak senyum. Tak macam zaman kami belajar dulu. Ingatkan dia dah berubah kelakuan, rupanya sbb dia ada masalah ni… Entah bagaimana dia skrg… lost contact. Moga Allah sembuhkan sakitnya….
    suara´s last blog ..Rajuk selipar…? My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @suara, anak saudara kak jie pun..masa tu dia tgh bercuti semester, bolehlah pergi terapi…bangun pagi tiba2 muka herot…

      Insyaallah boleh sembuh…penyakit ini sementara

  10. kisahsensasi says:

    memang ada kaitan dengan penjagaan kebersihan diri….
    kisahsensasi´s last blog ..Duit lama boleh melengkung My ComLuv Profile

  11. marzuki says:

    aku takut la dengan entri ni, aduh. tobat. ;-)
    marzuki´s last blog ..Pengiklanan My ComLuv Profile

  12. fiezabaiduri says:

    musim panas skrg ni, syok tido bawah kipas.
    fiezabaiduri´s last blog ..Movie : Transformers : Revenge of The Fallen My ComLuv Profile

  13. Lan Bingka says:

    oo..baru tahu..
    kalau dalam BM tu jugak ke nama dia?
    Lan Bingka´s last blog ..MJ yang disalahkan My ComLuv Profile

  14. ALAF 21 FC says:

    Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.

  15. N.H says:

    Maklumat yang baik. Semoga kita beroleh manfaat dari entri.

    • Jie says:

      @N.H, semoga kita tahu dan beringat2…sbb saya pun baru tahu walaupun ada saudara terdekat yg kena

  16. maza says:

    hmm nasib baik dah beli dan pakai helmet full face to kanzz.. vromm vromm vrooommmmmm….

    hehehehe

    :mrgreen: :mrgreen: :mrgreen:

  17. TokNabe says:

    Awalnya tak tahu istilah tu, sekarang dah tau. :D
    TokNabe´s last blog ..Mencari rezeki My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @TokNabe, tahu lah juga..saya tak pernah tau
      bila kakak ipar bercerita, biras pun bercerita
      rupanya penyakit ini ramai yg kena :???:

  18. Tie says:

    Ooo…ingat ia penyakit stroke…

    Info yang menarik!!
    Tie´s last blog ..Mari melancong My ComLuv Profile

    • Jie says:

      @Tie, betul Tie… mula2 tu ingat stoke..tapi bila dah jumpa doktor, dia cakap bukan stroke…salah satu punca adalah stress.

  19. MakanMalaya says:

    teruk jugak penyakit neh ek
    harap2 dijauhkan la.
    MakanMalaya´s last blog ..Makan Mania – Semua Kerana Makan. Hehe Cool La Blog Neh! My ComLuv Profile

Panorama Theme by Themocracy

Malaysia Web Hosting