Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai Tembat

Ada kawan hantar messege yang dicopy paste dan minta saya mengulas mengenai isu Empanan Kenyir 2 yang didakwa sebagai punca negeri Kelantan dilanda banjir yang teruk pada tahun ini. Malas sebenarnya sebab dah beberapa minggu tak upate blog. Momentum belum berada pada tahap yang memuaskan. Lemak tepu menyebabkan jejari malas menekan papan kekunci.

Saya ada share beberapa gambar dengan kawan-kawan di Twitter dan Instagram dan bila mood dah rajin sini, barulah nak update kat blog. Ok saya akan jawap isu ini berserta bukti bergambar.

Projek Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu ini belum diberi nama secara rasmi tetapi kebanyakkan orang memanggilnya sebagai Kenyir 2.

Bila cakap dgn Loh…dia maklumkan aku 1 info yg buat aku tersentak dgn perihal Sungai Tembat ni.
Sungai tembat blh lah aku katakan anggaran 300meter lebih tinggi dr aras air tasik kenyir sekarang
Apa yg mengejutkannnya sekarang diatas puncak sg tembat ini sdg dibina 1 lg dam utk sistem janakuasa baru..Loh kata projek kenyir 2
Aku x prnh tahu dan mugkin kita x prnh tahu perihal projek kenyir 2 ni
Skrg kerja2 menebang balak d aliran Sg Tembat sdg giat dijalankan serentak dgn proses penakungan air
Penebangan balak awal dilakukan krn x mahu berlaku pembaziran balak sebagaimana yg tlh berlaku semasa projek tasik kenyir sediada skrg.
Berapa org yg dimaklumkan perihal ini? Hatta org politik pun mungkin x semua yang tahu

Bila sampai musim tengkujuh hujan yg lebat byk berlaku sekitar hulu …aliran air yg byk melimpah akan merosakkan empangan yg sdg dibina…salah satu cara adalah membiarkan air tersebut memenuhi aliran sebelah hulu sungai… (hulu Sg. Tembat berakhir di gunung-lihat google map) mustahil air tersebut d lps ke Tasik Kenyir krn ianya akan merosakkan empangan yg sdg dibina di hilir..dan jika dialir juga air tersebut, maka ada 2 keadaan yg mungkin berlaku..

1)empangan kenyir akn menerima takungan air yg terlampau byk  .Jika ini berlaku maka seluruh Terengganu akn menerima nasib sebagaimana Kelantan terima skrg

2) tembok pintu empangan yg sdg dibina akan musnah dgn kekuatan air ini akan menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Kalau d search dgn map google..kita akan lihat Sg Tembat sebenarnya bersebelahan dgn Kuala Krai, Dabong, Gua Musang, Manik Urai..

Limpahan air kenyir 2 inilah yg mnyebabkn Kelantan menerima nasib yg buruk…kwsn sekitarnya bertukar menjadi tasik segera..

Mmg TNB maklumkan bhw TNB Tasik Kenyir x lps air..info itu adalah utk tasik kenyir sediada…manakala kenyir 2 x termasuk dlm fasa kenyir sediada…kenyir 2 blm diisytihar jd ianya dianggap limpahan air sungai biasa
Krn itu kalau kita lihat kenyataan TNB..paras air tasik kenyir jauh lg dr paras bahaya….persoalannya Knp begitu?...x lain x bukan adalah krn air hulu yg sepatutnya trn ke tasik kenyir..disekat oleh empangan kenyir 2..dan air kenyir 2 inilah yg menenggelamkan kelantan
Krn apa skrg baru berlaku?..krn mulai tahun ini baru berlaku sekatan air bermakna air mula ditakung dari empangan tersebut sdgkn pintu limpahan blm siap sepenuhnya…ada rakan2 yg memberi telahan bahawa banjir ini hanyalah curahan air hujan biasa cuma sungai kelantan x dpt menampung takungan air yg byk krn Kelantan x mempunyai jaluran sungai yg byk sebagaimana Terengganu

Sebelum kita pergi jauh, kita kena fahami dulu projek Empangan Kenyir 2 ini ada 2 empangan. Empangan utama iaitu Empangan Sg Puah yang ditambak tanah  dan empangan sokongan iaitu di atas Empangan Sungai Puah iaitu Empangan Sungai Tembat yang dibina dengan konktik.  Ada 2 jenis binaan empangan dan kedua-duanya berfungsi dengan tujuan yang berbeza.

Empangan Puah guna cara cut and fill berbeza dengan pembinaan Empangan Sungai Tembat.

Empangan ini terdiri dari beberapa bahagian yang utama.

  1. Empangan Puah
  2. Empangan Tembat
  3. Puah spillway
  4. Access Road
  5. Swicthyard
  6. Turbain House
  7. Terowong Puah
    • Intake
    • MAT (Main Access Tunnel)
    • Tail Race
    • ECV (Emegency Cable & Ventilation)

8. Terowong Tembat

  • Transfer
  • Access To Outlet.

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu

Ini adalah Empangan Sungai Puah – empangan utama dalam projek ini. Telah siap sepenuhnya dan InsyaAllah tak musnah dan rosak.

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 hulu terengganu 2

Ini adalah keadaan Empangan Sungai Puah pada 29hb Disember 2014. Kuantiti air belum mencapai tahap maksimum kerana pintu air empangan ini ditutup pada 01/10/2014. Boleh google berita ini kerana ada menteri yang datang merasmikan. Projek ini bukan projek rahsia, sila semak di laman werb TNB dan kontraktor yang terlibat. Mustahil orang politik tidak mengetahuinya seperti yang didakwa.

 

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2-1

Ini adalah spillway yang telah siap sepenuh.  Dalan pembinaan empangan, spillway adalah alur limpah iaitu tempat air keluar apabila takungan air di dalam empangan mencapai tahap maksimum.  Spillway ini kering kontang pada tarikh 17/12/2014.  Air yang melimpah melalui spillway ini akan memasuki Tasik Kenyir.

empangan kenyir 22014-12-03 14.53.32

Air yang keluar dari  spillway akan melalui alur limpah ini ke Tasik Kenyir .  Kawasan ini perlu dilimpahi air  untuk sampai ke Kelantan dengan melepasi banjaran gunung di sekelilingnya.

empangan kenyir 22014-12-03 14.55.29

Spillway dari arah dalam empangan… itulah level maksimim air di dalam Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu.  Gambar ini pada 17/12/2014

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 intake

Ini adalah paras air di Empangan Puah Intake iaitu laluan air yang akan memasuki tubin janakuasa pada 29/12/2014. Level air masih jauh daripada mencapai takungan maksimum.  Lebih kurang 15 meter.  Untuk takungan seluas tasik ini, 15 meter mungkin memerlukan beberapa bulan untuk dicapai.

Air yang masuk melalui Puah Intake ini melalui terowong masuk ke turbin dan menjana tenaga elektrik sebanyak 250Mwatt. Tenaga elektrik akan disalurkan ke swicthyard melalui ECV. Di swicthyard,  elektrik akan melalui ‘transformer’ untuk dikecilkan dan dihantar ke seluruh negara melalui rangkaian kabel sedia ada.

Setelah memusingkan turbin untuk menjana elektrik, air akan di buang melalui Tail Race Tunnel ke Tasik Kenyir bukan juga ke Kelantan.  Macam tu lah proses empangan hidroelektrik berfungsi.

empangan hulu terengganu

Saya di lokasi ini dari 01/12/2014 hingga 22/12/2014.

Dakwaannya air di Tasik Kenyir jauh daripada takat bahaya kerana ditakung di empangan ini adalah benar!  Tetapi dakwaan air tersebut melimpah ke Kelantan adalah tidak logik sama sekali kerana sekiranya air di dalam takungan ini mencapai paras maksimum, limpahannya tidak mungkin mendaki gunung sempadan negeri kerana air akan tetap mengalir ke hilir iaitu Tasik Kenyir.

Secara geografi, mana mungkin air mengalir ke hulu….memanjat gunung yang lebih tinggi daripada empangan.  Kedudukan empangan ini lebih rendah daripada sempadan negeri.

Empangan ini pun belum penuh airnya, macam mana boleh melimpah ?

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2 sungai tembat

Ini pula Empangan Sungai Tembat.  Inilah empangan kedua yang dibina untuk sokongan kepada empanan utama Empangan Puah.  Gambar ini saya ambil pada 17/12/2014.  Empangan ini tidak ditutup dan air masih mengalir melaluinya ke Tasik Kenyir.

empangan hidroelektrik hulu terengganuempangan kenyir 2

Air tidak bertakung seperti yang didakwa.  Empangan ini belum siap dan belum ditakung air. Kalau ada pun hanyalah limpahan air daripada hujan yang lebat pada waktu ini.

Kalau pun pintu Empangan Sungai Tembat ini ditutup, 2 minggu belum cukup untuk mengumpul air sehingga melimpah ruah ke Kelantan.

empangan kenyir 22014-12-12 17.57.45

Dari Empangan Sg Tembat, air dihantar ke Empangan Sg Puah melalui Puah Transfer Tunnel. Pada 17/12/2014 Transfer Tunnel pun kering kontang tak ada air pun.

Akhir sekali saya akan sentuh bab yang sensitif iaitu pembalakan. Apabila air di Tasik Kenyir menjadi keruh , projek ini dipersalahkan 100%.  Memang projek ini akan memberi kesan tetapi tidaklah 100%.  Projek ini dipantau dan kerja-kerja dibuat mengikut keperluan dalam undang-undang kejuruteraan pembinaan. Semua teres dan longkang disiapkan dengan baik supaya meminimumkan pencemaran alam.

Tetapi… pernah tak korang datang ke kawasan ini.  Melalui jalan ini – Jalan FT 185 Aring – Kenyir?

Kalau tak pernah, simpan dulu prasangka tersebut.

Lihat dengan mata kepala sendiri, pembalakan tanpa seliaan berlaku disekeliling projek empangan dengan tahap keluasan yang berganda ganda daripada keluasan projek ini.  Kalau projek ini diselia secara profesional, pembalakan disekitar dilalukan sesuka hati.  Kesan kepada pencemaran alam berlaku tanpa kawalan. Inilah peyumbang paling besar kepada masalah hakisan yang tidak terkawal.

Tak mungkin pihak berkuasa tidak tahu.  Orang yang tidak pernah melalui kawasan ini hanya tahu projek empangan baru yang dikenali sebagai Empangan Kenyir 2 sedang dibina dan itulah punca pencemaran hakisan tetapi projek penebangan balak tidak pernah diwartakan dan tidak ramai yang tahu.

 

empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-03 14.09.30

Lokasi projek ini lebih kurang 70km daripada bandar Kuala Berang, kampung terdekat adalah 35km. Elektrik dan air semua dijana sendiri. Sistem kumbahan semua diselia sendiri dan ada jadual pembentungan yang datang ke sini.

empangan hidroelektrik hulu terengganu2014-12-08 10.16.58
Kawasan penempatan pekerja juga ada perkhidmatan mengutip sampah tapi bukan dengan lori Alam Flora tu la…. Caterpillar tu

Nota Kaki Kujie :  Jangalah sebar benda yang kita tak faham apalagi kalau mengaku tidak tahu.  Untuk projek sebesar ini, ada ramai pekerja dan level kefahama yang berbeza.  Walaupun dia kerja di sini 3 tahun, belum tentu dia tahu dan faham keseluruhan empangan ini berfungsi.  Nota ini hanya menjawap mengenai tuduhan air dari Empangan Kenyir 2 yang menyebabkan banjir teruk di Kelantan.  Mungkin ada beberapa isu lain yang ditimbulkan, fokus saya hanya kepada tuduhan tersebut.

Nota tambahan :  Saya cuma domestic engineer ( suri rumah ) dan blog ini bukanlah menulis secara teknikal…maaflah kalau beberapa term engineering yang saya silap.  Kalau fakta saya mengenai punca banjir itu masih diragui, baca saja blog ini sebagai ilmu pembinaan empangan. Tengok saja gambar² ekslusif dari saya mengenai keadaan di empangan. Gambar² macam ni susah nak jumpa di google.

 

Edit 03/01/2014 – Gambar terkini Empangan Kenyir 2 ( Empangan Hidroelektrik Hulu Terengganu )

empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0005

Paras air di Tasik Puah pada 03 Januari 2015 masih dibawah paras pelepasan melalui pintu limpahan empangan ( spillway )

empangan kenyir 2 hulu terengganuIMG-20150103-WA0004

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. Wah sdkit sbnyak sy sudah tahu pasal empangan kenyir ni. Tq sbb kongsi

  2. terima kasih atas penerangan dari puan yang turun sendiri ke lokasi empangan untuk menjelaskan situasi yang sebenar, sedikit sebanyak ia merungkaikan persoalan yang melanda dalam masyarakat Malaysia.
    Jom terjah post menarik dari Dr Fattah ..Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

  3. Detailed.

    Saya sendiri tak pernah tahu pasal Kenyir2 sedalam ni. Hehe.

    Tapi itulah. Bila orang mula2 bercakap pasal Kenyir sebagai punca banjir di Kelantan, saya dah nampak tak masuk akal statement tu.

    Entahlah. Ulas panjang2 pun tak cukup ilmu lagi. Apa yang penting, banjir kali ni buka mata semua orang pentingnya alam sekitar dalam kehidupan. Tak jaga alam, makan diri sendiri akhirnya
    Jom terjah post menarik dari izwan ..Kenapa Menjadi Affiliate?My Profile

  4. Assalam kak…
    Penerangan yg menarik..bukan kepakaran org sebarangan utk buat penerangan bergini. Jd sy ingin bertanya, jika utk penuhkan air empangan sg tembat ni 2 minggu pun tidak cukup…bagaimana air sg yg sampai ke gua musang manik urai yg tidak sampai 3 hari boleh memenuhi manik urai kuala krai sehingga paras bangunan 2 tingkat?seolah memenuuhi sebuah empangan yg mempunyai keluasan beberapa bandar …musykil sy dari mana air itu dtg…kalau dikaitkan dgn pembalakan dan tadahan hujan..sejauh mana kuantiti air yg mengalir hasil dari kegagalan tanah utk manambat air…..mungkin akak ada idea dr mana air yg byk ini terjadi…

  5. Terima kasih kak jie sudi berkongsi.

    Hanya mampu baca komen2 dari atas smpai bawah…fuuuh!
    Jom terjah post menarik dari hafizmd ..Jom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?My Profile

    • HA HA HA… Kak Jie dah move on
      dah terangkan apa yang patut, jadi tak boleh nak paksa orang percaya
      kebanyakkan orang lebih percaya sumber whatsapp yang diterima dari seseorang yang tidak dikenali daripada seorang yang beridentiti jelas 🙂
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Brewers Yeast Menghalau Kutu KucingMy Profile

  6. Satu projek yang dibuat secara RAHSIA oleh beberapa orang yang berkepentingan didalm negara yang terkenal iaitu MALAYSIA…

    Kita rakyat hanya mampu melihat tangan2 ghaib yang semestinya tak nampk.. 1 pendedahan yang teliti dan jujur..Tahniah kak
    Jom terjah post menarik dari AlongMisuari ..Mini Giveaway by Syira Lokman.. 1st Join TauMy Profile

  7. Kak Jie nak syer kat wall FB boleh? Saya rasa mesti ramai nak baca entri ini.

  8. wah..bnyk ilmu yg sy dapat pasal empangan ni..sebelum nie x tahu ape2 pun walaupun setiap tahun masuk kenyir pegi memancing..hehe
    Jom terjah post menarik dari Vimax Malaysia Original ..Vimax 3D Izon HologramMy Profile

  9. Penerangan kak jie senang nak faham. Like banyak2..
    Jom terjah post menarik dari Sue ..Cara Merawat Ulser Mulut atau Mata Ikan Tanpa Perlu Berjumpa DoktorMy Profile

  10. Najib Hassan says:

    kak jie ada gambar yang full resolution? (bukan yang dah edit/crop) terima kasih kak jie!

  11. Dah lama ternanti-nanti entri penjelasan ni…based on facts, not hearsay.
    Jom terjah post menarik dari Malaysia Tercinta ..Jom Aktifkan MykadMy Profile

  12. Isu kononnya air masuk dari Thailand juga tidak harus timbul dan ia adalah momokan semata-mata.

    1. Empangan Banglang (Betong) kalau dibuka air dia masuk ke Sungai Pattani (bukan bandar Sungai Petani ok!) menghilir ke bandar Pattani dan habis di Gulf of Siam atau Laut China Selatan sebelah Siam. Kalau banjir sekalipun yg nak banjir teruk nya Yala dgn Pattani. Tak sampai pun ke Menaro/Narathiwat. Tak sentuh Sg Golok pun.
    2. Sungai Golok hulunya di daerah Waeng, wilayah Menaro. Sungai Golok ni tiada sebarang empangan di hulu.
    3. Kenyir (Kenyir-1 dan 2) kalau dibuka atau pecah sekalipun air dia akan masuk ke Sungai Terengganu, menghilir ke Kuala Terengganu. kalau betul dibuka air atau pecah, yg akan kena teruk Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu. pun tak sentuh Kelantan juga. Sudah-sudahlah mencari salah pihak lain.

  13. Penerangan yg baik. I guess utk banjir kali ni perlu post mortem berskala besar utk check di mana puncanya
    Jom terjah post menarik dari Jazilah Ilyas ..Tiga Promosi Terbaik Pembuka Tahun 2015My Profile

  14. Baru baca psl empangan ni kat berita harian yg tahun lps. Then dpt peneranganlengkap di sini. Thanks sis
    Jom terjah post menarik dari Jazilah Ilyas ..Tiga Promosi Terbaik Pembuka Tahun 2015My Profile

  15. penerangan yg jelas n ikhlas…

  16. Kak Kujie. Terima kasih atas penjelasan yang sangat terang dan penuh fakta. Barulah betul. Ini pakai tulis je tak ada fakta pun. Jadi fitnah pula tu. Haih.

    Yang jadi mangsa, rakyat juga.. 🙁
    Jom terjah post menarik dari Amyz ..Selamat Datang 2015. Nilai Diri dan ResolusiMy Profile

  17. suka entry kak jie ni.. maaf kak baru sempat baca.. memang betul kata orang kan berkata benar tu memang pahit..
    Jom terjah post menarik dari rozita ..Wordless Wednesday # 72 : MatahariMy Profile

  18. Pelik jugak ya,empangan yg disebut kurang menerima air,sedangkan empangan negeri lain sampai melimpah..
    Jgn buat cerita katon..

  19. Pencerahan yang panjang lebar. semoga ianya tidak lagi mengelirukan orang ramai. Rajin kak jie menulis panjang lebar.
    Jom terjah post menarik dari nasslimdiet2 ..Alpha Lipid Bee VenomMy Profile

  20. mohon pencerahan mengenai gambar semasa banjir facebook.com/johar.othman/posts/772807319421741

  21. Manusia sentiasa cuba mencari kesalahan orang lain utk menutup kesalahan sendiri, dgn fakta yang begini jelas pun masih ada pihak yang percaya banjir di Kelantan berpunca dari ampangan Kenyir 2.
    Hanya manusia berjiwa besar dan berlapang dada mampu bermuhasabah dan mengakui kesilapan sendiri. Terima kasih Ku Jie atas pencerahan yang terbaek, namun kita jangan mengharapkan semua orang akan mahu memahaminya. Tahniah, keep up your good job…

  22. betullah andaian saya kalau berdasarkan penerangan kak jie. Saya memang berpendapat pembalakan berleluasa. Husband saya selalu sebut banyak sangat lori balak keluar masuk dan tanpa pantauan. Benarlah kata Allah, bukit dan gunung adalah pasak bumi.
    Jom terjah post menarik dari Raihanah Ahmad ..Vitalea For Children Multivitamin Untuk Kanak-kanakMy Profile

  23. Satu pencerahan yang baik. Terima kasih akak!
    Jom terjah post menarik dari Mohd Shubhi ..Zizan Menang Tempat Kedua Perlumbaan Kereta Endurance RaceMy Profile

  24. Salam.. kak. saya boleh terima penjelasan akak. tapi saya masih musykil dari mana air tu datang. sebab banjir yang berlaku agak mustahil jika berpunca dari hujan sehinggakan stesen minyak pon tenggelam. arus air yang datang juga sangat deras.
    Laluan air tersebut bermula dari gua musang -> Dabong -> Manek Urai -> Kuala Krai -> Kota Bahru. Jika dikatakan dari Thailand, mustahil kerana Thailand berada di utara negeri Kelantan. Adakah mungkin ada sesuatu yang disembunyikan dari pengetahuan umum?

    • Noonstar007 says:

      Bro jebat kalau nak tahu mcm mana atau dari mana air tu datang, saudara kena study sedikit berkenaan ‘streams channels’. Di situ akan terjawap kenapa air tu sangat luar biasa derasnya. Allah menjadikan Sungai itu mempunyai nyawa, sungai mampu untuk merubah keratan rentasnya sendiri, TETAPI apabila tremendous discharge, extra super ordinary sediment load – maka sungai tu tidak mampu untuk melebar/mendalamkan dirinya. Lalu, overflow yang terlampau dan melampau pun berlaku. Saudara tahu bagaimana snowball terjadi? This is the opposite situation.

  25. Info yg sgt menarik. Perkongsian ilmu bermanfaat.
    Apa jua yang berlaku dengan kehendak Allah. Pasti ada hikmah.

  26. Terimakasih atas pencerahan. Tidak mustahil terdapat bahagian empangan tu penuh, cuba buat keratan rentas banjaran gunung sempadan kelantan di google. Terdapat bahagian yg aras tanahnya sekitar 200m yg boleh dilepasi oleh air dari kenyir, drpd gambar yg puan tunjuk tu penempatan pekerja sudah tentu berada diaras paling selamat dan terowong biasanya dilengkapi sistem shut down automatik. Walau bagaimana pun untuk kepastian pihak berkenaan perlu dptkan data dari satelit.

    • Encik, cuba zoom gambar 3 terakhir yang ada caterpillar tu….kaki langit garisan lurus yang sama aras bumbung bangunan hijau itulah empangan

      Lihat betapa dekatnya penempatan dengan empangan.

      Atau cuba zoom gambar no 4 dari atas ( gambar spillway ) , ada kawasan penempatan di aras rendah spillway.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Potong Kaki KucingMy Profile

  27. Sallam,
    Satu kemuskilan saya, ada beberapa kawasan jalan aring-kenyir rosak/banjir, air yg melimpah tu kemana, dan jkr memerlukan masa yang lama untuk repair. Adakah kerosakan terlampau besar telah terjadi, ini menambah lagi syak saya bahawa air kenyir2 ni telah lobos dgn kuantiti yg banyak ke beberapa kawasan dan seterusnya ke sungai lebir yg mengakibatkan flush flood.
    Kalau hujan lebat 3 hari berturut-turut pon, sungai masih boleh menampung seperti tahun2 seblum ini.

    • Wsalam

      Encik semak tak kuantiti hujan tahun ini berbanding tahun lepas? Saya tak semak dan saya tak tahu.

      Kalau air di Kenyir2 tu lobos, “orang-orang tersayang’ saya di sana dan semua pekerja di sana yang mati dulu sebelum orang-orang di tempat lain. Ada lebih 500 orang dan ada yang bekerja di dalam terowong. Mereka yang lemas dulu
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Pengalaman Potong Kaki KucingMy Profile

  28. Sangat mendalam kak jie. Sekarang baru saya faham dari mana sebenarnya limpahan air bercampur selut yang menenggelamkan kelantan.

  29. aku jugak menerima benda yang sama… jadik tepanggil tengok google dan tengok terengganu/kelantan disempadani dengan puncak (ridge) banjaran gunung…. cuma setakat ini tak pasti samada lokasi kenyir2 tu… klu diutara tengganu(dlm negeri terengganu) memang benar dakwaan Kujie… tak mungkin air melimpah ke kelantan… kalu tengok di google memang terdapat banyak ‘clearing’ dibahagian bawah kelantan (selatan)…. fikir-fikirkan lah…. pernah bertugas diKetengah Terengganu dan sering ke Kenyir (sebahagian kawasan Ketengah)

  30. Anonymous says:

    btol doh gmbr kren temggelam tue..bile air penuh dalam sungai..hujan lebat plop..campur plop ngn air dari thailand..mmg bnjjr beso jadinyer

  31. Salaam.

    Excellent info. Thank you!

  32. Gambar yg kami dpt tuh macamana cerita pula…
    Kren tenggelam.. tinggal hujung nya saja.lihat gambar yg ke 9.. gaambar yg tersebar di media menunjukkan air melimpam dan kren ditenggelami air

    Gambar yg puan bg nie pun tiada tarikh diambil

    • gambar tu gunung ganang kiri kanan empangan tu tenggelam tak?
      kalau gunung ganang sekeliling gambar tu tenggelam, barulah air melimpah ke Kelantan.
      Rasanya dalam gambar tu, separuh kren saja tenggelam, berapa ketinggian kren?
      Berapa ketinggian empangan tu
      berapa ketinggian gunung ganang sekeliling tu

      Dalam gambar tu, air mengalir ke mana?

      Tasik Kenyir kan?

      Buka peta tengok lokasi Tasik Kenyir dan Kelantan di mana.

      Jangan percaya gambar saya, percaya saja apa yang saudara mahu percaya.

      Identiti saya jelas, SKMM boleh cari saya kalau saya menyebarkan berita dan gambar palsu.

  33. Terbaik!

  34. Terbaiklah sis!
    meluat bila org ckp pakai hentam.cis..cetek ilmu mcm air dlm gambar 3hb Jan 2015 tu.hee.

  35. 25 disember tasik kenyi air sampai parking kereta di gawi. Selama 20 tahun usaha boat house x pernah air besar macam ni. Utk lihat gambar bole tgk di fb boat house tasik kenyir.

    • Logik sebab tahun ni memang hujan sangat lebat. Itu pun air ke Tasik Kenyir telah disekat di Tasik Puah, kalau tidak lagi naik airnya.

  36. penjelasan yg bagus…panas jgk bile bace post psl kenyir jadi punca banjir teruk tu kat FB..tp xtahu cter tu betul ke x..prnh lalu jln aring-kenyir tu mase stdy kat matrik perak dlu..view yg cantek..arwah ayah ckp jimat mase ckit kalu lalu ikut situ..hehehe

    • Sekarang ni jalan tu di tutup ada tanah runtuh, refer entri sebelum ni ada gambar
      Rasanya akan ditutup agak lama kerana JKR beri keutamaan jalan utama yang lain dulu

  37. wah….ni kalah engineer bagi penerangan ……BTW terima kasih kerana bagi penerangan dari pihak berkecuali.
    Jom terjah post menarik dari Ann ..Project Hydroelectric Dam Hulu Terengganu.My Profile

  38. Kalam tuhan pun manusia boleh olah jadi pelbagai tujuan…
    Yang haqiqi … kekal dan abadiii ….

    Salam sejahtera …

  39. sebenarnya yeop malas ambil tau pasal empangan pecah datang dari mana entah. ada kata dari Thailand, ada kata dari sini. Entahlah, mulut manusia sering menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri tak nampak. sebab tu orang tau kongsi tapi tak paham. bila ceritakan benda betul nanti sentap satu grup, akhirnya diri sendiri keluar.

    dah melalut ceritanya, lain ceritanya lain keluarnya. rindu entri kak kujie punya pasal ni.
    Jom terjah post menarik dari Khairil Mazri ..Recommend Review: Mudahnya Beli RumahMy Profile

    • hahaha…ni tengah sentap kat grup mana pula ni… kak jie tak join banyak grup
      cuba elakkan diri dari ‘buang masa’ kat online
      ni dah 2 minggu tak update blog , kalau tak ada isu ni timbul, malas juga nak update. Ada kawan hantar message ni tanya pendapat.
      kak jie up benda yang sendiri tahu…kalau orang tak percaya tak yakin pun tak apa sebab kepercayaan orang bergantung ilmu yang dia tahu, tiap orang kan berbeza.
      Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai TembatMy Profile

  40. memang ada pihak cuba untuk manipulasi keadaan,mereka ada niat tertentu untuk mengaitkan sesuatu supaya ada sentimen ..lain-lain tak pandai yang kata lebih-lebih
    Jom terjah post menarik dari Kakiblog ..Menulis Cara HipnosisMy Profile

  41. sahih ker ni?? mna sumber ya?
    Jom terjah post menarik dari KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy ..Biodata Zizan Razak Dan Emma MaembongMy Profile

  42. 17 haribulan mane hujan lagi kan. banjir mula 20 haribulan keatas.

    • kalau hujan lebat 3 bulan pun, macam mana nak ke Kelantan
      kedudukan geogragi Kelantan tu disebalik banjaran gunung tu…air akan mengalir ke hilir…hilir sungai adalah ke arah Tasik Kenyir.

      Katakan 2 minggu hujan turun selebatnya 17+14= baru 31 hari/ Gambar level air kat Puah Intake pada 29hb

    • Mana mungkin air memanjat gunung. macam mana pun, air dari kenyir2 tak boleh nak pergi ke kelantan. Melawan graviti

  43. good info. kalau tak sahih & tak kaji sendiri jangan memandai2.
    Jom terjah post menarik dari Nazlin Decenza ..New Arrival Blouse Labuh Muslimah ZafiraMy Profile

  44. Penjelasan yang menarik. Pada saya, semua orang diperingkat atasan perlu duduk dan buat postmortem untuk melihat punca sebenarnya. Lepas tue cari jalan penyelesaian. Bukannya saling menyalahi. Semoga kita dapat sama-sama membantu mangsa banjir ini.. Sekarang nie kita perlu lihat stage ke3 dimana aktiviti selepas banjir surut untuk proses pembersihan dan pemulihan. Semoga Allah memberi mereka ini kekuatan.

    Jom terjah post menarik dari Azura ..Promosi Tahun Baru Januari 2015My Profile

  45. Banyak fakta sebenarnya tidak tahu. Kadang-kadang yang membuatkan andian sendiri tanpa mendapatkan fakta yang sebenar terlebih dahulu.
    Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Coklat daim LangkawiMy Profile

  46. Ok. Baru faham….
    Baru faham kenapa tak boleh share sebarangan 🙂
    Jom terjah post menarik dari Azwan Anuar ..Perjalanan Harimau Malaya Di Piala AFF Suzuki 2014My Profile

  47. wahh penerangan lengkap..pasti dapat menjawab teka-teki banjir..rasanya kesilapan besar dari pembalakan haram yang tak dipantau..sama je mana-mana negeri.

Trackbacks

  1. […] PINGBACK NEGARAKU.MY: Kenali Empangan Kenyir 2 Hulu Terengganu- Empangan Puah & Empangan Sungai… […]