Kenapa kita menguap?

By Kujie, 15/04/2009 8:22 pm

Sejuk² macam ni …menguap je kan?

Penerangan saintifik menyatakan yang kita menguap disebabkan oleh keperluan fizikal. Selain daripada kepenatan, kita juga menguap kalau darah kekurangan oksigen. Ada juga teori yang menyatakan menguap dapat melaraskan suhu badan.  Sesetengah orang menguap kalau rasa bosan.

ooopppp.....lalat masuk tu

ooopppp.....lalat masuk tu

Kenapa menguap boleh berjangkit?

Tengok orang lain menguap, kita pun nak menguap ye….ooopppp…tutup mulut dulu.

Bila kita lihat orang menguap, otak kita proses informasi dan disalurkan ke brain circuitry yang dipanggil “mirror-neuron system” yang menganalisis dan meniru gaya yang dilakukan oleh orang lain.

Itu teori dari barat. Rasulullah s. a. w. juga mengajar kita adab menguap

Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka). Kebanyakan ulama menghukumkan sunnat meletakkan tangan di mulut ketika menguap, sama ada di dalam sembahyang ataupun di luarnya.

Ada diriwayatkan iaitu apabila seseorang itu dapat menahan menguap, lalu dia berkhayal dalam ingatannya, bahawasanya Nabi s.a.w tidak pernah menguap sama sekali, nescaya akan hilang perasaan hendak menguap itu dengan izin Allah.

Nota : kalau  tutup mulut dengan tangan kanan,  gunakan tapak tangan.  Kalau guna tangan kiri, gunakan belakang tapak tangan ( kekura tangan ).

Word count: 224

Random Posts

79 Responses to “Kenapa kita menguap?”

  1. salam kak jie.. rindu ngan blog kak jie ni maklumlah lame saye tak online..

    hmm..menguap..? cam tau2 je saye tgh ngantuk sekarang..hehe
    mm,baby kalau menguap nampak comel sgt kan..kalau yg dah tua2 ni lebih manis lah kan menutup mulut waktu menguap.. sunat lagi tu.. walaupun tahan mengantuk tetap dapat pahala.. :smile:

    nadinezuharras last blog post..:: Aku rasakan hari berlalu dengan pantas..!

    • Kujie says:

      @nadinezuharra, selamat pulang ke tanah air.

      bayi mmg comel..wajah bersih….time tido kalau kita tatap wajah anak…boleh menitis air mata…perasaan sukar ditafsir.

      satu cara utk mengelak menguap dlm majlis..gigit hujung hidah..jgnlah gigit kuat2..sikit2 je

  2. kriesz says:

    kak jie..sy menguap..jangkit dari sape agaknye nie ek.. :lol:

    krieszs last blog post..Kenapa hari ni bukan Sabtu?

  3. shay says:

    betul la kak memang begitu kalau tgk orang menguap kita pun sama sibuk2 nak menguap… macam apa ntahkan…

    akak sihat…? :mrgreen:

    shays last blog post..BIO AURA…

    • Kujie says:

      @shay, hehehehe….. nak2 lagi dlm ceramah ke…nengok org nun jauh tepi pintu dok menguap

      kita sendiiri dok nguap gak

  4. OD says:

    Jie, Rasulullah SAW tak pernah menguap ke? Really? Tak tahu pun fakta ni. Nilah untungnya kenal orang yang resourceful. Nak trylah bayangkan Rasulullah SAW tak menguap masa nak menguap.

    ODs last blog post..Renung Sejenak…

    • Kujie says:

      @OD, itulah yg saaaya baca opah…

      erk…cubalah jgn menguap…tapi Allah suka org bersin dr org yg menguap

  5. -WaN- says:

    ooo kalo tgn kiri kena tutup guna belakang tapak tgn..
    kalo tutup gune kaki,camane caranya pulak?..hehehe..
    gurau jek.. :mrgreen:

    -WaN-s last blog post..Gajet Gila Dari Toshiba …

  6. !x0r@ says:

    hehehe.. kadang2 dlm kelas selalu je menguap. tension btol! tapi tu takpe.. yg tak tahan tu, time exam pn bleh lagi menguap.. uishh.. sampai berair biji mata :roll:

    !x0r@s last blog post..For the sake of blogging ii

  7. Adry says:

    ya ya… bab menguap bila tengok orang lain menguap tu ada benarnya… hehe

    Adrys last blog post..Proton Exora Launched!!

  8. haritz says:

    baru tau tangan ada kura2, awat depa panggil kura :lol:

    ps:menguap ni kalau tak tutup pun boleh tapi mau tau dan duduknya (thariq) sahaja sbb dia sunat sahaja.

    haritzs last blog post..Pneumonia

    • Kujie says:

      @haritz, bentuk mcm tempurung kura2 kot sebab tu dipanggil kekura tangan….

      ye betul tu….memang sunat

      jangan sampai berbunyi haaa haaa, nanti syaitan ketawakan kita

  9. Neeza says:

    selalu neeza perasan, bila nampak sesiapa menguap, neeza pun menguap sama.. samalh macam orang lain yang nampak neeza menguap tu..

    ni baca entry kak Jie dan setiap kali nampak budak comel tu menguap.. berkali2 neeza menguap.. tadi taklah pulak hahaha!!

    Neezas last blog post..Zauji

    • Kujie says:

      @Neeza, hehehe…kak jie mula2 dulu mmg menguap je tgok gambar tu

      skrg ni dak lagi..tgok korang je pakat mengomel sambil menguap :lol:

  10. papabear says:

    saya kalau meeting, dijamin menguap 1001 kali… hehe

    papabears last blog post..Part II – Shocked

  11. jiji says:

    tengok gamba anis manis menguap pon bleh menguap jugek@!~ heheheh@!~

    jijis last blog post..Free Four Movie Passes. Sapa mau?? Cepat!

    • Kujie says:

      @jiji, betul tu jiji
      nak2 time dia malas2 menetek
      kita nk cepat…sbb nk tido gak
      dia masih nk menyedut :mrgreen:

  12. Mohd Hafifi says:

    hehe, patutlah dalam klas sllu menguap..berjangkit ngan member.. :mrgreen:

    • Kujie says:

      @Mohd Hafifi, member pun bagi alasan yg sama… :lol:
      last sekali ………..sbb nengok pensyarah yg menguap

  13. iza says:

    memang berjangkit betoi lah…
    Iza pon menguap gak hehe… :mrgreen:

  14. maza says:

    aderk! sebaik den baco jo tajuk entry ni terus jo mulut terkuap..aderkkk

    Pulak tu dah jangkit kat mata…..macamano nie nak sambung kerja di pagi2 hari yg mendung bayangan nie…….

    aderkk

    ekau bersalah G, ekau dah mempengaruhi den supaya mengantuk.aderkkk

    zzzzzzzzz

    hehehehe

    mazas last blog post..Nada Tak Sekata

    • Tie says:

      @maza, Selalu je nak salahkan orang… !!

      Dah tahu diri tu memang selalu ngulor… pura2 ngantuk konon !!

      Lain kali bawak mancis sekotak, pastu sendal je batang mancis kat kelopak mata tu. Baru terang mata tu… huuaaaaa…………….

      Kot2 ada yang pitam tengok pokcik ni ! :mrgreen:

      Ties last blog post..Kopi Istimewa

    • Kujie says:

      @maza, ala..kalo ngantuk..menguap je….g la senam

      senam jari dgn kebod :mrgreen:

  15. sally says:

    hadui..baru tenguk gambar, dahh nguap..
    lagi baca, lagi menguap..
    tgh tulis komen pun menguap..

    hmmmm..nak pekena nescafe dulu lah. :oops:

    sallys last blog post..Aku perempuan melayu ok…

  16. AyKay says:

    Kak Jie,

    nak tambah skit boleh…

    bila menguap sambil guna tangan kanan (or tangan kiri) tutup mulut, bacalah.. A’uzubillah hi minasyaitan arrajim

    AyKays last blog post..Air Mata di Padang Mahsyar – (2)

  17. kuina says:

    aku tgh menguap… berjangkit kat sapa a?

    ….>> celcom berodben tu ok gak tp tak tau la bila bwk blk kat kg…..blum try test lg, lappy aku Cu dok guna la nie…

    kuinas last blog post..Biarkan SiLuncai Terjun Dgn Labu Labi Nya

  18. kruel74 says:

    Baca ni pun buat menguap :lol:

    kruel74s last blog post..He is just not that into you : a review

  19. samdaddycool says:

    Paling tertekan bila nak menguap… pastu tak jadi!

    … Dah banyak kali menguap sebelum habiskan baca entry ni…… sudah larut malam…. (tengah list jubah dlm ebay ….)

    samdaddycools last blog post..Youtube Gambar Fasha Sandha mandi

  20. izan says:

    saya pernah pengsan. tp sebelum pengsan saya menguap banyak kali. bab tu kekadang kalau saya menguap banyak kali takut lak nak pengsan ke ni??? =)

    izans last blog post..telur emas

  21. titan says:

    huhu. seronok apa menguap. Kalau leh, nak hari2 menguap.. :mrgreen:

    titans last blog post..How to hack Private Friendster Photo Easily?

    • Kujie says:

      @titan, ada kes lawak…kawan masa form 3
      dia menguap……sampai tak leh katup balik mulut dia
      riuh kami satu kelas…bawa dia g pejabat sekolah
      on the wah….elok balik
      hahahaha…sejak ari tu..semua org tak berani nk menguap over2 :lol:

  22. hehe…Kak Jie penat sgt menjaga anak Kak Jie la ni…Nampaknya kenalah Kak Jie makan lebih… :mrgreen:

    Aktive Bloggers last blog post..ABPBH Akhirnya Mencapai Klimaks

  23. mezain says:

    Salam Jie..

    Kalau menguap tak reti nak tutup mulut tu bukan setan jer yang masuk jie..silap silap lalat pun boleh masuk :lol: Kan sopan kalau tutup mulut.

    mezains last blog post..Rahsia Tawan Hati Suami Anda Kembali

  24. belalangdewa says:

    tak lama lagi nak sambut hari lahir ye…? ada apa-apa rancangan… parti ke, kenduri doa selamat ke..? berkelah kat air terjun ke…? nak terjun ke…? hihiiiii

    belalangdewas last blog post..PERPADUAN MALAYSIA

    • Kujie says:

      @belalangdewa, erk…sapa nk sambut ari tua tu pak belalang….amboi dtg menujum kat sini ye.. :mrgreen:

  25. fiezabaiduri says:

    sepanjang baca entri, baca komen kat topik ni je dah byk kali bai menguap.
    cuba tahan,..tp terlepas jugak.huhu..
    penat woo menguap byk kali.

    sbnrnyer bai ada terpk nak buat entri pasal menguap ni,..
    sekali tengok2 mama dah buat jugak.hihi..

    fiezabaiduris last blog post..Panggilan orang jauh

    • Kujie says:

      @fiezabaiduri, mmglah….dah kul 11.30 mlm
      mama dah tido lah bai time ni
      penat…lagi pun mlm tadi kelas malam abis kul 10.20 mcm tu
      terus blk….tido

  26. blinkky says:

    thanks kujie, bagus info-info macam ni

    blinkkys last blog post..Google Images Trick

  27. liquidsilver says:

    ooo..ada beza klu guna tgn kanan or kiri :shock:
    Thanx sbb bgtau..

    liquidsilvers last blog post..My simple color chooser program-Free download!

    • Kujie says:

      @liquidsilver, tangan kanankan lebih baik…tangan yg bersih…tangan yg kita gunakan utk menyuap makanan….

  28. menteil says:

    hehe… semua tips tu memang menteil amalkan..
    memang dah diajar dari kecik…

    Rasulullah tak pernaj menguap? wah…

    menteils last blog post..Eksperimentasi Minda Buntu

    • Kujie says:

      @menteil, baguslah….anak sapa la ni

      bujang lagi ni…. so…sapa2 yg berkenan jejaka amalkan petua menguap ni
      tak de lah dia tunjuk muka ‘poyo’ je dok layan awek bersoping…haha :lol:

      mcm tulah yg diriwayatkan menteil….

  29. kutaksempurna says:

    cuaca sejuk… tu yg menguap… haiihhh.. alasan je lebih… hik hik hik
    kerja byk pun bole mengantuk.. :D nak2 bila encik bos takde

  30. kutaksempurna says:

    banyaknya ilmu dpt..
    baru tau adab2 menguap…

    tapi kan kak, mmg berjangkit la menguap ni… MAGIC.. :D

    • Kujie says:

      @kutaksempurna, tu baru tgok gambar…..mmg nk menguap
      hari ni ramai yg menguap je kt opis…hehehehe

  31. amoi says:

    aah kan…menguap selalu berjangkit…orang lain menguap kita pun nak menguap…hehe…

    amois last blog post..65 Malaysian Websites That We Like – The Edge

  32. Tie says:

    Ooo…..Tie tahu kenapa Jie buat entry menguap ni…he he..

    Sebabnya Pokcik Maza tu menguap 8 kali pagi tadi…hu hu… :wink:

    Betul tu Jie, kita kalau boleh nak elakkan menguap lebih2 lagi yang sampai keluar bunyi tu… tak bagus laa…

    Ties last blog post..Kopi Istimewa

    • Kujie says:

      @Tie, hahahaha….dah tu dia nk saman kita pula…

      dia sedap2 nganga mulut….nk salah blog kita
      nk saman 8 juta rupiah pula tu..

      :mrgreen:

      sejuk2 ni tie…menguap sakan la… :mrgreen:

      • maza says:

        @Kujie,
        makcik berduo nie, tak abis menyakat den lak yo..

        huhuhuhu

        hari ni den makan nasi ayam kicap clay pot ala2 malayu gitew…
        air nya pulak air teh panas kurang manisss

        lepas itu, entah macam mana, teringatkan blog si kujie ini…dan dengan sekonyong2 jugalah bagai dipimpin terus sahaja maza ke surau berdekatan…

        lepas melepaskan kasut di kaki, tiba2 tersedar, tenganga keseorangan.. rupanya dah terlelap hampir setengah jam!

        huhuhuhu
        haru dibuat nya woo…..

        • Kujie says:

          @maza, ni mimpi basah disiang hari ke…? :lol:

          Tie…jgn jeles apa dia makan tu…tu semua kolestrol yg boleh mengembangkan..

          jgn nk teringin Tie…pejam mata…hahaha :lol:

          • Tie says:

            @Kujie,

            Ya ya…. Tie tak teringin pun.. Ni tgh dok ngunyah kuih tiram je… tak de banyak kolestrol nya…. Tengah diet la nih !! :mrgreen:

            Ties last blog post..Kopi Istimewa

  33. Tie says:

    @Kujie,

    Biasalah Jie…….. Pokcik ni kalau sebut tang si dara tu memang laju je merempit !! :razz:

    Ties last blog post..Kopi Istimewa

  34. Kujie says:

    @Tie, minum kopi luwak je tie…hehehehe

  35. maza says:

    uiks.. korang..

    makan ayam kicap clay pot tu pun kolestrol ker?

    bior betul… huhuhu

    tapi memang sedap wooo…

    hehehheeh

    mazas last blog post..Nada Tak Sekata

Panorama Theme by Themocracy