Kenapa Sinar Matahari Senja Berwarna Jingga

Alhamdulillah… petang semalam dapat melihat matahari terbenam dengan warna jingga yang terang dan terik sekali. Saya sedang memandu balik ke rumah dan dari celah-celah pokok rimbun sepanjang perjalanan boleh nampak cahaya terang seperti lampu suluh yang luruh menyuluh alam.

Kalau matahari tering waktu biasa, keseluruhan ruang pandangan adalah cerah dan terang tetapi matahari terbenam semalam hanya sebahagian yang disimbahi cahaya seperti lampu suruh sahaja yang terang sementera bahagian lain dah gelap.

Gambar-gambar yang saya sempat ambil menggunakan kamera telefon Samsung S3 di bawah tidak diedit walau sedikit pun, cuma dicrop dan diresize.  Saya setting ISO kepada 100 dan White Balance kepada Daylight.  Saya dapat ilmu nak tukar setting kamera telefon dari TV Smith.  Terima kasih.

matahari-warna-jingga

Waktu ini matahari sedang terbenam dan hampir ditutupi segarisan awam.  Pemandangan ini diambil dari halaman belakang rumah berlatarkan bumbung rumah jiran saya.

matahari-terbenam-warna-oren

Nampak tak, ada 4 ekot burung sedang terbang.  Bila lihat gambar ini saya teringat sewaktu sekolah rendah apabila kita diminta melukis pemandangan.  Kita lukis gunung dan matahari dicelahan sedang menaik , ada pokok kelapa dan burung terbang dalam bentuk V.  Satu lagi lukisan viral adalah gambar matahari dipenjuru sudut atas belah kiri kertas lukisan.

Korang lukis macam tu tak?

Kenapa sinar matahari berwarna oren atau jingga apabila matahari terbenam?

Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna pelangi. Setiap cahaya mempunyai panjang gelombang yang tersendiri. Panjang gelombang yang berbeza ditafsirkan oleh otak manusia sebagai warna.

Cahaya akan bergerak dalam satu arah yang lurus selagi tiada halangan dalam bentuk gelombang. Apabila cahaya matahari melalui atmosfera, cahaya ini akan berlanggar dengan molekul-molekul sehingga ada yang terpantul atau terbias. Daripada 7 warna cahaya, warna ungu dan biru mempunyai frekuensi yang paling tinggi dan menyebabkan campuran warna biru dan ungu paling banyak terbias. Warna biru dan ungu ini pula akan terpantul dalam banyak arah dan sebab itulah kita nampak langit berwarna biru.

Begitulah sebaliknya apabila petang sewaktu matahari terbenam. Pada kedudukan itu, jarak matahari dan kita berada pada kedudukan paling jauh berbanding sewaktu tengahari. Semakin jauh kedudukan matahari waktu itu menyebabkan warna merah dan jingga yang berfrekuensi paling rendah dapat sampai pada penglihatan kita . Campuran warna merah dan jingga menyebabkan warna jingga kemerahan yang masih berada di atmosfera.

Sebab itulah pada waktu senja kala matahari terbenam, langit berwarna oren atau jingga atau jingga kemerahan.

 

Nota :   Setiap hari saya boleh melihat view matahari terbenak dari sudut halaman belakang rumah tetapi setiap kali itu juga saya akan ‘marahkan’ wayar elektrik.  Photoshop boleh edit untuk buang tetapi saya tak ada banyak masa untuk membelek dan membetulkan gambar ini.

  1. seronok tengok aje indahnya kejadian alam citaan Allah tai tak tahu macamana ianya terjadi sebab masa sekolah dulu cikgu ajor….mata ni galip aje…

  2. Yup, lukis matahari terbenam, celah V gunung, ada burung macam bentuk misai hitam berterbangan, ditambah pula petak sawah padi. Haha. Lukisan sekolah rendah. 🙂
    Jom terjah post menarik dari amirulfaiz ..Bawa bekal makananMy Profile

  3. Diriwayatkan hadith daripada Abi Abdillah Sunabihi (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Bahawasanya matahari terbit antara dua tanduk syaitan (atau berkata: Terbit matahari beserta dua tanduk syaitan), maka ketika tinggi memisahi matahari. Maka ketika ada di dalam pertengahan hari maka mengganding (syaitan) pada matahari. Maka ketika condong (atau berkata: gelincir matahari) maka memisahi (bersurai syaitan), maka ketika dekat tenggelam matahari maka memisahinya. Maka solatlah demikian waktu yang tiga.’ [Hadith Ibnu Majah]
    Jom terjah post menarik dari Denaihati ..Hati Seorang PengantinMy Profile

  4. Pingback: Kenapa Sinar Matahari Senja Berwarna Jingga | kujie2.com