Jangan menderma darah jika anda:
- Pernah tinggal di United Kingdom (England, Northern Ireland, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih
- Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
Saya ada menulis entri lepas dan bertanya kenapa syarat seperti di atas dikenakan apabila menderma darah, malangnya tiada jawapan sehinggalah dua tiga minggu lepas saya bertanya lagi di BBM Group.
Encik Sham Ondscene bagi tau , ianya disebabkan wabak penyakit lembu gila dan CJD . CJD tu nama orang Jerman dan ada huruf V kat depan. Cuba google.
Saya temui banyak maklumat mengenai VCJD tetapi kebanyakkan di dalam bahasa medic yang susah nak faham. Makcik macam saya ni, bahasa medic yang slang Jerman lagi tergeliat otak nak tangkap.
Saya adalah blogger yang akan buat cross-reference untuk mendapatkan maklumat yang menyakinkan sebelum menerbitkan entri , takut menimbulkan salah faham kepada pencari maklumat. Saya telefon Pusat Derma Darah, Jalan Tun Razak 03 2693 3888 untuk bertanya.
“Saya blogger dan bercadang untuk menulis mengenai derma darah, saya nak tahu kenapa orang yang pernah ditinggal kat Eropah dan UK tak boleh menderma darah” – macam tu le lebih kurang saya tanya. Secara tidak langsung saya ingin memperkenalkan etika blogger yang positif kepada pihak di luar sana yang belum mengenai dunia blogging.
Orang yang pernah tinggal kat benua Eropah sekurang-kurannya 6 bulan dari tahun 1980 dan UK dari tahun 1980 hingga 1996 tidak boleh menderma darah kerana wabak penyakit lembu gila.
Penyakit lembu gila ( mad cow disease ) atau dikenali oleh para saintis sebagai BSE (Bovine Spongiform Encephalopathy) mula dikesan pada lembu di United Kingdom (UK) pada tahun 1985.
Kalau kita termakan daging lembu yang tercemar dengan jangkitan penyakit tersebut ianya hanya boleh dikesan selepas 10 tahun berada dalam badan manusia.
Sebab itulah larangan tersebut tidak ditarik balik sehingga sekarang. Bukan senang nak tahu kita dijangkiti selepas satu tempoh yang lama.
Kemudian, pada tahun 1996, vCJD ( Variant Creutzfeldt-Jakob Disease) iaitu sejenis penyakit saraf (neurodegeneratif ) pada manusia mula dikenal pasti. vCJD ditemui selepas 10 tahun BSE dikesan di UK. Penyakit ini secara umumnya dikaitkan dengan memakan makanan yang tercemar dengan BSE.
Jadi itulah sebabnya serba ringkas yang saya dapat sewaktu menelefon PDN tadi. Kalau tak faham , bolehlah telefon PDN. Jangalah takutlah untuk telefon, tak ada jarum pun keluar ikut ganggang tu tadi…
Keistimewaan untuk penderma² darah dan kenapa saya tidak menderma darah > baca entri ni darahku bukan kuning – jangan gelak..ok!
Kumpulan darah saya AB positif , jenis yang boleh terima semua jenis darah yang ada. Paling sedih darah kumpulan O negatif yang hanya boleh menerima jenis O negatif sahaja.
AB+ tu boleh terima semua jenis tetapi tidak seorang pun dari jenis lain yang boleh menerima darah dia. Kedekut betul!
Nak tau jenis apa yang sesuai dengan kumpulan darah korang? Klik Laman Web Pusat Darah Negara.
lol, thanks for the info, now i know~
Jom terjah post menarik dari MrLonely ..Top 100 Malaysian Companies Preferred By Fresh Graduate
hai kak jie..
tq info pasal derma darah ni.. mmg tak pernah tau.. cuma tau jenis darah je selama ni..
kalau pasal BSE, inshaaAllah saya tau sbb saya vet.. dan pernah dipercayai CJD terhasil disebabkan termakan sumber daging yang telah tercemar dengan BSE, tp masih tak dapat dibuktikan lg sehingga kini.. tentang BSE tu byk negara dah takde penyakit tu kecuali negara yang masih mengamalkan memberi mkn haiwan dengan daging atau tulang lebihan haiwan lain je..
ada satu web untuk pendedahan penyakit pada haiwan di seluruh dunia semasa.. di sini kita boleh tau negara mana yang masih ada penyakit ini..
http://www.oie.int/animal-health-in-the-world/bse-portal/
terima kasih kerana berkongsi info bagus ye kak..
Jom terjah post menarik dari rozita ..Mulakan harimu dengan doa
Saya darah apa pun tak tau.. Itu hari masa muda2 dulu penah jugak nak derma darah, tapi kena reject pulak dengan nurse comel tu sebab kuruih sangat.. Dan sampai sekarang tak nak derma darah..
sampai skg saya xpasti saya ni darah apa.
apa yg pasti saya ni berdarah panas, hehe.
wife saya slalu bising soh gi buat blood test.
hakikatnya saya ni tkt darah.
tp nk kawin ngan doktor. huhu
Jom terjah post menarik dari Ekspresi Ruang ..The Atholl: Hotel Super Mewah Dengan Hanya 4 Pilihan Bilik Tidur
10 tahun baru dapat kesan ek.. mmg lama tu..
saya darah O+, suami darah AB+, so anak2 tak de sorang pun darah O.. sedihnye.. tak de org nak derma lau de kecemasan.. suami lak, saper2 je leh derma.. huhu.. tak pelah, nama pun isteri dan mama.. utk suami dan anak2, kan ku buat jika termampu.. hehe
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!
kesan penyakit itu selepas 10 tahun baru boleh dapat tahu. memang lama. masa derma darah tak pernah terfikir nak tanya lebih lanjut bila tengok ruangan tu kat borang.. tapi apa akan jadi dengna orang yang makan daging lembu tu ek..
saya berdarah dari keinderaan, katanya mcm dewa dewi gak ler…
macam mana tu ek kak jie? hehehhee
Jom terjah post menarik dari maza ..8 SEBAB BERUNTUNGNYA WANITA MEMPUNYAI RAHIM
susah nak tau ni.. kira cipta teknik lain ni.. ke dewa dewi je leh tau? ahha
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!
Salam Kak Jie,
Baru saya tahu sebab apa..kat blog lama pun ada juga saya buat entry pasal derma darah,cuma pasal U.K tu saya tak dapat jawapan..sekarang dah tahu 🙂
Jom terjah post menarik dari Azman ..Cepatlah sembuh
Darah saya jenis B dan sudah 2x menderma darah 🙂
Jom terjah post menarik dari ProfHariz ..Tasha Shilla Mesra dan Sporting
Tahniah la PDN. Saya suka layanan yang mcm tu. Saya jangkakan dia akan nganga bila ditanya soalan mcm tu.
Jom terjah post menarik dari Norasikin ..Resepi dan Teknik Membuat Jeruk Cermai
pernah jugak dengar berita pasal lembu gila nie..tp tak tahu pulak kesannya pd manusia…klu gitu, virus JE yg melanda malaysia sikit masa dulu pun kena ambik kira jugak terutamanya penduduk disekitar bukit pelandok….
Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..KOTA TINGGI WATERFALL
admin kartikel tak pernah tinggal kat UK, xpe lah. hehe
Jom terjah post menarik dari kartikel.com ..Taufan Matahari 5 Kali Saiz Bumi
Kalau dicek hasilnya nihil apakah masih tak boleh untuk menderma darah sebab menderma darah kita bagi yang membutuhkan pastinya adalah sebuah amalan baik bagi kita untuk di akhirat kelak
nice share Kak Jie..
Jom terjah post menarik dari Irawan ..Cara Membuat Template Blog Valid XHTML Blogspot 2
yap..tak semua orang boleh menderma darah..kena check dulu.
Jom terjah post menarik dari titan ..Komisen ke 35 dari Paid-to-Promote.net
betol…terutamanya buat mereka yg ada penyakit serious spt kencing manis…
Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..KOTA TINGGI WATERFALL
wau,xtau plak pasal cjvd nie…
Jom terjah post menarik dari TopiJerami90 ..Semakan Kemasukan Matrikulasi 2012
ilmu baru..tak pernah tahu pasal benda ni..tq kak jie.. 🙂
menarik entri kujie ni, info yang sangat bagus buat saya
Jom terjah post menarik dari klcitizen ..menanggung rindu
tapi ari tu kami group di UT buat derma darah buat derma darah…..sapa2 yang baru pergi ke china pun dilarang menderma darah….mungkin sebab yang sama kot.
saya rasa kumpulan darah saya A+ kot. Kena tau jugak nih.
Jom terjah post menarik dari eiela ..Gulai Sardin Simple Tapi Sedap
pergi check cepat eiela.. senang lau nak derma atau perlu didermakan..
10 tahun baru tahu penyakit apa. sadisnya. info ni saya baru tahu juga. rupanya tak semua orang boleh derma darah. ada syarat juga. terbaik la blog ni. siap kol lagi nak dapat info.
Jom terjah post menarik dari Naziman ..Lelaki kacak mudah dan cepat blogwalking
Wah kak kujie… kita dalam kumpulan darah yang sama lah.. AB+
Jom terjah post menarik dari Rozeman ..Kekosongan Jawatan Oil & Gas Offshore/Onshore Exxon Mobil
oo..ptt la xboleh nak derma darah bg golongan mcm tu…
i see..thanks..knowledge br ni..=)
Jom terjah post menarik dari Sadiq ..Get the Latest Tech News From Technology Sites
Assalamualaikum,
Terima kasih kak Jie, hari ni saya belajar benda baru…
Jom terjah post menarik dari Anyss ..Cerita Malam Jumaat
saya taktau darah saya jenis apa.. 🙁
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Blog Pindah Hosting Serverfreak
lor… patut kena tau, dah cukup dewasa utk buat test
kalau jadi kecemasan, kita dah tau grup
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?
takut jarum.. 🙁
Jom terjah post menarik dari Anarm ..Blog Pindah Hosting Serverfreak
biasanya pakai jarum yg cucuk dkt hujung jari tu jer bro…taklah rasa sakit sangat…antara rasa @ tak shj….
Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..BUBUR NASI ISTIMEWA NO. 1 @ TAMAN SENTOSA
Bukan takut nak call. Tapi takde credit nak call. 😀
Jom terjah post menarik dari Azwan ..Lawyer tak buat homework
Darah saya jenis O+ saya adalah jenis golongan darah penderma pemurah dan paling ramai. Kalau ada dariah jenis simbul minus(-) dihadapan hanya beoleh menerima jenis darah yang sama sahaja.
Jom terjah post menarik dari akubiomed ..Blog AkuBiomed mencalon diri DiGi WWWOW Awards 2012
sama dengan saya bro…tp tak sure O+ @ O-…
Jom terjah post menarik dari Cool Daddy ..TANJUNG PIAI – JOHOR NATIONAL PARK
sama lah kita.. geng pemurah…
Jom terjah post menarik dari fiezaradzi ..Wordless Wednesday #14 – Ayam, oh Ayam!
saya berdarah O positif. Hubby saya pun O+
darah saya pun kedekut kak jie…
bila2 masa kita boleh dapatkan darah orang tapi darah kita tak boleh orang lain ambil..hikhik
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Monday Morning : Perangai Blogger
Kalau macam tu hospital di UK dan Eropah tu dapat darah dari mana?
depa saring, depa jaga sendiri darah depa
PDN tak mau darah dr sana masuk malaysia
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?
Ohhhh… patut ler hari tuh dia ada cerita pasal ni..kami ingat dia main2..
itu pasal dia tak bleh derma coz stay UK 6 tahun..
Jom terjah post menarik dari nurmisnan ..5 entry terbaik Denaihati dalam senarai google search Malaysia
masa baca info kt web PDN, tertanya2 kenapa ada syarat mcm tu
lama jugalah nak tau, tapi terlupa
baru2 ni ada keyword orang cari sebab ni, dan dari carian kat google pun tak banyak isu ni diceritakan, sebab tu tadi call PDN, senang tanya pihak yg berkenaan
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Kenapa Tak Boleh Derma Darah Kalau Pernah Tinggal Di UK?
10 tahun baru dapat kesan… lama tu….
Jom terjah post menarik dari zie fauzi ..5 Keyword Hangat di Carian Google Untuk Denaihati.com
selagi ada lembu, selagi tu ada penyakit lembu gila ni
jadi sampai bila….org yang pernah dok sana tak leh menderma?
Jom terjah post menarik dari Kujie ..Apesal Entri Ini Tentang Apesal?