Kisah tongkat ali

Ini pokok tongkat ali. Saya tanam hampir 5 tahun sejak berpindah ke sini. Asalnya dari Bentong sewaktu suami saya bekerja di sana. Dah bujang segar bugar dan selalu keluarkan bunga. Jantina tidak pula saya pastikan kerana selalunya kalau pokok betik berbunga, kita panggil pokok jantan.

Kasihan si tongkat ali saya tiada pasangan, bulan lepas suami carikan pasangan untuknya. hahaha..orang cuti sekolah kahwinkan anak, sayaΒ  nak kahwinkan si tongkat ali. Tapi macam tak sesuai pula… macam datuk dengan cucu. Teringat pula kisah artis top dulu yang kahwin dengan lelaki berusia, beza umur 20 tahun. Risau pula takut tongkat ali saya ini tak sempat beranak pinak.

Ada orang pertama kali tengok pokok tongkat ali ke? Daun dia macam plastik, dipatahkan dikepak macam mana sekali pun tetap tidak bergaris atau rosak.

About Kujie

Pemilik tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan atau kehilangan yang dialami disebabkan oleh penggunaan maklumat di dalam laman ini. Jika anda memerlukan perkhidmatan nasihat yang khusus, sila dapatkan pakar bertauliah dan berpengetahuan di dalam bidang berkenaan.

Untuk biodata penuh boleh lihat di Biodata Kujie

Mereka Yang Berkongsi Rasa

  1. wah..ada juga orang mempunyai minat yang sama dengan saya..saya mula dengan 1 pokok..skrg dah jadi kebun..kalau ada yang minat nak tanam..saya ada jual biji benih dan juga anak pokok tongkat ali
    .-= pulpa´s last blog ..Tongkat Ali new Leaf!!!! =-.

  2. x pernah jumpa lagi secara live pokok ni.. hurm.. nak tgk r sekali

    nikillass last blog post..Reveal of Nimbus R100..

  3. oh.tak pernah tgk haha..

    yonna tak minat tumbun2an ni ❓
    hahaha..

    amboi,suami mama dok petik daun tongkat ali tu ke :mrgreen:

    yonnas last blog post..what i wish on my birthday

  4. lihat dan rasa yang dah potong-potong adalah. rasa pahit dia seminggu tak hilang huhu. itu baru gigit sikit je.

    megats last blog post..Walimatul Urus, Hari Pernikahan Semakin Hampir

  5. Rasanya pahit, mak ooii!! Hubby suruh tie rasa dulu..sikit je..hi hi.. Dok hulu ni macam2 ada. Tapi air kacip fatimah tu ok je..mmg khas utk pompuan..hi hi…

    Ties last blog post..Cerita lain

  6. wah..tanam kat umah ker..bagusnye..dulu zaman blaja time mendaki gunung ganang ada gak jumpa..tapi dorg tak kasi cabut..warisan alam katanye…

    izzahs last blog post..Pening Lalat

  7. haiya…dulu pernah tgk tongkat ali btol..pokok nyer tak pernah la…minum yg asli tak pernah..kopi tongkat ali CNI tuh suka gak minum.. :mrgreen:

    |1f34|-|1r3s last blog post..Video on Cakra Alam scam report from 360

  8. Seperti durian, masing-masing negeri mengatakan durian dari negerinya Lah yang paling sedap.

    Begitu juga Tongkat Ali. Namun diakui Tongkat Ali dari Negeri Pahang yang terbaik. Hitam tidak putih, tirus tidak bagak.

    Kalangan pengamal hairan kenapa akar dan batangnya jadi pilihan, kerana bahagian yang umphf ialah daunnya.

    zublizainordins last blog post..Kerajaan BN Perlu Kaji Kecilkan Jumlah Jemaah Menteri

  9. power la tongkat ali ni.. daun pun tak jejas bila dilipat.. ini pulak batang dia kan πŸ˜‰

    kak Jie.. pokok tongkat ali kena kawin dengan pokok apa? pokok kacip fatimah ke? hahaha!!

    Neezas last blog post..Sekolah mana yang terbaik?

  10. Macam pernah dengar je kisah artis top yg kawin beza umur 20 tahun beberapa tahu lepas…

    Hihi :mrgreen:

    intans last blog post..Cerita Semalam

  11. pertama kali tenguk nih..wahh tingginya pokok..nanti nk gi lah umah kak jie..tenguk gambar je tak besh! πŸ˜†

  12. penah tgk tapi kalo kakjie soh tjk taktau dah. πŸ™‚

    julietchuns last blog post..Berkorban apa saja

  13. cikgu jawe says:

    besornya pokok. kena pakai kren tu nk cabut. huhu

    aku baru je cdg nk tepek akar tongkat ali kt blog. πŸ™‚ kak jie awal lg. hehe

    • @cikgu jawe, tak pe la..cikgu tempek dgn petua2 atau khasiat dia..hahah…boleh kot.

      rasanya tk cabut kot…tanam je lum tau apa nk buat..baru je kawenkan dia..kot2 nk beranak pinak..sbb jiran tu ade sepasang..pastu ade anak banyak.. :mrgreen:

  14. haha..2 ke pokok tongkat ali..
    baru 1st time tgk..

    callisters last blog post..Performers? Kappa girl?

  15. Tongkat ALi?? Siapa punya idea semua ni?? :mrgreen:

    samdaddycools last blog post..Cakra Alam, Cakra 360, Cakra TV3.. Putar Alam?

  16. kalau orang asli, kutip ulat kat daun tu je makan, atau pun makan daun je. Orang kita je, sampai ke batang sekali dikerjakan, nak cepat kuat agaknya, ha, ha……ni kata budak uitm yang buat research berkenaan penanaman tongkat ali ni.

  17. ooo.. kali pertama eida tengok…
    kebal sungguh daunnya itu… sekebal khasiat akarnya!

    eidas last blog post..Semuanya TIDAK!

  18. dah laa daunyer tak boleh patah…lagi satu..nak cabut akarnyer pun ada caranyer tau…bukan sembarangan…itulaa kekuatan tongkat ali..

  19. Ehhhhhh pokok ni bukan idup dlm utan ke? kenari cadangkan pasangan yg sesuai utk tongkat ni ialah cik kacip kot :p

    p/s puji niat murni kujie dan suami kekalkan warisan herba kita yg semakin dieksploitasi dan terlalu dikomersialkan utk keuntungan

    • @kenari, kat Bentong tu mmg dr hutan…bawa balik kecik lagi..skrg ni dah besar melangit

      sebenarnya ada ekor kucing, kacip fatimah kat rumah…pokok tenggek burung pun ada

  20. Daun dia macam plastik, dipatahkan dikepak macam mana sekali pun tetap tidak bergaris atau rosak.

    >> Liat, meliut lagi menciutkan….ermmm dan aauummm! hahhaha

  21. uik kak jie tanam pokok ni dalam kawasan umah ker? nak skodeng rumah kak jie lah.. hahaha!!~ :mrgreen:

    ecahs last blog post..Cik Siti*** In Office..

  22. first time tgk ni,
    tp pmpuan kalo mnm tgkt ali de pepe efek tk?

    nem0s last blog post..o0hh nasi ayam!

Trackbacks

  1. […] ini memang kenal pokok Tongkat Ali saja, tatau rupa-rupanya si Ali ni ada adik kembar dan adik sepupu sepapat – Samad dan […]

  2. […] ambil bahagian jugalah konon kononnya dalam aktiviti sebabak petang Sabtu yang indah permai ini.Pokok Tongkat Ali tu dah tinggiΒ  cucuk langit.Β  Saya bawa berpindah dari Bentong , Pahang. Β  Pokok delima tu kerap […]

  3. Mysimplifieds.Com Vs Mudah.Com.My | Aku Bukan Seorang Artis Malaysia says:

    […] ini aku baca blog kujie2.com mengenai kisah tongkat ali.Terus terang aku katakan , aku tidak pernah tengok pokok tongkat ali.Aku hanya pernah minum air […]

  4. […] Tadi masa mengintai-intai , ada makluk lain yang bertenggek. p/s – mula-mula jadi pemandu pelancong bawa anak-anak bercuti, kemudian pergi ke Jabatan Haiwan melihat poses pembentukkan anak ayam . Hari ini melawat Jabatan Hutan pula carikan jodoh untuk si tongkat ali […]